Followers

Tuesday, December 25, 2012

Permata untuk isteriku

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Friday, December 7, 2012

6 DISEMBER 2012



Perkongsian yang sangat terperinci..
Terasa dihargai..
Namun masih tidak diketahui..
Adakah sesuatu yang pasti..

terlalu cepat masa berlalu..
terlalu banyak dugaan yang menempuh...
terlalu sukar untukku membuat keputusan itu
namunku serahkan pada YANG SATU...






Tuesday, December 4, 2012

JAMBORI 2012

Assalamualaikum....

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat dengan limpah kurnianya, penulis masih berkesempatan untuk bersama pembaca laman NUR DAIE.. 

setelah sekian lama membiarkan laman ini bersawang, akhirnya dengan takdir Allah penulis dapat bersama laman ini lagi... terima kasih diucapkan kepada pembaca laman ini kerana masih setia bersama laman NUR DAIE..

Hari ini penulis ingin berkongsi 1 cerita berkenaan satu program yang penulis telah sertai beberapa hari yang lepas.. Nak tahu tak ape program tu??? teruskan membaca ye :)

Program ini bertujuan untuk melahirkan remaja muslim yang bersifat survival dan berani untuk berhadapan dengan cabaran,  disamping itu dapat menerapkan nilai-nilai sifat kesukarelaan terhadap masyarakat setempat, melahirkan remaja muslim yang bersakhsiah tinggi dan berakhlak mulia, seterusnya merapatkan lagi ukhuwwah sesama peserta serta pihak yang terlibat.

Program ini telah dianjurkan oleh 3 Badan Gabungan Negeri Zon Selatan iaitu Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ), Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS) dan Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM).  













Program ini telah pun diadakan pada 30 November hingga 2 Disember yang lalu.  Antara pengisian yang terdapat dalam program ini adalah  Tancap Niat, Suai Kenal,Pecah Pendungan, Kuliah, Teori Dan Praktikal Sembelihan, Explorace, Night Walk , War Game, Pengenalan KPIJ, PPINS dan PEPIM.

Di sebalik TABIR.....

Banyak pengalaman, suka duka, ilmu yang bermanfaat dan kenalan baru yang penulis dapat dari program ini. Pada mulanya, penulis merasakan tidak berkesempatan untuk bersama sahabat seperjuangan dalam menjayakan program ini kerana tugasan yang melambak di IPG yang perlu di hantar kesemuanya pada 3 disember iaitu semalam.  Namun apabila memikirkan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, serta ukhuwwah yang terjalin antara penggerak2, penulis rasa terpanggil untuk pergi ke program tersebut di Pusat Pertanian Sungai Sudah Muar.  

Sebelum pergi ke program ini, penulis juga dapat mengetahui, terdapat sebilangan penggerak juga mempunyai tugasan dan final exam pada 3 disember (semalam). Antaranya Trainer (Mahasiswi UIA), Kem Komanden (Mahasiswa UNISEL) yang akan berhadapan dengan peperiksaan. Ada juga penggerak yang bekerja yang sanggup datang walaupun lewat sehari, ada yang datang selepas kuliah...Hal ini menyebabkan, penulis semakin yakin dan percaya dengan semangat penggerak2 program, Insyaallah program ini akan berjalan dengan baik.. dan kepercayaan mereka kepada Allah yang sangat kuat, Insyaallah urusan mereka akan dipermudahkan.   

Anda masih ingin mengetahui kisah selanjutnya??? 

Teruskan membaca...



PERTAMA KALINYA...


Pertama kalinya kami bekerjasama 3 BGN menganjurkan program, 

Pertama kalinya kami membuat gerak kerja jarak jauh,

Pertama kalinya kami menjadikan group di FB sebagai medan perkongsian maklumat program,

Pertama kalinya kami bertemu di tempat program, 

DAN

Pertama kalinya kami berhalaqah untuk mencari titik persamaan....

Alhamdulillah....berkat PERTAMA KALINYA kami berhasil meneruskan gerak kerja dakwah... 


Banyak kesan, pengalaman dan pengajaran yang penulis dapat setelah menyertai program ini. Antaranya ialah :

  • Dahulukan ukhuwwah sebelum berdakwah.. Insyaallah segalanya akan mudah..
  • Bersedia untuk tidak bersedia (menjadi PC walaupun baru pertama kali)
  • Yakin dan Percaya, andai kerja yang dilakukan kerana Allah, Insyaallah segalanya urusan kita akan dipermudahkan (Tarikh hantar tugasan dilewatkan)
  • Bersahabat kerana Allah (dapat berkenalan dengan kakak2, abang2, adik2 dari pelbagai negeri iaitu N9, Melaka, Terengganu, Perak, Sarawak)
  • Jadi PEMULA adalah lebih baik dari jadi PENUNGGU (menyelesaikan masalah dan kesalahfahaman)
  • Kerja secara berjemaah lebih berkesan dari kerja secara individu 
  • Bersedia untuk menjadi Pemimpin dan pengikut

PEMBACA tertanya-tanya apakah program ini??

program ini adalah 







inilah gambar kenangan sepanjang program...

Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Saudara Amirul Naim
(Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam Johor MARSAH)




Senaman Pagi


Nyanyian Lagu Tema Program HAMBAMU




Praktikal Sembelihan


Master Chef JAMBORI 2012




Perasmian Penutup oleh Presiden PKPIM
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin


Majlis Penutup : Gambar Kenangan Bersama Perasmi Presiden PKPIM
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin


Kenangan Penulis bersama Ketua Master Chef


Kenangan Penulis bersama Model Master Chef


Kenangan Penulis bersama Trainer, HEWI KPIJ dan peserta



Akhir kalam, semoga para peserta mendapat ilmu yang bermanfaat sepanjang mengikuti program ini, seterusnya dapat mengamalkan dan berkongsi bersama sahabat-sahabat yang lain.  dan 
Semoga ukhuwwah yang telah terpatri antara semua penggerak berkekalan hingga ke akhirnya.. AMIN



Tuesday, July 10, 2012

Kembara Hidup

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

Sunday, April 15, 2012

tudung jadi cikgu???

saya terbaca artikel ini di facebook sahabat yang menjadikan facebooknye saluran dakwah...dan telah memohon untuk dikongsikan bersama pembaca Laman NUR DAIE...Moga ada manfaatnye....


“Awak ambik kos pendidikan Islam...??”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya kos economics n management sciences la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai… Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah. sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT... Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

Saturday, April 14, 2012

WAJHUL KITAB???

Assalamualaikum....

Jika kita lihat dewasa ini, WAJHUL KITAB atau lebih dikenali FACEBOOK sangat familiar kepada semua orang tidak kira yang tua, muda, kecil, besar, semua ada facebook...

bila ditanye apa kelebihan facebook? ada yang jawab dapat cari kawan lama, dapat tambah koleksi kawan, dapat dijadikan saluran berdakwah, dan macam-macam lagi...

tapi kita boleh lihat sekarang ini, memang ada yang menjadikan facebook ini sebagai saluran berdakwah, tapi x lepas juga yg menjadikan facebook ini saluran untuk mendedah... dedah itu...dedah ini....bagi mereka seronok mendedahkan itu dan ini di facebook...bila orang like mereka suka, bila orang komen positif mereka gembira, tapi bila orang komen negatif mereka mencuka, dan timbullah segala prasangka....

mari kita lihat gambar dibawah dan renungkan seketika....


apa yang kita fikirkan setelah melihat huraian bagi setiap huruf ini???

adakah kita merasakan sesuatu???
jika YA, syabas dan tahniah... anda masih ada perasaan :)

terima kasih kerana menghabiskan bacaan..salam Ceria dan selamat beramal :)

Monday, April 2, 2012

AL-QURAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH

Sejarah silam telah membuktikan
Bila Al-Qur'an jadi panduan
Cahaya Madinah bersinar kerlipan
Simbol Islam memacu kemenangan

Kitab Al-Qur'an sama dihayati
membimbing hati tuhan diyakini
Rela berjuang rela berbudi
Pacu perubahan kejayaan menanti

Al-Qur'an Kalamullah
Al-Qur'an Kitabullah
Al-Qur'an Wahyun Minallah
Al-Qur'an Kalamullah

Marilah semua umat Islam
Ikut jejak generasi silam
Menjana transformasi cipta kemajuan
Didikan Al-Qur'an seiring berjalan

GAJI GURU NAIK 2012


Respon Orang yang TAK PUAS HATI :

1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !!

MAAL HIJRAH

Maal Hijrah menyingkap sejarah
Kisah perpindahan Nabi Muhammad
Dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah
Untuk menyelamatkan Islam dari ditindas

Di tengah malam Rasul berjalan
Bersama Abu Bakar menjadi teman
Di dalam Gua Tsur mereka bersembunyi
Musuh mencarinya tiada berjumpa

Tiba di Madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah Islam dari kekejaman
Terus berkembang membina sebuah empayar

Hijrah rasul suatu hikmah
Dunia yang kelam bertukar cerah
Segala kekejaman kini lenyaplah sudah
Tanda agama Islam beroleh kemenangan



Tiba di madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah Islam dari kekejaman
Terus berkembang membina sebuah empayar

Hijrah rasul mari renungkan
Ambillah ia menjadi panduan
Agar hidup kita tidak  dalam  kesesatan
Dalam hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan
Agar hidup kita tidak  dalam kesesatan
Dalam hidup kita menempuh ranjau kehidupan

Friday, March 16, 2012

CIKGU OH CIKGU

Perkembangan mutakhir dalam masyarakat kita menggambarkan bahawa masalah dan cabaran  terus meningkat dari semasa ke semasa. Arus perubahan yang kuat melanda masyarakat menuntut satu pembaharuan yang bermisikan pembangunan kualiti insan dijanakan agar impian mewujudkan masyarakat murni dapat direalisasikan. Dalam hal ini penggemblengan tenaga dan fikiran dari setiap lapisan masyarakat adalah dituntut untuk tidak membiarkan agenda besar ini menjadi tatapan dan fantasi semata-mata. Pemantapan dan pembinaan generasi pelajar dari aspek kualiti jati diri, aqidah, intelektual, moral dan akhlak adalah satu tuntutan murni agar pelajar mempunyai idealisme perjuangan dalam tuntutan pembaharuan ketamadunan negara ini.

Dalam pengajaran di sekolah proses pengajaran dan pembelajaran haruslah di beri perhatian sepenuhnya. Proses pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan guru dan pelajar dan sememangnya memerlukan satu usaha yang berpanjangan ke arah menyediakan pendidikan yang komprehensif dan efektif terhadap segala isi pembelajaran yang disampaikan. Kejayaan seseorang biasanya akan dikaitkan dengan faktor pendidikannya. Bukan setakat siapakah gurunya yang akan dipersoalkan malah latar belakang keluarga, permakanan, pekerjaan penjaga, amalan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan kehidupan seseorang itu tadi. Sebenarnya faktor-faktor yang menyumbang kepada pengajaran yang berkesan tidak sahaja bergantung kepada kemampuan insan yang bergelar guru akan tetapi ianya memerlukan pemahaman, pengorbanan dan kerjasama daripada banyak pihak. Namun begitu guru memiliki peratusan yang sangat besar serta memainkan peranan yang sangat penting bagi membentuk kejayaan muridnya.

Globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini juga telah memberi kesan terhadap bidang pendidikan.  Kementerian Pelajaran Malaysia pula telah membuat beberapa perubahan terhadap kurikulum, pedagogi, penilaian dan pengurusan pendidikan bagi menghadapi cabaran pada abad ini. Penggunaan teknologi maklumat merupakan alat bagi membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik.  Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini seperti komputer akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Ia dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru dan mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

Literatur tentang gaya pembelajaran jelas menunjukkan bahawa sememangnya terdapat pelbagai gaya pembelajaran dan individu-individu mempamerkan gaya yang unik. Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah. Sesuatu teknik atau kaedah belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya. Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja.

Pada tahun 1979, sebuah akhbar terkemuka di London telah membuat satu kenyataan yang amat serius tentang profesion perguruan dengan memetik pendapat umum bahawa hendak menjadi seorang guru di kota London amatlah mudah, lebih mudah  daripada menaiki bas. Kenyataan ini dibuat kerana umum berpendapat bahawa tugas seorang guru adalah amat mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa latihan yang kompleks. Ia juga merupakan satu kemahiran yang boleh dikuasai oleh sebarangan manusia. Saya rasa keadaan dan pendapat ini berjangkit daripada sikap guru itu sendiri. Bilik darjah kini penuh dengan guru yang sehingga kini menyampaikan isi pelajaran tanpa mengira sama ada murid belajar ataupun tidak, dan seterusnya merasai bahawa beliau telah menjalankan tugasnya sebagai guru dengan memuaskan. Mereka tidak sedar ataupun sengaja melupai konsep asas pengajaran iaitu :

Guru mengajar = murid belajar

Kebanyakan guru di bilik darjah tidaklah boleh digolongkan ke dalam kumpulan ini.  Dalam hal ini satu aspek yang penting harus dikuasai iaitu kaedah dan teknik bagaimana caranya untuk menyampai isi pelajaran. Ini termasuk teknik bilik darjah dan pendekatan serta kaedah penyampaian sesuatu jenis ilmu pengetahuan.
Justeru kaedah perlu ada dalam setiap aspek pembelajaran. Perkataan "kaedah" pula bermaksud cara atau sistem dalam melakukan sesuatu perbuatan (Kamus Dewan, 2000:557). Mok Soon Sang (2002: 5 1-52) pula mendefinasikan kaedah sebagai cara atau peraturan untuk membuat sesuatu. Kaedah juga bermaksud satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang spesifik dalam jangka masa yang pendek. Tanpa kaedah yang terancang dan bersesuaian, sesuatu yang diusahakan itu tidak mungkin sempurna hasilnya. Untuk membaca  al-Quran, kaedah amat penting diketahui dan dipraktikkan. Ianya tidak boleh dibaca begitu sahaja secara membuta tuli kerana cara ini tidak berkesan, membosankan dan terdedah kepada kesalahan.

Jadi seorang pendidik harus memahami kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar supaya kaedah pengajaran yang sesuai boleh digunakan. Sedapat-dapatnya, kaedah padanan (matching) gaya pembelajaran dengan gaya  pengajaran harus dilakukan. Ini memandangkan dapatan kajian-kajian yang lepas Dunn, Dunn & Price, 1989; Orsak, 1990; Perrin, (1990) yang mendapati pencapaian yang signifikan dalam pembelajaran apabila padanan dilakukan. Seandainya keadaan tidak mengizinkan, usaha harus ke arah menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran agar tuntutan gaya pembelajaran yang berbagai-bagai dalam satu-satu kelas dapat dipenuhi.

Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendri mengubah paradigma, mengubah cara berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat.

(Rujukan : MOS- Rosmiyati Billak, lATIHAN iLMIAH -Khairiah Billak)

Sunday, January 29, 2012

ABIM sebagai sebuah Gerakan Dakwah

Kini terdapat banyak gerakan Islam di Malaysia.  Pertubuhan badan bukan kerajaan juga turut menjalankan aktiviti dakwah dan memainkan peranan yang amat besar dalam perkembangan dakwah Islam di Malaysia.  Wujudnya institusi bukan kerajaan ini merancakkan lagi aktiviti dakwah yang secara tidak langsung meningkatkan kefahaman umat Islam dan orang bukan Islam tentang Islam.  Sekaligus situasi ini merapatkan jurang perhubungan masyarakat majmuk di Malaysia (Abdul Aziz Mohd Zin 2006: 169). Terdapat beberapa pergerakan Islam di Malaysia terutamanya yang beraliran “tradisionalis” dan “fundamentalis”.   Bagaimanapun kajian ini menumpukan kepada pergerakan Islam beraliran “fundamentalis” seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (Fauzi Zakaria 2007:123).

 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merupakan sebuah gerakan Islam di Malaysia.   ABIM telah diasaskan oleh sekumpulan belia Islam yang aktif dengan hasrat untuk memenuhi kekosongan harakah Islamiah pada peringkat pergerakan belia seterusnya untuk menyediakan kader-kader pendakwah dalam bidang kerjaya (Abdul Aziz Mohd Zin 2006: 169).  ABIM telah ditubuhkan pada 1971 dan melalui ABIM pemikiran gerakan Islam ternama terutamanya al-Ikhwan al-Muslimun dan Jama’at Islami disebarkan dengan lancar.  Pemikiran yang paling fundamental sekali pada masa itu ialah pemikiran Sayyid Qutb dan al-Maududi (Fauzi Zakaria 2007:145). 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)  adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu  (knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia.  Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti-parti politik.

Sama ada melihat peranan pembaharuan harus dilakukan oleh individu atau berkumpulan yang lebih penting ialah hakikat bahawa peranan yang tertanggung oleh mereka yang terlibat dengan usaha pembaharuan, dakwah atau islah adalah amat besar dan berat.  Sebagai penggerak kepada masyarakat, pendokong gerakan harus mempersiapkan diri mereka lebih dari sasaran dakwah yang mereka ingin dekati.  Dalam dakwah, penggerak gerakan Islam sekurang-kurangnya perlu terlebih dahulu memahami beberapa perkara asasi iaitu matlamat akhir atau arah tuju yang ingin digerakkan dalam masyarakat.  Selain itu pendokong gerakan juga harus memahami keadaan dan permasalahan lingkungan masyarakat yang ingin digerakkannya.  Pendokong gerakan Islam juga harus mengetahui cara dan manhaj terbaik yang akan digunakan untuk melakukan perubahan dalam masyarakat.  Masyarakat yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza untuk menangani permasalahan yang ada.  Justeru itu, ahli gerakan harus mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dalam menjalankan dakwah kepada sasaran mereka (Mohd Farid Mohd Shahran 2009: 18-19).    

ABIM sentiasa melihat perjuangan untuk merealisasikan Islam sebagai ad-Din sebagai suatu proses perubahan yang sifatnya halus dan bertahap.  Bagi ABIM dakwah tidak berkembang secara mendadak tetapi melalui proses perubahan yang bergantung kepada keberkesanan dakwah itu sendiri.  Secepat mana dakwah berkembang ada kaitannya dengan kualiti pendakwah dan programnya (Ahmad Azam Abdul Rahman 2001: 2). 

ABIM menggunakan pendekatan dakwah dan tarbiah.  Dakwah dalam erti kata lain menyampaikan Islam dengan seutuh, selengkap dan setepatnya.  Dakwah sangat luas; seluas ruang lingkup Islam dan seluas kehidupan manusia.  Oleh itu, ada orang yang menuduh ABIM berpolitik apabila ABIM menyentuh isu-isu sosio-ekonomi seperti keadilan, rasuah, kezaliman dan penindasan serta hak asasi manusia.  Dakwah dan gerakan Islam tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain.  Dakwah merupakan segala usaha ke arah menyeru kebaikan dan meninggalkan keburukan (Ahmad Rumaizuddin Ghazali 2003: 10).  

Gerakan Islam mestilah sebuah gerakan Islah yang mengasaskan perjuangannya kepada interaksi sosial dan kesedaran seseorang insan untuk membina kebaikan dan menonjolkan nilai-nilai al-Quran  yang terdapat dalam dirinya.  Gerakan Islam bukan gerakan politik eksklusif tetapi ia bertanggungjawab untuk mengerah dan mengarah kader-kader yang memiliki kemampuan dan potensi pemimpin supaya melibatkan diri dalam dunia kepimpinan.  Gerakan Islam perlu muncul sebagai gerakan Islah global yang memfokuskan wawasan umat ke arah ketuhanan, memandu mereka ke arah al-Quran supaya mereka dapat mengecapi nikmat yang berharga dalam setiap ruang kehidupan (Ahmad Rumaizuddin Ghazali 2003: 10).                                   

rujukan : 

 Rosmiyati Billak. (2011). Peranan ABIM dalam Penyebaran Dakwah di Johor. Latihan Ilmiah.Universiti Sultan Zainal Abidin.


Thursday, January 26, 2012

BERSAHABAT KERANA ALLAH

                                             
Islam memberi garis panduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu.

Tergolong dalam sahabat yang macam manakah kita?? Cuba-cubalah memuhasabahkan diri. Moga kita menjadi insan terpilih.



Islam memberi garis panduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Tujuan tersebut ialah:

1. bersahabat kerana zat (diri) org tersebut.

2. bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di dunia. (seseorang yang bersahabat dalam kategori ini, akan bersahabat untuk mendapatkan nikmat keduniaan seperti kekayaan dan pangkat.

3. bersahabat kerana kelebihan di akhirat. (Mereka bersahabat kerana untuk mendapatkan akhirat seperti bersahabat dengan orang yang berilmu supaya mudah beribadah kepada Allah).

4. Bersahabat kerana Allah S.W.T (Allah S.W.T memerintah diantara satu sama lain hendaklah ada kasih mengasihi seperti ia mengasihi dirinya sendiri). Golongan ini adalah golongan yang terbaik dan hampir dengan Allah S.W.T

Dekati

• Org yg berakal
• Orang baik perangainya
• Org yg beragama dan berpegang dgn ahli sunnah wal-jamah
• Org yg zuhud

Jauhi

• Org yg berdusta
• Org yg kurang berakal
• Org yg kedekut
• Org yg penakut
• Org yg fasik

HAK-HAK SAHABAT

1. menolong dgn harta apabila sahabat kita berada dlm kesempitan hidup.
2. menolong sahabat dgn usaha dan tenaga. Sahabat yg baik akan membantu sahabat yg berada dlm kesibukan tugas.
3. menolong sahabat dgn lidah, iaitu hendaklah (sunat) memuji &menghebahkan kebaikan yg dilakukan oleh sahabat (tertakluk kpd keadaan seseorg itu).
4. Memanggil sahabat dgn panggilan yg baik (tertekluk kpd keadaan seseorg itu).
5. Tidak menceritakan keaiban& kesalahan sahabat samada di hadapan atau di belakangnya.
6. memaafkan kesalahan sahabat.
7. mendoakan kesejahteraan sahabat, seperti memberi salam.
8. menunaikan semua hak sahabat dgn ikhlas.
9. tidak menyusah atau memberati sahabat.

Tergolong dalam sahabat yang macam manakah kita?? Cuba-cubalah memuhasabahkan diri. Moga kita menjadi insan terpilih.

Tuesday, January 17, 2012

bErDebar RaSA dIhATi.....

Aku TeRjAGa Dari tIDUR taTkala alaMKU bERbUNyi...
tepaT Jam 12.30 PagI...aKu MelIhat Hp ku 2 MeSEj DItERima....


"salam tik, dah bersedia x?" mesej pertama
"jqof da leh tgk skrg" mesej kedua


tIbA2je BerDeBAr rAsa HatI..PeRASaan ttaKUT mULa menGHantuI...
KU kUAtkan SeMANGAT untuk banGUN..


TiBA-TIBA....


lau kunna musta'iddina limuwajahan.........
hehe... 1 Panggilan diterima dARI hawa.... 
deNgar sUARA jE DAH tw DAh hepy semaCAm...
alhamdulillah dy dapat...
seMakin BersEMANgat Kaki ni MelaNGKAh mENdapatKAN laptop KesayaNGan...
tAngaN seTia MenEKAN hUruf-huruf Di Laptop dan terus membuka PorTAl KPM....


dUP Dap duP dAB....


SEMAKIN bErDebar RaSA dIhATi.....


ALHAMDULILLAH SYUKUR PADAMU YA ALLAH.....


TatKalA mELIHAT sKRIN....



TAHNIAH !
Anda berjaya ditawarkan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR j-QAF) Ambilan Januari 2012.

Berikut adalah maklumat tawaran tersebut.| Maklumat Tawaran | Nama : ROSMIYATI BINTI HAJI BILLAKKursus : A210A0000L - BAHASA ARAB (KPLI j-QAF)Mod Program : LPBSTempat W03 - INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKJALAN YAACOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK56000 KUALA LUMPUR WP KUALA LUMPURTarikh Lapor Diri : 30-JANUARI-2012Masa : 8.30 PAGI HINGGA 11.00 PAGITempoh Pengajian : 18 BULAN (1 1/2 TAHUN) 


Lega Rasa DI hati..aLHamdulillah..akhirnya anggur Membuahkan Hasil.... PERjalANAN SETerusnya MeNghADAP iLAHI....TAHNIAH DIUCAPkan KEPaDA sEMUA kAWAN-kAwAN yang Dapat JQAF :)

Monday, January 16, 2012

al-KisAH PeNaNAm Anggur...

iNIlah kisah PenaNam AnggUR selepas meNGhabisKan PelAJAran di UniSZA....

Mei 2011

- TaMaT PeNGaJIaN di UniSZA daLam ISM DaKwAH

Mei - JuLaI 2011

- BeRkHidMat di SeKreTarIAt KeSAtuAN pELajar IslaM jOHor (VillA pEJuaNG)

tAwArAN jUlAI 2011

- DiTawarkan BeRKhiDmat Di YAPEIM sImpANG rENGGAM
- DitAwArkan BerkhiDmat di One StOP cENTre KPIJ (jIKa saYa Berminat Akan DitubuhkAN di Taman PerLIng Johor)
-DiTawarkan BerkhiDmat di .............................. (lupe ape namanye) di Taman PerLing JohOR...
- dItAWarkan BerkhidMat Di SekOlAH sRi ABIM jOHor (Bermula OGOS)

* SemUa tAWarAN tErpAKsa DitolAK keraNa Telah bErJanji untUK MEmbanTU keLUarga BerNiaga jUADAH bErbuka..huhuhu

OGos 2011

- bERnIAGA kECil-kECilan JuaDah BerBuka Puasa

SepTember 2011

- MenyAMBut HarI rAyA berSAmA kELuARGA TErsAYanG
- DiSahkaN sEbagaI Graduan UniSZA dAN mENDAPat SkRoll dARIPADA perMaisuri (Tuanku ZahIraH) MeraNGKap CanSElor UniSZA

 25 SePTemBeR - 7 dIsEmber 2011

- BeLajAR mEmANdu (B2 & D) Di BENTARA HARUNG poNTian

9 & 23 dIsemBER 2011

- tEst MotOR & KerEta

15 DisEMber 2011

- DitEMuduGA KPLI JQAF AmBIlaN jANUari 2012
- fAMily Day YaYASan WarIsAn DuMAng

31 DiSEMber 2011

- dAPat LeSen PerCubaaN mEMANDU....

dAN SEcARA tIDAK lANGSung sempena TahUN bARU 2012 DilanTIK secArA Tak RasMI

JaNUari 2012

- pEmanDu tAK bERbaYar (hANtar adik-adik Gi tuiSYen)
- MenUnggu kEPutusan piNangan Dari JQAF (17 JaNuari 2012) 

huhuhu...cepat je masa berlalu..tak SangKa dah 8 buLan BerGelar PeNanAM aNGGur...masih sETia menunggu HasIL tANamAN..... :)

Inilah kIsah PenANAM aNGGUR yANG Setia....



Sunday, January 15, 2012

Kek Buah-Buahan



BaHan-BahANnya:
  • 1 cawan mentega 
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung kek
  • 5 biji telor
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 camca kecil esen oren
  • 1 kotak buah-buahan campuran (kotak kecil)
  • 3 bungkus Haw Flakes
CaRa MemBuATnya:

  • campurkan buah-buahan campuran dan haw flakes dan digaul dengan tepung
  • pukul mentega dengan gula hingga kembang dan ringan kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau hingga rata
  • masukkan susu pekat dan esen oren
  • ayak tepung dan campurkan bersama buah-buahan tadi. Masukkan ke dalam adunan sedikit-sedikit dan kacau hingga rata dan sebati
  • lenserkan adunan pembakar dengan sedikit mentega dan taburkan tepung.  Tuang adunan ke dalamnya dan bakarlah hingga masak...
dah siap bolehlah hidangkan :)

Matlamat Tak Menghalalkan Cara

Dulu di alam kampus pensyarah penulis selalu mengatakan "matlamat tak menghalalkan cara"

apa maksud disebalik kata-kata ni ye?

boleh diertikan apapun yang ingin kita lakukan mestilah dengan cara yang baik, walau setinggimanapun matlamat yang ingin kita capai, cara yang digunakan mestilah baik disisi syara'...

selain itu....

Maksud yang ingin disampaikan oleh penulis berkaitan Matlamat tak menghalalkan cara” adalah niat yang baik tidak menghalalkan sesuatu yang haram.  Sepertimana yang kita ketahui, Islam memberikan penghargaan terhadap setiap niat yang mendorong  kearah kebaikan.  Sesuatu tindakan tidak boleh dianggap sebagai kebaikan atau keburukan kecuali dengan niat daripada pelakunya.  Seseorang itu tdak akan diberikan pahala kecuali jika niat untuk melakukan kebaikan. 

Niat yang baik dapat menggunakan seluruh yang harus dan kebiasaan untuk berbakti dan mendekatkan diri kepada Allah.  Oleh itu sesiapa yang makan dengan niat untuk menjaga kelangsungan hidupnya dan memperkuat tubuh badannya supaya dapat berkhidmat kepada Allah dan umatnya, makan dan minumnya itu dinilai sebagai ibadah. 

Walaubagaimanapun, masalah haram tetap dinilai haram, betapa baik dan mulia, niat dan tujuannya.  Syariat Islam tidak membenarkan prinsip yang disebut sebagai al-gayah tubarriru al-wasilah (untuk mencapai tujuan cara apapun dibenarkan).  Bahkan setiap tujuan yang baik harus dicapai dengan cara yang baik. 

Oleh kerana itu, sesiapa mengumpulkan wang dari jalan yang haram seperti riba, maksiat, permainan haram, judi dan sebagainya dengan maksud mendirikan masjid atau menjayakan rancangan-rancangan yang baik, tujuan baik itu tetap tidak akan bermanfaat kepadanya.  Perkara haram dalam syariat Islam tidak dapat dipengaruhi oleh tujuan dan niat yang baik. 

sumber : Dr Basri Ibrahim (2009), Isu-isu Fiqh Halal & Haram semasa