Followers

Friday, July 31, 2009

KERANA AKTIF BERPERSATUAN....


Kerana aktif?? pasti pembaca tertanya-tanya mengapa saya memilih tajuk ini...
Ada sesetengah orang berpendapat kerana aktif berpersatuan pelajaran kita merosot, kerana aktif berpersatuan kita tak dapat fokus pada pelajaran, kerana aktif berpersatuan kita kadang kala di gelar orang busy sekolah @ universiti, adakah anda setuju dengan pendapat ini? saya percaya setiap orang ada pendapat yang tersendiri, tapi bagi saya orang yang berfikiran sebegini adalah orang yang cetek pemikirannya. Mengapa saya berkata sedemikian? Apabila kita melihat dari sudut positif dengan berpersatuanlah kita dapat mempelajari bagaimana cara untuk kita berkomunikasi dengan orang lain, mengajar kita bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan berkarisma,memberi kita peluang untuk mempelajari bagaimana kita hendak berhadapan dengan pelbagai situasi yang akan kita lalui pada masa hadapan, mengeratkan hubungan sesama manusia, menambah pengetahuan dengan bertukar-tukar pendapat sesama ahli, dan yang paling penting dengan berpersatuan kita dapat berdakwah. Apabila kita berpersatuan kita perlulah pandai membahagi dan menguruskan masa kita agar pelajaran kita tidak merosot, kerana bila kita fikirkan kerana aktif berpersatuan pelajaran kita terjejas itu sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri, sekiranya kita pandai memguruskannya INSYAALLAH kita berjaya . Saya teringat kata-kata seorang pensyarah semasa saya mengikuti program KONVENSYEN MAHASISWA ISLAM 09 di HOTEL PUTRA KUALA LUMPUR,mewakili UDM yang mana beliau menyatakan sebenarnya transkrip kita hanyalah tiket untuk kita layak ditemuduga dan sijil-sijil kita yang kita aktif berpersatuan, cara kita berkomunikasi, kemahiran yang kita ada inilah yang melayakkan kita untuk mendapat kerja. Realitinya, mahasiswa aktif berpersatuan motif pertamanya berdasarkan kepada niat mereka, tetapi motif utama mereka aktif berpersatuan adalah untuk memperolehi pekerjaan yang baik pada masa hadapan, tidakkah pembaca berfikiran seperti saya? saya akui setiap manusia ada pendapat yang tersendiri tetapi apapun marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, saling ingat mengingatkan antara satu sama lain bahawa kita hidup di dunia ini kita mempunyai tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang anak, sebagai seorang pelajar @ mahasiswa, sebagai seorang pemimpin yang mana kita mempunyai tanggungjawab yang apabila kita faham maksudnya pasti kita takut kerana tanggungjawab boleh kita bawa maksud tanggung di dunia dan jawab diakhirat.

senyum sokmo :)

Wednesday, July 29, 2009

KONVENSYEN KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM 09





Pada 24 - 26 julai, semua wakil kepimpinan MAHASISWA dari setiap IPTA telah terlibat dengan konvensyen mahasiswa islam anjuran DAMAI di HOTEL PUTRA KUALA LUMPUR selama 3 hari.
Aku juga turut serta dalam program tersebut.Aku ke sana bersama 10 0rang sahabat yang terdiri daripada saf kepimpinan MPP iaitu saudara Zaim, Kak Jun, Akma dan juga Rabiatul, manakala saf kepimpinan PMKI iaitu saudara Khairul Azwad selaku YDP, akh. Ridwan ( TYDP ), Saudara Nik ( s/u ), Masyitah ( EXCO PENERBITAN & PUBLISITI )dan aku yang baru beberapa hari sebelum konvensyen berlangsung menjadi p/a @ ajk EXCO PENERBITAN & PUBLISITI.
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk ke sana bersama saf kepimpinan mewakili UDM. Bagiku bukan mudah untuk diberi kepercayaan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin.banyak ilmu dan pengalaman yang aku dapat semasa di sana. Di sana aku dapat menambah ilmu pengetahuanku tentang KEPIMPINAN. Aku berharap ilmu yang ku dapat di sana dapat ku praktikkan di UDM..


FORUM YANG TAK KERING GUSI KAMI DI BUATNYA


peserta konvensyen di majlis penutup di UITM SHAH ALAM



kami dibahagikan kumpulan untuk membincangkan tentang resolusi yang akan diberikan kepada PERDANA MENTERI keesokan hari



SETIA MENUNGGU WALAUPUN GERIMIS MENGUNDANG, INILAH SEMANGAT BARISAN KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM



PERDANA MENTERI TURUT HADIR

Monday, July 20, 2009

27 REJAB

SELAMAT MENYAMBUT ISRA' MIKRAJ KEPADA SEMUA..SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DI BULAN REJAB INI MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH.AMIN
اللهم باركلنا في شهر رجب وشعبان وبلغنا في شهر رمضان

Wednesday, July 15, 2009

12 JULAI 09






12 julai 2009 merupakan hari yang bermakna buat diriku, kerana ia merupakan hari lahirku. Alhamdulillah masih ada lagi sahabat-sahabat yang mengingati akan diriku walaupun jarak memisahkan kami. Aku amat terharu tatkala sahabat-sahabat yang berada jauh dariku, yang sudah lama aku tidak mendengar khabar berita darinya, tiba-tiba pada 12 julai mereka menghubungiku untuk mengucapkan selamat hari lahir. Terima kasih sahabat.
Pada 12 julai juga merupakan hari yang bersejarah di UDM kerana pada petang itu telah diadakan satu PERASMIAN KONVOKESYEN KALI PERTAMA. Alhamdulillah akhirnya penantian kakak-kakak dan abang-abang lepasan UDM tidak sia-sia. Pastinya mereka amat gembira tatkala mendapat surat jemputan dari UDM. Apa yang aku tahu sejak KUSZA menjadi UDM tiada konvokesyen yang dijalankan. Inilah konvokesyen kali pertama yang diadakan selama 3 hari (13-16julai 2009 ) . Sambutan sepanjang konvokesyen amat meriah, terdapat pesta konvo yang dijalankan. Terdapat banyak gerai-gerai yang di buka . Kumpulan nasyid MESTICA , Yasin dan Akhbar juga turut dijemput hadir pada satu malam untuk menghiburkan pengunjung-pengunjung yang hadir ke pesta konvo. Walaupun ketika itu hujan renyai-renyai , tetapi berduyun-duyun pelajar dan pengunjung yang hadir, boleh dikatakan malam itu juga boleh disebut pesta payung. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GRADUAN..