Followers

Sunday, January 24, 2010

salam satu Malaysia????????

Nak share something...

Salam satu Malaysia??????

Selalu kita dengar orang kata Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia... ana pun akui ana juga pernah menulisnya di entri yang lepas. Minggu lepas ana diberitahu oleh seseorang yang mana Salam satu Malaysia haram digunakan, ini kerana perkataan Salam itu hanya untuk orang Islam.

Jadi lepas ni kawan-kawan jom kita elakkan diri kita dari menyebut salam satu Malaysia.....
tapi kalau nak sebut

Hai satu Malaysia
@
Hello Satu Malaysia

boleh....

Saturday, January 23, 2010

Takziah diucapkan...

Takziah diucapkan dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Pemergian baginda amat dirasai oleh seluruh rakyat Negeri Johor. Oleh itu,marilah kita semua sedekahkan Alfatihah dan berdoa untuk kerahmatan roh baginda sultan.

Semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama-sama para solihin

Tuesday, January 19, 2010

Konsert Amal UDM

Alhamdulillah, pada 18 januari 2010, Persatuan Dakwah Universiti Darul Iman Malaysia
( PERSADA )
telah berjaya menjayakan konsert amal ( NAZREY JOHANI " tour de tahfiz" ) dengan kerjasama HEPA dan MPP.

Alhamdulillah, Abg Nazrey telah hadir bersama 3 buah kumpulan NASYID yang lain, konsert ini merupakan konsert yang kali ketiga diadakan di IPT.

UDM merupakan IPT yang ketiga diadakan konsert amal, kami difahamkan sebelum ini konsert amal sebegini telah dilakukan di UIA dan KUIS.

Pada awalnya barisan EXCO PERSADA menyuarakan kebimbangan apabila sehari sebelum konsert, penjualan tiket masih lagi tidak mencecah sasaran. Tiket yang terjual tidak sampai seribu l, tetapi atas usaha dan sokongan dari pihak yang terlibat, dan abg nazrey juga yang turut sama turun padang menjual tiket sambil beramah mesra dan bergambar bersama mahasiswa/i UDM akhirnya tiket yang dijual dapat memcecah sasaran iaitu sebanyak 1500 lebih tiket yang terjual.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan KONSERT AMAL ini, dan tak lupa juga buat sukarelawan yang memberikan komitmen.


Monday, January 4, 2010

JOM MASUK U

* Untuk lihat dengan lebih jelas sila klik gambar

Saturday, January 2, 2010

hAI TemAN-tEMAn.... :)

Selamat tahun baru buat semua teman-teman.....Mulakan tahun baru anda dengan azam baru dan pastikan semoga azam anda dapat dicapai sepenuhnya, bukan hanya setiap kali tahun baru azam baru tapi pastikan ianya tercapai ye...

Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah berjaya dengan cemerlang pada semester lepas dan bagi yang kurang berjaya jangan putus asa teruskan usaha anda agar kita semua mendapat keputusan yang cemerlang..AMIN...