Followers

Wednesday, December 16, 2009

Maaf semua...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana masih diberikan kesempatan untuk terus hidup di dunia ini. Maaf kepada teman-teman kerana agak lama juga menyepi dan tidak bersama dengan teman-teman. Kesihatan tidak berapa menggalakkan untuk ana bersama dengan teman-teman, dan kebelakangan ini ana juga sibuk dengan pelbagai urusan dan program.
Setelah sekian lama ana menyepi, akhirnya pada hari ini ana cuba meluangkan masa untuk bersama teman-teman. Alhamdulillah sepanjang cuti semester ini ana telah mengikuti beberapa program untuk mengisi waktu cuti ini.
Pada 23-25 Novenber, ana telah mengikuti KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN ( WEHDAH'09 ) yang telah dianjurkan oleh SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA, yang telah diadakan di USIM. Alhamdulillah banyak pengalaman dan ilmu yang ana dapat sepanjang program tersebut. Kepada teman-teman yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai WEHDAH'09 bolehlah melayari www.kpmk09.blogspot.com.
Alhamdulillah 2 program anjuran ALUMNI JAMBORI (KPIJ) iaitu program khidmat komuniti telah berjaya dijalankan di Masjid Bagan Rengit dan Masjid Kg Parit Archong. Untuk mengetahui aktiviti yang dijalankan bolehlah melayari www.alumnijambori.blogspot.com
Kepada teman-teman, maaf kerana mungkin sepanjang 17 Disember 2009- 27 Disember 2009, ana tidak dapat bersama teman-teman kerana ana akan mengikuti beberapa program iaitu :
ESQ di JUBLI INTAN PONTIAN : 17-18 disember 09
FAMILY DAY ALUMNI SMABT : 19-20 disember 09
FAMILY DAY YAYASAN WARISAN DUMANG : 22-24 disember 09
PROGRAM MENARA GADING : 25-27 disember 09
Insyaallah jika ada masa terluang ana akan cuba untuk bersama teman-teman di laman nur daie ini. Salam sayang dari "nur daie".... senyum sokmo :)

No comments: