Followers

Tuesday, November 30, 2010

Jom Belajar Cakap Cina _ Siri 2

Sekadar perkongsian ilmu buat semua....  

Wo : SAYA

Wo jiao MEI GUI @ RUSI (ROSMIYATI). Wo de jia zai Roufo. Wo you baba, mama, he 15 xiongdi jiemei. Wo de baba jiao Hj Billak Bin Hj Dumang, wo de baba qushi le. Wo de mama jiao Siti Zubaidah Bte Ali, ta shi yi ge jiating zhufu. Wo de jiejie jiao Cherifah, Khadijah, Rukiah, Khairiah, Rusnaini, Hasmah, Khairunnisak he Mariah. Tamen hen piaoliang. Tamen shi laoshi@jiaoshi. Wo de gege jiao Mohd Noh, Samsuden he Mohd Amin. Tamen hen yingjun. Tamen shi laoshi@jiaoshi ye. Wo de meimei shi xuesheng zai Mala Gongsi Daxue nianshu, ta jiao Sukemawati. Wo de meimei zai xiaoxue nianshu jiao Nor Pitri Aini, ta hen congming. Wo didi jiao Abdul Rahman Rahimi. Ta hen yingjun. Ta shi xiaoxue nianshu.

Wo jinnian 21 sui, wo de shengri shi 7 yue 12 hao. Wo shi xuesheng, wo zai UniSZA Daxue nianshu. Wo xihuan ting yinyue. You kong de shihou, wo changchang kan dianshi. Wo ai wo de jia ren.

Nama saya Rosmiyati. Saya berasal daripada Johor. Saya mempunyai ayah, mak dan 15 orang adik beradik. Nama ayah saya Hj Billak Bin Hj Dumang. Ayah saya telah meninggal dunia. Mak saya bernama Siti Zubaidah Bte Ali, dia seorang suri rumah. Kakak saya bernama  Cherifah, Khadijah, Rukiah, Khairiah, Rusnaini, Hasmah, Khairunnisak dan  Mariah. Mereka sangat cantik. Mereka ialah guru. Abang saya bernama  Mohd Noh, Samsuden dan Mohd Amin. Mereka sangat kacak. Mereka juga guru. Adik perempuan saya seorang penuntut di Universiti Teknologi Mara, nama dia Sukemawati. Adik perempuan saya yang sekolah rendah namanya Nur Pitri Aini. Dia sangat bijak. Adik lelaki saya Abdul Rahman Rahimi. Dia sangat kacak. Dia seorang pelajar sekolah rendah. 

Saya berumur 21 tahun, saya lahir pada 12 Julai. Saya seorang penuntut. Saya belajar di UniSZA. Saya suka mendengar muzik. Bila ada masa lapang saya suka menonton televisyen. Saya sayang keluarga saya.

Sunday, November 28, 2010

KEISTIMEWAAn dan KanDungan KiTAB IhYa UluMuddin

Keistimewaan 
  توجد التخصصات الخاصة في هذا الكتاب. بدأت الامتيازات من هذا الكتاب أكثر وقت الترجمة. استغرق الغزالي مكان في زاوية المسجد (مسجد الأموي) لأن المسجد هناك توجد مكتبة كبيرة في الدولة الإسلامية


في جميع أنحاء المنظمة ، الغزالي لا يزال يسيطر على أهواء حياة بسيطة جدا ، والأكل والشرب قليلا ، والملابس الخام ، وزيارة المساجد وغيرها من الامور التي باركها الله.  وعندما تنتهي من الكتاب الذي سميكا مثل أربعة مجلدات كبيرة ،عاد إلى بغداد وعقد مؤتمر صحفى حول محتويات الكتاب من  إحياء العلوم الدين 

عندما الكتاب رائع ، والكثير من الثناء ، والملاحظات والانتقادات التي تأتي ، سواء عمر الغزالي أو بعد وفاته ، حتى القرن العشرين الكتاب لا يزال موضع دراسة علمية.

"Kitab ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. keistimewaan kitab ini bermula sejak waktu menyusunnya lagi. al-ghazali mengambil tempat di sebuah sudut masjid tersebut (masjid umawi) kerana di dalam masjid inilah terdapat perpustakaan yang besar dalam negara  Islam.
sepanjang masa penyusunan, al-ghazali terus menerus mengendalikan nafsunya dengan kehidupan yang sangat sederhana, makan dan minum sedikit, berpakaian kasar, mengunjungi masjid-masjid dan lain-lain perkara yang diredhai Allah. apabila telah selesai kitab yang setebal empat jilid besar itu, dia kembali ke baghdad dan mengadakan majlis penerangan mengenai kandungan kitab ihya' ulum din.
apabila kitab tersebut beredar, banyak tanggapan, sanjungan dan kritikan yang datang, sama ada semasa hidup al-ghazali atau sesudah wafatnya, bahkan sehingga abad ke dua puluh kitab tersebut masih menjadi bahan kajian para cendekiawan." 

Pandangan saya terhadap kitab ini;

عندما درست هذا الكتاب ، يمكن أن أشعر بأن هذا الكتاب لديه امتيازات كثيرة. هذا الكتاب يشرح بالتفصيل عن عنصر. ويمكنني أن أتعلم شيئا جديدا في كل مرة لقراءة هذا الكتاب. بالنسبة لي هذا الكتاب هو مناسبة كمرجع لجميع المسلمين.

"apabila saya mempelajari kitab ini, saya dapat merasakan kitab ini mempunyai banyak keistimewaannya. kitab ini menerangkan secara terperinci tentang sesuatu perkara. saya dapat mempelajari sesuatu perkara yang baru setiap kali membaca kitab ini. bagi saya kitab ini sesuai dijadikan panduan dan rujukan kepada semua umat Islam."


KanDungan KiTAB IhYa UluMuddin

1. ILMU PENGETAHUAN.
2. AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
3. RAHSIA-RAHSIA THAHARAH (BERSUCI).
4. RAHSIA-RAHSIA SOLAT DAN KEUTAMAANNYA.
5. PENERANGAN SYARAT-SYARAT BATIN DARI PERBUATAN HATI.
6. RAHSIA ZAKAT.
7. RAHSIA BERPUASA.
8. RAHSIA HAJI.
9. ADAB MEMBACA AL-QURAN.
10. ZIKIR DAN DOA.
11. ADAB-ADAB MAKAN, UNDANGAN MAJLIS MAKAN DAN MENGHORMATI TETAMU.
12. ADAB-ADAB PERKAHWINAN.
13. ADAB-ADAB PEKERJAAN DAN SARA HIDUP.
14. HALAL DAN HARAM.
15. ADAB-ADAB BERGAUL DAN BERMASYARAKAT.
16. 'UZLAH (BERSENDIRIAN) DAN MUKHALATHAH (BERGAUL).
17. ADAT BERMUSAFIR.
18. AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.
19. ADAB KENABIAN DAN AKHLAK RASULULLAH S.A.W.
20. LATIHAN MENTAL, PENDIDIKAN AKHLAK DAN RAWATAN PENYAKIT HATI.
21. KEBURUKAN MARAH, DENDAM DAN HASAD (DENGKI).
22. KEBURUKAN DUNIA.
23. KEBURUKAN BAKHIL DAN HARTA.
24. BAHAYA PANGKAT DAN RIAK (MENUNJUK-NUNJUK).
25. BAHAYA TAKBUR DAN BANGGA DIRI26. BAHAYA GHURUR (TERTIPU)
27. TAUBAT.
28. SABAR DAN SYUKUR
29. HARAP DAN TAKUT.
30. FAKIR DAN ZUHUD
31. NIAT, IKHLAS DAN BENAR.
32. PERHITUNGAN (MUHASABAH) DAN PENELITIAN (MURAQABAH).
33. BERFIKIR.
34. MENGINGATI MATI DAN PERKARA YANG TERJADI SESUDAH ITU.
35. PENUTUP KITAB. 

untuk maklumat lanjut sila layari link ini..

Friday, November 26, 2010

KisAH cINta SaHaBat Sejati


dulu kau berdiri
bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai.....

kini kau dimana?
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

c/o : 
air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku
kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku akan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada....

Thursday, November 25, 2010

cik Rabbit :)


Nama dulu kini dan selamanya : Nur Nazneen Delisya 
senyuman dan gelagatnye sentiasa menambat hati sesiapa sahaja yang melihatnya..
suka senyum nampak gigi bila orang nak tangkap gambar dia
seorang yang comel n cute
kata2 yang menjadi permainan kami " cik tik awak bit, awak ar" kenape ea???
haha..sebab gigi dia macam rabbit masa kecik, skrg gigi adiik dia (Muhammad Iz Zahwan) plak ikut jejak kakak dia....
selalu nyakat dia, "delisya, awak bit!" nanti dia ulang dengan tunjukkan gigi dia yang macam rabbit tu "cik tik awak bit! aku pun menjawab " awak ar" dan dia pun akan ulang kembali "awak ar!" sampailah aku penat melayannya...hahaha...

Nilai Cinta Sebenarnya

Percintaan yang sejati adalah antara dua sahabat sejenis, tanpa sebarang kepentingan peribadi,  ikhlas mereka mencintai sebagaimana sahabat mencintai Nabi Muhammad s.a.w. Apakah mereka mendapat apa-apa kepentingan duniawi???

Tidak, bahkan mereka dimusuhi serta menanggung beban disingkir kaum kerabat sendiri, harta benda pun terkorban sehingga ramai yang jatuh sakit tinggal sehelai sepinggang. Adakah masih wujud lagi tahap kecintaan seperti ini dewasa ini? Hanya kita yang mampu menjawabnya. Kita sendiri tahu bagaimana busuknya hati kita, hanya orang sahaja tidak mengetahuinya. Andaikata mereka dapat melihat bagaimana rupa hati kita yang kita sembunyikan itu, barangkali mereka muntah oleh loyanya...

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi S.A.W sabdanya "Seorang lelaki pergi mengunjung saudaranya yang bermukim di negeri asing, Maka Allah taala mengirim seorang malaikat untuk menemaninya dalam perjalanan. Setelah malaikat menemui lelaki itu, maka betanya malaikat, "Hendak ke mana anda?" jawab orang itu " aku hendak mengunjungi saudaraku di negeri anu." Tanya malaikat " apakah anda hendak berkunjung ini kerana anda terhutang budi kepadanya? " jawab orang itu " tidak, aku mencintainya semata-mata kerana Allah." Kata malaikat "sesungguhnya aku (malaikat) diutus oleh Allahmenemani anda sebab anda mencintai saudaramu semata-mata kerana Allah."


INSAN TERPILIH

Bercinta seorang lelaki dengan wanita adalah perkara biasa yang boleh terjadi dikalangan sesiapa sahaja, akan tetapi bercinta seorang sahabat dengan sahabatnya ikhlas kerana Allah, barangkali sukar ditemui lagi.  Jika anda dapat melakukannya anda dikira insan terpilih. 

Dari Abu Hamzah, Anas Bin Malik r.a, dari Nabi S.A.W bersabda "tidak beriman salah seorang diantara kamu sehingga ia mencintai untuk saudaranya seperti apa yang dicintai untuk dirinya."

Bukan sedikit orang yang mendampingi saya secara tiba-tiba sedangkan sebelumnya tidak sekerap itu, tidak beberapa lama kemudian sampailah hajatnya, nanti apabila hajatnya telah dipenuhi, dan dia lihat kita bukan lagi alatnya, kita akan dilupakan buat seketika. Nanti apabila ada lagi hajat-hajat tertentu yang lain, dia akan muncul kembali dengan kebaikan-kebaikan yang luar biasa.

Samalah halnya dengan orang yang mula kelihatan berjemaah di surau ataupun masjid, sedangkan sebelumnya jarang sungguh. Tentu tidak lama kemudian ada hajat yang hendak disampaikannya.Nanti setelah hajatnya disempurnakan oleh jemaah, dia akan kembali tidak kelihatan.

Perhubungan yang jujur tidak memerlukan sebab, samalah percintaan yang tulus tidak memerlukan sebarang pengorbanan akan lebih membesar serta kukuhnya ikatan akan mendapati pengorbanannya sia-sia.

Sepertimana seorang ibu mencintai anaknya dan anaknya itupun demikian pula, itulah sebenarnya nilai sebuah cinta yang suci. Biar bagaimana orang melihat keburukan pada si anak, sang ibu tetap menyayangi dan mengasihinya tanpa berbelah bagi.

Nilai persaudaraan juga seharusnya begitu. Biar bagaimana orang menilai persaudaraan itu, pada mereka yang jujur, ikhlas lagi amanah, dia akan mencintainya hingga ke sudah.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya " perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam rahmat sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam."


Pengorbanan, Ujian, Ukhuwwah, Berurut, Kenangan

Alhamdulillah..setelah beberapa bulan mahasiswa/i mengalami suasana pengajaran dan pembelajaran di kelas mahupun kuliah, tibalah saatnya mereka mengalami suasana kemuncak yang cukup-cukup menguji kesabaran dan keimanan untuk melawan segala dugaan dan cabaran serta nafsu tidur yang semakin kuat memainkan peranan. Tidak lupa juga nafsu lain yang juga bekerja keras  supaya kita sentiasa dibuai keseronokan dunia..tanpa kita sedari kita telah menghabiskan masa berjam2 lamanya bersama buaian keseronokan.

Pengorbanan

Pada 21 November 2010, telah bermula musim peperiksaan di UniSZA ini. Kelihatan ramai pelajar yang berusaha bersungguh2 sebelum musim peperiksaan bermula lagi. 3 minggu cuti  diberikan sebelum final bermula...study week, seminggu cuti khas deepavali seminggu lagi raya haji. Ramai yang sanggup berkorban tidak pulang ke kampung untuk bersama-sama keluarga menyambut Hari Raya Aidiladha kerana memikirkan peperiksaan yang bakal kunjung tiba . Kegigihan mahasiswa/i menunjukkan kemahuan mereka dalam mencapai dean list untuk semester ni. Sesuai dengan pengorbanan yang dilakukan iaitu beraya diperantauan bersama sahabat-sahabat tercinta. Ada juga yang duduk di kawasan berdekatan malam raya baru pulang kerana takut tidak dapat study di rumah. Ada juga yang beraya dirumah, tapi petang raya dah bertolak pulang ke kampus kerana memikirkan final (akula..hehe). Inilah semangat-semangat mahasiswa/i yang diinginkan. Sanggup berkorban untuk mencapai kejayaan. Semoga segala pengorbanan yang dilakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya.

Ujian

Sepanjang berada di dalam kampus, pelbagai cerita di luar kampus juga menjadi perhatian mahasiswa/i. Banjir yang berlaku di beberapa buah negeri amat menyedihkan. Tiada daya untuk ke sana bagi menghulur bantuan kerana terdapat amanah yang perlu dilaksanakan dan diutamakan. Hanya iringan  doa yang dapat diberikan.
Sepanjang musim peperiksaan juga, hujan masih tidak berhenti. Terdapat mahasiswa/i yang menahan perut  untuk tidak ke cafe kerana hujan tidak  berhenti. Ada juga yang hanya makan maggie. Pelbagai ujian yang melanda sepanjang musim peperiksaan ini. Masalah ketiadaan air amat tidak  menyenangkan  mahasiswa/i menyebabkan terdapat ramai mahasiswa/i yang menjadikan FACEBOOK sebagai tempat luahan. isu air oh air juga semakin hangat di FB mahasiswa/i UniSZA. Apabila hujan turun juga terdapat mahasiswa/i yang menadah air dan ada juga yang mandi hujan, ada juga yang sanggup mencari air di luar kampus sehinggakan ke masjid batu putih jd sasaran. Kereta2 sewa penuh di booking oleh student untuk keluar mencari sumber air. Perkara ini menyebabkan pelajar tertekan untuk membaca, disamping menahan perut yang telah memainkan peranan yang penting dan bersuara...4hari sudah masalah ketiadaan air terus berlaku. Akan tetapi sebahagian asrama sudah terdapat sumber air.

Ukhuwwah terpatri kenangan tercipta

Rentetan daripada masalah ketiadaan air menyebabkan ukhuwwah semakin rapat antara kami, baik2 tidak kenal sahabat2 di asrama boleh mengenali antara 1 sama lain. Kerjasama dan semangat bantu menbantu juga terserlah.

Masalah ketiadaan air ini menyebabkan ada yang terpaksa mengambil air dari pili bomba. Dan masa inilah terdapat student yang berkumpul membawa baldi masing2 untuk diisi air. Saat ini juga ukhuwwah mula terpatri dan kenangan tercipta diantara kami.

Berurut

Semalam pagi masa tengah paper Falak Syarie, aku berniat untuk pergi berurut petangnya. Terasa sengal-sengal badan menyebabkan aku  tak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaranku. Kebetulan esok xde paper, jadi aku meneruskan niatku, Aku ajak hawa untuk teman. Alhamdulillah mak cik yang urut aku sebelum ni ada kat rumah. 
Terasa lega selepas diurut, turut menggembirakan mak cik tu siap pelawa mandi kat rumah dia coz tahu kat unisza x dok air. Dia siap mempelawa aku datang lagi untuk mengambil air dirumahnya sekiranya masalah ketiadaan air masih berlaku di kampus..(hanya Allah dapat membalas kebaikan mak cik ini)

Mengimbau kenangan

Petang semalam kami dimaklumkan air akan ada dari petang  semalam sehinggalah pada pg ini jam 5 pagi. Saat tersedar dari tidur, kedengaran percikan air di bilik mandi. Apabila ku ke bilik air, kelihatan ramai pelajar yang beratur untuk mandi. Wah tak sangka 4pagi dah ada yang bangun mandi, maklumlah dah dapat makluman tentang air x dok. Aku juga turut menyertai mereka. Saat ini, ku teringat kenangan di Maahad Johor. nak mandi pun kene cop2 turn..huhuhu...tapi seronok..hehe



Saturday, November 20, 2010

sELamaT mEnGhadaPi PePerIksaan




selamat menghadapi imtihan..jgn lupa bawa slip peperiksaan, kad matrik or ic, alat tulis...n plg penting jangan bawak "kawan" ye..hehe..ingat Doa Usaha Ikhtiar Tawakal = Insyaallah kejayaan milik kita..AMIN...solat jgn tinggal tw :)

Friday, November 19, 2010

Tudung Labuh

Aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan. Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah. Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku. Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal. Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

Di mana? Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada. Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali! Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik. Tudung tak labuh pun masih tutup aurat. Dont judge people by its cover. Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata. Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak. Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan. Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.


Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya. Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat.

Wednesday, November 17, 2010

pasrah segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty)

Saturday, November 6, 2010

pilihanmu adalah yang terbaik

Ida, mak nak tanya sikit ni, kau sekarang mak tengok rapat benar dengan aizat... dulu kau cakap dengan mak kau suka kat amir...apa dah jadi sebenarnya?

mak, ida dah buat keputusan yang salah mak...ida suka orang lain, dalam masa yang sama ida main cinta dengan orang lain...ida geram dengan amir sebenarnya, dah 2 bulan dia menghilang tanpa khabar...

habis tu kau tak cuba hubungi dia? dah banyak kali mak ida hubungi dia, tapi dia off henset...

ida, mesti ada sebab dia menghilang...mak rasa dia takkan tinggalkan kau macam tu je..sebab sebelum ni masa kau takde kat rumah, dia ada datang ziarah mak dengan abah, dia bagitau hasrat dia nak memperisterikan kau, dia minta restu mak dengan abah dan dia minta izin untuk berkawan dengan kau dulu....dia masih perlukan masa untuk berterus terang dengan kau...dia budak baik ida..mak dengan abah pun suka kat dia...

kenapa mak tak pernah bagi tau ida dia pernah datang? mak dah janji ida, dia tak nak kau tahu hasrat dia, dia nak kau tumpukan pada pelajaran dulu, dia tak nak perasaan dia mengganggu pelajaran kau...

mak...terima kasih bagi tau ida..tapi mak, macam mana ni? ida sebersalah dah ni...semalam ida nampak amir, ida cuba pergi kat dia, tapi dia macam nak larikan diri dari ida...

ida, kau buatlah keputusan yang terbaik..istikharah ida..kau minta petunjuk dariNya..mak sentiasa doakan kau...

terima kasih mak atas nasihat dan sokongan mak...

************************

esoknya di perpustakaan

Ana, semalam mak aku tanya perihal aku dengan amir..mak aku tanya pasal aizat...aku bagitau hal sebenar...aku dah tak sanggup sembunyikan perasaan aku...

kau tahu, mak aku bagi tau semalam yang amir pernah datang rumah aku dan mintak izin mak abah aku untuk kawan dengan aku...

aku sebersalah sangat dengan dia ana...kerana geram dengan dia tinggalkan aku 2 bulan tanpa khabar berita, aku buat keputusan pilih aizat....

Ida, kau tak boleh terus macam ni, fikirlah masa depan kau, amir sayang kat kau...aku pun tau kau sayang kat amir..kau bercinta dengan aizat sekarang ni pun sebab kau nak lepaskan geram pada amir sebab tinggalkan kau...

untuk pengetahuan kau ida, semalam aku terserempak dengan amir kat sini, dia cerita perkara sebenar kat aku...2 bulan mak dia sakit kat kampung...dia nak bagi tau kau tapi tak sempat, dia dapat panggilan dari kampung supaya balik segera... dalam perjalanan dia tertidur sebab letih sangat, tanpa sedar henset dia kene curi...2 hari yang lepas, dia balik sini da dia dapat tau dari hakim yang kau bercinta dengan aizat sekarang..hancur hati dia ida..lama dia tunggu kau..dan dia pun dah bagitau hasrat dia pada mak abah kau...

ni dia bagi surat untuk aku sampaikan kat kau...

selepas membaca, aku terduduk diam..tanpa sedar air mata mengalir...

ayat terakhirnya "pilihanmu adalah yang terbaik"

Ya Allah, apa yang telah aku lakukan, amir terlalu baik untukku, dia sanggup lepaskan aku asalkan dapat lihat aku bahagia bersama aizat...

Ana, kau boleh tolong aku tak? aku nak jumpa aizat, aku nak terangkan hal sebenar..aku tak sanggup mainkan perasaan dia..pls ana teman aku...

ok..tapi macam mana dengan amir plak?

aku dah buat keputusan aku pilih amir, lepas aku jumpa aizat, aku akan terus cari amir...kau tolong aku ye...

baiklah..tapi kau kene belanja aku :)

*tiada kene mengena dengan sesiapa...hanya sekadar untuk menghilangkan boring yang melanda penulis...

Friday, November 5, 2010

Semester 5 2010


Assalamualaikum... sudah lama rasanya x update blog...sem ni agak bz dgn program....

BICARA KEMERDEKAAN, MINGGU KESENIAN ISLAM, LAWATAN ILMIAH KE UKM DAN USIM, DEBAT PIALA NAIB CANSELOR, SUKAN INTER FAKULTI, MINGGU BAHASA, ANUGERAH DEKAN, SEMINAR QIRAAT ANTARABANGSA DAN LAWATAN USIM KE UNISZA


alhamdulillah segalanya berjalan dengan
lancar..cuma agak kepenatan..mana tidaknye kami hanya dapat berehat sehari je, kemudian sambung program seterusnya..

Program Bicara Kemerdekaan anjuran PMKI dengan kerjasama kelab Sejarah UniSZA

BERTAJUK "BENARKAH KITA SUDAH MERDEKA???????"

Program MKI anjuran Nadi Huffaz dgn kerjasama PMKI

aktiviti:1) Muslimah show
2) Pertandingan Tilawah
3) Pertandingan Puisi Pahlawan Islam
4) Pertandingan Khat

walaupun kurang mendapat sambutan tetapi ia merupakan satu pengalaman yang amat berharga..seronok bekerjasama dengan kalian (Nadi Huffaz)

DEBAT NAIB CANSELOR ANJURAN MPP UNISZA DENGAN KERJASAMA KELAB ORATOR

pertama kali masuk debat bm..seronok sgt da
pat ilmu dan pengalaman baru
MINGGU BAHASA anjuran PMKI

aktiviti: 1) Pertandingan Kain Rentan
g Tercantik 2) Pertandingan Syarahan Bahasa Arab 3) Ceramah "Mengapa saya memilih Islam" oleh Ustaz Rasyidi Abdullah

Majlis anugerah Dekan anjuran FKI dengan kerjasama PMKI

ditugaskan di unit publisiti

Seminar Qiraat Antarabangsa anjuran FKI

PMKI: urusetia kecil... aku ditugaskan di bahagian protokol...pertama kali bekerjasama dengan pensyarah2 mengendalikan program..masuk meetg dengan mereka..pengalaman menarik...


Lawatan Ilmiah USIM UNISZA
kunjungan balas dari USIM semasa seminar..








sampai sekarang masih menguruskan sijil anugerah dekan....

sijil yang salah perlu diperbetulkan...pengambilan sijil perlu diselesaikan...

aku perlu membahagikan masa sebaiknya..final semakin menghampiri....

terima kasih kepada semua di atas segala sokongan terutama kepada family PMKI...