Followers

Monday, July 19, 2010

Latihan Industri Pejabat Kadi Daerah Pontian

Latihan Industri ini adalah satu syarat wajib bagi semua pelajar Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah dengan kepujian. Latihan Industri ini merupakan satu latihan di mana pelajar ditempatkan di sebuah organisasi untuk mendapatkan pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan program yang diikuti di universiti.

Tujuan utama latihan ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar agar mereka mendapat pengalaman dan kefahaman tentang aspek-aspek yang berkaitan dalam bidang pengajian mereka secara khusus dan bidang pekerjaan lain secara umum.

Pada 11 Mei 2010 hingga 2 Jun 2010 saya telah menjalani Latihan Industri di saat mahasiswa/i cuti semester. Saya telah memilih untuk menjalani Latihan Industri di Pejabat Kadi Daerah Pontian (dulu dikenali sebagai Pejabat Agama Daerah Pontian)

Pejabat Kadi ini dahulunya terletak di Bangunan Ismail di mana ianya menumpang di bangunan Pejabat Daerah Pontian. Pada 1 julai 2010, Pejabat Kadi ini telah berpindah ke bangunan baru yang beralamat di Pejabat Kadi dan Mahkamah Syariah, Jalan Parit Mesjid 82200 Pontian Johor.

PKDP mempunyai 8 bahagian/ unit yang beroperasi untuk menerima dan berurusan dengan pelanggan. Antaranya ialah :

1. Pentadbiran
2. Undang-undang Syarak
3. Pengurusan Masjid dan Surau
4.Dakwah
5.Penguatkuasa
6. Pembangunan Keluarga
7. Pendakwaan
8. Penyelidikan


No comments: