Followers

Monday, July 19, 2010

Pesanan Seorang Sahabat....

Terima kasih sahabat...pemberianmu ini amat berharga padaku....izinkan diriku berkongsi pesanan ini buat semua pembaca.....moga kita semua mendapat keredhaanNya....AMIN

وذكر فإن الذكر تنفع المؤمنين

" Dan peringatkanlah, maka sesungguhnya memberi peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin"

Wahai Sahabatku....
Inilah pesanan dan nasihat dari diriku yang fakir di sisi Allah S.W.T tentang adab-adab kamu di dalam menuntut ilmu di jalan Allah.

Wahai Sahabatku....

Aku tidak ingin menerangkan kepadaMu tentang bagaimana cara untuk menuntut ilmu kerana dirimu lebih mengetahui bagaimana tentang caranya lebih dariku yang selalu leka dengan nikmat dan perhiasan dunia, tetapi di sini aku cuma ingin mengingatkanmu tentang beberapa perkara yang membahayakan dirimu di dalam menuntut ilmu. Ketahuilah wahai sahabatku! sesungguhnya ketika dirimu dalam menuntut ilmu, maka setiap hari kamu akan menghadapi pelbagai penyakit yang membahayakan sama ada penyakit ini menyerang kamu dalam kamu sedari atau tidak kamu sedari dan hanya mereka yang diberi pertolongan oleh Allah yang akan terselamat.

Wahai Sahabat yang ku kasihi....

disini petamanya aku ingin mengingatkanmu tentang satu benda yang penting di dalam kamu menuntut ilmu. Perkara ini merupakan asas yang terpenting dalam menuntut ilmu. Ia merupakan benih dan tunjang kepada pohon yang bakal kamu tanam itu. Jika baik benihnya itu, maka baiklah pohon yang akan bercambah itu dan jika rosak benih yang yang kamu tanam itu, maka rosaklah pohaon yang kamu tanam itu. Jika elok tunjangnya maka kukuhlah pohon yang tumbuh itu dan jika reput pohon tunjang itu maka sebaliknyalah yang akan berlaku. Perkara ini merupakan asas kepada asas-asas yang lain di dalam kamu belajar iaitu niat. Sesungguhnya nabi Muhammad telah bersabda di dalam sebuah hadith yang berbunyi :

إنما الأعمال بالنية

" setiap amalan di sertai niat"


Di dalam kita melakukan semua pekerjaan sama ada pekerjaan dunia mahupun pekerjaan akhirat akan melibatkan niat kita pada permulaannya. Ketahuilah dengan niat itu akan memberi kesan kepada setiap pekerjaan yang akan kita lakukan itu sama ada baik atau pun jahat, bersih ataupun kotor, dan ma'ruf atau pun mungkar.

bersambung.....

No comments: