Followers

Sunday, November 1, 2015

Pemusafiran yang bermakna

~Pemusafiran yang bermakna~

30.10.2015

Permusafiran yang bermakna... membuatkan kami tersedar dari lena...
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Kita perlu yakin dan bersedia untuk mengharunginya...

Jika kita selalu yakin dengan Tuhan, kita akan yakin setiap sesuatu pasti ada hikmahya. Ujian yang datang untuk menguji tahap keimanan dan siapakah yang kita cari untuk mengadu. Jika ujian didatangkan bermakna Allah rindu kita. Jadi mengadulah kepadaNya tanda kita juga rindu padaNya.

Pasti ada hikmahnya.....

Allahu, kisah bermula tatkala kami merancang untuk bermusafir bersama. Kami merancang untuk bermusafir seramai 7 orang, akan tetapi sehari sebelum kejadian 2 orang dari kami terpaksa menarik diri kerana ada urusan dan faktor kesihatan. Saat itu, semangat bermusafir berkurang sedikit. Namun setelah mendapat kekuatan menerusi kata-kata "pasti ada hikmahnya" semangat yang tadinya berkurangan sedikit semakin bertambah. Keesokan harinya saat memasukkan beg dalam bonet dapatku lihat hikmah yang diberikan olehNya. Jika kesemua turut serta pasti ada sebahagian beg yang kami perlu pangku dan kurang selesa dalam perjalanan. Allah nak beri keselesaan akal fikiranku berkata.

Yakin....

Kerana ingin melihat ciptaan Tuhan dan mencari ketenangan kami berhenti seketika di Melaka. Saat itu fikiran masih memikirkan soal kerja dan masalah hati. Teringat kata-kata motivasi, kalau kita fikirkan untuk dapatkan sesuatu itu memang kita akan dapat. Jadi niatlah untuk dapatkan kebaikan. Kerana inginkan ketenangan dan kebahagiaan ku lupakan seketika kerja dan lain-lain. Sempat berpesan juga pada adik yang lain untuk kosongkan fikiran dan nikmati ciptaan Tuhan. Alhamdulillah indahnya perjalanan tatkala Allah bersama. Terima kasih diucapkan kepada seorang sahabat yang menunjukkan jalan.

Mencuba sesuatu dengan keyakinan...

Teringat kata-kata, kalau kita nak tahu jalan, kita kene cuba jalan-jalan. Sebab kita akan tahu jalan yang kita cuba sahaja. Kalau nak dapatkan pengalaman jangan takut tapi pastikan keyakinan kepada Tuhan perlu disematkan. Perjalanan diteruskan ke seremban 3 bagi menghantar sahabat seperjuangan pulang ke kampus kerana amanah yang digalas. Saat itu, mula bimbang sebab kami yang tinggal hanya hewi2 yang tak tahu jalan.  Namun semangat ingin mencuba diteruskan dan bermulalah perjalanan kami hewi2. Dengan hanya berpandukan maps dan keyakinan kepada Tuhan, Alhamdulillah kami sampai ke tempat penginapan.

Positif....

Niat melihat ciptaan Tuhan dan mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, kami meneruskan perjalanan ke pantai port dickson. Walau penat tidak terkira, ruang dan peluang yang diberi oleh Allah tidak kami sia-siakan. Pantai port dickson kami telusi, walau penat belum henti, semangat terus bersemi, kami teruskan perjalanan dengan gembira dan senang hati. Namun kegembiraan kami diuji tatkala hujan turun membasahi bumi, doa dipohon pada Ilahi, moga kami dapat meneruskan perjalanan dengan senang hati. 20 minit kami menikmati cendol sementara menunggu hujan berhenti. Menunggu dan terus menunggu dengan keyakinan pasti Allah akan bantu. Doa dipanjatkan memohon restu dan alhamdulillah hujan berhenti selama 30minit. Dapatlah kami berjalan ke tepi pantai sambil menikmati keindahan alam.

Diuji lagi....

Kami meneruskan perjalanan pulang ke tempat penginapan. Perjalanan memakan masa 43minit namun bertambah menjadi 1 jam lebih kerana kami terlepas exit senawang. Masa itu, Tuhan sahaja yang tahu apa yang dirasakan. Berjalan di negeri orang tanpa tahu jalan. Namun keyakinan kepadaNya terus dikuatkan. Dalam perjalanan, fikiranku menerawang mengingat kembali apa yang berlaku dan pasti kami ada melakukan kesilapan. Dan akhirnya jawapan ditemui. Benar kata-kata itu doa. Semasa perjalanan terkeluar kata-kata "rutin kita hari ni keluar masuk highway je. takdeke jalan raya" dan Allah bagi kami lalu jalan raya yang gelap dan kurang kereta. Saat melalui jalan gelap, saaat kereta kami melalui sepohon pokok, tepat-tepat kami lalu, ranting pokok jatuh disebelah kereta kami dan membuatkan kami terkejut.  Kami teruskan perjalanan dengan keresahan dan ketakutan. Namun keyakinan perlu dikuatkan. Balik niat nak makan, kami diberi jalan melalui pedas linggi untuk berpatah balik ke senawang.Tak dapat makan lagi tapi dapat jalan pedas je.. Saat itu, kata-kata "besyukurlah dengan apa yang allah dah beri jangan mengeluh kerana Allah lebih mengetahui" bermain di fikiran.

Pengajaran bermusafir yang ingin dikongsi bersama :
1. Yakin dengan Allah
2. Sentiasa positif
3. Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya
4. Ujian yang datang bukan sebagai bebanan tetapi kerana kasih dan sayangNya pada kita.
5. Pengalaman tidak akan datang tanpa mencuba
6. Jangan terlalu gembira tetapi perlu sentiasa ingat Tuhan
7. Besyukur dengan apa yang diberi dan jangan mengeluh
8. Sentiasa memohon pada Tuhan
9. Perjalanan hidup kita adalah jalan kita untuk berjumpa denganNya.
10. Pengalaman akan diberi kepada orang yang berusaha mencarinya.

BERSAMBUNG....

No comments: