Followers

Wednesday, November 18, 2009

selamat bercuti kawan-kawan

selamat bercuti buat semua mahasiswa/i....
huhuhu sunyi je suasana kat asrama ni...semua dah balik...tinggal bape orang je yang ada kat blok maryam ni...esok mesti lagi ramai balik...sunyi sepila jadinya...emm 4 hari lagi nak dok kat sini sebelum g pgrm kat usim...takpe la sabo menunggu, macam ni la sayang UDM...hehehe...bukan senang org lain cuti balik kg, kte dok kat sini agi...huhuhu... ni dah boring gler..tak tw nak wtpe...main game sudah..tgk citer pun sudah...ape yerk nak wat..huhuhu...

Tuesday, November 17, 2009

Dakwah???

kenapa kita dijadikan?
kenapa kita diberi penglihatan?
kenapa kita diberikan kawan?
kenapa kita perlu hadapi peperiksaan?
kenapa kita perlu makan?
kenapa kita tertekan?

segala persoalan pasti ada jawapannya kan..
kerana Allah tak jadikan sesuatu jika tidak ada sebabnya...
tidak ada apa pun yang Allah takdirkan sia-sia...

begitulah kehidupan kita...
apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita pasti ada hikmah yang belum tersingkap nilainya...

namun...
setiap persoalan diatas bukanlah persoalan yang ingin ana timbulkan...

tetapi satu persoalan yang lain ialah...

Mengapa dakwah itu diperlukan?????

pernah kah anda terfikir?????

Mengapa dakwah diperlukan antaranya ialah:

1. Masyarakat yang rosak: masyarakat yang mengalami kesakitan, tetapi bukan kesakitan dari segi kesihatan tubuh badan tapi dari sudut agama:
  • Dewasa ini ini jika kita lihat masyarakat kita yang wanita mudah sahaja mendedahkan aurat, pakai tudung tapi baju ketat, seluar ketat sama je la dedahkan aurat tu namanya..
  • Kebebasan dan persamaan hak yang berdasarkan kebaratan..
  • Pertandingan ratu cantik..
  • Penagih dadah..
  • Unsur-unsur jahiliah semakin menebal seperti syirik, kurafat, prpecahan berpuak-puak, penyelewengan pemikiran, ajaran sesat dan sebagainya..
Punca permasalahan ini kerana umat Islam masih berjauhan dengan agama Islam, mereka jahil tentang agama, apa yang dapat diperkatakan mereka hanya Islam pada nama. Apabila mereka melakukan kemungkaran pada masa itu, mereka berada di satu pihak yang lain dan Islam berada di pihak yang lain.

Masyarakat bukan Islam pila perlu dibimbing kepada petunjuk Allah sebagaimana yang telah dilakukan oleh para rasul dan pendakwah-pendakwah terdahulu. Mereka juga memerlukan bimbingan-bimbingan untuk menyelesaikan berbagai kritis yang sedang dihadapi.

2. Kejahilan manusia:

Apabila dikaji perkataan manusia di dunia ini menunjukkan mereka ini seolah-olah tidak mampu membezakan kebenaran dan kepalsuan, dan antara keadilan dan kezaliman. Maka kerana itulah
dapat kita lihat sejarah dunia penuh dengan penyelewengan , penipuan , perampasan , kezaliman , penganiaan , pehambaan dan sebagainya. Terlalu ramai manusia yang menderita dan terrlalu banyak nyawa yang terkorban akibat keadaan tersebut.

Pembinaan persekitaran manusia adalah berdasarkan persekitaran iaitu apa yang dipelajari, didengari, dilihat, diberitahu, dialami dan sebagainya. Manusia masih jahil dengan apa yang ada di luar daripada tahap pemikiran mereka seperti hal-hal ketuhanan, apa yang akan berlaku seperti alam akhirat, dan apa yang lebih baik untuk kehidupan mereka.

Disebabkan hal ini, dakwah Islamiyyah diperlukan.

3. Amanah Allah :

Agama Islam merupakan amanah Allah yang mesti dipikul oleh seluruh umat manusia. Untuk sedarkan diri sendiri keluarga dan orang ramai supaya sama-sama memikul amanah dengan sempurna.Jadi setiap orang perlu untuk memikul amanah dengan sempurna. Jadi setiap orang perlu untuk mengatur langkah dan usaha kearah itu melalui cara sama-sama berusaha dalam dakwah.

Monday, November 16, 2009

selayang pandang...

marilah kita hayati bersama...

Anakku...
tahukah kau betapa gembiranya hati ibu bila mendengar tangisan pertamamu
biarpun tempoh menanti jerit tangis itu.. bergelut dengan kudrat dan nyawa..
namun ibu bangga.. kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat...
yang sekian lama dinanti..

Anakku...
terasa baru semalam ibu mendodoimu..
meriba... dan menyusuimu...
bagaikan baru kelmarin kau berlari-lari anak...
belajar bercakap..merengek minta dibelai...
disuap nasi ke mulut...
hingga ibu lupa rupanya anak ibu dah besar panjang pun...
pejam celik-pejam celik...
dah tiba masanya kita berpisah buat seketika...

dan ingatlah anakku sayang...
pergimu.. bukan beerti engkau lepas bebas
tetapi anak ibu pergi dengan satu tujuan...
menunaikan impian semua...

ingat anakku...
kita bukan orang senang...
ibu takde harta untuk ditinggalkan...
kecuali ilmu yang kau ada...
ibu dah bekalkan kau dengan agama...
amalkanlah setiap masa...
buatlah apa yang disuruh...
tinggalkan apa yang ditegah...

pesan ibu...
jangan engkau bazirkan masa dengan perkara yang bukan-bukan...
jangan ikut keletah rakan-rakan...
gunakanlah peluang ini...
kerana ia datang hanya sekali...
dan ketika ia kembali...
ibu dapat bayangkan...
betapa bahagianya hidup ini...
betapa ringannya bebanan...
bila kau datang membantu adik-adik yang masih bersekolah...
dan pasti ketika itu...
kita dah tak tinggal lagi di rumah usang...
biarpun masanya masih panjang lagi...
tapi ibu sentiasa mendoakan...
ianya menjadi kenyataan...
biarpun ibu disini..
masih bermain dengan lumpur...
bermandikan getah...
untuk menyaramu...
tapi ibu berharap sangat...
kasihmu...



Friday, November 13, 2009

aku dan dia...


Dingin lagi antara kami...
tiada lagi gelak ketawa..
tiada lagi gurau senda...
tiada lagi laungan manja...
tiada lagi makan bersama...
semuanya tinggal memori...
yang masih kekal di lubuk hati...

aku di sini...
dan dia di sana...
masing-masing menyepi..
masing-masing membawa diri...
dia membawa kemarahan...
aku membawa keegoan...

kadangkala di saat insan lain di alam mimpi...
mengalir air mata mengenang memori bersama...
saat suka duka bersama...
saat ke medan pengajian bersama...
saat menghadapi peperiksaan bersama...
saat makan bersama...
saat jalan bersama...
segala-galanya bersama...

kini...
aku dihadapan dia dibelakang...
aku dikiri dia dikanan...

saat bersama seketika
aku dapat melihat raut wajahnya
walaupun di dalam kegelapan malam,
telah beberapa hari tidak kedengaran suaranya...
masihkan kemarahan bersamanya
ataukah kesedihan yang melanda...

mungkin....
tatkala saat bersama kembali...
tiada lagi gurauan seperti dulu...
segala-galanya berubah...

Ya Allah besarnya dugaan yang kau berikan kepada kami pada kali ini...
amat sukar bagiku untuk menghadapinya...
tetapi akan ku cuba leraikan kembali segala-galanya...
walaupun pahit bagai hempedu...
tetapi aku memerlukan masa Ya Allah...
Kau berikanlah aku kekuatan..
jauhkanlah aku dari kemungkaran...
hanya padaMu aku berserah..
dan hanya padaMu aku memohon pertolongan...
bantulah hambamu ini Ya Allah...
berilah petunjuk dan hidayah
kepada hambaMu yang hina ini...

Si tukang fitnah dan si gadis...

Ada seorang tukang fitnah yang jatuh cinta kepada seorang gadis jirannya. Suatu hari, keluarga gadis itu mengutusnya ke kampung lain untuk suatu keperluan. Mengetahui hal itu si tukang fitnah pun mengikutinya, lalu melontarkan bujuk rayunya kepada wanita itu.

Gadis itu berkata, "Jangan kau lakukan ini! Sebenarnya cintaku padamu melebihi cintamu kepadaku, akan tetapi aku takut kepada Allah SWT."

Lelaki itu berkata, "Kau takut pada Allah, sementara aku tidak takut kepada-Nya?" Akhirnya lelaki itu pulang dengan perasaan penuh taubat kepada Allah SWT. Dalam perjalanannya ia didera rasa haus yang mencekik tenggorokannya. Dalam keadaan itu tiba-tiba dia bertemu dengan utusan dari seorang nabi Bani Israil dan ditanya, "Mengapa kau ini?"

"Haus," jawabnya.
Utusan itu berkata, "Ke sinilah, kita berdoa kepada Allah agar awan menaungi kita hingga sampai tujuan."

Lelaki tukang fitnah itu berkata, "Aku tidak mempunyai amal kebajikan."
Utusan nabi itu berkata, "Aku yang berdoa dan engkau tinggal mengaminkan."

Berdoalah utusan itu dan si tukang fitnah itu mengaminkannya.
Tidak lama kemudian datang awan menaungi mereka hingga mereka tiba di kampung . Setelah sampai, si tukang fitnah memasuki rumahnya, sedangkan awan itu mengikutinya. Sebelum utusan itu pulang dia berkata, "Engkau telah mengaku tidak mempunyai amal kebajikan, padahal ketika aku berdoa dan engkau mengaminkannya, serta merta awan itu menaungi kita, kemudian aku mengikutimu agar engkau memberitahuku apa sebenarnya yg telah terjadi denganmu."

Lalu tukang fitnah itu menceritakan kisahnya kepada utusan itu. Maka berkatalah utusan nabi itu, "Orang yg bertaubat kepada Allah mendapat kedudukan yang tidak seorang pun menyamai kedudukannya."

*renungan bersama*

Thursday, November 12, 2009

Yuran naik ??????

Malam semalam ana gi bilik kawan, hajat nak mintak cerita apa2 la yang boleh ana tengok untuk hilangkan bosan...hajat sekejap je...tapi biasalah kan kalau dah jumpa kawan ....bak kata seorang sahabat ana la, kalau kita dah jumpa kawan dah tak ingat dah pagi ke, petang ke, malam ke kan...biasalah kat universiti ni kawanlah segalanya...nak ngadu kat sape lagi kalau ada masalah? kawanlah sasaran kan...

dok - dok kat bilik kawan semalam dapatlah satu citer pasal yuran KUIS... sorang kawan yang kat KUIS bg tahu mahasiswa-mahasiswi kat KUIS mogok yuran naik...dyorg buat demontrasi aman semalam desak pihak pentadbiran menurunkan yuran pengajian..sampai kan katanya keluar kat berita semalam...huhuhu..tak tahu pun maklumlah tak rajin turun cafe tengok tv...

************

untuk tahu lebih lanjut tentang kisah ni pagi-pagi lagi ana dah bukak laptop untuk tengok berita tentang isu yang hangat diperkatakan sekarang... sedikit maklumat yang ana dapat dari pembacaan di laman mahasiswa kini :


Presiden GMS, Ahmad Syafiq Akmal Bin Ahmad Kamil ketika diminta mengulas mengenai demonstrasi tersebut,mengatakan ianya sebagai hari kemuncak kepada usaha untuk mendesak pihak pentadbiran menurunkan yuran kolej university tersebut.

“sejak bulan lalu,kita telah mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan sama ada pihak petadbiran atau pun pelajar.saya rasa sudah empat atau lima kali kita buat (perbincangan ) bagi menyelesaikan masalah ini.”

Walaubagaimanapun katanya,pertemuan dengan pihak pentadbiran sebelum ini seolah-olah tidak didengar dan dipandang serius oleh pihak pentadbiran.Bahkan lebih mencurigakan lagi, Timbalan Rektor kolej tersebut menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui langsung berkenaan maklumat kenaikan yuran.

“Selain itu,wakil GMS yang pergi berbincang juga turut dipertikaikan dan dinafikan atas alasan tidak mempercayai suara mahasiswa walaupun sebelum ini kita telah mengumpul responden dari mahasiswa sendiri.”

“jadi hari ini kita ingin buktikan bahawa ini (desakan) memang dari mahasiswa dan kita amat serius berkenaan hal ini.”ulasnya selepas selesai demonsterasi semalam.

Ana sokong dengan apa yang dilakukan oleh GMS kuis, tahniah diucapkan kerana berani untuk bersuara! suara mahasiswa amat diperlukan bagi menjaga kebajikan semua... tetapi apa sekalipun cubalah dengan cara yang baik agar tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku.. dalam nak melakukan sesuatu fikirkanlah mengenai orang lain juga...apa yang penting dalam melakukan sesuatu perkara fikirkanlah apa yang akan berlaku bila kita melakukan sesuatu, jangan fikir jangka masa pendek je, jangka masa panjang pun penting...

tapi kan senario segelintir mahasiswa kita pada hari ini hanya berani cakap dibelakang sahaja tapi tak dilakukan...asyik cakap x puas hati tapi suruh buat x berani plak kan...alasan takut dikenakan apa-apa tindakan...

wahai sahabat-sahabat majulah menegakkan kebenaran, yakinlah sekiranya kita melakukan sesuatu kerana Allah pasti Allah membantu kita...

APA PANDANGAN ANDA MENGENAI ISU INI??????

belajar saat-saat akhir...

Tadi petang madah first untuk yang 3 jam kredit..KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYU...
tengok tajuk dah tahu senang ke susah... ada 5 soalan jawab 4, satu soalan 25 markah...penat tangan nak menulis sambil memerak otak ni, masa yang diberikan untuk jawab soalan 2 jam setengah je, tapi yang peliknya hari tu madah b.arab yang 2 jam kredit, 3 jam pulak masa yang diperuntukkan pd ktorg..

takpelah mungkin ada hikmahnya kan.. harap-harap usaha ktorg dapat natijah yang baik..dahla kena "dera" ngan kawan-kawan masa malam semalam, ktorg baca sama-sama, awer la tukang explain, ktorg mengulang apa yang dye cakap, maklumlah dakwah menggunakan metod attention la katakan..mesti berulang-ulang, baru lah mad'u faham apa yang daie nak sampaikan...betul x?

tak tahulah kenapa malam semalam lambat plak pick up apa yang awer terangkan, nana dgn zida ulang berapa kali je dah dapat, tapi aku? hehehe tyela dyorg berapa kali aku ulang baru dapat, x kurang ayat mesti ayat merapu yang aku sebut..hahaha..tulah belajar last minit, inilah padahnya...awer terangkan" rites de passage ialah upacara tertentu yang diadakan apabila berlaku perubahan hidup atau masa berlaku dalam diri individu " aku plak ulang " rites de passage ialah upacara tertentu yang diadakan apabila berlaku perubahan, hidup dan masa berlaku dalam diri individu" entah pe ntah aku melalut sampai kene dera ulang banyak kali sampai betul, cian plak nana dan zida yang menunggu awer terangkan tajuk seterusnya...

thanks ye awer, zida n nana kerana sabar melayan kerenah kawanmu yang banyak kerenah ni..hehehe...doa-doalah semua dapat A dalam madah ni ye...

* sedikit ilmu buat pembaca laman NUR DAIE...*

Animisme merupakan satu kepercayaan yang wujud dalam sesebuah masyarakat, Animisme ini berasal dari perkataan latin " animis" yang membawa maksud nyawa @ roh. Ia merupakan kepercayaan bahawa setiap benda yang ada disekeliling kita mempunyai semangat @ roh yang perlu dihormati dan dipuja, ia berkait rapat dengan unsur ghaib melalui kemunculan dewa-dewi yang menjaga alam semesta. Kepercayaan ini merupakan satu kepercayaan yang wujud dalam pemikiran masyarakat primitif. Sebagai contoh, Suku sakai dan jakun percaya bahawa nyawa orang meninggal akan kembali ke dunia dan menimbulkan gangguan.

ciri-ciri animisme terbahagi kepada lima iaitu
  1. kepercayaan kepada roh @ nyawa
  2. semangat
  3. sakti
  4. tabo ( pantang -larang )
  5. Rites de passage
semoga sedikit ilmu ini dapat menambahkan pengetahuan pembaca laman ini...

Wednesday, November 11, 2009

andai kau terguris..

sahabat...
kita bagaikan adik beradik...
kemana sahaja kita selalu bersama
tetapi kali ini, tanpaku sedar aku telah melukaimu...

andai kau terguris, maafkanlah aku...
aku hanya manusia biasa...
yang tidak lari dari membuat kesilapan...

aku tiada kekuatan untuk memujukmu...
kerana aku bukan seorang yang pandai memujuk...


lirik lagu ini ku tujukan buatmu sahabat

Selama ini ku mencari - cari
Teman yang sejati
Buat menemani Perjuangan suci

Bersyukur kini pada-Mu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui

Dengannya disisi Perjuangan ini
Tenang di harungi Bertambah murni
kasih Illahi

Kepada Mu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita

Kepada Mu Teman
Kupohon sokongan Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan segala - galanya

Kepada Mu Allah Kupohon restu-Mu
Agar kita kekal bersatu

Kepada Mu Teman
Teruskan perjuangan Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan segala - galanya
Itulah tandanya Kejujuran kita
a.. a.. a.....

Kumencari - cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
o.. o... a.. a....

Buat sahabatku yang jauh_afni89



Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesar berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
Kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk kuukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan
Hingga ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku
Terus menanti saat yang manis
Akan berulang kembali
Sahabat



Monday, November 9, 2009

Riuh seketika....



Nak tahu tak kenapa ana pilih tajuk riuh seketika?..
hehehe takde pape pun sebenarnya, cuma nak share satu cerite je...
tadi pagi ktorg pekse paper Hubungan Etnik, habis masa je ktorg ni dah tak sabarlah nak keluar, agak lama jugak ktorg tunggu ketua pengawas buat pengumuman "pelajar dibenarkan keluar" ...

sampaikan pelajar lelaki yang kat atas pentas semua dah bangun, sebab mungkin dyorg fikir ketua pengawas lupa kot nak buat pengumuman.. budak-budak ni pun buat hal sendiri lah dalam dewan tu, budak lelaki yang kat atas bangun je untuk keluar dewan, budak lain kat bawah pun ikut sama lah, tapi masa tu ana dengan kawan2 tak keluar pun sebab ktorg sibuk bergambar..hehehe ( minah gambar betul )

masa dyorg nak keluar je tetiba terdengarlah suara ketua pengawas yang lantang " pelajar, sila duduk di tempat masing2". mereka yang dah kat luar dewan pun terpaksalah dengan muka selamba masuk semula, kami awalnya pelik jugak lah kenapa kan kami tak dibenarkan keluar, persolan kami terjawab apabila ketua pengawas bertanya " cuba lihat di atas meja masing-masing, masih ada lagi tak kertas OMR yang belum dikutip? " barulah ktorg tahu rupa-rupanya kertas jawapan tak cukup, suasana dewan riuh seketika....


pengawas-pengawas terpaksa membuka semula bagasi yang diletakkan kertas soalan, setelah membelek kesemua sekali, akhirnya seorang pengawas telah terjumpa sehelai kertas OMR yang terselit di sebalik kertas soalan...mungkin sebab ada pelajar yang keluar awal tadi...tu yang bercampur...

selepas tu barulah kami semua dibenarkan keluar dewan...

JAMBORI REMAJA ISLAM KPIJ

Satu program anjuran Kesatuan Pelajar Islam Johor
dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM )
iaitu JAMBORI REMAJA ISLAM akan diadakan pada :

22-25 November 2009 ( Ahad-Rabu )
bertempat di Kem Pengakap Tanjung Laboh, Batu Pahat Johor.

Bayaran Pendaftaran : RM20
Sasaran : Remaja berusia 13-17 Tahun
Modul : Survival dan aktiviti luar

Kepada sesiapa yang mempunyai adik-adik daftarkanlah...
isilah masa cuti adik-adik anda dengan perkara yang berfaedah..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Saudara Abdul Hadi : 0197536597
Saudari Sarah Ayu : 0133005610

atau

" Memperkasa Jati Diri Remaja "

" Hidup Islam / Membina Generasi Rabbani Demi Membina Tamadun Khayra Ummah "

Sunday, November 8, 2009

SaLam...


CARA MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM SERTA
GANJARANNYA

Cara salam yang disyariatkan pada awal pertemuan diucap dengan salam: ‘Selamat sejahtera atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatannya.’ Dan dijawab oleh saudaranya dengan berkata: ‘Dan ke atas kamu selamat sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatannya'. Memadai juga dengan kata bererti "kesejahteraan ke atas kamu" dan setiap jawapan ini akan mendapat ganjaran pahala, mengikut kadar ucapannya, iaitu sepuluh pahala atau kebaikan, jika ditambah "warahmatullah" akan digandakan lagi sepuluh pahala dan sekiranya ditambah "wabarakatuh" maka akan diberi tiga puluh pahala atau kebaikan kepadanya. Begitulah juga sebaliknya bagi yang menjawab. Ganjaran pahala memberi dan menjawab salam ini telah dinyatakan dalam. hadis yang diriwayatkan oleh A'mran bin Hussaini. Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata, ‘Assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk. Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi salam dengan berkata ‘Assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus berkata ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala. (Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan)
Sekiranya kita renung di sini, didapati amat besar ganjaran pahala yang diberi oleh Allah kepada pemberi dan penerima salam yang telah diajar melalui sunnah Rasulullah s.a.w. di samping mengerat siratulrahim sesama Islam.

Saturday, November 7, 2009

rindunye....

rindunya suasana macam ni...huhuhu


Terima kasih atas kerjasama


barisan ajk penaja


walaupun jam menunjukkan hampir 12 malam, mereka masih tekun meneruskan apa yang masih belum selesai


ucapan perasmian dari pengetua


barisan ustazah2 dan ex- bugisiah


semangat kerjasama, akhirnya selesai juga


awatnye ni??


adik2 berbaju sedondon menjadi pilihan hati


khusyuk 2 org MC kte mendengar penerangan dari penyelaras program


ape yang kelakar yerk sampaikan tersenyum dua gadis hijau tu?


khusyuk mendengar cadangan yang dikemukakan


keceriaan tergambar di wajahmu


kenangan bersama takkan dilupakan

" ukhuwwah terbina Islam terpelihara "

Friday, November 6, 2009

BAIK BURUK PERANAN HATI



Hati merupakan asas yang sangat penting dan tersembunyi dalam diri setiap insan. la memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w. menyatakan soal hati seperti berikut:
‘Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik
maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati.
Berdasarkan hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap rakan taulan mendekatinya dalam pergaulan. Andai hatinya buruk dan busuk, maka segala perbuatannya akan jahat dan keji, sentiasa cenderung ke arah maksiat mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pernikirannya ketika itu pula akan kalah dan sentiasa diketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota, manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini sering melakukan sesuatu mengikut kehendak hati. Andai baik hati maka baiklah dalam pergaulan. Andai sebaliknya, maka kawan dan rakan seringl kali menjadi mangsa. Dalam masalah ini Allah s.w.t sentiasa mengingatkan kepada hamba Nya melalui firman Nya dalam al Quran, surah al Syu'ara' 26, ayat 88-89 yang berbunyi:
‘Di hari yang tidak ada manfaat sama ada harta benda begitu juga anak-anak melainkan sesiapa yang menghadap Allah dengan hati yang suci murni (iaitu penuh keikhlasan) kerana Allah semata-mata.’
Hati yang amat dihargai di sisi Allah ialah hati yang suci bersih dari sebarang maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya perkara perkara yang makruh atau yang dibenci oleh Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa kepada Allah dengan sabdanya:
‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih’
Walaupun Rasulullah s.a.w seorang yang maksum, tetapi ia sentiasa berdoa supaya hatinya suci bersih. Hal ini adalah bertujuan sebagai pengajaran kepada umatnya. Dengan demikian hati yang suci bersih dari sebar ang kekejian itu ialah hati yang bersih dari segala penyakit yang dibenci oleh Allah seperti hasad, dengki, dendam, iri hati, cemburu di atas kejayaan orang lain atau merancang sesuatu yang tidak baik bertujuan menganiaya orang lain dan sebagainya. Seandainya tidak ada perkara perkara yang tersebut di atas, sudah tentu hati itu akan sentiasa kasih kepada Allah dengan melakulcan perkara perkara
yang diredai oleh Allah dengan rasa ikhlas. Rakan dan taulan juga menyenanginya dalam pergaulan dan Allah sentiasa mengasihinya. Situasi ini sangat dititikberatkan oleh syariat kerana hati memainkan peranan penting ke arah mengukuhkan keimanan dan memantapkan keyakinan akidah seseorang yang beriman kepada Allah berdasarkan sabda Rasulullah
s.a.w yang berbunyi:
‘Tidak tetap iman seseorang hamba sehinggalah tetap pendirian nya.’ Bagi menentukan ketetapan iman atau sebaliknya dengan herdasarkan segala amalan anggota lahiriah yang berlandaskan niat hati kerana kejujuran amalan itu tidak wujud melainkan terletak pada hati yang ikhlas.

Wednesday, November 4, 2009

Kenapa Lelaki Lebih Suka Berdiam Diri

Ana terbaca sebuah artikel mengenai lelaki yang lebih suka berdiam diri,tapi ana tidak pasti kesahihannya, adakah benar lelaki begini? JOM KITA BACA....

Sebenarnya walaupun kamu lebih suka berdiam diri dalam banyak situasi dan nampak baik, tindakan kamu ini sebenarnya tidak disukai oleh teman wanita kamu kerana mereka lebih suka kamu berterus terang dalam semua perkara. Malah mereka merasa lebih tertekan apabila kamu berdiam diri sekiranya berlaku sebarang perselisihan.

Sekiranya keadaan ini terjadi, perempuan perlu sedar bahawa lelaki memilih berdiam diri kerana sebab-sebab tertentu. Ketika itu, lelaki mungkin sukar untuk menyatakan hal sebenarnya kepada kamu yang disayanginya. Walaupun lelaki tersebut tahu kejujuran adalah hadiah paling berharga tetapi demi kebaikan bersama ada baiknya dia memilih berdiam diri terlebih dahulu daripada berterus- terang yang mungkin boleh melukakan kamu. Apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah jangan memaksanya untuk bersuara dan berterus-terang, kerana ia mungkin akan menimbulkan kemarahan dan boleh mencetuskan perselisihan faham.

Lelaki juga suka berbohong "sunat" terhadap teman wanitanya daripada mendedahkan perkara sebenar kerana biasanya apabila mereka menyatakan hal yang sebenar, teman wanitanya sukar untuk menerima hakikat tersebut. Biarpun mereka memilih untuk mendiamkan diri, ini bukanlah bermakna mereka takut terhadap perempuan, tetapi ia betujuan mengelakkan daripada berlakunya pertengkaran dan masam muka. Sebab perempuan biasanya lebih emosional dalam menangani sesetengah perkara.

Dalam soal ini, ramai lelaki merasakan tiada gunanya bertengkar dengan teman wanita kerana itu bukanlah jalan terbaik, malah lambat laun lelaki juga yang terpaksa memujuk. Jadi untuk mengelakkan berlaku pertengkaran atau bagi mengelakkan pertengkaran daripada berlarutan lebih baik dia berdiam diri.

Oleh itu, jika teman lelaki kamu bersikap demikian kamu janganlah pula beranggapan si dia degil atau sengaja tidak mahu melayan karenah kamu. Ini kerana dia berniat untuk menyelamatkan hubungan kamu. Kamu juga seharusnya perlu sama-sama berdiam diri dan fikirkan secara mendalam apakah yang menjadi punca perselisihan tersebut. Bagaimanapun kamu boleh meneka apakah yang terbuku di hatinya walaupun dia berdiam diri. Bagaimanakah caranya? Senang saja, kamu cuma perlu perhatikan apakah tindakannya selepas itu. Kerana dengan melihat apa yang mereka melakukan secara tidak lansung membolehkan kamu mengagak apakah yang diinginkan sebenarnya.

Tetapi ingat!!!.Jangan mendesaknya berterus terang. Kerana kalau didesak mereka akan terus berdiam diri dan kalau memberikan jawapan pun, jawapannya kurang tepat atau tak ikhlas....

Malah ahli psikologi pun mengakui bahawa cara terbaik untuk mengenali lelaki ialah memerhatikan perlakuannya. Ini bukan bermakna cakap lelaki tidak boleh dipercayai tetapi mereka lebih boleh dipercayai daripada perempuan. Tetapi dalam hal-hal untuk menyelamatkan sesuatu perhubungan lelaki memilih untuk berdiam diri.

* kepada wanita-wanita di luar sana cubalah fikirkan...
* kepada lelaki-lelaki di luar sana, ana mengalu-alukan komen dari anda mengenai artikel ini...

Tuesday, November 3, 2009

الصلاة وأثرها في بناء شخصية الإنسان



الصلاة في لغة هي الدعاء وفي اصطلاح هي أقوال وأفعال مفتتحة بالتكبير ومختتمة بالسليم بشروط مخصوصة . وهي ركن من أركان الإسلام . ومنزلتها من بين العبادات كالرأس من الجسد ومن الدين كالعماد . كما يقول الرسول ( ص ) الصلاة عماد الدين فمن أقامها أقام الدين ومن تركها فقد هدم الدين . وكذلك يقول الرسول الله ( ص ) أيضا أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة : الصلاة .إذا انصلحت صلح سائر الأعمال وإن فسدت فسد سائر الأعمال .

الصلاة تنهى عن الفخشاء والمنكر لأن المصلى يتذكر الله دائما لأنه يناجي فيها الله ويتذكر إليه فما دام الإنسان يتذكر الله يخشى أن يتحد حدود الله فينهى نفسه أن جميع أنواع المعاصى خشية من جزاء الله وعقابه. قال الله تعالى :
" إن الصلاة تنهى عن الفخشاء والمنكر "


الصلاة أيضا تجعل الإنسان منتظما لأنها الصلاة بمعنى الحفاظ على الوقت . لو كان تؤدى الصلاة فى كل الوقت ، لازما هم خفاظ الوقت . كما قال الله تعالى :
والعصر (1 ) إن الإنسان لفى خسر ( 2 ) إلا الذين ءامنوا وعملوا الصلحت وتواصوا بالحق وتوا صوبالصبر ( 3 )

في الواقع الصلاة تجعل الإنسان متوضعا . العبادة فى الإسلام هي دورة الإمتثال وفقا الإنسان خادما لله وسوف نرى أن شعور عظمة الله كمكان للعبادة . العبادة سلم أيضا الروابط بين الخالق والمخلوق . وكذلك لجعل عبادتنا ككل من أجل عبادة الله . ويجب أن نستمر فى احترام الله فى أي شئ نريد ان نفعله .

إلى جانب ذلك، الصلاة تجعل نفس الإنسان مطمئنة ، نحن دائما ربط قلوبنا مع الله كما في الحديث : " أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك . بهذا الحال نحن دائما يتقون بأن الله يرى ما تقوم به وتجعل الإنسان مطمئنة .

الصلاة تجعل الإنسان دائما في طهارة والصحة . الناس يجب ان يفعل دائما المناورات لأنه الصلاة تصبح اقوى عندما نستخدم بانتظام . دراسة تكتشف إن الصلاة التي تنطوي على حركات الجسم .

والخلاصة ، أن الصلاة هي عمود الدين وأهمية في المسلم والعديد من المزايا : اللهم الصلوة يجوز به الإخلاص لمرضات الله


esok paper arab, pasti mahasiswa-mahasiwi yang mengambil madah ni berjaga malam untuk memahamkan bab nahu dan saraf, bab solat ni adalah maqal yang hangat diperkatakan keluar dalam final esok hari, harap-harap ianya benar, kerana sebelum ni kami disuruh membuat karangan mengenai tajuk ni, pasti ada hikmahnye kan...
kepada pembaca maaf sekiranya terdapat nahu yang silap, maklum saya budak masih belajar, kalau salah tolonglah betulkan ye..
ini adalah hasil kerja yang ditugaskan oleh ustaz kami....
( bila dah pernah buat karangan sendiri senang sikit nak jawab esok hari..huhuhu )


teguran yang sinis.....



Kedinginan pagi membuatkan aku terasa ingin menulis.... terkenang aku akan seorang sahabat yang sentiasa bersamaku, walaupun jauh di sana dia selalu bertanya khabar tentang diriku....

ku biarkan kalam berbicara... saat manis bersamanya takkan ku lupakan, di hp ku penuh mesej kata-kata darinya dia selalu menghantar mesej kata-kata kepadaku walaupun jarang ku balas kerana kesibukanku, dia tidak kisah namun baginya itu adalah cara untuk meluahkan rasa sayang kepada sahabat...

kadang-kala ym menjadi penghubung bagi kami untuk berkomunikasi, cerita suka dan duka sentiasa dikongsi bersama, aku tidak tahu mengapa dengannya mudah ku kongsi masalah dan cerita, tapi bagiku mungkin kerana keakraban diantara kami....

suatu masa tatkala ber ym dengannya, aku pernah tersinggung dengan tegurannya, aku tidak tahu mengapa saat itu sindirannya terlalu sinis bagiku, sehinggakan aku terus offline... tetapi mungkin dia tidak perasan dengan keadaanku, kerana aku juga tidak tahu adakah baginya ianya teguran atau pun gurauan...

hari berganti hari, masa berlalu pergi membiarkanku melayan emosi, saatku terfikir kembali tegurannya, ku akur dengan kelemahan diri, tiada manusia yang dilahirkan hidupnya sempurna, setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan..

ku panjatkan kesyukuran kepada ALLAH
kerana dikurniakan sahabat sepertinya, aku akur dengan tegurannya, aku selami kata-katanya, memang benar apa yang dikatakan olehnya, lalu ku ubah diriku kerana keredhaan dari ALLAH yang ku cari,
dambaan kasih dari ALLAH yang ingin ku miliki....

terima kasih sahabat....

salam sayang dariku buatmu sahabat...


" Sahabat yang baik adalah yang berani memberi teguran demi kebaikan sahabatnya"


Monday, November 2, 2009

ku doakan kejayaan milik kita bersama.....


Jauh ku merenung di luar jendela,
rumput kehijauan membawa diriku ke kampung halaman,
saat itu terbayang aku akan ibuku di mesin jahit,
tergambar di wajah ibu kesungguhan dalam kepenatan,
mana tidaknya di waktu pagi hingga petang ibuku sibuk memasak di sekolah kerana itulah pekerjaan tetap ibuku, malam pula menjahit dan menyulam baju,
demi membesarkan 5 orang anak,
ibuku sanggup melakukan apa sahaja,
walaupun kesedihan selalu terasa,
mengingatkan suami yang telah tiada,
asalkan semua anaknya berjaya...

aku teringat seketika..
saat kakakku menerima anugerah di atas pentas, terpancar kegembiraan di wajah ibuku.. aku dapat melihat sedikit air mata ibu berlinangan, air mata yang berlinangan itu bukan kerana sedih tetapi kerana gembira....

tatkala itu aku memasang niat untuk menjadi seperti kakakku,
aku mahu ibuku sentiasa gembira,
aku tidak mahu melihat air mata ibu berlinangan kerana kegagalanku
tetapi biarlah kerana kejayaanku...
Ya Allah Kau bantulah hambamu ini...

Lamunanku terhenti tatkala azan maghrib berkumandang,
aku terus bersiap sedia ke bilik air untuk berwudhu' dan bersolat,
selepas solat aku memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana aku masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini, saat itu terlintas di benakku mengenai khayalanku sebentar tadi...

Aku harus kuat mengahadapi segala ujian dan cabaran yang datang melanda, aku harus tangkis sifat malas yang kadang-kadang menjelma,
untuk mencapai hasratku...demimu ibuku tersayang....
Insyaallah akanku cuba dan pastikan kejayaanku pada semester lepas akan ku capai lagi pada semester ini... dan ku harapkan biarlah natijahnya lebih cemerlang..
ku doakan juga buat sahabat-sahabatku agar sama-sama berjaya dengan cemerlang pada semester ini...dan semester akan datang...
Ya Allah Kau bantulah kami semua....

Kepada sahabat seperjuangan,
ampun maaf dipinta sekiranya sepanjang bersahabat diriku ada melakukan kesilapan sama ada secara sengaja mahupun tidak, secara zahir ataupun tidak...
semoga kejayaan milik kita bersama...

" Ya Allah sekiranya kegagalan kami membawa fitnah pada Islam dan perjuangan, maka Kau cemerlangkanlah kami dalam setiap perkara, dan sekiranya kejayaan kami membuat kami jauh dari Islam dan perjuangan, maka kau lebih berhak menentukan yang selayaknya buat kami, kerana kami mengimani tiada apa yang kau takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya...Amin..."


Kerana exam....

Apabila tiba saat-saat peperiksaan pasti semua pelajar-pelajar berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran, ada yang sampai tidak tidur kerana mentelaah.
Tetapi susah sangat bagi kita ingin bangun malam untuk bertahajjud dan beribadah kepada Allah...
wahai pembaca sekalian, marilah kita renungkan...
Adakah kita tergolong dalam golongan sebegini? sekiranya
ya marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, marilah kita merubah diri kita dari kurang baik kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik.
Insyaallah sekiranya kita meluangkan masa kita untuk bermunajat dan mendekatkan diri kepada Allah, pasti Allah sentiasa bersama kita...

"salam imtihan dan mahabbah dari penulis buat semua pembaca laman nur daie"

Dakwah....




Sedikit ilmu ingin ku kongsikan bersama pembaca. Disamping itu penulis juga ingin mengimbas kembali apa yang telah dipelajari pada semester lepas...
Adakah anda mengetahui konsep dakwah? Dakwah dari segi bahasa adalah menyeru/tuntutan. Dakwah dari segi istilah ialah menyeru manusia kepada Islam.

Dakwah terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
  1. Penyampaian ( tabligiyyah )
  2. Pembentukan ( takwiniyyah )
  3. Pelaksanaan ( tanfiziyyah )
Terdapat istilah-istilah yang penting dan perlu kita ketahui apabila kita mempelajari ilmu dakwah, antaranya ialah :
  1. Dakwah : Islam, menyampaikan Islam kepada manusia, mengajarkan dan melaksanakan Islam dalam realiti kehidupan
  2. Daie : Orang yang melaksanakan gerak kerja dakwah
  3. Mad'u : Orang yang ditujukan dakwah kepadanya
  4. Millah : Asas-asas agama ( Islam )
  5. Syariah : Terdiri daripada agama ( apa yang diperintahkan; cth solat dan puasa )
  6. Manhaj : Sistem yang telah ditetapkan
  7. Usul Dakwah : Asas dakwah; dalil yang disandarkan kepadanya
  8. Manhaj Dakwah : peraturan yang telah ditetapkan dari segi ibadah. aqidah, politik, akademik dan sebagainya.
  9. Uslub Dakwah : cara penulisan atau bahasa
  10. Wasail Dakwah : cara penyampaian
Rukun-rukun Dakwah
  1. Daie
  2. Mad'u
  3. Wasail
  4. Maudhu'
" dakwah itu indah "


sumber rujukan : المدخل إلى علم الدعوة : محمد أبو الفتح البيانوني

Sunday, November 1, 2009

Halal dan suci...



PERTAMA

Cari dan ambillah makanan yang halal dan baik untuk keperluan fisiologi.

Firman Allah:
" wahai sekalian manusia! makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik."( Surah Al-Baqarah:168)

KEDUA

Dilarang berlebih-lebihan cukuplah hanya sekadar memenuhi keperluan kehidupan.

Firman Allah:
" dan makan serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas"( Surah Al-A'raf:31)

KETIGA

Bersyukur atas nikmat Allah supaya tidak menjadi kufur.

Firman Allah: " Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya"(Surah Saba:15)