Followers

Thursday, June 13, 2013

Membudaya amalan sunnah

“RAGAM SI KEMBAR DAN IBUNYA”

PELAKON
NAZIFAH BT SULEIMAN (HUSNA)
FATIN NURSYELLA BTE LAMUDEK (HUZMA)
MAS AYU NADHIRA BTE MULIYADI (EMAK)

SUARA
NASUHA BTE SULEIMAN (SUARA LATAR DAN HUZMA )
NUR AZRIN FARHANI BTE HAVARI (EMAK DAN HUSNA)

Di dalam sebuah kampung terdapat seorang ibu tunggal yang bernama  Zainab.  Suaminya telah meninggal dunia akibat sakit jantung 4 tahun yang lalu.  Beliau tinggal bersama 2 orang anaknya yang bernama Huzma dan Husna.  Huzma dan Husna merupakan pasangan kembar dan bersekolah di Sekolah Parit  Markom.  Pada tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan UPSR. Husna merupakan seorang anak yang taat kepada suruhan maknya dan sentiasa mengamalkan amalan sunnah yang telah diajar oleh maknya sejak kecil lagi, manakala Huzma sebaliknya. Huzma sangat nakal dan suka membuli adiknya.

JAM 5.00 PAGI
Ibu mengejutkan anaknya untuk ke sekolah.

Mak : Kak, bangun kak dah pagi ni. Bangun nanti lambat pergi sekolah.
Huzma : Isshh mak ni smakk jela, baru pukul berapa ni… (sambil menarik selimut)
Mak : Kak..kak.. apa nak jadi ni..hmmmm(sambil menggeleng kepala)
Si mak mengejut Husna pula…
Mak : Husna, bangun Husna, nanti lambat plak nak pergi sekolah…
Husna : aaahh (sambil mengeliat dan menggosok mata)…dah pukul berapa mak?
Mak : dah pukul 5 ni, dah bangun, mandi nanti lambat nak pergi sekolah…

Husna menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya dengan tangan kemudian membaca doa bangun tidur. 

JAM 6.30 PAGI
Huzma: Maaaaakkkk… kenapa tak kejut kakak! Kakak dah lambat ni…
(huzma bergegas bangun menuju ke bilik air)

Dalam masa yang sama, Ibunya sedang sibuk menyiapkan bekal untuk anaknya bawa ke sekolah.  

DI DAPUR…
Mak : Husna makan betul-betul ye, ni mak dah siapkan bekal ni.
Husna : Terima Kasih mak. Sayang mak…

Huzma meluru ke dapur…

Huzma : mak kenapa tak kejut akak tadi? Akak dah lambat dah ni.. (tangannya mencapai makanan dan terus makan sambil berdiri)
Mak : mak kan dah kejut kakak tadi, kakak yang liat sangat nak bangun.

Setelah menyiapkan bekal.. si ibu menoleh ke belakang sambil teriak :

Mak : kakak berapa kali mak pesan! Kalau makan tu duduk, anak dara tak sopan makan berdiri, tengok adik kau tu sopan je.

Huzma membuat mimik muka tidak puas hati…lalu duduk di atas lantai.

KETIKA HENDAK KE SEKOLAH
Huzma : Husna! Ambikkan kasut kakak …
Husna : Nah kak.

Husna duduk kemudian memakai kasut dimulai dengan kaki kanan. Akan tetapi Huzma sebaliknya..

Husna : kakak, kan mak dah ajar pakai kasut guna kaki kanan.  Kakak tak ingat mak pernah cakap, kalau kita selalu mengamalkan amalan sunnah yang sentiasa berulang dalam kehidupan kita, macam pakai kasut ni, banyak pahala yang kita dapat kak. 
Huzma : kau ni sibuk jelah! Dah tak payah nak ceramah pagi-pagi ni, aku tau lah apa yang aku buat.  Lagipun kubur kan asing-asing. 

DI RUMAH, WAKTU TENGAH HARI
Husna : Assalamualaikum… mak adik dah balik…

Husna mendapatkan maknya di dapur lalu menyalam tangan ibunya. Manakala Husma terus membuka tudung saji.. 

Huzma : wah! sedapnya mak masak hari ni (terus makan dengan gelojohnya)
Mak : Huzma, berapa kali mak pesan, sebelum makan baca basmalah dan doa makan. Duduk tu elok-elok sikit. Tengok adik tu sopan je.
Huzma : ala mak ni, sikit-sikit adik… (membuat mimik muka tidak puas hati)

Sesudah makan, husna menjilat sisa-sisa makanan yang terdapat pada jari seperti mana rasulullah bersabda :

“sesungguhnya kamu tidak mengetahui di manakah terdapatnya keberkatan pada makanan kamu”

10.30 MALAM
Sewaktu hendak tidur Husna duduk di katil sambil membaca doa dan merapatkan kedua tapak tangan dan meniupkan pada kedua-dua tapak tangan dan membaca:
Surah al-ikhlas, surah al-falaq dan surah an-nas, kemudian menyapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian yang dapat dicapai dimulakan dengan muka, kepala, belakang dan dilakukan sedemikian sebanyak 3 kali. Sebelum tidur, Husna mengibas tilam seperti sabda rasulullah

“apabila seseorang kamu masuk ke tempat tidur hendaklah ia mengibaskan tilamnya kerana ia tidak mengetahui apa yang ada di atasnya”

Husna meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan dan terus tidur, akan tetapi Huzma sebaliknya.  Tanpa melakukan amalan sunah, beliau terus tidur terbongkang. 

SAAT KEPUTUSAN UPSR DIKELUARKAN
Husna : Alhamdulillah mak, adik dapat 5A..
Mak : Alhamdulillah, mana kakak? kakak dapat berapa?
Huzma : kakak berjalan menuju ke emaknya sambil mengelu..hurmm kakak 1 A je mak..
Mak : takpelah kak, boleh usaha lagi, yang penting kakak mesti rajin dan taat.
Huzma : Ye mak, kakak minta maaf kalau selama ni kakak banyak sakitkan hati mak.. (sambil memeluk ibunya)

Begitulah kisah seorang ibu dan anak kembarnnya. Hasil didikannya,  anaknya berjaya mendapat 5A dalam UPSR.  Beberapa tahun kemudian, kedua-dua anaknya berjaya dengan cemerlang dalam Ijazah Pengajian Islam (Al-Quran dan Sunnah) dan mendapat anugerah cemerlang.



No comments: