Followers

Wednesday, March 30, 2011

Cara bagaimana nak lawan marah selepas ditahan tapi bangkit juga kemarahan....

Kadang-kadang kita cuba lawan marah, tapi ada juga kebanyakan orang yang dah cuba lawan marah dan akhirnya terlepas juga. Maka ketika itu kita kene berhati-hati supaya kita tidak menggunakan perkara tersebut untuk perkara yang tercela.  Sesungguhnya cara nak lawan marah selepas ditahan tapi terlepas juga ialah dengan ILMU DAN AMAL.

Apabila kita sampai tahap ini, kita cuba
  1. Berfikir apakah kelebihan orang yang lawan marah (sabar), memaafkan, kita gemar pada pahalanya, dan manfaatnya kita akan memperolehi ganjaran, kecintaan nak dapatkan pahala itu dan ianya dapat melawan kita dari  marah dan kemarahan kita pun akan reda.
  2. Takut dengan azab Allah, kalau Allah marah kita apa kita nak buat..kita buat salah Allah tak marah kita malah Allah bagi ruang untuk kita bertaubat. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
  3. Takutkan diri kita akan akibat permusuhan@balas dendam, fikir semula, kalau kita balas balik pasti akan ada balas balik lagi dan permusuhan ini tidak akan selesai.
  4. Tengok muka orang yang nak marah, betapa buruknya ketika marah, jadi kita fikir, kalau kita marah muka kita pun sama macam tu..dan kita fikir buruknya marah tu seperti anjing,  dan orang yang sabar seperti nabi-nabi, ulama'...(kita fikirlah kita nak wajah seperti siapa???)
  5. Fikir apakah punca kita nak balas dendam? x boleh sabar ke? sbg cth kpd punca nak balas dendam adalah perkataan syaitan.

kita mestilah tahan diri kita dari marah, mesti sabar kerana Allah, dan dengan lisan sebut a'uzubillahiminassyaitonirrajim... kalau orang nak marah dia berdiri, kita suruh dia duduk, orang nak marah dia duduk suruh baring, dan sunat orang yang nak marah ambil wuduk, kerana marah itu dari api dan akan padam dengan air..

Friday, March 25, 2011

MUKTAMAR SANAWI PMKI KALI KE-4

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setelah beberapa waktu tidak bersama sesawang NUR DAIE, hari ini diberi peluang olehNYA untuk bersama sesawang NUR DAIE...

Kepada para pembaca dan teman setia NUR DAIE, terima kasih kerana masih SETIA bersama NUR DAIE...

Dikesempatan ini, NUR DAIE ingin berkongsi pengalaman sepanjang sepenggal berada di tampuk kepimpinan perwakilan fakulti.

semalam 24/3/2011 bertempat di Dewan Kuliah Utama UniSZA telah berlangsung MUKTAMAR SANAWI KALI KE-4 PERSATUAN MAHASISWA KONTEMPORARI ISLAM..

Di saat Ucapan dasar dilakukan, kemudian disusuli pembentangan laporan PMKI oleh setiausaha agong dan pembentangan kewangan oleh bendahari kehormat, sepasang mata melilau ke setiap pelusuk dewan...mencari jawapan terhadap persoalan yang terlintas sepanjang MUKTAMAR dijalankan. Hati pula memainkan peranan melawan segala prasangka yang timbul bg mendapatkan jawapan kepada persoalan...

NUR DAIE yakin dan percaya pasti pembaca tertanya apakah persoalan yang timbul di dalam fikiran si pemilik sepasang mata dan hati tadi.. tetapi itu bukanlah persoalan yang ingin dibincangkan...

Alhamdulillah itu yang terungkap di bibir seorang MANTAN setelah mendengar lafaz pembubaran...dan air mata mula bergenang kerana memikirkan adakah sepanjang sepenggal telah ditunaikan segala amanah yang diberikan...tidak dinafikan setiap mantan merasa lega setelah dibubarkan, tapi sejauhmana kelegaan itu tatkala dikenang kembali dan muhasabah diri "adakah aku telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya??" dan "adakah apa yang telah aku lakukan sepanjang memegang tampuk kepimpinan mendapat keredhaan dariNYA"..itulah yang difikirkan oleh pemilik sepasang mata dan hati tadi.

Hati ingin berbicara...

seandainya aku diberi peluang kedua,
aku ingin menebus segala yang telah ku lakukan,
tapi hakikatnya, 
masa tidak boleh diputar kembali,
itulah realiti...

Jadi dikesempatan ini, NUR DAIE ingin mengucapkan TAHNIAH DAN TAKZIAH kepada pimpinan yang baru...semoga kalian dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kalian .Dan kalian harus ingat amanah ini akan dipersoalkan kelak. Kalian perlu tanggung di dunia dan jawab di akhirat itulah TANGGUNGJAWAB...

Dan kepada mantan (berjalan-jalan tanpa jawatan bak kata seoarang penceramah semasa  forum nikah khitbah) janganlah berasa lega dengan pembubaran yang telah dilakukan...tapi muhasabahlah diri kalian...adakah segala tanggungjawab telah dilaksanakan...dan adakah yang telah dilaksanakan mendapat keredhaan dariNYA...jadi bagi memperingatkan diri dan juga sahabat seperjuangan yang telah diberikan gelaran bakal mantan sebelum ini dan kini telah mendapat gelaran MANTAN marilah kita sama-sama bermuhasabah diri....

Ingin dikongsi kepada pimpinan yang baru:

anggaplah kalian ibarat sebuah keluarga, kuatkan ukhuwwah sesama kalian itu penting , saling hormat-menghormati antara satu sama lain, jaga kerahsiaan dlm keluarga, berusaha jaga nama baik keluarga dan lakukan kerja secara berjamaah bukan secara individu kerana natijahnya akan kalian ketahui...


Wednesday, March 9, 2011

Aku Sayang Kamu...wahai sahabatku..

sahabatku..semalaman aku memikirkan tentangmu...
aku melihat sebuah cerita (KAU LAKSANA BULAN) yang mana jalan ceritanya lebih kurang sama dengan perjalanan hidupmu...
aku jadi takut seandainya itu yang berlaku padamu...

Aku sayang kamu wahai sahabatku..
berubahlah sahabat...
aku tidak sanggup melihat kau seperti "juliet" di dalam kisah itu...
aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu sahabatku...
moga ALLAH buka pintu hatimu...
kembalilah kejalanNYA...

Friday, March 4, 2011

~DARI HATI KE HATI~

AKU BUNTU....

Masih terngiang-ngiang luahan hati mereka...
aku tidak menyangka sebegitu yang mereka pendamkan selama ini...
banyak yang aku tidak tahu lagi hakikatnya...
aku cuba mencari jalan penyelesaian...
tapi AKU BUNTU....
sehingga kini aku masih belum menemui jawapan...
adakah wajar apa yang telah ku katakan kepada mereka aku realisasikan???
AKU BUNTU...
jalan mana yang harus aku pilih...
aku cuba mendekati mereka...
aku cuba memahami mereka...
setiap seorang aku dengar luahan hatinya...
aku cuba untuk mencari jalan yang terbaik...
tapi adakah sosusi yang ku berikan kepada mereka adalah yang terbaik???
aku dah usaha...
aku cuba jadi yang terbaik buat mereka semua..
tetapi seandainya aku gagal menjadi yang terbaik buat kalian
aku MOHON MAAF..
aku INSAN BIASA...
aku cuba memuaskan hati banyak pihak...
dengan memahami setiap luahan mereka...
aku fikir kembali apa yang telah diluahkan..
aku cuba jadi pendengar yang terbaik..
aku cuba fikirkan solusi....
aku tidak berharap solusiku di terima...
tapi aku harapkan mereka memikirkan SOLUSI ku itu..
seandainya ia dapat memberikan kebaikan IKUTLAH...
seandainya ia akan mendatangkan keburukan JAUHILAH...
Kembalilah kepadaNYA..
kerana DIA MAHA MENGETAHUI...

~DARI HATI KE HATI~

Tuesday, March 1, 2011

utk kawan2 aku dulu kini dan selamanya....

Assalamualaikum..semalam aku terbaca luahan seorang sahabatku...http://luahannurani.blogspot.com/...kpd awer sabar deh..biasalah dunia persahabatan..

ada kawan dia hadir saat kita perlukan...
ada kawan  waktu diperlukan dia tiada di sisi...
ada kawan  memahami...
ada kawan  sukar mengerti apa yang tersirat kat hati...
inilah dunia berkawan...

sedihkan bila kawan yang rapat dengan kita dulu sekarang berjauhan dengan kita..mungkin kerana sesuatu perkara yang kita pernah buat dulu menyebabkan kita berjauhan...tapi kawan...cuba kita imbas kembali saat manis kita bersama..makan bersama..bergurau senda bersama...berjalan bersama...belajar bersama...nak pakai baju ape pun kadang2 kita rancang bersama..nak buat sesuatu kita akn bincang bersama...penat pun bersama....


"ayat" tu memang kita x setuju sangat...sebab masa sem akhir ni la kita habiskan masa dengan kawan2 kita..lepas ni dah x tau dah bila lagi dapat bersama2...masing2 dengan kerjaya masing2..

harap2 sebelum bulan 5 ni kita kembali macam dulu...teringin sgt nk macam dulu...jom luangkan masa bersama...

w'pun kita berjauhan kita tetap sahabat....ukhuwwah terpatri kenangan terjalin :)