Followers

Monday, July 26, 2010

Masakan Panas....Pesta Konvo

Pesta Konvokesyen kali kedua telah bermula sejak semalam hingga 27/7/2010...Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) juga tidak ketinggalan dalam pembukaan gerai.. kami telah membuka gerai MASAKAN PANAS...hehe...Alhamdulillah, semalam jualan agak laris walaupun masak dalam gelap "blackout"...kami tutup gerai jam 12 lebih kerana pelanggan yang datang tidak henti2...walaupun dugaan ketiadaan elektrik ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus berniaga....Akhirnya oleh kerana ketiadaan elektrik, permintaan pelanggan "Nasi Goreng Berapi PMKI" tidak dapat dipenuhi...hanya pelbagai mee dan maggie goreng sahaja yang dapat dijual...Kasihan melihat tukang masang (k.mala)yg tidak henti2 memasak..ingin membantu tidaklah secekap dia.,..tapi apa pun seronok sangat.....

Hari ni pulak Konvokesyen berlangsung, sejak beberapa hari yang lepas, aku telah melihat mahasiswa/i yang sibuk menguruskan persiapan konvo, pengambilan jubah dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa/i yang mendapat penganugerahan daripada Sultan...x sabar rasanya nak tunggu tahun depan... :)

Saturday, July 24, 2010

Astagfirullah.....janji yang tidak dapat ku tepati....

aku terkejut tatkala tersedar dari tidur...
"dah pukul berapa ni?" itulah kata2 awal yang terungkap dari mulutku....
terkejut aku apabila melihat jam menunjukkan 11malam...Astagfirullah aku masih memakai telekung....ku ingat kembali apa yang berlaku...rupanya sementara aku menunggu waktu isyak aku membaca kisah seorang pejuang Islam, entah jam berapa aku terlelap dibuai mimpi...

aku terus menjalankan kewajipan diriku yang masih belum dilakukan..setelah itu aku teringat akan janjiku kepada sahabatku untuk menemaninya ke cafe...aku melihat terdapat 2 mesej dlm inbox dan satu panggilan tidak dijawab..ternyata sahabatku menghubungiku....

maaf sahabat hanya itu yang dapat ku ungkapkan...rasa sebersalah menyelubungiku...ingin ku tolong tp tidak ku mampu apabila melihat jam di tangan menunjukkan jam 11.20 malam..cafe sudah pun ditutup...aku juga teringat pesan seorang sahabat yang tidak menggalakkan ku keluar malam...kerana tidak manis bg seorg wanita keluar malam...

aku senang tatkala sahabatku membalas mesej yang menyatakan dia telah makan..tapi rasa sedih jugak sebab dia hanya makan maggie...huhuhu...sory sgt2 sahabat....xpela esok kte makan ye....

(sajeje nak share....:) semoga mendapat keredhaan Ilahi)

Friday, July 23, 2010

Sambungan...PSS

Ketahuilah sahabatku...

Apabila kamu menuntut ilmu maka hendaklah kamu meniatkan dirimu supaya menuntut ilmu itu kerana mencari keredhaan Allah s.w.t dan bukannya kerana untuk mencari dan menikmati kehidupan dunia. Sesungguhnya dengan niat kamu itu akan memberi kesan kepada pekerjaan kamu itu kerana telah ramai orang yang terdahulu mengalami kerugian disebabkan salah niat mereka.

Maka telahku sebutkan kepadamu tentang bahayanya sesuatu amalan jika tersalah niat yang diniatkan. Oleh itu, maka suka ingin ku peringatkan diriku dan dirimu supaya menuntut ilmu dengan meniatkannya untuk mencari keredhaan Allah s.w.t bukannya untuk mencari nikmat dan kepuasan dunia. Wallahu'alam

Monday, July 19, 2010

Pesanan Seorang Sahabat....

Terima kasih sahabat...pemberianmu ini amat berharga padaku....izinkan diriku berkongsi pesanan ini buat semua pembaca.....moga kita semua mendapat keredhaanNya....AMIN

وذكر فإن الذكر تنفع المؤمنين

" Dan peringatkanlah, maka sesungguhnya memberi peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin"

Wahai Sahabatku....
Inilah pesanan dan nasihat dari diriku yang fakir di sisi Allah S.W.T tentang adab-adab kamu di dalam menuntut ilmu di jalan Allah.

Wahai Sahabatku....

Aku tidak ingin menerangkan kepadaMu tentang bagaimana cara untuk menuntut ilmu kerana dirimu lebih mengetahui bagaimana tentang caranya lebih dariku yang selalu leka dengan nikmat dan perhiasan dunia, tetapi di sini aku cuma ingin mengingatkanmu tentang beberapa perkara yang membahayakan dirimu di dalam menuntut ilmu. Ketahuilah wahai sahabatku! sesungguhnya ketika dirimu dalam menuntut ilmu, maka setiap hari kamu akan menghadapi pelbagai penyakit yang membahayakan sama ada penyakit ini menyerang kamu dalam kamu sedari atau tidak kamu sedari dan hanya mereka yang diberi pertolongan oleh Allah yang akan terselamat.

Wahai Sahabat yang ku kasihi....

disini petamanya aku ingin mengingatkanmu tentang satu benda yang penting di dalam kamu menuntut ilmu. Perkara ini merupakan asas yang terpenting dalam menuntut ilmu. Ia merupakan benih dan tunjang kepada pohon yang bakal kamu tanam itu. Jika baik benihnya itu, maka baiklah pohon yang akan bercambah itu dan jika rosak benih yang yang kamu tanam itu, maka rosaklah pohaon yang kamu tanam itu. Jika elok tunjangnya maka kukuhlah pohon yang tumbuh itu dan jika reput pohon tunjang itu maka sebaliknyalah yang akan berlaku. Perkara ini merupakan asas kepada asas-asas yang lain di dalam kamu belajar iaitu niat. Sesungguhnya nabi Muhammad telah bersabda di dalam sebuah hadith yang berbunyi :

إنما الأعمال بالنية

" setiap amalan di sertai niat"


Di dalam kita melakukan semua pekerjaan sama ada pekerjaan dunia mahupun pekerjaan akhirat akan melibatkan niat kita pada permulaannya. Ketahuilah dengan niat itu akan memberi kesan kepada setiap pekerjaan yang akan kita lakukan itu sama ada baik atau pun jahat, bersih ataupun kotor, dan ma'ruf atau pun mungkar.

bersambung.....

Latihan Industri Pejabat Kadi Daerah Pontian

Latihan Industri ini adalah satu syarat wajib bagi semua pelajar Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah dengan kepujian. Latihan Industri ini merupakan satu latihan di mana pelajar ditempatkan di sebuah organisasi untuk mendapatkan pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan program yang diikuti di universiti.

Tujuan utama latihan ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar agar mereka mendapat pengalaman dan kefahaman tentang aspek-aspek yang berkaitan dalam bidang pengajian mereka secara khusus dan bidang pekerjaan lain secara umum.

Pada 11 Mei 2010 hingga 2 Jun 2010 saya telah menjalani Latihan Industri di saat mahasiswa/i cuti semester. Saya telah memilih untuk menjalani Latihan Industri di Pejabat Kadi Daerah Pontian (dulu dikenali sebagai Pejabat Agama Daerah Pontian)

Pejabat Kadi ini dahulunya terletak di Bangunan Ismail di mana ianya menumpang di bangunan Pejabat Daerah Pontian. Pada 1 julai 2010, Pejabat Kadi ini telah berpindah ke bangunan baru yang beralamat di Pejabat Kadi dan Mahkamah Syariah, Jalan Parit Mesjid 82200 Pontian Johor.

PKDP mempunyai 8 bahagian/ unit yang beroperasi untuk menerima dan berurusan dengan pelanggan. Antaranya ialah :

1. Pentadbiran
2. Undang-undang Syarak
3. Pengurusan Masjid dan Surau
4.Dakwah
5.Penguatkuasa
6. Pembangunan Keluarga
7. Pendakwaan
8. Penyelidikan