Followers

Sunday, August 22, 2010

min qosasi kholaq laq laq

salam..wah dah lama x bersama blog ni...semalam aku join nasyid dah lama x turut serta dalam pertandingan nasyid...kami bawa lagu sesungguhnya dan min qosasi kholaq laq laq....k.anim, k.sarah, jue, ain, awer, fiza, k.aisyah, zida n mai....jom nasyid lagi..rindula plak..kelakor pun ada..haha..perbagai gaya, pelbagai suara, pelbagai ragam dan pelbagai cabaran...tp hepy sgtkan..

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan kembali...


Sirna mentari di ufuk Syaaban,
Tiba Malam yang penuh erti,
Dalam kelam bersinar keindahan,
Ramadhan tiba sekali lagi..

Telah Berlabuh tirai Syaaban,
Lambaian Ramadhan menjelma lagi,
Luhur hati ikhlaskan amalan,
Moga Ibadat Allah berkati...

Anak ayam naik kuda,
esok puasa jangan lupa,
kura-kura balik pokok,
jangan makan nyorok-nyorok...

Selamat menyambut ramadhan Kareem....


Saturday, August 7, 2010

aKU insan yang lemah....



Aku insan lemah…
Yang sering lelah dalam nafasku sendiri
Yang sering terhambat oleh batasnya waktu dinihari
Yang sering tersungkur dalam ranjau berduri
Yang sering rebah tak terdaya bangun berdiri
yang sering sesat dalam hembusan kabus tak bertepi
yang masih tercari-cari..
hidayahMu ya Ilahi



Aku insan lemah…
Ingin aku mengadu padaMu,Ya Allah
Dengarkanlah rintihan lemahku ini
Sujudku menghambakan diri dalam sunyi
Dalam heningnya suasana malam
Dalam dinginnya embun pagi
Agar diaminkan oleh jutaan malaikat
Agar segala pintaku Engkau berkat

“Ya Allah,berikan daku ketenangan hati
Sepertimana yang aku harapkan
Sepertimana yang Engkau janjikan”
Kerana aku insan lemah…

"Penyakit senyap" punca manusia huru hara

MANUSIA berdepan dengan pelbagai jenis penyakit. Ada penyakit ringan dan ada juga penyakit berat atau kronik iaitu penyakit yang menjejaskan kesihatan, tenaga dan kecerdasannya.


Bagaimanapun, penyakit yang lebih dikenali penyakit jasmani ini seperti demam, selesema, batuk, sakit kepala dan sebagainya mudah dikenal pasti, dikesan dan senang dirawat.

Di sebalik penyakit ini, ada penyakit lain yang menyerang manusia ‘secara senyap’ dan merebak tanpa disedari.

Ia terlalu sukar dirawati kerana penghidapnya langsung tidak menyedari dirinya menghidap penyakit terbabit sedangkan pada hakikatnya penyakit ini teramat bahaya, menyerang seseorang dari dalam, selain boleh menjejaskan akal, perasaan dan emosi seseorang.

Tidak terkecuali juga, penyakit dikenali penyakit umat atau sosial ini mampu menghuru-harakan hidup manusia.

Tidak hairanlah berkenaan hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya, umatku akan ditimpa penyakit umat atau penyakit sosial masyarakat.

“Sahabat bertanya, apakah penyakit umat itu wahai Rasulullah?

“Sabda baginda: Penyakit kufur nikmat Allah. Penyakit sombong dan bongkak, penyakit tamak haloba, penyakit persaingan sesama sendiri untuk merebut kemewahan dan kemegahan dunia, penyakit benci-membenci dan penyakit hasad dengki hingga berlaku kezaliman dan menimbulkan huru-hara.”

Inilah penyakit paling berbahaya yang ‘menyerang’ umat Islam ketika ini.

Jika dilihat ciptaan manusia, manusia adalah seelok-elok ciptaan Allah di muka bumi berbanding makhluk lain.

Cuba renungi kepada diri sendiri, tentulah kita dapati bahawa kita dikurniakan Allah dengan anggota badan cukup dan sempurna, sepadan dan seimbang dengan bentuk badan kita.

Kita pula kelihatan begitu gagah, tampan, cantik dan menarik.

Jika dilihat kepada ciptaan itu, Allah mengurniakan manusia anggota seperti mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan anggota lain.

Dikurniakan juga akal fikiran, hati nurani, perasaan dan nafsu yang semuanya menjadi nikmat tidak ternilai harganya.

Tidak cukup setakat itu, dikurniakan juga rezeki, yang membolehkan seseorang makan, minum dan menyediakan tempat tinggal serta pelbagai keperluan lagi.

Tidak kurang juga, diberikan pula ilmu, kepandaian dan kemahiran mengikut kadar usaha serta kemampuan masing-masing, di samping ditambah lagi kemudahan lain seperti kenderaan dan alat-alat perhubungan canggih.

Ternyata cukup banyak dan tidak terhitung nikmat-nikmat pemberian Ilahi itu. Justeru, semuanya nikmat ini sewajarnyalah diterima dengan penuh rendah diri dan syukur.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Ia memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.” (Surah Ibrahim, ayat 34).

Demikianlah antara harapan di sebalik pemberian nikmat itu. Namun, ayat ini sudah menjelaskan bahawa akan ada manusia yang tidak menyedari nikmat pemberian itu.

Manusia inilah dikatakan manusia berpenyakit yang perlu segera diubati untuk kembali ke pangkal jalan.

Manusia jenis ini bukan saja tidak mahu mensyukuri nikmat Allah, malah sanggup menggunakan nikmat itu untuk menderhaka kepada Allah dan mempertikaikan kesucian ajaran Islam.

Nikmat mata yang dikurniakan tidak digunakan melihat tanda kebesaran dan keagongan-Nya, kebenaran petunjuk serta hidayah Allah. manakala nikmat telinga pula tidak dimanfaatkan untuk mendengar kata-kata yang baik, pengajaran dan nasihat berguna.

Begitu juga dengan mulut. Mereka lebih lebih gemar menggunakannya untuk perkara buruk, menghasut, memfitnah dan memburukkan orang lain. Ilmu dan kepandaian pula digunakan untuk mengelirukan orang lain bagi kepentingan dan keuntungan diri sendiri.

Disebabkan kegagalan memanfaatkan nikmat ini, diri dikuasai pelbagai penyakit seperti sombong, riak dengki, tamak dan pelbagai lagi sifat-sifat tercela.

Sikap tercela itu pula akan terus meningkat dari semasa ke semasa hingga menyebabkan dia lupakan diri, lupa daratan dan lupa kepada kekuasaan Allah.

Satu penyakit berbahaya adalah penyakit bencikan orang lain. Disebabkan penyakit ini, berlaku pulau-memulau dan tidak bertegur sapa walaupun keluarganya sendiri ataupun jiran tetangganya.

Sakit demam tidak dilawati, mati hidup tidak diziarahi, kenduri kendara tidak dijemput dan bermacam-macam lagi.

Jika begini, maka umat Islam hidup dalam kucar-kacir, berpecah belah dan bersengketa. Ia ternyata menyimpang daripada landasan Islam dan ajaran yang disampaikan Rasulullah.

Apakah kita mempunyai tanda-tanda menghidap penyakit ini? Jika ya, segeralah berubat dengan kembali menghayati ajaran Islam sebenar agar hidup sentiasa dibajai keperibadian Muslim dan Mukmin sejati.

Renunglah firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia, yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-A'raf, ayat 179).

Friday, August 6, 2010

Benarkah Kita Sudah Merdeka...

Assalamualaikum....

Perhatian kepada semua mahasiswa/i UniSZA, anda semua dijemput untuk hadir ke Program Bicara Kemerdekaan yang dianjurkan bersama oleh Exco Akademik&Penyelidikan PMKI dan Persatuan Sejarah UniSZA..

Maklumat program adalah seperti berikut:

Hari : Isnin
Tempat : DABS
Tarikh : 8.00 - 11.00 malam

Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis ini...

~Penyelaras Program~

Wednesday, August 4, 2010

Persiapan Ramadhan


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah pertamanya marilah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan seharian, dan kita masih lagi diberi peluang untuk menimba ilmu pengetahuan.

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian...

Bulan Rejab berlalu pergi, bulan sya'ban bakal melabuhkan tirai manakala bulan ramadhan semakin menghampiri, jadi suka bagi saya untuk memilih tajuk Persiapan ramadhan sebagai perkongsian kita pada kali ini.

Bulan ramadhan merupakan bulan yang dinanti-nantikan semua umat Islam kerana bulan ramadhan merupakan bulan yang penuh barakah. Antara keistimewaan bulan ramadhan ialah:

1. Pintu syurga akan terbuka dengan luasnya
2. Pintu neraka akan tertutup serapat-rapatnya
3. Syaitan diikat dan dirantai

Permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah kebebasan daripada api neraka. Ini menunjukkan punca-punca amal kebaikan di bulan adalah terlalu banyak manakala rangsangan maksiat dan kejahatan adalah kurang dan terbatas.

Sahabat sekalian,

Berpuasa dapat mengajar manusia supaya makan sekadar yang patut sahaja dan menahan nafsu dari segala keinginan yang bertentangan dengan syariat agama. Selain itu seseorang yang berpuasa boleh mencapai puasa yang istimewa dengan 6 syarat sempena kita menyambut bulan ramadhan :

1. Hendaklah kita menjaga mata daripada memandang perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah.

2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh musuhan dan berbangga diri.

3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang haram seperti memakan yang haram.

4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara yang dilarang.

5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka puasa sampai penuh perut

6. Hendaklah hati kita merasa goncang antara harap dan cemas setelah berbuka kerana kita tidak tahu apakah puasa kita diterima oleh Allah atau ditolak.

Jadi sahabat-sahabat marilah kita sama-sama membuat persediaan untuk menyambut bulan ramadhan dengan bertekad untuk memperbanyakkan amal ibadah. Dan saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk kita sama-sama mengimarahkan bulan ramadhan dengan solat terawih, istigfar, zikir dan sentiasa membasahkan lidah kita dengan kalam Allah. Wallahu a'lam..

~Ahlan ya ramadhan~

Sunday, August 1, 2010

ILMU

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah S.W.T akan melorongkannya jalan ke syurga".

"Andaikata anda berangkat untuk mempelajari suatu bab ilmu pengetahuan, adalah lebih utama dari anda bersembahyang seratus rakaat".

Melalui hadith ini kita dapat melihat betapa pentingnya ilmu itu...jadi sahabat-sahabat marilah kita sama-sama menuntut ilmu dan mendapatkan keredhaan dariNya..AMIN...