Followers

Saturday, December 5, 2015

Pengorbanan Seorang Ayah



Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kisah ini berkaitan seorang mahasiswa dan ayahnya. Kejadian ini berlaku ketika mahasiswa ini ingin menyambung pengajian di tahun 3. 

Bermulanya kisah...

        Miftahul merupakan seorang mahasiswa di tahun 3 di salah sebuah IPTA di Malaysia. Dia merupakan seorang anak yang sangat taat kepada ibu bapa.  Dia merupakan anak kedua daripada 6 orang adik beradik.  Miftahul merupakan anak kesayangan ibu dan ayahnya. Dia adalah harapan keluarga.   Semasa cuti semester Miftahul banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Hari berganti hari, tanpa sedar cuti semester akan melabuhkan tirainya.  Miftahul mengemas barang-barang untuk menyambung pengajiannya.  2 hari sebelum pengajian bermula Miftahul perlu mendaftar di asrama. 
          
        Pada pagi itu, seawal jam 5 pagi Miftahul dihantar oleh keluarganya.  Tanpa diduga mereka satu keluarga diuji dengan ujian daripadaNya.  Kereta yang dipandu ayahnya rosak dan mereka terpaksa berhenti di tepi lebuhraya. Jam ditangan menunjukkan 6.30 pagi dan mereka sekeluarga belum solat subuh.  Ayahnya nekad memandu kereta perlahan-lahan sehingga ke perhentian untuk solat.  Seusai solat subuh mereka merehatkan diri di perhentian seketika.  Beberapa panggilan ayahnya telah lakukan.  Banyak nasihat yang diterima untuk tidak memanggil mekanik kerana ditakuti ditipu.  Mereka meneruskan perjalanan dengan memandu perlahan-lahan.  Dan beberapa minit sahaja kereta itu hangit lagi.  Mereka terpaksa berhenti di tepi lebuhraya lagi. 

         Mereka mendapat panggilan daripada adik ibunya yang bertanyakan hal mereka.  Alhamdulillah berkat mereka sentiasa positif mak cik Miftahul sanggup datang ke sana dan menghantar Miftahul ke asrama.  Oleh kerana sayangkan keluarga, ayahnya meminta ibu dan 2 orang adiknya mengikut sekali menghantar Miftahul ke asrama dan biarkan ayahnya sahaja yang menguruskan kereta dan terus pulang ke rumah.  Jam menunjukkan 3 petang, oleh kerana kesesakan lalu lintas mereka lewat sampai di asrama.  Ayah Miftahul juga belum sampai di rumah.  Ayah Miftahul terpaksa membawa kereta perlahan-lahan dan selalu berhenti di tepi jalan kerana kipas kereta tidak berfungsi.  Selesai mengemas barang, Miftahul menelefon ayahnya bertanya keadaan ayahnya, sayu dihati tatkala mendengan luahan seorang ayah yang sanggup berkorban demi anak dan keluarganya.  “Abang, ayah minta maaf tak dapat hantar abang sampai ke asrama”. Sayu hati seorang anak apabila mendengar kata-kata itu ditambah dengan memikirkan ayahnya belum makan apa-apa sejak dari pagi.  Selepas maghrib, Miftahul menelefon ibunya untuk bertanyakan keadaan ibunya, ternyata suara ibu sangat keletihan, kerana ibu belum makan tengahari lagi kerana mak ciknya terpaksa bergegas pulang kerana esoknya bertugas.  Sayu lagi hati anak mengenangkan ibu dan ayahnya yang sanggup berkorban deminya.  Selepas isyak, Miftahul menelefon ayahnya lagi untuk bertanyakan di mana destinasi ayahnya, dan alhamdulillah ayahnya memaklukan telah tiba di salah sebuah kedai makan yang berhampiran dengan rumahnya.  Lega dihati seorang anak.  Miftahul nekad untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu dan ayahnya.

Pengajaran :
  • Sentiasa positif dengan setiap perkara yang berlaku kerana setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.
  •  Allah tidak akan menguji seseorang melainkan dengan kemampuannya sendiri.
  • Hargailah ibu dan ayah selagi mana mereka masih hidup.  Seseorang tidak akan berjaya dalam hidupnya tanpa redha Allah dan juga redha kedua ibu bapanya.
  • Ayah adalah seorang yang tidak peduli panas atau hujan, ia tetap akan jalan demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya.
  • Seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk anaknya tidak kira apa jua yang perlu dikorbankan agar anaknya bahagia. 









No comments: