Followers

Wednesday, October 14, 2009

Hari Audit Se Malaysia 2009


Pada hari jumaat 2 oktober yang lalu, UDM Kampus Kusza telah didatangi oleh beberapa orang yang tidak asing lagi di Malaysia antaranya ialah Dr Syarifah Nor Hayati dan juga RTM. Dua rakaman untuk rancangan realiti TV iaitu Forum Perdana yang biasanya bersiaran di TV 1 telah diadakan di UDM dengan kerjasama Jabatan Audit Negara.

Aku amat bersyukur kerana berpeluang untuk sama-sama mengikuti rakaman tersebut, kerana ini buat kali kedua aku mengikuti rakaman untuk rancangan realiti TV forum perdana. Sebelum ini aku telah mengikutinya sewaktu aku mengikuti DAURAH di MARSAH . Banyak ilmu yang aku dapat melalui rancangan ini, selain itu aku juga dapat melihat secara langsung bagaimana seseorang menyampaikan dakwah. Tajuk yang telah dibincangkan ialah RINGGIT KE RINGGIT EHSAN SIAPA, dan juga satu tajuk yang menarik untuk di kupas iaitu HUTANG. Untuk tajuk yang pertama aku tidak berapa faham sangat kerana aku datang lambat pada malam itu, kerana lambat dapat maklumat mengenai adanya rakama di Dewan Al-Mukhtafi Billah Syah itu.

Untuk rakaman yang kedua, amat menarik perhatianku kerana ahli panel pandai menarik perhatian, mana taknye kami yang mendengar percakapannya tidak kering gusi kerana asal dia membuat lawak dia tidak ketawa tetapi berwajah serius, selain itu pengerusi majlis juga sentiasa mengingatkan tajuk yang dibincangkan adalah hutang bukannya perkahwinan. Ahli panel pandai menarik perhatian kami dengan menyelitkan sedikit mengenai perkahwinan. Orang luar yang turut hadir pada malam itu tergelak sama. Antara yang disampaikan oleh ahli panel ialah hutang itu diharuskan tetapi dilarang berhutang jika kita berhutang untuk berjoli@ berjudi. Seorang ahli panel juga ada mengatakan “ tengok jiran sebelah beli langsir baru kita juga sibuk cakap dengan suami nak juga sampaikan berhutang, bila jiran beli sofa baru, kita sibuk suruh suami beli sofa baru, tapi bila jiran bawa isteri baru, kita tak pulak cakap dengan suami bawa isteri baru…

Rakaman itu berakhir hampir jam 12 malam ..

No comments: