Followers

Friday, April 30, 2010

KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASHID



Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) menyokong penuh kenyataan media yang di keluarkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkaitan kes seorang pelajar yang bernama Aminulrasyid Hamzah yang berusia 15 tahun yang dilaporkan mati ditembak oleh anggota polis peronda dalam satu insiden di Shah Alam awal pagi kelmarin.

KPIJ senada bersama PKPIM bahawa pihak polis tidak wajar melepaskan tembakan ke atas pelajar berkenaan memandangkan pelajar tersebut bukan dalam keadaan yang membahayakan. Sebaliknya, pihak polis masih boleh menggunakan pelbagai cara untuk memastikan pelajar terbabit menyerah diri.Tambahan pula, mangsa terbabit masih dikategorikan dalam lingkungan bawah umur dan masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Maka, kes pembunuhan yang trajis ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak seharusnya berlaku.


Sebagai persatuan pelajar yang bergabung di bawah PKPIM dan juga bertangungjawab memayungi pelajar-pelajar Islam di Negeri Johor. KPIJ menggesa pihak polis serius dan mengutamakan keadilan dalam melakukan siasatan terhadap insiden yang memalukan ini agar insiden yang sama tidak berulang akibat dari kecuaian pihak polis.KPIJ juga menuntut agar pihak yang berkaitan khususnya media bersifat telus dalam melaporkan setiap siasatan polis kepada orang ramai.


Disamping itu, KPIJ menyeru kepada semua ahlinya agar sama-sama menyertai Kempen “Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid” yang di lancarkan di laman sosial Facebook baru-baru ini. Semoga kematian adik Aminulrasyid Hamzah mendapat pembelaan sewajarnya.


Mohammad Khairullah bin Mohd Zainudin

Yang Di-Pertua

Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)

-http://kpijohor.blogspot.com-

No comments: