Followers

Wednesday, December 28, 2011

kAli KeDua.....Sambungan Pertama kali....

kALI kEdUA.....

26/12/2011
Kali kedua main bowling...
at BP MALL
kali ni celebrate bufday girl (Mariah)
bersama AD & AT YWD
(jiran2 Parit Betak)

Hot hOT Hot
TERBAEEKLA!!!
Group JLX 

tERbaik Jugak Group JNG...
pEPUN bOLEH Banyakkan Trainning LAGI...
Untuk Kali yang ketiga
Boleh sambung mAin Kat PontIAn Plak..hehe

Bersama Wali


 TQ kepada A.mAD. nOH coz Dari Melaka sanggup turun sertai ktorg..TERBAEEKKLA..hehe

Saturday, December 24, 2011

berita Hari Ini...



14-16 Disember 2011, Yayasan Warisan Dumang (YWD) telah menganjurkan Program Hari Keluarga bertempat di Felda Residence Tanjung Leman Mersing. Antara misi Program ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli YWD seterusnya ingin memupuk semangat kerjasama, kasih sayang, kejujuran, keadilan, keberanian, tanggungjawab serta kepimpinan.

Program Hari Keluarga merupakan program tahunan YWD. Antara aktiviti dan pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah mesyuarat jawatankuasa, pengisian rohani seperti ceramah dan tazkirah berkaitan etika berpakaian, penyerahan tanggungjawab kepada anak yang sudah baligh, pelbagai sukaneka yang mencuit hati, persembahan yang menghiburkan, penyampaian anugerah khas bagi anak-anak yang mendapat pencapaian terbaik dalam UPSR, PMR dan SPM, malam BBQ cabutan bertuah dan sesi penggambaran.

tazkirah
pengerusi YWD


rewang memasak

keluarga  hjh hanaan

keluarga al-marhum hj tahirek

jiran-jiran parit betak

ragam camera man

acara gusti lengan

persembahan Anak Teruna (AT) YWD

Seramai lebih kurang 300 orang yang telah menyertai program hari keluarga ini. Turut hadir dalam program ini  ialah keluarga dari  Indonesia.  Sekalung penghargaan diucapkan kepada Jawatankuasa YWD, AJK Program YWD 2011, para penyumbang program YWD 2011, ahli keluarga Al-Marhum Hj Tahirek, ahli keluarga Al-Marhum Hj Billak, ahli keluarga Al-Marhum Hj Shahedek, ahli keluarga Al-Marhum Hj Sanusi, ahli keluarga Al-Marhum Hj Abdullah, ahli keluarga Al-Marhum Hj Jalil,  ahli keluarga Hj Buhairah, ahli keluarga Hj Rusad, ahli keluarga Hjh Hanaan, ahli keluarga Hj Suibek serta keluarga dari Indonesia.
sedang aku lena dibuai mimpi....
tiba-tiba diriku tersedar...
aku teringat akan mereka...
rindu rasanya...
bilalah dapat bertemu kembali...
berkumpul dan berkongsi cerita...


perancangan ingin ke BUMI UniSZA pada 15/11/2011 terpaksa ditunda...
maaf kawan2 plan tak menjadi...
INSYAALLAH andai ada rezeki kita semua akan berjumpa juga kelak...

pERTama KaLi...


23/11/2011

hari GeMBIra n MeNYedIHkan...
 nak tahu kenapa???

hURmm...

gembira...
ALHAMDULILLAH...
penantian selama ini, berbaloi akhirnya...
lega sudah "TAHNIAH! awak LULUS"
itulah ungkapan dari JPJ...
seronoknye dah dapat lesen :)
boleh bawak kete MYVI JLX8711 :)

pertama kali??
hehe pertama kali jejakkan kaki n main bowling...
kira celebrate la konon..hehe
padahal nak celebrate anak sedara 
AFIQ...
tahniahlah pada dia coz dapat 8A dalam PMR..memang terbaeekkk...
tahniah jugak pada ARIF dapat 3A...cucu2 HJ bILLAK yang sulung-sulung ni memang the best :)


kenapa menyedihkan?

23/11/2003
merupakan hari BABA KEMBALI KERAHMATULLAH...
genap 8 tahun BABA PERGI TAK KEMBALI...
ALFATIHAH BUAT BABA yang DISAYANGI...


Thursday, November 24, 2011

apa yang dimaksudkan dakwah???


DAKWAH SECARA UMUM
Menurut Abdul Ghafar Don (2005: 1), dakwah adalah usaha mengajak manusia kepada kebaikan (al-khair) dan menghindari kejahatan, kerosakan dan lain-lain amalan keji.  Matlamat akhirnya mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah.  Usaha dakwah ini pula sudah tentu perlu disampaikan dengan baik, sistematik dan mengikut kaedah tertentu.

Menurut Zulkiple Abd Ghani (2005: 59-60), dakwah ialah ajakan atau seruan kepada umat manusia supaya beriman kepada Allah dengan mematuhi syariat yang ditentukan-Nya supaya manusia akan sentiasa merasa bahagia kerana memperolehi nikmat dalam kehidupan.  Dalam proses menyeru, pelbagai pendekatan boleh digunakan, dari merancang dan melaksanakan program-program tertentu sehingga kepada perkara kecil seperti membenci kemungkaran yang merosakkan kehidupan manusia.  Untuk menggerakkan dakwah, beberapa unsur boleh terlibat iaitu pendakwah, bahan dakwah, kaedah dakwah, sasaran dakwah dan kesan dari dakwah tersebut.
Menurut Zaki Masy’al (1985: 114), dakwah juga dapat didefinisikan sebagai menggalakkan manusia melakukan kebaikan, hidayah dan amar ma’ruf nahi mungkar, agar mereka mendapat kebahagian dunia dan akhirat.  Ia juga adalah satu misi untuk menyelamatkan manusia daripada kesesatan atau kejahatan yang berlaku, dan memberikan peringatan kepada mereka tentang perkara-perkara buruk yang dibimbangi mereka akan terjebak dalam kancahnya (Sulaiman Ibrahim 1998: 2).

Menurut al-Khuli (1983: 52) dakwah adalah suatu proses pemindahan umat daripada suatu lingkungan kepada suatu lingkungan lain, iaitu lingkungan kufur kepada Islam, kesesatan kepada hidayah, kejahatan kepada kebaikan dan unsur-unsur negatif kepada positif.

Mengikut Syeikh Ali Mahfuz, perkataan dakwah adalah berasal dari perkataan bahasa arab “ دعا ، يدعو ، دعوة ” yang bermaksud memanggil, mengajak, menyeru dan menjemput pada sesuatu yang merangsang kepada sesuatu tujuan (Ghazali Darusalam 1996: 1).

Dakwah merupakan suatu program komprehensif yang menaungi segala bentuk ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia agar mereka memahami tujuan kehidupan mereka dan supaya mereka memperolehi panduan dan pedoman hidup yang menjadikan mereka manusia yang terpimpin (Muhammad al-Ghazali 1965: 17).

Menurut Amran Kasimin (1985: 17) dakwah bermaksud setiap usaha menyeru manusia untuk beriman dan mentaati Allah, yang merangkumi usaha bimbingan akhlak, kehidupan berumahtangga, bermasyarakat, bernegara dan bertujuan memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Menurut Arifin (1991: 6), dakwah ialah satu kegiatan ajakan baik dalam bentuk lisan, tulisan, tingkah laku, dan sebagainya yang dilakukan secara sedar dan berencana dalam usaha mempengaruhi orang lain baik secara individu mahupun secara kelompok supaya timbul dalam dirinya suatu pengertian, kesedaran, sikap, penghayatan serta pengamalan terhadap ajaran agama sebagai mesej yang disampaikan kepadanya dengan tanpa adanya unsur-unsur paksaan.  Dari pendefinisian ini dapat difahami bahawa dakwah itu bukan semata-mata laungan yang tidak menentu tetapi ia merupakan satu seruan dan pembawaan hidup yang terancang untuk mempengaruhi sasaran.  Dakwah bukan semata-mata mengajar ilmu yang diturunkan melalui wahyu atau selalu disebutkan ilmu agama, tetapi juga mengandungi ilmu-ilmu yang boleh memberi faedah kepada kehidupan manusia di dunia ini.
           
Menyampaikan dakwah adalah menyampaikan Islam itu sendiri dari segi mesejnya.  Secara dasarnya, seruan dakwah adalah seruan kepada peraturan hidup Islam.  Cara yang digunakan adalah bergantung dengan peraturan hidup manusia.  Berdakwah adalah tugas mengajak manusia supaya tunduk dan patuh kepada syariat Islam.  Cara hidup Islam adalah dengan mengatur peraturan hidup mengikut fitrah yang sebenarnya sebagaimana tujuan dan matlamat manusia dicipta oleh Allah. 

Monday, August 22, 2011

NUR DAIE KEMBALI...

Alhamdulillah..NUR dAIE masih diberi peluang dan kesempatan untuk kembali menulis lagi..agak lama meninggalkan rutin menulis di alam kampus menyebabkan NUR dAIE kekeringan idea untuk menulis..alhamdulillah peulis NUR DAIE telah pun selesai menamatkan pembelajaran di UniSZA hampir 3 bulan lebih..dan akan menerima anugerah pengijazahan pada 17 september 2011... 

Sekarang penulis NUR DAIE masih berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Selama 2 bulan penulis mengorbankan masa yang ada untuk berada di sekretariat KPIJ bagi mempelajari bagaimana ilmu yang  dipelajari di dewan kuliah dipraktikkan di lapangan..alhamdulillah 2 bulan berada di sekretariat banyak pengalaman yang diperolehi...

Kini selama sebulan lebih waktu berbaki sebelum konvo penulis menghabiiskan masa di rumah sambil membantu ibu dan keluarga menyediakan juadah berbuka puasa untuk di jual di hadapan rumah..alhamdulillah dapat mengisi masa lapang sepanjang ramadhan...

hati sedih tatkala melihat wall-wall di FB tentang sahabat-sahabat yang telah memperolehi pekerjaan walaupun tidak tetap...selalu tertanya2 kenapa diri ini tidak seperti mereka,, penulis yang dulunya aktif di kampus masih belum memperolehi pekerjaan berbanding sahabat-sahabat lain..tapi keyakinan diri tetap membantu dan berfikiran positif amat diperlukan.  

setakat 3 bulan terdapat beberapa tawaran pekerjaan yang diberikan oleh beberapa individu, namun setelah berfikir panjang dan berbincang dengan beberapa pihak tawaran ini terpaksa ditolak atas sebab-sebab yang munasabah..

akhir kalam, mohin sahabat-sahabat mendoakan penulis NUR DAIE mendapat pekerjaan yang sebaiknya untuk membantu keluarga dan jemaah...

~salam mahabbah dan RAMADHAN KAREEM dari NUR DAIE~

Monday, May 9, 2011

Ulama' dan masyarakat


Ø ulama’ : 1 istilah yg digunakan kpd sesiapa yg memiliki ilmu keagamaan & pengetahuan kemudian dia mengajarkan kpd masyarakat
Ø ulama’ : 1 panggilan yg mulia diberikan kpd sesiapa yg berjuang ke jln Allah dgn m’bawa kebenaran Islam utk dihayati bersama dlm masyarakat
ØUlama’ : m’punyai keperibadian yg tinggi diagungkn sbg seorg pemimpin yg sgt dihormati & disanjungi
Ø ulamatelah menjadi sumber rujukan kpd masyarakat dlm semua bidang samada berkaitan agama, kebudayaan, kemasyarakatan, perekonomian, pemerintahan dan ilmu pengetahuan


DEFINISI ULAMA'
  • ulamaadalah satu perkataan yg mempunyai makna yg banyak berdasarkan istilah yang disandarkan kepada individu tertentu.
  • Pengertian ulamadapat dibahagikan kpd beberapa segi iaitu bahasa, istilah dan pendapat muktabar dari ahli ilmu Islam.  
  • Bahasa : nama & sifat kpd mereka yg memiliki ilmu yg khas & mengetahui pengetahuan agama Islam, yg mempunyai sifat tertentu dan lebih dikenali dgn org yg memiliki ilmu agama yg selengkapnya.
  • Istilah : menurut Sayyid Qutb ulamaialah org yg takut kpd Allah (s.w.t.) iaitu mereka yg teliti  dan mengamalkan dengan sebenarnya sesuatu kajian yg diciptakan oleh Allah (s.w.t.). 
  • mereka yg arif dalam bidang aqidah sbg Mutakallimin, bidang fiqh dipanggil fuqaha’, bidang hadith dipanggil muhaddithin, bidang kerohanian dipanggil sufiyyah dan hikmah dipanggil hukama(Muhammad Uthman el-Muhammady) 
  • ulamaialah kumpulan yang beriman , memiliki ilmu pengetahuan agama khusus secara mendalam serta mengamalkannya dan sentiasa bertakwa kepada Allah.  Di samping itu mereka dapat meletakkan diri sebagai qudwah  hasanah dan amat memahami senstivisi beragama dalam masyarakat
NILAI WARISAN

Nilai ini menjadi satu tugas penting kepada ulamauntuk memastikan syiar Islam tetap berkembang di serata dunia dan difahami dengan jelasUlama’ yang memenuhi kriteria sahaja yang layak memiliki nilai warisan kerana didikan perjuangan tetap mempertahankan Islam dan umatnyaMereka berjuang sebagaimana para rasul dan nabi berjuang menegakkan ajaran Islam sehingga ke saat terakhirNilai ini akan membentuk keperibadian yang bersifat dengan beberapa sifat utama iaitu :

Saturday, May 7, 2011

Teori Kedatangan Islam di Nusantara

Dari Tanah Arab
Zaman Khalifah al-Makmun Harun ar-Rashid 
ØSeorang nakhoda kapal telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam.
Ø Apabila sampai di Perlak, mereka menghadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.
Ø Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu dengan mubaligh quraish dan mempunyai seorang anak diberi nama Syed Abdul Aziz.  
Melalui India
ØHubungan India dengan beberapa negara di nusantara  telah lama terjalin.
Ø Abad ke-13 masihi apabila  kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan GUJERAT sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dan barat
Ø Dengan adanya pelabuhan tersebut, saudagar-saudagar muslim dari GUJERAT  sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang sekaligus menyebarkan ajaran Islam ke penduduk tempatan.
Ø Pendapat lain : kedatangan Islam ke Nusantara melalui daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat.
  
Melalui China
Ø Islam telah sampai keTanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman Bin Affan.
Ø Baginda telah menghantar Saad bin Abi Waqas  untuk menyebarkan ajaran Islam di Negara China. 
Ø Zaman Pemerintahan Bani Umayyah, Khalifah al-Walid  telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China  Ketua Pasukan tersebut telah menghadap raja China dan berunding.
Ø Abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan Negara China khusunya Yunan, China telah memeluk Islam. 
Ø Berlaku huru-hara  di Yunan telah menyebabkan ramai Muslim berhijrah ke asia tenggara
ØAda yang menetap di Champa, Kemboja dan di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu

Friday, May 6, 2011

Di sini bermulanya pertemuan kita
4 bulan bersama terasa singkat ku rasakan
mencipta kenangan pahit manis bersama
sebagai ingatan memori di kala ku kesepian

walau perkenalan yang begitu singkat
tapi ianya bukan halangan
senyum ketawa susah dan senang dihadapi bersama
ibarat satu keluarga yang bahagia

setiap pertemuan pasti ada perpisahan
aku harus meneruskan langkah untuk melakar masa hadapan
terpaksa meninggalkan kalian walau hati ini tidak berkeinginan
semangat kalian telah membuatkan aku gembira
kerana masih ada penyambung warisan yang akan meneruskan perjuangan

andai ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya kenangan yang menjadi ingatan
hanya luahan yang mampu diungkapkan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

semoga kalian terus perjuangan di jalan-Nya

perpisahan..

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu