Followers

Tuesday, October 5, 2010

tangisilah bila diri tidak berharga lagi.....


Tidakku tahu mengapa pada pagi ini tatkala selesai menunaikan kewajipan, tanganku terasa ingin membuka radio melalui hensetku....tetiba ku rasakan diri ini seperti kosong kerana tiada pengisian. Oleh kerana masa yang terlalu mencemburui, tugasan yang sentiasa menghampiri, tesisku yang sentiasa mengganggu fikiranku, aku terleka, aku cuai kerana tidak memberi peluang kepada diri ini untuk mendapatkan pengisian rohani. Aku khilaf Ya Allah kerana mengabaikannya. Ampunilah dosa-dosaku....

Alhamdulillah, pagi ini ku dapat sedikit ilmu yang dapat memotivasikan diri InsyaAllah yang ingin ku kongsikan bersama pembaca....

Jangan tangisi bila diri tidak dihargai, tapi tangisilah bila diri tidak berharga lagi.....

Sidang pembaca yang dirahmati Allah....

Tahniah diucapkan kerana anda telah memberikan peluang kepada diri anda untuk mendapatkan sedikit ilmu yang InsyaAllah akan anda hargai sekiranya anda membacanya sehingga akhir...

Jangan tangisi bila diri tidak dihargai...

Kalimah ini membuatkan aku tertanya-tanya mengapa ustaz yang menyampaikan berkata demikian, setelah ku mendengar sehingga ke akhir rancangan baru ku tahu, aku bersetuju dengan kalimah yang disampaikan...

Jika kita lihat, dewasa ini kita berada di dunia yang mana ramai diantara penghuni-penghuninya sukar untuk menghargai orang lain, kita dapat lihat tatkala kita menghulurkan bantuan , berapa ramai orang yang telah dibantu ingin mengucapkan terima kasih, terlalu sukarkah ungkapan ini ingin dikeluarkan dari mulut kita yang pemilik sebenarnya adalah Allah S.W.T . tetapi pembaca sekalian ini bukanlah persoalannya. Dan harus kita ingat Allah S.W.T adalah pemilik kepada diri kita..

tangisilah bila diri tidak berharga lagi.....


Sahabat yang di rahmati Allah....

terdapat 5 perkara yang ingin dikongsi bersama. Bagaimana kita ingin tahu diri kita masih berharga?

5 perkara inilah yang akan menjawab kepada persoalan yang dikemukakan...

1) Iman : adakah Iman kita semakin bertambah ataupun berkurang? Kita perlu sentiasa berusaha dan meminta kepadaNya agar Iman kita tidak berkurang, malah dikuatkan Iman kita dari melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah.

2) Ilmu : Ilmu amat berharga, cuba kita lihat bagaimana kehidupan manusia yang tidak mempunyai ilmu? adakah kita ingin tergolong dalam golongan orang yang tidak mempunyai ilmu? Man arada dunya fa'alaihi bil 'ilmi, waman arada akhirah fa'alaihi bil 'ilmi, wa man aradahuma fa'alaihi bil'ilmi. Kita dapat lihat betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita.

3) Akhlak : Akhlak yang baik mencerminkan keperibadian seseorang, kita perlu menjaga akhlak kita kerana ia merupakan sesuatu yang amat berharga..Kita dapat lihat orang yang mempunyai akhlak mulia amat disenangi dan disukai oleh orang lain. Marilah kita sama-sama mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W.

4) Maruah : Kita perlu menjaga maruah kita sebagai seorang yang beragama Islam, maruah sebagai seorang lelaki dan perempuan, maruah sebagai seorang pelajar, maruah sebagai seorang suami dan isteri, maruah sebagai seorang anak, maruah sebagai seorang ibu dan bapa dan segala status yang kita miliki. Orang yang bermaruah adalah orang yang amat berharga.

5) Harta : Harta juga amat berharga, tetapi perlu diingat kadang-kadang dengan harta kita kecundang. Harta yang dikatakan berharga adalah apabila harta itu dapat menjadikan kita sebagai seorang yang sentiasa melakukan kebaikan, dengan harta itu tangan kita sentiasa ingin menghulur.

Sidang pembaca sekalian,
Sedikit sebanyak saya mengharapkan apa yang dikongsi ini dapatlah kita semua memotivasikan diri kita, adakah kita lebih sedih bila diri tidak dihargai atau lebih sedih bila diri tidak berharga lagi. Sentiasalah kita memastikan kelima-lima perkara di atas ada dalam diri kita....

Sahabat sekalian...

Jangan kita tangisi bila diri kita tidak dihargai, tapi tangisilah bila ilmu tiada dalam diri, tangisilah bila iman tiada dalam diri untuk mendapat keredhaan Ilahi, tangisilah bila akhlak mulia tiada dalam diri dan diri tidak disenangi, tangisilah bila maruah kita telah dicemari, dan akhirnya tangisilah bila harta tiada untuk dihulur dan memberi...

Semoga pengisian kali ini amat bermakna dan dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat lain hendaknya. Marilah kita sama-sama mengingatkan sahabat-sahabat kita disamping itu mengingatkan diri kita sendiri..

Saturday, October 2, 2010

Al-Fatihah

Yang pergi tidak akan kembali, apabila ada pertemuan pasti ada perpisahan...itulah fitrah dalam kehidupan...

Al-Fatihah buat Hj Muhammad Sahedek Bin Hj Dumang yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.45 petang tadi, semoga rohnya dicucuri rahmat..