Followers

Saturday, December 24, 2011

berita Hari Ini...



14-16 Disember 2011, Yayasan Warisan Dumang (YWD) telah menganjurkan Program Hari Keluarga bertempat di Felda Residence Tanjung Leman Mersing. Antara misi Program ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli YWD seterusnya ingin memupuk semangat kerjasama, kasih sayang, kejujuran, keadilan, keberanian, tanggungjawab serta kepimpinan.

Program Hari Keluarga merupakan program tahunan YWD. Antara aktiviti dan pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah mesyuarat jawatankuasa, pengisian rohani seperti ceramah dan tazkirah berkaitan etika berpakaian, penyerahan tanggungjawab kepada anak yang sudah baligh, pelbagai sukaneka yang mencuit hati, persembahan yang menghiburkan, penyampaian anugerah khas bagi anak-anak yang mendapat pencapaian terbaik dalam UPSR, PMR dan SPM, malam BBQ cabutan bertuah dan sesi penggambaran.

tazkirah
pengerusi YWD


rewang memasak

keluarga  hjh hanaan

keluarga al-marhum hj tahirek

jiran-jiran parit betak

ragam camera man

acara gusti lengan

persembahan Anak Teruna (AT) YWD

Seramai lebih kurang 300 orang yang telah menyertai program hari keluarga ini. Turut hadir dalam program ini  ialah keluarga dari  Indonesia.  Sekalung penghargaan diucapkan kepada Jawatankuasa YWD, AJK Program YWD 2011, para penyumbang program YWD 2011, ahli keluarga Al-Marhum Hj Tahirek, ahli keluarga Al-Marhum Hj Billak, ahli keluarga Al-Marhum Hj Shahedek, ahli keluarga Al-Marhum Hj Sanusi, ahli keluarga Al-Marhum Hj Abdullah, ahli keluarga Al-Marhum Hj Jalil,  ahli keluarga Hj Buhairah, ahli keluarga Hj Rusad, ahli keluarga Hjh Hanaan, ahli keluarga Hj Suibek serta keluarga dari Indonesia.

2 comments:

KizZ said...

Wah...so happening la event ni..menarik..

P/S : Kalau rajin-rajin sudi-sudi lah join segmen "Bloglist Xchange" and "Review Ur Blog" dari Kiz kayh

روسمياتي بنت حاج بيلاء said...

terima kasih..