Followers

Sunday, January 24, 2010

salam satu Malaysia????????

Nak share something...

Salam satu Malaysia??????

Selalu kita dengar orang kata Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia... ana pun akui ana juga pernah menulisnya di entri yang lepas. Minggu lepas ana diberitahu oleh seseorang yang mana Salam satu Malaysia haram digunakan, ini kerana perkataan Salam itu hanya untuk orang Islam.

Jadi lepas ni kawan-kawan jom kita elakkan diri kita dari menyebut salam satu Malaysia.....
tapi kalau nak sebut

Hai satu Malaysia
@
Hello Satu Malaysia

boleh....

Saturday, January 23, 2010

Takziah diucapkan...

Takziah diucapkan dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Pemergian baginda amat dirasai oleh seluruh rakyat Negeri Johor. Oleh itu,marilah kita semua sedekahkan Alfatihah dan berdoa untuk kerahmatan roh baginda sultan.

Semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama-sama para solihin

Tuesday, January 19, 2010

Konsert Amal UDM

Alhamdulillah, pada 18 januari 2010, Persatuan Dakwah Universiti Darul Iman Malaysia
( PERSADA )
telah berjaya menjayakan konsert amal ( NAZREY JOHANI " tour de tahfiz" ) dengan kerjasama HEPA dan MPP.

Alhamdulillah, Abg Nazrey telah hadir bersama 3 buah kumpulan NASYID yang lain, konsert ini merupakan konsert yang kali ketiga diadakan di IPT.

UDM merupakan IPT yang ketiga diadakan konsert amal, kami difahamkan sebelum ini konsert amal sebegini telah dilakukan di UIA dan KUIS.

Pada awalnya barisan EXCO PERSADA menyuarakan kebimbangan apabila sehari sebelum konsert, penjualan tiket masih lagi tidak mencecah sasaran. Tiket yang terjual tidak sampai seribu l, tetapi atas usaha dan sokongan dari pihak yang terlibat, dan abg nazrey juga yang turut sama turun padang menjual tiket sambil beramah mesra dan bergambar bersama mahasiswa/i UDM akhirnya tiket yang dijual dapat memcecah sasaran iaitu sebanyak 1500 lebih tiket yang terjual.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan KONSERT AMAL ini, dan tak lupa juga buat sukarelawan yang memberikan komitmen.


Monday, January 4, 2010

JOM MASUK U

* Untuk lihat dengan lebih jelas sila klik gambar

Saturday, January 2, 2010

hAI TemAN-tEMAn.... :)

Selamat tahun baru buat semua teman-teman.....Mulakan tahun baru anda dengan azam baru dan pastikan semoga azam anda dapat dicapai sepenuhnya, bukan hanya setiap kali tahun baru azam baru tapi pastikan ianya tercapai ye...

Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah berjaya dengan cemerlang pada semester lepas dan bagi yang kurang berjaya jangan putus asa teruskan usaha anda agar kita semua mendapat keputusan yang cemerlang..AMIN...

Tuesday, December 29, 2009

Family Day YWD

assalamualaikum murid2, bangun! duduk! hari ni cikgu akan ajar perkara ibadat...inilah gelagat ustazah syamirah kita...

johan acara bina tugu...

si suami menyolek isteri dalam keadaan mata tertutup


acara tautan kasih apabila mereka perlu memberikan epal, limau, jeruk, dan salad, lada beggalah dan timun kepada ahli keluarga dengan menggunakan mulut ke mulut


acara kereta sorong

acara anak solek ibu...menguji kesabaran si ibu apabila anaknya menyolek dengan menggunakan water colour...


sebelum acara dimulakan...kami bersama untuk memanaskan badan terlebih dahulu...


adik-adik yang dilatih oleh unit taska untuk membuat persembahan pada malam bbq dan majlis penutup

kalangan ahli ywd yang turut serta dalam mesyuarat agong


penceria suasana... anak dara merun~pink

22-24/12/2009 sekali lagi YAYASAN WARISAN DUMANG mengadakan FAMILY DAY. Kenangan yang tak dapat dilupakan, kerana lenih kurang 200 org yang turut serta. Tahniah diucapkan kepada p.cik bersama saf kepimpinan YWD kerana berjaya mengumpulkan keluarga kita yang begitu ramai pada Family Day kali ini dan pada tahun2 sebelumnya..

Rehlah sehari rindu...



ydp memberikan ulasan...

sementara menunggu muslimin, berposinglah yang muslimat..hehehe


inilah dia sebahagian dari barisan kepimpinan Alumni SMABT

19/12/2009 Ana, bersama MT dan Exco Alumni SMABT telah berehlah di Bekok Segamat. Tujuan rehlah ni adalah untuk merapatkan ukhuwwah sesama MT dan Exco yang baru dilantik dan berbincang mengenai takwim tahunan.

Tajuk rehlah pun rehlah sehari rindu, memang rindula dengan rehlah yang macam ni, mana taknye org gi rehlah mandi manda tapi ktorg macam gi kursus plak, bermesyuarat kat dalam hutan. hahaha tak pernah dibuat org, tapi best jugak la, ini trend terbaru...hehehe...

apa pun tahniah pada harun kerana anjurkan program macam ni, tak tension sgt nak meetg...hehehe