Followers

Saturday, April 23, 2011

Tesis OH Tesis...

KEM TESIS SIRI 1

KEM TESIS SIRI 1

KEM TESIS SIRI 1

KEM TESIS SIRI 1


Alhamdulillah selaut kesyukuran dipanjatkan kepada Rabbul Jalil atas nikmat yang tidak terhingga.  Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Muhammad (s.a.w.) para sahabat, tabi’ tabiin pelangsung dakwah agama Allah di muka bumi ini.  Alhamdulillah, akhirnya latihan ilmiah ini dapat disiapkan.

Saya dengan seikhlas hati ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada penyelia latihan ilmiah, Puan Nor Salimah Abu Mansor di atas segala bimbingan, teguran, tunjuk ajar, nasihat dan panduan yang telah dihulurkan sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.

Sekalung penghargaan juga kepada Ustaz Ab. Razak Aripin, Mohd Sidek Roslan, Mohd Salehuddin Ahmad Miskam, Zoolhilmi Ahmed dan semua Exco Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor atas maklumat dan kerjasama yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.  Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada setiausaha agung ABIM, saudara Muhd Raimi Abd Rahim yang juga turut memberikan maklumat di dalam penyelidikan ini. 

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Bahagian Dakwah dan Pendidikan Jabatan Agama Johor yang telah memberi kerjasama dan maklumbalas atas penyelidikan yang dijalankan.   Sekalung penghargaan juga kepada ibu yang tercinta Siti Zubaidah Ali  dan juga ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sehinggalah saya berjaya menyiapkan penyelidikan ini.

Akhir sekali tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat dan yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu memberikan pandangan dan idea kepada saya untuk  menyiapkan latihan ilmiah ini.

Sekian, wassalam.



.

No comments: