Followers

Saturday, June 15, 2013

4 SAHABAT

 DRAMA : 4 SAHABAT
PELAKON
Aza, Lala, Sukma, Eida &  Farahin (Penjual) 
SUARA LATAR
Farahin

Aza, lala, sukma, dan eida merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti Teknologi Mara.  Mereka berempat duduk di rumah sewa yang sama berdekatan dengan UITM.  Sukma dan ana merupakan sahabat baik.  Ke mana sahaja mereka selalu bersama.  Mereka berdua rajin belajar bersama.  Mereka juga suka membantu kawan-kawan mengulangkaji pelajaran.  Manakala lala dan aza lebih suka menghabiskan masa di pusat membeli belah.  

DI DALAM KELAS
Sukma : Eida, peperiksaan tak lama lagi kan? Apa kata kita belajar sama-sama.
Eida : yela, sekejap je masa berlalu.  Apa kata kita ajak sekali Aza dan lala belajar dengan kita. 
Sukma :  bagus juga tu,

DI RUMAH
Seminggu sebelum peperiksaan
Eida : selamat pagi Aza, hari  ni cuti kan? Jom belajar sekali dengan kami.  Peperiksaan dah hampir ni. 
Aza : arrgh.. aku malaslah.  kan lama lagi exam, seminggu lagi boleh belajar.  Hari ni aku nak keluar dengan lala.  Korang nak ikut?
Sukma : boleh juga, lagipun aku nak cari buku rujukan bahasa arab ni. Eida, jom kita ikut diorang pagi ni, nanti kita belajar sama-sama. 
Eida : hurmm
Lala : ala Eida, engkau ni asyik belajar je, jom la ikut ktorg… aku janji esok kita belajar sama-sama. 

DI PUSAT MEMBELI BELAH
Eida : Eh! Jom ke sana, ada kedai buku tu.
Sukma : Jom.
Lala : korang pergilah sana, kita nak jalan-jalan kat sana..nanti kita jumpa jam 1 petang dekat KFC ye.

Sukma dan Eida berjalan menuju ke kedai buku
Penjual : Selamat datang. Adik nak cari apa?
Sukma : Kami nak cari buku rujukan bahasa arab. Ada tak?
Penjual : Ada, adik cuba lihat di sana
Eida dan sukma : Terima kasih kak
Penjual : sama-sama

Keesokan harinya

DI RUMAH
Eida : Lala, Aza bangunlah.  Jom kita belajar sama-sama.  
Aza : mmmmhh.. ngantoklah, korang belajarlah dulu..

Eida menuju ke ruang tamu untuk belajar bersama sukma

Sehari sebelum peperiksaan
Jam 11 malam…
Di bilik, sukma dan Eida sedang mengemas dan menyiapkan keperluan untuk menghadapi peperiksaan, manakala Lala dan Aza masih sedang sibuk membaca buku.  Mereka sangat risau kerana banyak lagi buku yang belum habis dibaca. 

Semasa peperiksaan..

di dewan peperiksaan, kelihatan sukma dan eida tenang menjawab soalan, akan tetapi aza dan lala sebaliknya. 

Saat keputusan dikeluarkan..

Eida : eh kau dapat berapa CGPA?
Sukma : Alhamdulillah, aku dapat 3.80, kau pula?
Eida : Alhamdulillah, aku dapat 3.90.
Sukma : lala! Aza! Tunggu, korang nak pergi mana? Macam mana keputusan?
Lala : hurmm, ktorg malu dengan korang, markah ktorg rendah je..
Eida : takpelah Lala, aza, masih belum terlambat.. lepas ni kita boleh belajar sama-sama. Tapi dengan syarat korang kene belajar dan berusaha bersungguh2, ambil pengajaran dari apa yang dah berlaku…
Aza : terima kasih Eida atas nasihat kau.  Aku janji lepas ni aku akan belajar bersungguh-sungguh. 
Lala : ye, Eida, sukma terima kasih banyak2 sebab korang masih nak kawan dengan ktorg lagi.. 


                                                        … bersambung…





Thursday, June 13, 2013

Membudaya amalan sunnah

“RAGAM SI KEMBAR DAN IBUNYA”

PELAKON
NAZIFAH BT SULEIMAN (HUSNA)
FATIN NURSYELLA BTE LAMUDEK (HUZMA)
MAS AYU NADHIRA BTE MULIYADI (EMAK)

SUARA
NASUHA BTE SULEIMAN (SUARA LATAR DAN HUZMA )
NUR AZRIN FARHANI BTE HAVARI (EMAK DAN HUSNA)

Di dalam sebuah kampung terdapat seorang ibu tunggal yang bernama  Zainab.  Suaminya telah meninggal dunia akibat sakit jantung 4 tahun yang lalu.  Beliau tinggal bersama 2 orang anaknya yang bernama Huzma dan Husna.  Huzma dan Husna merupakan pasangan kembar dan bersekolah di Sekolah Parit  Markom.  Pada tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan UPSR. Husna merupakan seorang anak yang taat kepada suruhan maknya dan sentiasa mengamalkan amalan sunnah yang telah diajar oleh maknya sejak kecil lagi, manakala Huzma sebaliknya. Huzma sangat nakal dan suka membuli adiknya.

JAM 5.00 PAGI
Ibu mengejutkan anaknya untuk ke sekolah.

Mak : Kak, bangun kak dah pagi ni. Bangun nanti lambat pergi sekolah.
Huzma : Isshh mak ni smakk jela, baru pukul berapa ni… (sambil menarik selimut)
Mak : Kak..kak.. apa nak jadi ni..hmmmm(sambil menggeleng kepala)
Si mak mengejut Husna pula…
Mak : Husna, bangun Husna, nanti lambat plak nak pergi sekolah…
Husna : aaahh (sambil mengeliat dan menggosok mata)…dah pukul berapa mak?
Mak : dah pukul 5 ni, dah bangun, mandi nanti lambat nak pergi sekolah…

Husna menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya dengan tangan kemudian membaca doa bangun tidur. 

JAM 6.30 PAGI
Huzma: Maaaaakkkk… kenapa tak kejut kakak! Kakak dah lambat ni…
(huzma bergegas bangun menuju ke bilik air)

Dalam masa yang sama, Ibunya sedang sibuk menyiapkan bekal untuk anaknya bawa ke sekolah.  

DI DAPUR…
Mak : Husna makan betul-betul ye, ni mak dah siapkan bekal ni.
Husna : Terima Kasih mak. Sayang mak…

Huzma meluru ke dapur…

Huzma : mak kenapa tak kejut akak tadi? Akak dah lambat dah ni.. (tangannya mencapai makanan dan terus makan sambil berdiri)
Mak : mak kan dah kejut kakak tadi, kakak yang liat sangat nak bangun.

Setelah menyiapkan bekal.. si ibu menoleh ke belakang sambil teriak :

Mak : kakak berapa kali mak pesan! Kalau makan tu duduk, anak dara tak sopan makan berdiri, tengok adik kau tu sopan je.

Huzma membuat mimik muka tidak puas hati…lalu duduk di atas lantai.

KETIKA HENDAK KE SEKOLAH
Huzma : Husna! Ambikkan kasut kakak …
Husna : Nah kak.

Husna duduk kemudian memakai kasut dimulai dengan kaki kanan. Akan tetapi Huzma sebaliknya..

Husna : kakak, kan mak dah ajar pakai kasut guna kaki kanan.  Kakak tak ingat mak pernah cakap, kalau kita selalu mengamalkan amalan sunnah yang sentiasa berulang dalam kehidupan kita, macam pakai kasut ni, banyak pahala yang kita dapat kak. 
Huzma : kau ni sibuk jelah! Dah tak payah nak ceramah pagi-pagi ni, aku tau lah apa yang aku buat.  Lagipun kubur kan asing-asing. 

DI RUMAH, WAKTU TENGAH HARI
Husna : Assalamualaikum… mak adik dah balik…

Husna mendapatkan maknya di dapur lalu menyalam tangan ibunya. Manakala Husma terus membuka tudung saji.. 

Huzma : wah! sedapnya mak masak hari ni (terus makan dengan gelojohnya)
Mak : Huzma, berapa kali mak pesan, sebelum makan baca basmalah dan doa makan. Duduk tu elok-elok sikit. Tengok adik tu sopan je.
Huzma : ala mak ni, sikit-sikit adik… (membuat mimik muka tidak puas hati)

Sesudah makan, husna menjilat sisa-sisa makanan yang terdapat pada jari seperti mana rasulullah bersabda :

“sesungguhnya kamu tidak mengetahui di manakah terdapatnya keberkatan pada makanan kamu”

10.30 MALAM
Sewaktu hendak tidur Husna duduk di katil sambil membaca doa dan merapatkan kedua tapak tangan dan meniupkan pada kedua-dua tapak tangan dan membaca:
Surah al-ikhlas, surah al-falaq dan surah an-nas, kemudian menyapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian yang dapat dicapai dimulakan dengan muka, kepala, belakang dan dilakukan sedemikian sebanyak 3 kali. Sebelum tidur, Husna mengibas tilam seperti sabda rasulullah

“apabila seseorang kamu masuk ke tempat tidur hendaklah ia mengibaskan tilamnya kerana ia tidak mengetahui apa yang ada di atasnya”

Husna meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan dan terus tidur, akan tetapi Huzma sebaliknya.  Tanpa melakukan amalan sunah, beliau terus tidur terbongkang. 

SAAT KEPUTUSAN UPSR DIKELUARKAN
Husna : Alhamdulillah mak, adik dapat 5A..
Mak : Alhamdulillah, mana kakak? kakak dapat berapa?
Huzma : kakak berjalan menuju ke emaknya sambil mengelu..hurmm kakak 1 A je mak..
Mak : takpelah kak, boleh usaha lagi, yang penting kakak mesti rajin dan taat.
Huzma : Ye mak, kakak minta maaf kalau selama ni kakak banyak sakitkan hati mak.. (sambil memeluk ibunya)

Begitulah kisah seorang ibu dan anak kembarnnya. Hasil didikannya,  anaknya berjaya mendapat 5A dalam UPSR.  Beberapa tahun kemudian, kedua-dua anaknya berjaya dengan cemerlang dalam Ijazah Pengajian Islam (Al-Quran dan Sunnah) dan mendapat anugerah cemerlang.



Sunday, January 6, 2013

cuKuPlaH aLLAH bAgikU...

Suasana sepi... aku memandang ke kiri dan ke kanan..tidak senang duduk di kala ini.. Astagfirullahal 'azim... Ya Allah ape yang telah ku lakukan? aku tersedar dari khayalanku.. kalimah Allah yang terpacul dari mulutku... 

Aku tidak tahu mengapa kala ini aku terasa jauh dariNya.. aku terasa aku tidak dipandang olehNya.. Ya Allah andai aku melakukan kesalahan, ampunilah dosa-dosaku.. aku alpa Ya Allah.. Aku khilaf.. pandanglah aku Ya Allah.. Aku tidak sanggup berhadapan dengan semua ini.. aku berdosa Ya Allah.. maafkan aku Ya Allah...

Mataku meliar mencari kitab Allah..ada di rak buku..aku segera mencapainya dan terus memeluknya.. Alhamdulillah aku masih berpeluang memengang kitab suci ini... terima kasih Ya Allah kerana menyedarkanku dari keseronokan dunia, duniawi semata-mata.. 

Aku yakin, Allah masih sayangkan diriku.. kerana itu Allah datangkan ujian untukku.. Allah beri kesedaran kepadaku.. aku tidak mahu mensia-siakan kasih sayang Allah kepadaku... Aku bersyukur padamu Ya Allah.. sentiasalah ingatkan diriku yang selalu alpa dan leka ini... moga aku sentiasa di dawah naunganMu Ya Tuhan..kala ini CUKUPLAH ALLAH BAGIKU...


*Kepada sahabat-sahabatku..marilah kita sentiasa bermuhasabah diri dan mengingati segala apa yang telah kita lakukan di dunia ini.. bersyukurlah dengan ujian yang Allah turunkan kepada kita..jangan mengeluh wahai sahabatku.. moga Allah memberkatimu...

Tuesday, December 25, 2012

Permata untuk isteriku

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Friday, December 7, 2012

6 DISEMBER 2012



Perkongsian yang sangat terperinci..
Terasa dihargai..
Namun masih tidak diketahui..
Adakah sesuatu yang pasti..

terlalu cepat masa berlalu..
terlalu banyak dugaan yang menempuh...
terlalu sukar untukku membuat keputusan itu
namunku serahkan pada YANG SATU...






Tuesday, December 4, 2012

JAMBORI 2012

Assalamualaikum....

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat dengan limpah kurnianya, penulis masih berkesempatan untuk bersama pembaca laman NUR DAIE.. 

setelah sekian lama membiarkan laman ini bersawang, akhirnya dengan takdir Allah penulis dapat bersama laman ini lagi... terima kasih diucapkan kepada pembaca laman ini kerana masih setia bersama laman NUR DAIE..

Hari ini penulis ingin berkongsi 1 cerita berkenaan satu program yang penulis telah sertai beberapa hari yang lepas.. Nak tahu tak ape program tu??? teruskan membaca ye :)

Program ini bertujuan untuk melahirkan remaja muslim yang bersifat survival dan berani untuk berhadapan dengan cabaran,  disamping itu dapat menerapkan nilai-nilai sifat kesukarelaan terhadap masyarakat setempat, melahirkan remaja muslim yang bersakhsiah tinggi dan berakhlak mulia, seterusnya merapatkan lagi ukhuwwah sesama peserta serta pihak yang terlibat.

Program ini telah dianjurkan oleh 3 Badan Gabungan Negeri Zon Selatan iaitu Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ), Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS) dan Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM).  













Program ini telah pun diadakan pada 30 November hingga 2 Disember yang lalu.  Antara pengisian yang terdapat dalam program ini adalah  Tancap Niat, Suai Kenal,Pecah Pendungan, Kuliah, Teori Dan Praktikal Sembelihan, Explorace, Night Walk , War Game, Pengenalan KPIJ, PPINS dan PEPIM.

Di sebalik TABIR.....

Banyak pengalaman, suka duka, ilmu yang bermanfaat dan kenalan baru yang penulis dapat dari program ini. Pada mulanya, penulis merasakan tidak berkesempatan untuk bersama sahabat seperjuangan dalam menjayakan program ini kerana tugasan yang melambak di IPG yang perlu di hantar kesemuanya pada 3 disember iaitu semalam.  Namun apabila memikirkan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, serta ukhuwwah yang terjalin antara penggerak2, penulis rasa terpanggil untuk pergi ke program tersebut di Pusat Pertanian Sungai Sudah Muar.  

Sebelum pergi ke program ini, penulis juga dapat mengetahui, terdapat sebilangan penggerak juga mempunyai tugasan dan final exam pada 3 disember (semalam). Antaranya Trainer (Mahasiswi UIA), Kem Komanden (Mahasiswa UNISEL) yang akan berhadapan dengan peperiksaan. Ada juga penggerak yang bekerja yang sanggup datang walaupun lewat sehari, ada yang datang selepas kuliah...Hal ini menyebabkan, penulis semakin yakin dan percaya dengan semangat penggerak2 program, Insyaallah program ini akan berjalan dengan baik.. dan kepercayaan mereka kepada Allah yang sangat kuat, Insyaallah urusan mereka akan dipermudahkan.   

Anda masih ingin mengetahui kisah selanjutnya??? 

Teruskan membaca...



PERTAMA KALINYA...


Pertama kalinya kami bekerjasama 3 BGN menganjurkan program, 

Pertama kalinya kami membuat gerak kerja jarak jauh,

Pertama kalinya kami menjadikan group di FB sebagai medan perkongsian maklumat program,

Pertama kalinya kami bertemu di tempat program, 

DAN

Pertama kalinya kami berhalaqah untuk mencari titik persamaan....

Alhamdulillah....berkat PERTAMA KALINYA kami berhasil meneruskan gerak kerja dakwah... 


Banyak kesan, pengalaman dan pengajaran yang penulis dapat setelah menyertai program ini. Antaranya ialah :

  • Dahulukan ukhuwwah sebelum berdakwah.. Insyaallah segalanya akan mudah..
  • Bersedia untuk tidak bersedia (menjadi PC walaupun baru pertama kali)
  • Yakin dan Percaya, andai kerja yang dilakukan kerana Allah, Insyaallah segalanya urusan kita akan dipermudahkan (Tarikh hantar tugasan dilewatkan)
  • Bersahabat kerana Allah (dapat berkenalan dengan kakak2, abang2, adik2 dari pelbagai negeri iaitu N9, Melaka, Terengganu, Perak, Sarawak)
  • Jadi PEMULA adalah lebih baik dari jadi PENUNGGU (menyelesaikan masalah dan kesalahfahaman)
  • Kerja secara berjemaah lebih berkesan dari kerja secara individu 
  • Bersedia untuk menjadi Pemimpin dan pengikut

PEMBACA tertanya-tanya apakah program ini??

program ini adalah 







inilah gambar kenangan sepanjang program...

Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Saudara Amirul Naim
(Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam Johor MARSAH)




Senaman Pagi


Nyanyian Lagu Tema Program HAMBAMU




Praktikal Sembelihan


Master Chef JAMBORI 2012




Perasmian Penutup oleh Presiden PKPIM
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin


Majlis Penutup : Gambar Kenangan Bersama Perasmi Presiden PKPIM
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin


Kenangan Penulis bersama Ketua Master Chef


Kenangan Penulis bersama Model Master Chef


Kenangan Penulis bersama Trainer, HEWI KPIJ dan peserta



Akhir kalam, semoga para peserta mendapat ilmu yang bermanfaat sepanjang mengikuti program ini, seterusnya dapat mengamalkan dan berkongsi bersama sahabat-sahabat yang lain.  dan 
Semoga ukhuwwah yang telah terpatri antara semua penggerak berkekalan hingga ke akhirnya.. AMIN



Tuesday, July 10, 2012

Kembara Hidup

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata