Followers

Saturday, September 12, 2009

huhuhu..x sangkanye....:)

Pejam celik - pejam celik sudah 22 hari kita berpuasa, sama ada sedar atau tidak lagi 8 hari kita akan didatangi dengan bulan syawal yang mulia, saat yang dinanti-nantikan oleh semua tidak kira peringkat usia, tua atau muda,dewasa atau remaja, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang pasti gembira bila syawal menjelma.

Perlu disedari bahawa perayaan merupakan sebahagian daripada ketentuan sesebuah agama yang telah ditetapkan oleh Allah. Selaras dengan maksud ini, Allah berfirman yang bermaksud: bagi tiap-tiap umat yang ada diantara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama( yang wajib diikuti oleh masing-masing ) .[ surah al-Maidah, ayat 48 ].

Mafhumnya menurut ayat suci di atas, bahawa umat islam mempunyai perayaannya yang tersendiri, yang telah ditentukan oleh Allah iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Oleh yang demikian demi memelihara akidah dan amalan umat Islam daripada perkara-perkara yang tidak diredhai Allah. Maka mereka dilarang sama sekali meraikan dan menyambut perayaan agama dan kaum lain supaya tidak terperangkap di dalam unsur-unsur syubhah yang terkandung dalam upacara perayaan mereka.

Tujuan utama pensyariatan hari raya dalam Islam ialah untuk menzahirkan kesyukuran tidak terhingga ke hadrat Allah di atas kesempurnaan perlaksanaan sesuatu ibadah, perolehan kenikmatan Ilahi, keberhasilan kemenangan dalam sesuatu peristiwa penting di smping untuk menyatakan kegembiraan, keceriaan dan kesukaan yang merupakan sebahagian daripada naluri semula jadi manusia.

Kepada semua diingatkan janganlah kita leka apabila syawal menjelma, jangan biarkan diri kita didorong oleh nafsu, janganlah hanya di bulan ramadhan ibadah kita dipertingkatkan, bila raya pelbagai hidangan yang enak kita hadapi, kawallah nafsu kita, jangan makan ikut nafsu, tapi makan untuk teruskan hidup dan beribadah kepada Allah berbalik kepada matlamat kita dihidupkan untuk “ ubudiyyah”.

Rujukan : Akidah&Isu Sosial Masyarakat Islam

oleh Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

3 comments:

iNsAn TerPiLiH said...

salam..peh gler Ar,,,.meriah siot blog die..hahahahaha

روسمياتي بنت حاج بيلاء said...

hehehe...semangat nak sambut raya la we...

star89 said...

salam....
salam ramadhan n salam aidilfitri...
ak minx ampon maap kat ko klu ak d wat slah clap ngan ko slamer nie...
Maaf zahir batin