Followers

Tuesday, November 3, 2009

teguran yang sinis.....



Kedinginan pagi membuatkan aku terasa ingin menulis.... terkenang aku akan seorang sahabat yang sentiasa bersamaku, walaupun jauh di sana dia selalu bertanya khabar tentang diriku....

ku biarkan kalam berbicara... saat manis bersamanya takkan ku lupakan, di hp ku penuh mesej kata-kata darinya dia selalu menghantar mesej kata-kata kepadaku walaupun jarang ku balas kerana kesibukanku, dia tidak kisah namun baginya itu adalah cara untuk meluahkan rasa sayang kepada sahabat...

kadang-kala ym menjadi penghubung bagi kami untuk berkomunikasi, cerita suka dan duka sentiasa dikongsi bersama, aku tidak tahu mengapa dengannya mudah ku kongsi masalah dan cerita, tapi bagiku mungkin kerana keakraban diantara kami....

suatu masa tatkala ber ym dengannya, aku pernah tersinggung dengan tegurannya, aku tidak tahu mengapa saat itu sindirannya terlalu sinis bagiku, sehinggakan aku terus offline... tetapi mungkin dia tidak perasan dengan keadaanku, kerana aku juga tidak tahu adakah baginya ianya teguran atau pun gurauan...

hari berganti hari, masa berlalu pergi membiarkanku melayan emosi, saatku terfikir kembali tegurannya, ku akur dengan kelemahan diri, tiada manusia yang dilahirkan hidupnya sempurna, setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan..

ku panjatkan kesyukuran kepada ALLAH
kerana dikurniakan sahabat sepertinya, aku akur dengan tegurannya, aku selami kata-katanya, memang benar apa yang dikatakan olehnya, lalu ku ubah diriku kerana keredhaan dari ALLAH yang ku cari,
dambaan kasih dari ALLAH yang ingin ku miliki....

terima kasih sahabat....

salam sayang dariku buatmu sahabat...


" Sahabat yang baik adalah yang berani memberi teguran demi kebaikan sahabatnya"


6 comments:

bint hamdi said...

salam ....tatik, org mintak maaf..
sebenarnya org perasan yang awk terkecik hati ngn org..sepatutnye mase 2 bkn ayt y mcm 2 org nk wt..
2la..terlepas kate bruk padahnye..org nk wt ayt laen..tp y terkeluar ayt y agk pedas n sinis..asif awi ye tik..org nk xplain mase 2 tp awk da offline..xsempat..then org diamkan je..nk msg ngn awk mase 2 tkt awk xrep msg org..so org senypkn je dlu..ape2 pn thanks awk consider ape y org tegur..de hkmh stiap ape y berlaku..awk ajar org cmne nk mnegur org len tnpe mngguris hati mrk..thanks tik..semoga ukhwah ini kekal ke akhirnya..salam mahabbah..ukhwah fillah abadan abadaa...

NUR DAIE said...

salam..buat sahabat..
pada awalnya memang aku tidak dapat terima teguranmu, teguranmu begitu sinis bagiku, tiadakah kata-kata yang lebih manis boleh kau lemparkan kepadaku, aku sedar siapa diri ini,bagiku apa yang kulakukan tidak seperti sangkaanmu, tiada niat untukku melakukan sebegitu rupa, padaku ianya hanya suka-suka..
tapi ku akur "lain orang lain ragamnya, lain fikirannya" setiap orang mempunyai hak untuk berkata-kata mengenai apa yang orang lain lakukan kerana mereka diberi akal untuk berfikir...

lama-kelamaan setelah ku layankan emosi ini kerana tidakku sangka kau sanggup menegurku sebegitu rupa, setelah mendapat petunjuk dariNya ku akur dengan kelemahan diri, ku terima apa yang kau ungkapkan, kerana bagiku untuk menjadi seorang daie kita perlu menerima segala pendapat yang telah diberikan kepada kita, dan perlu kita pertimbangkan, apa yang baik kita ambil jadikan pengajaran yang buruk kita tinggalkan..

APA PUN TERIMA KASIH SAHABAT...
kerana dikau telah berjaya menegur diriku yang selalu leka...dewasa ini, bukan senang kita dapat jumpa sahabat yang berani menegur sahabat yang rapat dengannya.... semoga ukhwah ini kekal ke akhirnya..


cuma inginku sampaikan sedikit pesanan kepada semua pembaca laman "nur daie" :

apabila kita ingin menegur seseorang kerana kesilapannya, perlulah kita menyusun kata-kata yang kita pasti tidak mengguris hatinya, kerana bukan semua orang dapat menerima apa yang disampaikan oleh orang lain...terlajak perahu boleh di undur terlajak kata marilah kita fikirkan apakah akibatnya...

marilah kita ambil pengajaran dari apa yang ingin disampaikan...

ukhuwwah terbina Islam terpelihara...

puteh.. said...

emm..
kat dunia neh mcm2 jenis kwn kite dpt jumpe..
yg baik hatinya..
dan ada jg yg baik kate2nya..
ape2 pun yg kwn kite lakukan
hargailah..biarpun pahit..
kerana dr kawanla kite dpt semuanya..
pahit,manis,suke n duka..
kite xkn dpt semua neh dr org yg x pernah bergelar kwn dlm hidup kita..
kerana kwn tu adalah selamanya..

NUR DAIE said...

thanks puteh!
inilah lumrah dalam persahabatn kan...

NUR DAIE said...

to zati.. sory kalau puisi ni mengguris hati awak ye...pepun kte trima apa yang awak cakap.. xpela daripada apa yg berlaku kte same2 jdkan pengajaran ye...hehehe..ukhuwwah fillah :)

bint hamdi said...

huhuhu...la baksa..secara automatiknya awk pn da sedarkn orang dalam teguran n luahan hati awk 2..thanks ye tik..yup..ukhwah filah ye..