.::tEmAN sEtIA::.

Pages

Saturday, May 7, 2011

Teori Kedatangan Islam di Nusantara

Dari Tanah Arab
Zaman Khalifah al-Makmun Harun ar-Rashid 
ØSeorang nakhoda kapal telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam.
Ø Apabila sampai di Perlak, mereka menghadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.
Ø Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu dengan mubaligh quraish dan mempunyai seorang anak diberi nama Syed Abdul Aziz.  
Melalui India
ØHubungan India dengan beberapa negara di nusantara  telah lama terjalin.
Ø Abad ke-13 masihi apabila  kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan GUJERAT sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dan barat
Ø Dengan adanya pelabuhan tersebut, saudagar-saudagar muslim dari GUJERAT  sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang sekaligus menyebarkan ajaran Islam ke penduduk tempatan.
Ø Pendapat lain : kedatangan Islam ke Nusantara melalui daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat.
  
Melalui China
Ø Islam telah sampai keTanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman Bin Affan.
Ø Baginda telah menghantar Saad bin Abi Waqas  untuk menyebarkan ajaran Islam di Negara China. 
Ø Zaman Pemerintahan Bani Umayyah, Khalifah al-Walid  telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China  Ketua Pasukan tersebut telah menghadap raja China dan berunding.
Ø Abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan Negara China khusunya Yunan, China telah memeluk Islam. 
Ø Berlaku huru-hara  di Yunan telah menyebabkan ramai Muslim berhijrah ke asia tenggara
ØAda yang menetap di Champa, Kemboja dan di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu

0 comments: