Followers

Monday, November 2, 2009

ku doakan kejayaan milik kita bersama.....


Jauh ku merenung di luar jendela,
rumput kehijauan membawa diriku ke kampung halaman,
saat itu terbayang aku akan ibuku di mesin jahit,
tergambar di wajah ibu kesungguhan dalam kepenatan,
mana tidaknya di waktu pagi hingga petang ibuku sibuk memasak di sekolah kerana itulah pekerjaan tetap ibuku, malam pula menjahit dan menyulam baju,
demi membesarkan 5 orang anak,
ibuku sanggup melakukan apa sahaja,
walaupun kesedihan selalu terasa,
mengingatkan suami yang telah tiada,
asalkan semua anaknya berjaya...

aku teringat seketika..
saat kakakku menerima anugerah di atas pentas, terpancar kegembiraan di wajah ibuku.. aku dapat melihat sedikit air mata ibu berlinangan, air mata yang berlinangan itu bukan kerana sedih tetapi kerana gembira....

tatkala itu aku memasang niat untuk menjadi seperti kakakku,
aku mahu ibuku sentiasa gembira,
aku tidak mahu melihat air mata ibu berlinangan kerana kegagalanku
tetapi biarlah kerana kejayaanku...
Ya Allah Kau bantulah hambamu ini...

Lamunanku terhenti tatkala azan maghrib berkumandang,
aku terus bersiap sedia ke bilik air untuk berwudhu' dan bersolat,
selepas solat aku memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana aku masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini, saat itu terlintas di benakku mengenai khayalanku sebentar tadi...

Aku harus kuat mengahadapi segala ujian dan cabaran yang datang melanda, aku harus tangkis sifat malas yang kadang-kadang menjelma,
untuk mencapai hasratku...demimu ibuku tersayang....
Insyaallah akanku cuba dan pastikan kejayaanku pada semester lepas akan ku capai lagi pada semester ini... dan ku harapkan biarlah natijahnya lebih cemerlang..
ku doakan juga buat sahabat-sahabatku agar sama-sama berjaya dengan cemerlang pada semester ini...dan semester akan datang...
Ya Allah Kau bantulah kami semua....

Kepada sahabat seperjuangan,
ampun maaf dipinta sekiranya sepanjang bersahabat diriku ada melakukan kesilapan sama ada secara sengaja mahupun tidak, secara zahir ataupun tidak...
semoga kejayaan milik kita bersama...

" Ya Allah sekiranya kegagalan kami membawa fitnah pada Islam dan perjuangan, maka Kau cemerlangkanlah kami dalam setiap perkara, dan sekiranya kejayaan kami membuat kami jauh dari Islam dan perjuangan, maka kau lebih berhak menentukan yang selayaknya buat kami, kerana kami mengimani tiada apa yang kau takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya...Amin..."


No comments: