Followers

Saturday, November 6, 2010

pilihanmu adalah yang terbaik

Ida, mak nak tanya sikit ni, kau sekarang mak tengok rapat benar dengan aizat... dulu kau cakap dengan mak kau suka kat amir...apa dah jadi sebenarnya?

mak, ida dah buat keputusan yang salah mak...ida suka orang lain, dalam masa yang sama ida main cinta dengan orang lain...ida geram dengan amir sebenarnya, dah 2 bulan dia menghilang tanpa khabar...

habis tu kau tak cuba hubungi dia? dah banyak kali mak ida hubungi dia, tapi dia off henset...

ida, mesti ada sebab dia menghilang...mak rasa dia takkan tinggalkan kau macam tu je..sebab sebelum ni masa kau takde kat rumah, dia ada datang ziarah mak dengan abah, dia bagitau hasrat dia nak memperisterikan kau, dia minta restu mak dengan abah dan dia minta izin untuk berkawan dengan kau dulu....dia masih perlukan masa untuk berterus terang dengan kau...dia budak baik ida..mak dengan abah pun suka kat dia...

kenapa mak tak pernah bagi tau ida dia pernah datang? mak dah janji ida, dia tak nak kau tahu hasrat dia, dia nak kau tumpukan pada pelajaran dulu, dia tak nak perasaan dia mengganggu pelajaran kau...

mak...terima kasih bagi tau ida..tapi mak, macam mana ni? ida sebersalah dah ni...semalam ida nampak amir, ida cuba pergi kat dia, tapi dia macam nak larikan diri dari ida...

ida, kau buatlah keputusan yang terbaik..istikharah ida..kau minta petunjuk dariNya..mak sentiasa doakan kau...

terima kasih mak atas nasihat dan sokongan mak...

************************

esoknya di perpustakaan

Ana, semalam mak aku tanya perihal aku dengan amir..mak aku tanya pasal aizat...aku bagitau hal sebenar...aku dah tak sanggup sembunyikan perasaan aku...

kau tahu, mak aku bagi tau semalam yang amir pernah datang rumah aku dan mintak izin mak abah aku untuk kawan dengan aku...

aku sebersalah sangat dengan dia ana...kerana geram dengan dia tinggalkan aku 2 bulan tanpa khabar berita, aku buat keputusan pilih aizat....

Ida, kau tak boleh terus macam ni, fikirlah masa depan kau, amir sayang kat kau...aku pun tau kau sayang kat amir..kau bercinta dengan aizat sekarang ni pun sebab kau nak lepaskan geram pada amir sebab tinggalkan kau...

untuk pengetahuan kau ida, semalam aku terserempak dengan amir kat sini, dia cerita perkara sebenar kat aku...2 bulan mak dia sakit kat kampung...dia nak bagi tau kau tapi tak sempat, dia dapat panggilan dari kampung supaya balik segera... dalam perjalanan dia tertidur sebab letih sangat, tanpa sedar henset dia kene curi...2 hari yang lepas, dia balik sini da dia dapat tau dari hakim yang kau bercinta dengan aizat sekarang..hancur hati dia ida..lama dia tunggu kau..dan dia pun dah bagitau hasrat dia pada mak abah kau...

ni dia bagi surat untuk aku sampaikan kat kau...

selepas membaca, aku terduduk diam..tanpa sedar air mata mengalir...

ayat terakhirnya "pilihanmu adalah yang terbaik"

Ya Allah, apa yang telah aku lakukan, amir terlalu baik untukku, dia sanggup lepaskan aku asalkan dapat lihat aku bahagia bersama aizat...

Ana, kau boleh tolong aku tak? aku nak jumpa aizat, aku nak terangkan hal sebenar..aku tak sanggup mainkan perasaan dia..pls ana teman aku...

ok..tapi macam mana dengan amir plak?

aku dah buat keputusan aku pilih amir, lepas aku jumpa aizat, aku akan terus cari amir...kau tolong aku ye...

baiklah..tapi kau kene belanja aku :)

*tiada kene mengena dengan sesiapa...hanya sekadar untuk menghilangkan boring yang melanda penulis...

No comments: