Followers

Saturday, June 15, 2013

4 SAHABAT

 DRAMA : 4 SAHABAT
PELAKON
Aza, Lala, Sukma, Eida &  Farahin (Penjual) 
SUARA LATAR
Farahin

Aza, lala, sukma, dan eida merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti Teknologi Mara.  Mereka berempat duduk di rumah sewa yang sama berdekatan dengan UITM.  Sukma dan ana merupakan sahabat baik.  Ke mana sahaja mereka selalu bersama.  Mereka berdua rajin belajar bersama.  Mereka juga suka membantu kawan-kawan mengulangkaji pelajaran.  Manakala lala dan aza lebih suka menghabiskan masa di pusat membeli belah.  

DI DALAM KELAS
Sukma : Eida, peperiksaan tak lama lagi kan? Apa kata kita belajar sama-sama.
Eida : yela, sekejap je masa berlalu.  Apa kata kita ajak sekali Aza dan lala belajar dengan kita. 
Sukma :  bagus juga tu,

DI RUMAH
Seminggu sebelum peperiksaan
Eida : selamat pagi Aza, hari  ni cuti kan? Jom belajar sekali dengan kami.  Peperiksaan dah hampir ni. 
Aza : arrgh.. aku malaslah.  kan lama lagi exam, seminggu lagi boleh belajar.  Hari ni aku nak keluar dengan lala.  Korang nak ikut?
Sukma : boleh juga, lagipun aku nak cari buku rujukan bahasa arab ni. Eida, jom kita ikut diorang pagi ni, nanti kita belajar sama-sama. 
Eida : hurmm
Lala : ala Eida, engkau ni asyik belajar je, jom la ikut ktorg… aku janji esok kita belajar sama-sama. 

DI PUSAT MEMBELI BELAH
Eida : Eh! Jom ke sana, ada kedai buku tu.
Sukma : Jom.
Lala : korang pergilah sana, kita nak jalan-jalan kat sana..nanti kita jumpa jam 1 petang dekat KFC ye.

Sukma dan Eida berjalan menuju ke kedai buku
Penjual : Selamat datang. Adik nak cari apa?
Sukma : Kami nak cari buku rujukan bahasa arab. Ada tak?
Penjual : Ada, adik cuba lihat di sana
Eida dan sukma : Terima kasih kak
Penjual : sama-sama

Keesokan harinya

DI RUMAH
Eida : Lala, Aza bangunlah.  Jom kita belajar sama-sama.  
Aza : mmmmhh.. ngantoklah, korang belajarlah dulu..

Eida menuju ke ruang tamu untuk belajar bersama sukma

Sehari sebelum peperiksaan
Jam 11 malam…
Di bilik, sukma dan Eida sedang mengemas dan menyiapkan keperluan untuk menghadapi peperiksaan, manakala Lala dan Aza masih sedang sibuk membaca buku.  Mereka sangat risau kerana banyak lagi buku yang belum habis dibaca. 

Semasa peperiksaan..

di dewan peperiksaan, kelihatan sukma dan eida tenang menjawab soalan, akan tetapi aza dan lala sebaliknya. 

Saat keputusan dikeluarkan..

Eida : eh kau dapat berapa CGPA?
Sukma : Alhamdulillah, aku dapat 3.80, kau pula?
Eida : Alhamdulillah, aku dapat 3.90.
Sukma : lala! Aza! Tunggu, korang nak pergi mana? Macam mana keputusan?
Lala : hurmm, ktorg malu dengan korang, markah ktorg rendah je..
Eida : takpelah Lala, aza, masih belum terlambat.. lepas ni kita boleh belajar sama-sama. Tapi dengan syarat korang kene belajar dan berusaha bersungguh2, ambil pengajaran dari apa yang dah berlaku…
Aza : terima kasih Eida atas nasihat kau.  Aku janji lepas ni aku akan belajar bersungguh-sungguh. 
Lala : ye, Eida, sukma terima kasih banyak2 sebab korang masih nak kawan dengan ktorg lagi.. 


                                                        … bersambung…





Thursday, June 13, 2013

Membudaya amalan sunnah

“RAGAM SI KEMBAR DAN IBUNYA”

PELAKON
NAZIFAH BT SULEIMAN (HUSNA)
FATIN NURSYELLA BTE LAMUDEK (HUZMA)
MAS AYU NADHIRA BTE MULIYADI (EMAK)

SUARA
NASUHA BTE SULEIMAN (SUARA LATAR DAN HUZMA )
NUR AZRIN FARHANI BTE HAVARI (EMAK DAN HUSNA)

Di dalam sebuah kampung terdapat seorang ibu tunggal yang bernama  Zainab.  Suaminya telah meninggal dunia akibat sakit jantung 4 tahun yang lalu.  Beliau tinggal bersama 2 orang anaknya yang bernama Huzma dan Husna.  Huzma dan Husna merupakan pasangan kembar dan bersekolah di Sekolah Parit  Markom.  Pada tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan UPSR. Husna merupakan seorang anak yang taat kepada suruhan maknya dan sentiasa mengamalkan amalan sunnah yang telah diajar oleh maknya sejak kecil lagi, manakala Huzma sebaliknya. Huzma sangat nakal dan suka membuli adiknya.

JAM 5.00 PAGI
Ibu mengejutkan anaknya untuk ke sekolah.

Mak : Kak, bangun kak dah pagi ni. Bangun nanti lambat pergi sekolah.
Huzma : Isshh mak ni smakk jela, baru pukul berapa ni… (sambil menarik selimut)
Mak : Kak..kak.. apa nak jadi ni..hmmmm(sambil menggeleng kepala)
Si mak mengejut Husna pula…
Mak : Husna, bangun Husna, nanti lambat plak nak pergi sekolah…
Husna : aaahh (sambil mengeliat dan menggosok mata)…dah pukul berapa mak?
Mak : dah pukul 5 ni, dah bangun, mandi nanti lambat nak pergi sekolah…

Husna menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya dengan tangan kemudian membaca doa bangun tidur. 

JAM 6.30 PAGI
Huzma: Maaaaakkkk… kenapa tak kejut kakak! Kakak dah lambat ni…
(huzma bergegas bangun menuju ke bilik air)

Dalam masa yang sama, Ibunya sedang sibuk menyiapkan bekal untuk anaknya bawa ke sekolah.  

DI DAPUR…
Mak : Husna makan betul-betul ye, ni mak dah siapkan bekal ni.
Husna : Terima Kasih mak. Sayang mak…

Huzma meluru ke dapur…

Huzma : mak kenapa tak kejut akak tadi? Akak dah lambat dah ni.. (tangannya mencapai makanan dan terus makan sambil berdiri)
Mak : mak kan dah kejut kakak tadi, kakak yang liat sangat nak bangun.

Setelah menyiapkan bekal.. si ibu menoleh ke belakang sambil teriak :

Mak : kakak berapa kali mak pesan! Kalau makan tu duduk, anak dara tak sopan makan berdiri, tengok adik kau tu sopan je.

Huzma membuat mimik muka tidak puas hati…lalu duduk di atas lantai.

KETIKA HENDAK KE SEKOLAH
Huzma : Husna! Ambikkan kasut kakak …
Husna : Nah kak.

Husna duduk kemudian memakai kasut dimulai dengan kaki kanan. Akan tetapi Huzma sebaliknya..

Husna : kakak, kan mak dah ajar pakai kasut guna kaki kanan.  Kakak tak ingat mak pernah cakap, kalau kita selalu mengamalkan amalan sunnah yang sentiasa berulang dalam kehidupan kita, macam pakai kasut ni, banyak pahala yang kita dapat kak. 
Huzma : kau ni sibuk jelah! Dah tak payah nak ceramah pagi-pagi ni, aku tau lah apa yang aku buat.  Lagipun kubur kan asing-asing. 

DI RUMAH, WAKTU TENGAH HARI
Husna : Assalamualaikum… mak adik dah balik…

Husna mendapatkan maknya di dapur lalu menyalam tangan ibunya. Manakala Husma terus membuka tudung saji.. 

Huzma : wah! sedapnya mak masak hari ni (terus makan dengan gelojohnya)
Mak : Huzma, berapa kali mak pesan, sebelum makan baca basmalah dan doa makan. Duduk tu elok-elok sikit. Tengok adik tu sopan je.
Huzma : ala mak ni, sikit-sikit adik… (membuat mimik muka tidak puas hati)

Sesudah makan, husna menjilat sisa-sisa makanan yang terdapat pada jari seperti mana rasulullah bersabda :

“sesungguhnya kamu tidak mengetahui di manakah terdapatnya keberkatan pada makanan kamu”

10.30 MALAM
Sewaktu hendak tidur Husna duduk di katil sambil membaca doa dan merapatkan kedua tapak tangan dan meniupkan pada kedua-dua tapak tangan dan membaca:
Surah al-ikhlas, surah al-falaq dan surah an-nas, kemudian menyapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian yang dapat dicapai dimulakan dengan muka, kepala, belakang dan dilakukan sedemikian sebanyak 3 kali. Sebelum tidur, Husna mengibas tilam seperti sabda rasulullah

“apabila seseorang kamu masuk ke tempat tidur hendaklah ia mengibaskan tilamnya kerana ia tidak mengetahui apa yang ada di atasnya”

Husna meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan dan terus tidur, akan tetapi Huzma sebaliknya.  Tanpa melakukan amalan sunah, beliau terus tidur terbongkang. 

SAAT KEPUTUSAN UPSR DIKELUARKAN
Husna : Alhamdulillah mak, adik dapat 5A..
Mak : Alhamdulillah, mana kakak? kakak dapat berapa?
Huzma : kakak berjalan menuju ke emaknya sambil mengelu..hurmm kakak 1 A je mak..
Mak : takpelah kak, boleh usaha lagi, yang penting kakak mesti rajin dan taat.
Huzma : Ye mak, kakak minta maaf kalau selama ni kakak banyak sakitkan hati mak.. (sambil memeluk ibunya)

Begitulah kisah seorang ibu dan anak kembarnnya. Hasil didikannya,  anaknya berjaya mendapat 5A dalam UPSR.  Beberapa tahun kemudian, kedua-dua anaknya berjaya dengan cemerlang dalam Ijazah Pengajian Islam (Al-Quran dan Sunnah) dan mendapat anugerah cemerlang.