Followers

Monday, February 22, 2010

petang tadi....

Petang tadi satu mesej diterima mengatakan meetg PMKI akan diadakan pada jam 9 malam di bilik MPP... pembahagian kabinet akan dijalankan setelah beberapa kali dibatalkan atas sebab-sebab tertentu...

Hasil mesyuarat aku dilantik untuk memegang jawatan sebagai EXCO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN...walaupun bagiku ianya amat berat, tapi aku akan cuba jalankan tanggungjawab itu sebaiknya...tetiba bila dah masuk dalam PMKI ni aku terigat pesan mantan EXCO PUBLISITI apa yang penting ukhuwwah sesama kamu...selepas itu barulah dapat jalankan kerja dengan baik...

apa pun tahniah diucapkan kepada saf kepimpinan PMKI yang baru...selamat bekerjasama....

Sunday, February 21, 2010

dah habis cuti,,,cepatnye...

Tepat jam 9.12 malam aku dibawa oleh bas untuk meneruskan pengajianku di TERENGGANU, yang merupakan tempat pengajianku kini....Dalam perjalananan hatiku menjerit bilalah nak sampai ni...dahlah sejuk gilerr....huhuhu....jenuh hati ini menunggu bilalah nak sampai...dah la driver bas ni bawa laju...menyeramkan....

jam menunjukkan pukul 5.15 pagi aku tiba di perhentian bas Kuala Terengganu, turun dari bas kelihatan ramai mahasiswa/i yang baru tiba juga...letih rasanya naik bas sampai 8 jam... sesampainya di UDM mataku seakan-akan mengajakku meneruskan perjalanan mimpiku tadi....

laungan ayat suci al-quran kedengaran di telingaku...jam menunjukkan pukul 7.15 pagi, perasaan malas sering menghantuiku...malas rasanya untuk aku mencapai tuala yang tergantung, akan tetapi ku kuatkan semangat ku juga untuk menyiapkan diri kerana jam 8 pagi aku ada syafawi...

hari ni letih sangat...nampaknye aku terpaksa menghabiskan masaku minggu ini dengan asgment yang masih berbaki,,,YA ALLAH KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU...AMIN.......

Friday, February 19, 2010

Valentine’s Day

lama rasanya tak tengok blog....maklumlah cuti sem...asgmnt pun berlambak....esok dah nak balik UDM.... sesempat aje petang ni gi CC, rancang nak cari maklumat utk asgment Kajian Teks tentang hari kekasih....cari punya cari ini yang ana jumpa....and rasa nak share dengan semua pembaca laman NUR DAIE....

JABATAN MUFTI JOHOR

FATWA :
HUKUM UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI KEKASIH
( Valentine’s Day )
HUKUM UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI KEKASIH (VALENTINE’S DAY)

• Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

• Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan sendiri demi membuktikan kesetian kepada teman masing-masing, sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

• Tidak dinafikan ada umat Islam di Negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

• “Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakan akidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut “Hari Kekasih”berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbang kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedarkan
dan menginsafkan mereka.

• Harus diingati mengamalkan dan mengikut budaya asing tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan saja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.

KEPUTUSAN FATWA

Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :

Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :

“ AMALAN MERAYAKAN HARI KEKASIH(VALENTINE’S DAY) TIDAK PERNAH DIANJURKAN OLEH ISLAM. ROH PERAYAAN TERSEBUT MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR KRISTIAN DAN AMALANNYA YANG BERCAMPUR DENGAN PERBUATAN MAKSIAT ADALAH BERCANGGAH DENGAN AQIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK ISLAMIAH SERTA DILARANG OLEH ISLAM. OLEH ITU UMAT ISLAM ADALAH DILARANG DARIPADA MELIBATKAN DIRI DI DALAM MERAIKAN HARI TERSEBUT “.

NOTA : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-71 yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam

ANTARA HUJAH KEPUTUSAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT :

• Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

• Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih saying dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

• Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’ Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.

• Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.

• Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

• Valentine asal nama sebenar St.Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka, barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

• Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.


~ diambil dari http://kpijohor.blogspot.com ~

Tuesday, February 9, 2010

WisH fOr YoU



SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT....
SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI...
SEMOGA DIKAU SENTIASA MENDAPAT KEBERKATAN DAN KEREDHAAN DARINYA.....

Wednesday, February 3, 2010

jom belajar cakap cina....

BERMINAT NAK BELAJAR MANDARIN?????????

JOM LA TRY SEBUT :)



ni hao ma? : awak apa khabar?

wo hen hao, xiexie : saya sangat baik, TQ

wo bu hao: saya tak baik

ni mang ma? : adakah awak sibuk?

hai hao : boleh tahan

wo hen mang : saya sangat sibuk

wo bu mang : saya tak sibuk


wan an : selamat malam


selamat belajar :)

Tuesday, February 2, 2010

PMG JOHOR

PERKAMPUNGAN MENARA GADING_MENARA JOHOR

akan diadakan pada

12-14 Februari 2010


bertempat di:

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM JOHOR
( MARSAH )


sebelah MAAHAD JOHOR

Bayaran : RM30

Sasaran : Pelajar lepasan SPM, STPM & STAM

daftarlah segera.....

penyertaan adalah terhad.....

hubungi:

sdri Sarah Ayu : 0133005610

TAMRIN QIYADI KPIJ

Assalamualaikum....

TAMRIN QIYADI KPIJ


akan diadakan pada

* 5-7 Februari 2010

* bertempat di Kompleks Mustika Embun (ME) Johor Bahru


Untuk maklumat lanjut

sila hubungi

Sdr Abdul Hadi : 0197536597
Sdri Sarah Ayu : 0133005610

Monday, February 1, 2010

PMGanu 2010

Ragam urusetia & Fasilitator PMGanu 2010











dalam kenangan pasang banner panas terik depan traffic light (tepi jalan)...


Pengalaman silam mengajar erti hidup
amat payah untuk kita harungi