Followers

Friday, July 23, 2010

Sambungan...PSS

Ketahuilah sahabatku...

Apabila kamu menuntut ilmu maka hendaklah kamu meniatkan dirimu supaya menuntut ilmu itu kerana mencari keredhaan Allah s.w.t dan bukannya kerana untuk mencari dan menikmati kehidupan dunia. Sesungguhnya dengan niat kamu itu akan memberi kesan kepada pekerjaan kamu itu kerana telah ramai orang yang terdahulu mengalami kerugian disebabkan salah niat mereka.

Maka telahku sebutkan kepadamu tentang bahayanya sesuatu amalan jika tersalah niat yang diniatkan. Oleh itu, maka suka ingin ku peringatkan diriku dan dirimu supaya menuntut ilmu dengan meniatkannya untuk mencari keredhaan Allah s.w.t bukannya untuk mencari nikmat dan kepuasan dunia. Wallahu'alam

No comments: