Followers

Monday, December 21, 2015

Tersuka Tanpa Sengaja VERSI Nur Daie_1

"Kau kenapa ni?"
" Entahlah ina, aku rasa macam kosongje."
"Kau ada masalah ke lin?"
"aku pun tak tahu, akhir-akhir ni aku rasa aku sunyi sangat, rasa kosong.. ramai je kawan-kawan yang sentiasa hiburkan aku, tapi ntahlah, Kau tak payah risaulah ye, mungkin sebab aku banyak fikir kot".
"Cuba kau cakap dengan aku apa masalah kau sebenarnya? "
"Aku pun tak tahu nak terangkan macam mana pada kau. Kau ingat tak Imran?"
"Hah kenapa dengan dia?  Jangan kau cakap kau angau kat dia ea!"
"Kau nak aku jujur tak? Yup sebenarnye memang aku dah tersuka tanpa sengaja kat dia :(
"Lin, kau ni dah kenapa? kau tahu tak Imran tu dah lama ada hati pada Dian?"
"Aku tahu, tapi perasaan ni datang sendiri ina, puas aku tolak jauh-jauh, Tapi perasaan tu tetap datang, aku tak minta pun"
"Lin kita bertiga sahabat dari kita mula-mula masuk U, takkan kau nak kacau hubungan diorang"
"Tapi Ina, aku tahu Dian takde bagi harapan pun pada Imran tu, cuma yang aku tahu Imran tu jenis orangnya akan cuba dapatkan apa yang dia nak walau macam mana sekalipun"
"Macamni la lin, aku rasa baik kau doa banyak-banyak pada Allah, minta Allah beri ketenangan pada kau. Aku tak nak kerana kumbang seekor kita bunga-bunga di taman ni layu.  Aku tak nak persahabatan kita rosak"
"Aku cuba Ina. Terima kasih Ina atas nasihat kau. Insyaallah aku cuba sebaiknya jaga hubungan ni".

BERSAMBUNG.....

Thursday, December 10, 2015

Ujian DAIE

Sabarlah duhai Daie
Kuatlah duhai Hati
Allah lebih mengerti
Pasti ada hikmah yang tersembunyi

Jangan biarkan kesedihan menyelubungi
Kerana pasti sinar mentari akan hadir nanti
Cuma waktu kita sendiri tidak pasti
Kerana Allah lebih mengetahui



Saat kita diuji
Positiflah  duhai Daie
Insyaallah kebahagiaan menanti
Jika bukan di dunia, di akhirat pasti

Untuk mencapai sesuatu
Perlukan Kesabaran  dan Pengorbanan
Andai hidupmu penuh liku
Jangan pernah menjauh dari Tuhan
Muhasabah dan mengadulah pada Yang Satu
Agar hidup penuh keberkatan
Positiflah selalu
Insyaallah akan mendapat keberkatan


Sunday, December 6, 2015

KISAH SEPOHON POKOK TUA


Daun-daun yang merimbun menjadi tempat persinggahan beberapa jenis burung dan juga tempat berteduh manusia. Hari berganti hari, akhirnya sedikit demi sedikit daunnya menguning dan ranting-ranting gugur ke bumi serta batangnya kian mereput dan menyebabkan burung-burung tidak lagi hinggap di pokok itu dan manusia juga tidak lagi berdeduh di bawahnya.

Pohon mereput dan mula bersedih. “wahai Tuhanku, ke mana hilangnya segala nikmat yang telah Kau kurniakan? mengapa tidak ada lagi burung yang yang sudi menemaniku dan mengapa tidak ada lagi manusia yang menghampiriku?” begitulah antara ratapan pohon tua yang sakit sehingga ratapannya kedengaran di seluruh puncak bukit.  “Megapa tidak Kau tumbangkan sahaja tubuhku, bunuh sahaj aku agar aku tidak perlu merasai semua seksaan ini? Pohon tua itu terus menangis membasahi tubuhnya yang kering dan mereput.

Hari terus berganti hari dan pohon tua terus bersedih dan menangis. Batangnya terus dibasahi air matanya yang tidak kunjung henti. Ratap dan tangis terus kedengaran setiap malam sehingga menampakkan ketenatannya. Sehinggalah suatu pagi, tiba-tiba pohon itu terdengar suatu suara yang biasa didengarinya. Ada beberapa ekor burung yang baru menetas di celah ranting dahannya yang reput. Lama-kelamaan, suasana di pohon itu semakin riuh. “Ah doaku telah dimakbulkan olehNya” ujar pohon tua penuh sayu.  Keesokan harinya semakin banyak burung yang datang berterbangan  menuju ke pohon itu.

Pohon tua tersenyum dan hatinya berkata “syukur kerana teman-temanku semakin ramai dan mujur Tuhan tidak mencabut nyawaku dulu”.


*      Sikap berputus asa tidak akan sesekali membantu menyelesaikan masalah kita.  Ketika Allah memberi ujian kepada pohon yang sakit yang pada suatu masa dahulu subur merimbun, maka sesungguhnya Allah sedang menunda untuk memberikan kemuliaan kepada pohon itu.  Allah tidak  memilih untuk menumbangkannya keran tersimpan sejumlah rahsia Allah yang manusia sendiri tidak tahu.  Allah sedang menguji kesabaran yang dimiliki oleh pohon yang sakit itu. 

*      Di saat kita diuji, sebenarnya Dia ingin mengurniakan kebaikan yang melimpah kepada kita.  Janganlah kita meminta agar dicabut nyawa kita dan sebagainya sedangkan Allah sengaja menunda permohonan kita untuk memberi kemuliaan yang lebih pada masa akan datang. 

*       Tuhan telah menyediakan pelbagai hikmah di sebalik sesuatu yang menimpa manusia.  Apa yang berlaku tidak sebagaimana yang dijangkakan.   Apabila kita mengharapkan Tuhan memberi panas tetapi hujan ang kita perolehi, janganlah kita berputus asa dan berburuk sangka kepadaNYa kerana mungkin Tuhan ingin memberi kita pelangi yang sungguh indah.

*      Teruskan berbuat amal kerana  kerana amalan yang baik sahaja yang akan menjadi penerus kehidupan  yang baik pada masa akan datang.  Kebaikan pohon yang tidak henti-henti menjadi penaung kepada burung dan manusia tidak akan berhenti dan berputus asa di tengah jalan.  Walaupun pohon akan mati kelak akan lahir pucuk-pucuk barunya yang akan meneruskan amal baktinya.


Rujukan : Fuad Sam, Norazizah Abdul Rahman, Noor Ashikin Mohd Yusof. 2014 . 70 Motivasi Kehidupan. Selangor . Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.


Saturday, December 5, 2015

Pengorbanan Seorang Ayah



Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kisah ini berkaitan seorang mahasiswa dan ayahnya. Kejadian ini berlaku ketika mahasiswa ini ingin menyambung pengajian di tahun 3. 

Bermulanya kisah...

        Miftahul merupakan seorang mahasiswa di tahun 3 di salah sebuah IPTA di Malaysia. Dia merupakan seorang anak yang sangat taat kepada ibu bapa.  Dia merupakan anak kedua daripada 6 orang adik beradik.  Miftahul merupakan anak kesayangan ibu dan ayahnya. Dia adalah harapan keluarga.   Semasa cuti semester Miftahul banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Hari berganti hari, tanpa sedar cuti semester akan melabuhkan tirainya.  Miftahul mengemas barang-barang untuk menyambung pengajiannya.  2 hari sebelum pengajian bermula Miftahul perlu mendaftar di asrama. 
          
        Pada pagi itu, seawal jam 5 pagi Miftahul dihantar oleh keluarganya.  Tanpa diduga mereka satu keluarga diuji dengan ujian daripadaNya.  Kereta yang dipandu ayahnya rosak dan mereka terpaksa berhenti di tepi lebuhraya. Jam ditangan menunjukkan 6.30 pagi dan mereka sekeluarga belum solat subuh.  Ayahnya nekad memandu kereta perlahan-lahan sehingga ke perhentian untuk solat.  Seusai solat subuh mereka merehatkan diri di perhentian seketika.  Beberapa panggilan ayahnya telah lakukan.  Banyak nasihat yang diterima untuk tidak memanggil mekanik kerana ditakuti ditipu.  Mereka meneruskan perjalanan dengan memandu perlahan-lahan.  Dan beberapa minit sahaja kereta itu hangit lagi.  Mereka terpaksa berhenti di tepi lebuhraya lagi. 

         Mereka mendapat panggilan daripada adik ibunya yang bertanyakan hal mereka.  Alhamdulillah berkat mereka sentiasa positif mak cik Miftahul sanggup datang ke sana dan menghantar Miftahul ke asrama.  Oleh kerana sayangkan keluarga, ayahnya meminta ibu dan 2 orang adiknya mengikut sekali menghantar Miftahul ke asrama dan biarkan ayahnya sahaja yang menguruskan kereta dan terus pulang ke rumah.  Jam menunjukkan 3 petang, oleh kerana kesesakan lalu lintas mereka lewat sampai di asrama.  Ayah Miftahul juga belum sampai di rumah.  Ayah Miftahul terpaksa membawa kereta perlahan-lahan dan selalu berhenti di tepi jalan kerana kipas kereta tidak berfungsi.  Selesai mengemas barang, Miftahul menelefon ayahnya bertanya keadaan ayahnya, sayu dihati tatkala mendengan luahan seorang ayah yang sanggup berkorban demi anak dan keluarganya.  “Abang, ayah minta maaf tak dapat hantar abang sampai ke asrama”. Sayu hati seorang anak apabila mendengar kata-kata itu ditambah dengan memikirkan ayahnya belum makan apa-apa sejak dari pagi.  Selepas maghrib, Miftahul menelefon ibunya untuk bertanyakan keadaan ibunya, ternyata suara ibu sangat keletihan, kerana ibu belum makan tengahari lagi kerana mak ciknya terpaksa bergegas pulang kerana esoknya bertugas.  Sayu lagi hati anak mengenangkan ibu dan ayahnya yang sanggup berkorban deminya.  Selepas isyak, Miftahul menelefon ayahnya lagi untuk bertanyakan di mana destinasi ayahnya, dan alhamdulillah ayahnya memaklukan telah tiba di salah sebuah kedai makan yang berhampiran dengan rumahnya.  Lega dihati seorang anak.  Miftahul nekad untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu dan ayahnya.

Pengajaran :
  • Sentiasa positif dengan setiap perkara yang berlaku kerana setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.
  •  Allah tidak akan menguji seseorang melainkan dengan kemampuannya sendiri.
  • Hargailah ibu dan ayah selagi mana mereka masih hidup.  Seseorang tidak akan berjaya dalam hidupnya tanpa redha Allah dan juga redha kedua ibu bapanya.
  • Ayah adalah seorang yang tidak peduli panas atau hujan, ia tetap akan jalan demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya.
  • Seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk anaknya tidak kira apa jua yang perlu dikorbankan agar anaknya bahagia. 






video



Thursday, November 5, 2015

MEMBERI MANFAAT PADA ORANG LAIN

Amalan yang memberikan lebih banyak manfaat dan faedah bagi orang ramai adalah LEBIH UTAMA DI SISI ALLAH TA'ALA daripada amalan yang hanya memberikan manfaat kepada diri sendiri ataupun golongan yang lebih sedikit. Kerananya jenis amalan berjihad adalah lebih utama dan mulia daripada jenis amalan menunaikan fardhu haji ke tanah suci. Hal ini kerana manfaat amalan menunaikan fardhu haji hanyalah untuk orang yang menunaikannya sahaja, sedangkan manfaat berjihad adalah untuk seluruh umat Islam.
FIRMAN ALLAH TA'ALA:
..........Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan"(surah at-Taubah : 19-20)
☆Ayat tersebut menjelaskan bahawa berjihad di jalan Allah adalah lebih utama dan mulia darjatnya daripada menumpukan diri untuk ibadah sahaja.
~FIQH AWLAWIYAT~

Indahnya bila kita sentiasa POSITIF

APABILA.....
Kita terasa hati dengan orang kita positif
Kita marah dengan orang kita positif
Kita dianiaya kita positif
Kita dimaki kita positif
Kita didatangi musibah kita positif
Kita sakit kita positif
Kita rindu kita positif
Kita kecewa kita positif
Kita miskin kita positif
Kita susah kita positif
Segala yang kita hadapi kita positif

Indah sebenarnya bila kita selalu POSITIF DENGAN ALLAH. Jika kita sentiasa positif insyaallah ketenangan dan kebahagiaan sentiasa bersama kita walau kita menghadapi situasi-situasi yang telah disenaraikan. Ayuh para pembaca kita sama-sama audit dan sentiasa perbaiki diri untuk menjadi seorang yang positif agar kita mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Wednesday, November 4, 2015

Indahnya Ciptaan Tuhan


Indahnya Ciptaan Tuhan...
Air yang mengalir dapat menenangkan fikiran...
Pemandangan yang cantik dapat melupakan kenangan silam...
Batu-batu membuatkan si pencinta alam sentiasa berfikir berterusan....

Indahnya Ciptaan Tuhan...
Bunyi air mengalir kedengaran..
Membuatkan si pencinta alam lupakan segala masalah yang terpendam...
Melupakan segala kesakitan....

Indahnya percutian yang dirancang,
membuatkan semua ketawa riang,
semakin kuat kasih sayang,
semakin rindu kenangan dan datang...


Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri 9


Monday, November 2, 2015

NUR DAIE | MIFTAHUL QALBI

Nur Daie...
Seindah namamu...
Penguat semangatku...

Nur Daie...
Moga sinar penjuangan sentiasa bersamamu...
Moga impianmu tercapai ke akhirnya..
Moga jalan buntu dapat petunjukNya...

Nur Daie...
Teruskanlah perjuangamu...
Walau ujian hati datang bertamu...
Moga terus tabah dan sabar dari segala belenggu...
Aku tahu...kau sangat rindu..
rindu dengan perjuangan dahulu...
rindu dengan kenangan lalu....


Miftahul Qalbi...
Seindah namamu...
Penyejuk mataku...
Memberi sinar baru...

Miftahul Qalbi...
Kehadiranmu memberi inspirasi...
Kenakalanmu membuatkan orang ketawa hingga nampak gigi...
Kesopananmu membuatkan orang jatuh hati...

Miftahul Qalbi...
Pembuka Hatiku...
Saatku buntu mendapatkan restu...
Nasihatmu dapat menghilangkan belenggu...

Miftahul Qalbi...
Tanpamu, semangat ini belum tentu hadir...
Tanpamu, keyakinan ini belum tentu kuat...
Tanpamu, kebahagiaan ini belum tentu dapat dikecapi...
Moga semakin bertambah manfaat buat diri..

#bilamoodmenuliskembali
#sawangdiblogdibersihkan
#sodiqatulhasanah.blogspot.com

Sunday, November 1, 2015

Pemusafiran yang bermakna (Hari Kedua)

Sambungan....

~PEMUSAFIRAN YANG BERMAKNA~

31.10.2015

Akibat keletihan kami lena dibuai mimpi.

Ujian Tuhan kepada semua insan,
adalah kehidupan ini,
yang baik menjadi tuntutan,
yang buruk dijauhkan 🎶🎶🎶🎶

Telefon berdering. Mata yang berat dibuka, jam di skrin ditenung. Tepat jam 5.50pagi digigihkan diri untuk bangun bertemu Ilahi. Adik-adik lain juga turut bangun mengikut langkah kaki ini.

Ujian datang lagi...

Seusai solat fikiran menerawang memikirkan ujian dan nikmat yang diberikan Tuhan. Allahu teringat ayat al-quran "nikmat tuhanmu yang manakah engkau dustakan".  Sedang asyik berfikir tetiba terlintas untuk berkongsi cerita pemusafiran yang bermakna, lalu hp diambil, nota dibuka, fikiran cuba scan kembali segala yang berlaku sepanjang hari dan tangan menaip dengan semangat yang tinggi. Namun diuji dipagi hari. Baru nak send terdelete. Cuba positifkan diri pasti ada hikmahnya. Terus menaip lagi sekali dan berkongsi bersama sahabat-sahabat. Motif bukan untuk bercerita sesuka hati, tapi yang tersirat dan tersurat yang ingin dikongsi sebagai motivasi dan penguat diri.

Pasrah...

Tangan sibuk mencari lokasi yang baik untuk meneruskan percutian. Namun tidak ketemu. Setelah bertanya dengan adik2 hewi keputusan dibuat untuk berehat di pagi hari kerana perjalanan jauh akan kami telusuri, Kampung Bukit Laka ingin dijejaki, bertemu sahabat persatuan yang walimah hari ini, maps dan google terus beraksi, mencari jalan sebagai persediaan hewi memulakan perjalanan sehari.   Pasrah dengan ketentuan Ilahi. Pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Kampung Bukit Laka...Malu bertanya sesat jalan.

Perjalanan hari ini diteruskan ke Kampung bukit laka. Mengikut en. maps perjalanan memakan masa 1 jam 15 minit dari tempat penginapan. Namun, dek tak tahu jalan, dan en. maps membawa kami sehingga Kamoung Bukit Laka, tetapi sampai sahaja kami tidak nampak langsung singboard Kampung Bukit Laka. Kami teruskan perjalanan tanpa bantuan sesiapa. Taman ke taman kami masuk untuk mencari orang dan bertanya. Namun tidak ketemu. Taman-taman sunyi. Kami tanyak en maps lagi. lokasi kami di kampung satelite, dan dikatakan kampung bukit laka di sebelah. Kami teruskan perjalanan ke tempat yang ditunjukkan. Masih tidak ketemu apa2 hint Kampung Bukit Laka. Bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan. Kami pun bertanya orang. Malangnya dari org bangla, cina dan melayu tiada seorang pun yang pernah dengar Kampung Bukit Laka.  Pelik bin ajaib orang yang ada kat situ tidak pernah dengar kampung tu. Kami teruskan lagi perjalanan bertanya orang dan ketemu dengan seorang pakcik dan uncle di depan kedai membaiki kereta. Nyata pak cik itu bukan orang situ, tapi orang Jelebu. Dan dia juga berkata sepanjang hidup di situ tak pernah dengar kampung itu.  Bila melihat kami berempat memakai baju kurung ala2 gadis melayu terakhir (perasan), pak cik itu tanya " adik2 nak pergi kenduri kahwin ke?" "iye pak cik" jawab kami. "Cuba adik keluar jalan ni terus je nampak traffic light terus belok kanan. Jangan terus lagi tau confirm x jumpa. Sebab dekat sana tu ada kenduri kahwin".
Disebabkan en maps tidak dapat kesan jalan kami ikut kata pak cik. Sampai traffic light tengok kanan "eh tu macam jalan mati" adoi salah kot panduan yang diberi tapi terus positif, mungkin pak cik tersebut terlupa. Kami terus kan perjalanan ke hadapan sedikit. Nampak 1 lorong kami masuk dan berhenti tepi jalan. Mula putus asa sedikit. memohon padaNya untuk diberi petunjuk. Sekali toleh ke kiri "Tapak Perkuburan Kampung Bukit Laka". Alhamdulillah ketemu juga kampung. Perjalanan yang sepatutnya 1 jam lebih jadi 2 jam lebih. Ternampak pakcik dan makcik menaiki motor membawa berkat, kami ikut dan tanya abang yang jual air di tepi jalan, bahasa orang nogori den tak faham, tapi cuba fahamkanlah. Kami ikut petunjuk yang diberi sehingga kami nampak kereta banyak di tepi jalan. Kami terus berhenti dan parking. Walau belum tahu rumah tapi yakin itulah rumahnya. Nampak 2 orang adik kecil dan kami tanya siapa nama pengantin, mereka tersengih sesama sendiri sebab tidak tahu. Kami menunggu dalam kereta sehingga keluar 1 family dan mereka sasaran kami untuk bertanya.  "Assalamualaikum, tumpang tanya rumah ni rumah en hamdan ke? owh betullah kata seorang ayah. Lalu ku tanya lagi "pengantin namanya khalil ke?" tersenyum si ayah lalu berkata "maaf tak ingat pula nama sebab ada 3 pengantin". Aduh macam mana ni. Ala redah jela. Cakap dengan adik2 hewi kalau salah rumah macam mana. Senyum jela kami berempat. Masuk diperkarangan walau perut dah bergendang pengantin dulu yang dicari untuk pastikan tak salah rumah. Nampak pengantin pertama berkaca mata berbaju ungu dengan pasangannya, nyata bukan. Nampakpasangan pengantin kedua juga nyata bukan. Pengantin ketiga ada dalan rumah. Mata terus mencari banting @ banner yang tergantung dan akhirnye si adik yang mata tajam dapat melihat nama pengantin nyata betullah kot rumahnya. Kami terus ke meja makan dan menjamu selera bila terdengar pengumuman nama pengantin jetiga diseru untuk keluar berjumpa pak cik saudara mata terus melirik ke pintu utama. Bila pasangan mempelai keluar, nyata betullah rumahnya. Bermulah sesi sakat menyakat bersama pasangan pengantin dan pasangan junior yang turut hadir.

Pemusafiran yang bermakna

~Pemusafiran yang bermakna~

30.10.2015

Permusafiran yang bermakna... membuatkan kami tersedar dari lena...
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Kita perlu yakin dan bersedia untuk mengharunginya...

Jika kita selalu yakin dengan Tuhan, kita akan yakin setiap sesuatu pasti ada hikmahya. Ujian yang datang untuk menguji tahap keimanan dan siapakah yang kita cari untuk mengadu. Jika ujian didatangkan bermakna Allah rindu kita. Jadi mengadulah kepadaNya tanda kita juga rindu padaNya.

Pasti ada hikmahnya.....

Allahu, kisah bermula tatkala kami merancang untuk bermusafir bersama. Kami merancang untuk bermusafir seramai 7 orang, akan tetapi sehari sebelum kejadian 2 orang dari kami terpaksa menarik diri kerana ada urusan dan faktor kesihatan. Saat itu, semangat bermusafir berkurang sedikit. Namun setelah mendapat kekuatan menerusi kata-kata "pasti ada hikmahnya" semangat yang tadinya berkurangan sedikit semakin bertambah. Keesokan harinya saat memasukkan beg dalam bonet dapatku lihat hikmah yang diberikan olehNya. Jika kesemua turut serta pasti ada sebahagian beg yang kami perlu pangku dan kurang selesa dalam perjalanan. Allah nak beri keselesaan akal fikiranku berkata.

Yakin....

Kerana ingin melihat ciptaan Tuhan dan mencari ketenangan kami berhenti seketika di Melaka. Saat itu fikiran masih memikirkan soal kerja dan masalah hati. Teringat kata-kata motivasi, kalau kita fikirkan untuk dapatkan sesuatu itu memang kita akan dapat. Jadi niatlah untuk dapatkan kebaikan. Kerana inginkan ketenangan dan kebahagiaan ku lupakan seketika kerja dan lain-lain. Sempat berpesan juga pada adik yang lain untuk kosongkan fikiran dan nikmati ciptaan Tuhan. Alhamdulillah indahnya perjalanan tatkala Allah bersama. Terima kasih diucapkan kepada seorang sahabat yang menunjukkan jalan.

Mencuba sesuatu dengan keyakinan...

Teringat kata-kata, kalau kita nak tahu jalan, kita kene cuba jalan-jalan. Sebab kita akan tahu jalan yang kita cuba sahaja. Kalau nak dapatkan pengalaman jangan takut tapi pastikan keyakinan kepada Tuhan perlu disematkan. Perjalanan diteruskan ke seremban 3 bagi menghantar sahabat seperjuangan pulang ke kampus kerana amanah yang digalas. Saat itu, mula bimbang sebab kami yang tinggal hanya hewi2 yang tak tahu jalan.  Namun semangat ingin mencuba diteruskan dan bermulalah perjalanan kami hewi2. Dengan hanya berpandukan maps dan keyakinan kepada Tuhan, Alhamdulillah kami sampai ke tempat penginapan.

Positif....

Niat melihat ciptaan Tuhan dan mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, kami meneruskan perjalanan ke pantai port dickson. Walau penat tidak terkira, ruang dan peluang yang diberi oleh Allah tidak kami sia-siakan. Pantai port dickson kami telusi, walau penat belum henti, semangat terus bersemi, kami teruskan perjalanan dengan gembira dan senang hati. Namun kegembiraan kami diuji tatkala hujan turun membasahi bumi, doa dipohon pada Ilahi, moga kami dapat meneruskan perjalanan dengan senang hati. 20 minit kami menikmati cendol sementara menunggu hujan berhenti. Menunggu dan terus menunggu dengan keyakinan pasti Allah akan bantu. Doa dipanjatkan memohon restu dan alhamdulillah hujan berhenti selama 30minit. Dapatlah kami berjalan ke tepi pantai sambil menikmati keindahan alam.

Diuji lagi....

Kami meneruskan perjalanan pulang ke tempat penginapan. Perjalanan memakan masa 43minit namun bertambah menjadi 1 jam lebih kerana kami terlepas exit senawang. Masa itu, Tuhan sahaja yang tahu apa yang dirasakan. Berjalan di negeri orang tanpa tahu jalan. Namun keyakinan kepadaNya terus dikuatkan. Dalam perjalanan, fikiranku menerawang mengingat kembali apa yang berlaku dan pasti kami ada melakukan kesilapan. Dan akhirnya jawapan ditemui. Benar kata-kata itu doa. Semasa perjalanan terkeluar kata-kata "rutin kita hari ni keluar masuk highway je. takdeke jalan raya" dan Allah bagi kami lalu jalan raya yang gelap dan kurang kereta. Saat melalui jalan gelap, saaat kereta kami melalui sepohon pokok, tepat-tepat kami lalu, ranting pokok jatuh disebelah kereta kami dan membuatkan kami terkejut.  Kami teruskan perjalanan dengan keresahan dan ketakutan. Namun keyakinan perlu dikuatkan. Balik niat nak makan, kami diberi jalan melalui pedas linggi untuk berpatah balik ke senawang.Tak dapat makan lagi tapi dapat jalan pedas je.. Saat itu, kata-kata "besyukurlah dengan apa yang allah dah beri jangan mengeluh kerana Allah lebih mengetahui" bermain di fikiran.

Pengajaran bermusafir yang ingin dikongsi bersama :
1. Yakin dengan Allah
2. Sentiasa positif
3. Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya
4. Ujian yang datang bukan sebagai bebanan tetapi kerana kasih dan sayangNya pada kita.
5. Pengalaman tidak akan datang tanpa mencuba
6. Jangan terlalu gembira tetapi perlu sentiasa ingat Tuhan
7. Besyukur dengan apa yang diberi dan jangan mengeluh
8. Sentiasa memohon pada Tuhan
9. Perjalanan hidup kita adalah jalan kita untuk berjumpa denganNya.
10. Pengalaman akan diberi kepada orang yang berusaha mencarinya.

BERSAMBUNG....

Saturday, June 20, 2015

Pendamba Cinta yang diredhai

Rindu semakin berteman
Semuanya secara kebetulan
Kerana kasih diturutkan
Melepas rindu dari kejauhan

Menanti dengan penuh harapan
Menanti dengan penuh kesabaran
Menanti dengan penuh kesetiaan
Menanti demi masa depan

Suasana malam membuatkan aku bangkit
Merawat hati yang sakit
Bertahan sedikit-sedikit
Supaya keyakinan membukit

Sekian lama menunggu
Otak semakin tepu
Mengharap dari yang SATU
Alhamdulillah positif selalu

Jawapan yang ditunggu
Berkat doa selalu
Alhamdulillah kasih bertemu
Moga bahagia selalu

Khas buat : Pendamba Cinta yang diredhai

.::KUN ANTA::.

Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
Aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya
Jadi, aku boleh jadi seorang yang lain
Hanya untuk berbangga
Dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
Tetapi yang ku perolehi hanyalah kerugian di atas perwatakan ku ini
Kita tidak memerlukan harta untuk menambah kecantikan,
Kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
Di dalam hati ia bersinar
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada
Yang tidak sesuai dengan kita,
Itulah kecantikan kita
Semakin bertambah hingga ke atas
Jadilah diri kamu sendiri
Pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada
Sungguh aku menerima mereka
Tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka
Melainkan apa yang telah aku terima itu aku telah redha
Aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
Inilah aku
Hal ini kurasakan sudah cukup
Dan aku sangat pasti
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
Aku tidak perlukan orang lain menerimaku
Aku akan jadi apa yang aku suka
Kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

Sunday, March 29, 2015

.::UKHUWWAH ::.

Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meskipun kini kita terpisah demi kasihNya
Namun cebisan kenangan kitaSentiasa bermain di bayangan mata
Dtik waktu yang berlalu
Menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama
Saling setia menimba ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi

Kita bersama memijak onak duri
Di tanah gersang mengutip semangat suci
Kini segalanya tersurat
Dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketentuanNya
Ada rahmat yang tersembunyi
Bertemu berpisa kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Moga saat nan indah
Ku harap berulang lagi








#Bersedia untuk tidak bersedia

Keliru.....Resah.....Gundah.....Sabar.....BAHAGIA

Aku yang masih keliru...
Banyak persoalan yang selalu bermain difikiranku....
Aku tidak mahu banyak berfikir benda yang belum masanya berada dimindaku...
Kerana ianya akan membuatkan aku buntu...
Dan menyebabkan aku tak menentu..


Aku yang masih resah....

Resah...aku semakin resah...
Tatkala memikirkan persoalan yang sentiasa bermain diminda...
Dan hakikatnya aku tidak menduga....
Dengan ujian dan cabaran yang melanda....


Aku yang masih gundah...

Penantian yang tidakku pasti membuatkan aku gundah...
Tiada penyelesaian yang ku jumpa...
Hanya persoalan demi persoalan setia diminda...
Sehingga akhirnya aku pasrah dan redha
Dengan ketentuan dariNYA...


Aku yang masih sabar....

Sabar dengan kerenah mereka...
Sabar dengan ujian yang melanda...
Sabar dengan ujian yang diterima....
Dan akhirnya Sabar membawa BAHAGIA...


Pertemuan yang tidak disangka....

Perancangan Allah yang tidak diduga....
Berkat kesabaran, Kebahagiaan yang sentiasa diterima....
Moga berkekalan selamanya....
Perlu sentiasa positif, jujur, ikhlas, yakin kerana itulah kunci Bahagia.....

RINDU BERTAMU DI UniSZA


ALHAMDULILLAH.. syukur padaMu Ya Allah kerana beri peluang kepada penulis melepaskan rindu ke tempat pengajian dahulu.  Walaupun perasaan tidak seperti apabila pergi sendiri ke UniSZA, namun pengalaman dan kenangan yang cukup bermakna seminggu yang lalu seperti berada di UniSZA.



kenangan melawat booth UniSZA di UTHM  bersama ahli-ahli
 KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR CAWANGAN RENGIT

dari kiri : Syahreen, kak umi (staf UniSZA), Al-Fateh dan Aiman


Entah mengapa perasaan rindu zaman pengajian bermain diingatan, rindu dengan insan-insan yang pernah menjadi peneman dikala suka dan duka, kenangan 3 tahun bersama.

Kenangan bersama SMJ Sdn Bhd

Kenangan Pagar Utama Unisza

Kenangan semasa semester 1

Kenangan bersama rakan dakwah A & B

Kenangan bersama Kelas Dakwah B yang sangat  sporting dan ceria







#Berharap dapat ke sana suatu masa nanti....
#Rindu Bertamu di UniSZA

Thursday, March 19, 2015

Kepercayaan & Kebahagiaan


HATI akan terluka tatkala sahabat yang kita percaya hancurkan perasaaan kita...
sahabat yang kita sayang mainkan perasaan kita...
sahabat yang rapat dengan kita lukakan hati kita...
sahabat yang kita percaya pergunakan kita....



TAPI hati pasti gembira dan bahagia bila sahabat sayangkan kita....
bila sahabat sentiasa ambil berat pasal kita.....
bila sahabat sentiasa doakan kita.....
bila sahabat sentiasa nak bahagiakan kita....
bila sahabat memahami kita.....
bila sahabat sentiasa nak buat yang terbaik untuk kita....

DAN PASTINYA KITA AKAN RASA SANGAT BAHAGIA




SAHABAT......INGATLAH...



3 HAL


 Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

 Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam

 Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

 Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta 
3. Kebaikan

 Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan 
3. Mimpi 

 Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

 Ada 3 Hal yang membuat kita berjaya :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

 Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur 
3. Jodoh 

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua 
2. Sakit
3. Kematian

Ya اللّه , insan yang membaca ini adalah insan yang soleh dan solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang, maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.

NUR DAIE KEMBALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah setelah sekian lama, laman sesawang NUR DAIE kembali bersama pembaca yang setia. Maaf kerana lama tidak bersama dek kesibukan yang melanda menyebabkan  penulis tidak dapat berkongsi bersama pembaca. Terima kasih kepada pembaca yang masih setia dan Insyaallah NUR DAIE KEMBALI semula khas buat pembaca yang setia.