kItA tIDak TahU BiLa KiTA akAn DipAnggIL olehNYA..OLeh ITU mariLah Kita SamA-Sama SaMPaikaN Ilmu ALLAH...moga DIBerkAtI oLehNYA....AMIN...iNdAHnyA NUR DAIE....
Kenapa Lelaki Lebih Suka Berdiam Diri
Sebenarnya walaupun kamu lebih suka berdiam diri dalam banyak situasi dan nampak baik, tindakan kamu ini sebenarnya tidak disukai oleh teman wanita kamu kerana mereka lebih suka kamu berterus terang dalam semua perkara. Malah mereka merasa lebih tertekan apabila kamu berdiam diri sekiranya berlaku sebarang perselisihan.
Sekiranya keadaan ini terjadi, perempuan perlu sedar bahawa lelaki memilih berdiam diri kerana sebab-sebab tertentu. Ketika itu, lelaki mungkin sukar untuk menyatakan hal sebenarnya kepada kamu yang disayanginya. Walaupun lelaki tersebut tahu kejujuran adalah hadiah paling berharga tetapi demi kebaikan bersama ada baiknya dia memilih berdiam diri terlebih dahulu daripada berterus- terang yang mungkin boleh melukakan kamu. Apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah jangan memaksanya untuk bersuara dan berterus-terang, kerana ia mungkin akan menimbulkan kemarahan dan boleh mencetuskan perselisihan faham.
Lelaki juga suka berbohong "sunat" terhadap teman wanitanya daripada mendedahkan perkara sebenar kerana biasanya apabila mereka menyatakan hal yang sebenar, teman wanitanya sukar untuk menerima hakikat tersebut. Biarpun mereka memilih untuk mendiamkan diri, ini bukanlah bermakna mereka takut terhadap perempuan, tetapi ia betujuan mengelakkan daripada berlakunya pertengkaran dan masam muka. Sebab perempuan biasanya lebih emosional dalam menangani sesetengah perkara.
Dalam soal ini, ramai lelaki merasakan tiada gunanya bertengkar dengan teman wanita kerana itu bukanlah jalan terbaik, malah lambat laun lelaki juga yang terpaksa memujuk. Jadi untuk mengelakkan berlaku pertengkaran atau bagi mengelakkan pertengkaran daripada berlarutan lebih baik dia berdiam diri.
Oleh itu, jika teman lelaki kamu bersikap demikian kamu janganlah pula beranggapan si dia degil atau sengaja tidak mahu melayan karenah kamu. Ini kerana dia berniat untuk menyelamatkan hubungan kamu. Kamu juga seharusnya perlu sama-sama berdiam diri dan fikirkan secara mendalam apakah yang menjadi punca perselisihan tersebut. Bagaimanapun kamu boleh meneka apakah yang terbuku di hatinya walaupun dia berdiam diri. Bagaimanakah caranya? Senang saja, kamu cuma perlu perhatikan apakah tindakannya selepas itu. Kerana dengan melihat apa yang mereka melakukan secara tidak lansung membolehkan kamu mengagak apakah yang diinginkan sebenarnya.
Tetapi ingat!!!.Jangan mendesaknya berterus terang. Kerana kalau didesak mereka akan terus berdiam diri dan kalau memberikan jawapan pun, jawapannya kurang tepat atau tak ikhlas....
Malah ahli psikologi pun mengakui bahawa cara terbaik untuk mengenali lelaki ialah memerhatikan perlakuannya. Ini bukan bermakna cakap lelaki tidak boleh dipercayai tetapi mereka lebih boleh dipercayai daripada perempuan. Tetapi dalam hal-hal untuk menyelamatkan sesuatu perhubungan lelaki memilih untuk berdiam diri.
* kepada wanita-wanita di luar sana cubalah fikirkan...
* kepada lelaki-lelaki di luar sana, ana mengalu-alukan komen dari anda mengenai artikel ini...
My Blog List
-
-
-
~Terdiam ~2 months ago
-
T-Shirt PRU 133 months ago
-
Jika itu takdirnya =)4 months ago
-
Buku-Buku Menarik4 months ago
-
-
-
KehidupanKU10 months ago
-
Peristiwa Keajaiban11 months ago
-
Guideline Ketika Tempoh Bertunang1 year ago
-
UPAH MENJAHIT1 year ago
-
Perjalanan Tanpa Henti1 year ago
-
:: no title ::1 year ago
-
-
-
-
Belajar dari Layang-Layang2 years ago
-
Seminar pahang2 years ago
-
~Ramadhan al-Mubarak~2 years ago
-
-
Komuniti D'hearty KPIJ'102 years ago
-
buAtmu sAhAbAt..3 years ago
-
~BOSAN~......3 years ago
-
-
SALAM IMTIHAN3 years ago
.::ILmU::.
ZINA
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. telah bersabda yang ertinya, “Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah
Allah SWT telah memberi amaran agar menjauhkan perbuatan zina melalui firman-Nya dalam surah al-Isra':ayat 32. yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.".
MUTIARA KATA
“Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad )
“Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)
"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)
SOLAT JEMAAH
Sabda Rasulallah s.a.w
”عن عثمان رضى الله عنه : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من
توصأ فأسبع الوضوء ثم مشى إلى صلاة
مكثوبة فصلاها مع الإمام غفر له ذنبه ”
Maksudnya :
Daripada Uthman bin Affan r.a berkata : aku mendengar Rasulallah bersabda : ‘ Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna, kemudian berjalan pergi untuk menunaikan solat fardhu, lalu dikerjakannya solat tersebut bersama imamnya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya’.
عن ابن عمر رضى الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : صلاة الجماعة أفضل من صلاة فذ بسبع
وعشرين درجة . وفي رواية بخمس وعشرين درجة
Maksudnya :
Daripada Ibnu Umar r.a , Nabi s.a.w bersabda: Pahala solat jemaah mengatasi solat bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat. Dalam riwayat yang lain disebut dengan dua puluh lima darjat.
Rasulallah s.a.w bersabda:
قال النبي صلى الله عليه وسلم ما من ثلاثة في قرية
ولا بدو لا تقام فيهم الجماعة إلا استحوذ الشيطان
فعليك بالجماعة فإنما يأكل الذئب من الغنم القاصية.
Maksudnya :
Rasulallah s.a.w bersabda : Apabila terdapat tiga orang di sesebuah kampung atau di kawasan pedalaman tidak mendirikan solat jemaah sesama mereka, nescaya berjayalah syaitan menguasai mereka. Oleh itu, hendaklah kamu berjemaah kerana kambing yang jauh terpencil sahaja yang akan dibaham serigala.
Kediaman ulama’ Al-Ahnaf bin Qais memang sering dikunjungi orang ramai dan sahabat-sahabat yang ingin menuntut ilmu dan bertanyakan kemusykilan agama.
Suatu hari beliau dikunjungi oleh seorang pemuda dari Bani Tai’yi. Kedatangan pemuda itu menarik perhatian Al-Ahnaf kerana dia kelihatan sangat segak dan tampan. Ini sekaligus menjadikan pemuda itu kelihatan lebih berketerampilan dan berlainan daripada pemuda sebayanya.
Lalu Al-Ahnaf bertanya kepadanya, “wahai anak muda, adakah kamu menghiasi wajahmu degan seuatu?”
Pemuda itu membalas, “memang benar saya menghiasi wajah saya dengan sesuatu,,jika saya bercakap, saya tidak pernah berbohong,,jika ada orang bercakap, saya mendiamkan diri dan mendengar,,jika saya berjanji, saya tepati janji itu,,jika saya diberikan amanah, tidak sesekali saya mengkhianatinya,,”
Al-Ahnaf gembira mendengar jawapan itu,,lantas beliau berkata,,”benar kata-katamu wahai anak muda,,seungguhnya kamu hiasi dirimu dengan akhlak mulia,,”
13 comments:
salam..ai dh ada calon ker?huhu=)
pndy skunk bermadah2 puisi pujangga!!!
emm..
knape ye lelaki suke berdiam diri dlm perkra neh??..
adakah kaum wanita yg bersalah??..
soalan ni kita tujukan pada lelaki untuk jawab lebih baik kot..hehehe..xde pengalaman lah puteh:)
salam..ai orked putih:)
hehehe sejak dapat ilham la pandai bermadah pujangga..hehehe...calon????????
huhuhu hanya Tuhan yang tahu...
wow... para lelaki.. diam.. jgn bagi komen.. berdiam diri adalah lebih baik.. drpd komen.. x nk apa2 terjadi.. mcm dlm post blog 2.. hehhehe.. so... aku ckp.."NO KOMEN"
to kembo...
kata org diam tanda setuju..jadi kome setujula ea memg lelaki diam sebab macam kat post tu???...hehehe
so...luklukbaidoa...means that si "dia" awk..pendiamla ek???
hahahaha....jgn queen control sudah ye cik michi..hek9 :D
to luklukbaidoah..
wah cakap berdasarkan pengalaman ke? macam berpengalaman je..hehehe..
tapi betollah 2 :) majoriti lelaki ni ego tinggikan...
hah lupa nak tye...cik luklukbaidoah kte ni dah b'pye ke???
hehehe..
to izzat89...merah dah muka cik michi kte ni..hehehe
slalu bace novel la...xde pengalaman pon...uhuk...
bukan queen control.
tapi yang diharapkan dari lelaki adalah kepimpinannya. biar pendiam tapi berisi. bukan banyak cakap tapi xdak isi...klu cakap banyak isi,bagus la...
ade pemilik hati ni...nak tau ke sape?
ALLAH la...
btol ckp kembo..
Btul tu..
Post a Comment