Followers

Friday, April 30, 2010

KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASHID



Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) menyokong penuh kenyataan media yang di keluarkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkaitan kes seorang pelajar yang bernama Aminulrasyid Hamzah yang berusia 15 tahun yang dilaporkan mati ditembak oleh anggota polis peronda dalam satu insiden di Shah Alam awal pagi kelmarin.

KPIJ senada bersama PKPIM bahawa pihak polis tidak wajar melepaskan tembakan ke atas pelajar berkenaan memandangkan pelajar tersebut bukan dalam keadaan yang membahayakan. Sebaliknya, pihak polis masih boleh menggunakan pelbagai cara untuk memastikan pelajar terbabit menyerah diri.Tambahan pula, mangsa terbabit masih dikategorikan dalam lingkungan bawah umur dan masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Maka, kes pembunuhan yang trajis ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak seharusnya berlaku.


Sebagai persatuan pelajar yang bergabung di bawah PKPIM dan juga bertangungjawab memayungi pelajar-pelajar Islam di Negeri Johor. KPIJ menggesa pihak polis serius dan mengutamakan keadilan dalam melakukan siasatan terhadap insiden yang memalukan ini agar insiden yang sama tidak berulang akibat dari kecuaian pihak polis.KPIJ juga menuntut agar pihak yang berkaitan khususnya media bersifat telus dalam melaporkan setiap siasatan polis kepada orang ramai.


Disamping itu, KPIJ menyeru kepada semua ahlinya agar sama-sama menyertai Kempen “Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid” yang di lancarkan di laman sosial Facebook baru-baru ini. Semoga kematian adik Aminulrasyid Hamzah mendapat pembelaan sewajarnya.


Mohammad Khairullah bin Mohd Zainudin

Yang Di-Pertua

Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)

-http://kpijohor.blogspot.com-

luahanku buatmu yang tersayang...

Hari ini tiada paper yang menantiku di dewan peperiksaan,
selama beberapa hari aku berjuang di medan ilmu,
demi mendapatkan "kebahagiaan" yang ku inginkan sejak dulu lagi...
aku ingin melihat senyuman diwajahnya....
tatkala aku membawa kebahagiaan ini....
aku tidak terdaya untuk melihat kesedihan diwajahnya tatkala kegagalan yang ku bawa.....

sewaktu berjuang, pasti ku ingat kata-katanya...
kata-katanyalah yang menguatkan semangatku....
aku menjadi kuat apabila mengingatkannya....
walaupun kadangkala di medan juang pelbagai dugaan yang ku harungi....
pelbagai ujian yang ku rasai...
ketensionan yang melanda diriku ini...
tapi aku yakin dengan kata-katanya dan ketentuan ILAHI....

aku yakin setiap sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya....

TERIMA KASIH MAK....
makla ratu hatiku....
mak kuat walaupun BABA tiada disisi...
SAYANG MAK.....

Monday, April 19, 2010

nak share sikit :(

salam...terasa nak kongsi dengan semua je...huhuhu...sedihla hari ni paper BI....soalan killer habis....x pernah jawab payah gini...mungkin sebab ni sem last belajar BI...

ingatkan aku je yang terasa killernye soalan rupa2nye majoriti berpandangan sebegini...Ya Allah lembutkanlah hati Miss Baizura bila tanda kertas ktorg nanti....

masa pun tadi tak cukup..banyak giler soalan kefahaman....dengan aku yang batuk membingitkan suasana dewan yang sunyi sepi dek kerana penghuninya husyuk berjuang demi mendapatkan A dalam BI....

keluar dewan pelbagai reaksi dan telatah kawan2 yang aku nampak, ada yang senyum kegembiraan, ada yang sedih, ada yang hanya mampu menggeleng kepala tak terkata...ada yang selamba giler jalan je....tak tw la dapat jawab ke x...

xpelah...pepun kawan2...kita dah wat yang terbaik tadi...sekarang jom fokus pada paper esok pulak...study molek deh :)

Wednesday, April 14, 2010

MENJAUHKAN DIRI DARI SYUBHAT KERANA TAKUT TERLIBAT DALAM HARAM

SALAH satu daripada rahmat Allah terhadap manusia, ialah Ia tidak membiarkan manusia dalam kegelapan terhadap masalah halal dan haram, bahkan yang halal dijelaskan sedang yang haram diperinci.
FirmanNya:
“Dan sungguh Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang Ia haramkan atas kamu.”
(al-An'am: 119)

Masalah halal yang sudah jelas, boleh saja dikerjakan. Dan soal haram pun yang sudah jelas, samasekali tidak ada rukhsah untuk mengerjakannya, selama masih dalam keadaan normal. Tetapi di balik itu ada suatu persoalan, iaitu antara halal dan haram.

Persoalan tersebut dikenal dengan nama syubhat, suatu persoalan yang tidak begitu jelas antara halal dan haramnya bagi manusia. Hal ini boleh terjadi mungkin kerana tasyabbuh (tidak jelasnya) dalil dan mungkin kerana tidak jelasnya jalan untuk menerapkan nas (dalil) yang ada terhadap suatu peristiwa.

Terhadap persoalan ini Islam memberikan suatu garis yang disebut Wara' (suatu sikap berhati-hati kerana takut berbuat haram). Dimana dengan sifat itu seorang muslim diharuskan untuk menjauhkan diri dari masalah yang masih syubhat, sehingga dengan demikian dia tidak akan terseret untuk berbuat kepada yang haram. Cara sebegini termasuk menutup jalan berbuat maksiat (saddudz dzara'i) yang sudah kita bincangkan terdahulu. Disamping itu cara tersebut merupakan salah satu macam pendidikan untuk memandang lebih jauh serta penyelidikan terhadap hidup dan manusia itu sendiri.

Dasar asas daripada prinsip ini ialah sabda Nabi yang mengatakan: "Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), ramai orang yang tidak tahu: apakah dia itu masuk bahagian yang halal ataukah yang haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat,. dan barangsiapa mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan iatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula, bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan." (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi, dan riwayat ini adalah lafal Tarmizi).

- YUSOF AL-QARDHAWI-

Tuesday, April 13, 2010

bila dengar lagu ni tetiba sedih giler...


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan



Dalam kegelapan itu

Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu

Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu

Memohon limpah rahmat-Mu

Mentari hidupku kan bersinar kembali



Sunday, April 11, 2010

HEPY BESDAY

hepy belated day

to:
YDP PMKI
"FAHIMI"
8/4/

and

EXCO EKONOMI PMKI
"K.AIN"
9/4

nah ni hadiah dari ktorg....:)




adik beradik PMKI'09/10