Followers

Thursday, November 25, 2010

Pengorbanan, Ujian, Ukhuwwah, Berurut, Kenangan

Alhamdulillah..setelah beberapa bulan mahasiswa/i mengalami suasana pengajaran dan pembelajaran di kelas mahupun kuliah, tibalah saatnya mereka mengalami suasana kemuncak yang cukup-cukup menguji kesabaran dan keimanan untuk melawan segala dugaan dan cabaran serta nafsu tidur yang semakin kuat memainkan peranan. Tidak lupa juga nafsu lain yang juga bekerja keras  supaya kita sentiasa dibuai keseronokan dunia..tanpa kita sedari kita telah menghabiskan masa berjam2 lamanya bersama buaian keseronokan.

Pengorbanan

Pada 21 November 2010, telah bermula musim peperiksaan di UniSZA ini. Kelihatan ramai pelajar yang berusaha bersungguh2 sebelum musim peperiksaan bermula lagi. 3 minggu cuti  diberikan sebelum final bermula...study week, seminggu cuti khas deepavali seminggu lagi raya haji. Ramai yang sanggup berkorban tidak pulang ke kampung untuk bersama-sama keluarga menyambut Hari Raya Aidiladha kerana memikirkan peperiksaan yang bakal kunjung tiba . Kegigihan mahasiswa/i menunjukkan kemahuan mereka dalam mencapai dean list untuk semester ni. Sesuai dengan pengorbanan yang dilakukan iaitu beraya diperantauan bersama sahabat-sahabat tercinta. Ada juga yang duduk di kawasan berdekatan malam raya baru pulang kerana takut tidak dapat study di rumah. Ada juga yang beraya dirumah, tapi petang raya dah bertolak pulang ke kampus kerana memikirkan final (akula..hehe). Inilah semangat-semangat mahasiswa/i yang diinginkan. Sanggup berkorban untuk mencapai kejayaan. Semoga segala pengorbanan yang dilakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya.

Ujian

Sepanjang berada di dalam kampus, pelbagai cerita di luar kampus juga menjadi perhatian mahasiswa/i. Banjir yang berlaku di beberapa buah negeri amat menyedihkan. Tiada daya untuk ke sana bagi menghulur bantuan kerana terdapat amanah yang perlu dilaksanakan dan diutamakan. Hanya iringan  doa yang dapat diberikan.
Sepanjang musim peperiksaan juga, hujan masih tidak berhenti. Terdapat mahasiswa/i yang menahan perut  untuk tidak ke cafe kerana hujan tidak  berhenti. Ada juga yang hanya makan maggie. Pelbagai ujian yang melanda sepanjang musim peperiksaan ini. Masalah ketiadaan air amat tidak  menyenangkan  mahasiswa/i menyebabkan terdapat ramai mahasiswa/i yang menjadikan FACEBOOK sebagai tempat luahan. isu air oh air juga semakin hangat di FB mahasiswa/i UniSZA. Apabila hujan turun juga terdapat mahasiswa/i yang menadah air dan ada juga yang mandi hujan, ada juga yang sanggup mencari air di luar kampus sehinggakan ke masjid batu putih jd sasaran. Kereta2 sewa penuh di booking oleh student untuk keluar mencari sumber air. Perkara ini menyebabkan pelajar tertekan untuk membaca, disamping menahan perut yang telah memainkan peranan yang penting dan bersuara...4hari sudah masalah ketiadaan air terus berlaku. Akan tetapi sebahagian asrama sudah terdapat sumber air.

Ukhuwwah terpatri kenangan tercipta

Rentetan daripada masalah ketiadaan air menyebabkan ukhuwwah semakin rapat antara kami, baik2 tidak kenal sahabat2 di asrama boleh mengenali antara 1 sama lain. Kerjasama dan semangat bantu menbantu juga terserlah.

Masalah ketiadaan air ini menyebabkan ada yang terpaksa mengambil air dari pili bomba. Dan masa inilah terdapat student yang berkumpul membawa baldi masing2 untuk diisi air. Saat ini juga ukhuwwah mula terpatri dan kenangan tercipta diantara kami.

Berurut

Semalam pagi masa tengah paper Falak Syarie, aku berniat untuk pergi berurut petangnya. Terasa sengal-sengal badan menyebabkan aku  tak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaranku. Kebetulan esok xde paper, jadi aku meneruskan niatku, Aku ajak hawa untuk teman. Alhamdulillah mak cik yang urut aku sebelum ni ada kat rumah. 
Terasa lega selepas diurut, turut menggembirakan mak cik tu siap pelawa mandi kat rumah dia coz tahu kat unisza x dok air. Dia siap mempelawa aku datang lagi untuk mengambil air dirumahnya sekiranya masalah ketiadaan air masih berlaku di kampus..(hanya Allah dapat membalas kebaikan mak cik ini)

Mengimbau kenangan

Petang semalam kami dimaklumkan air akan ada dari petang  semalam sehinggalah pada pg ini jam 5 pagi. Saat tersedar dari tidur, kedengaran percikan air di bilik mandi. Apabila ku ke bilik air, kelihatan ramai pelajar yang beratur untuk mandi. Wah tak sangka 4pagi dah ada yang bangun mandi, maklumlah dah dapat makluman tentang air x dok. Aku juga turut menyertai mereka. Saat ini, ku teringat kenangan di Maahad Johor. nak mandi pun kene cop2 turn..huhuhu...tapi seronok..hehe



No comments: