Followers

Tuesday, January 19, 2010

Konsert Amal UDM

Alhamdulillah, pada 18 januari 2010, Persatuan Dakwah Universiti Darul Iman Malaysia
( PERSADA )
telah berjaya menjayakan konsert amal ( NAZREY JOHANI " tour de tahfiz" ) dengan kerjasama HEPA dan MPP.

Alhamdulillah, Abg Nazrey telah hadir bersama 3 buah kumpulan NASYID yang lain, konsert ini merupakan konsert yang kali ketiga diadakan di IPT.

UDM merupakan IPT yang ketiga diadakan konsert amal, kami difahamkan sebelum ini konsert amal sebegini telah dilakukan di UIA dan KUIS.

Pada awalnya barisan EXCO PERSADA menyuarakan kebimbangan apabila sehari sebelum konsert, penjualan tiket masih lagi tidak mencecah sasaran. Tiket yang terjual tidak sampai seribu l, tetapi atas usaha dan sokongan dari pihak yang terlibat, dan abg nazrey juga yang turut sama turun padang menjual tiket sambil beramah mesra dan bergambar bersama mahasiswa/i UDM akhirnya tiket yang dijual dapat memcecah sasaran iaitu sebanyak 1500 lebih tiket yang terjual.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan KONSERT AMAL ini, dan tak lupa juga buat sukarelawan yang memberikan komitmen.


No comments: