Followers

Tuesday, September 21, 2010

oh falak syarie

mula-mula rasa sangsi,
boleh ke nak bawa madah ni,
Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi,
sebab dapat cikgu Baha yang memahami dan baik hati.

ramadhan pertama cari anak bulan,
tapi sayang tak ditemui,
sampai semua dah naik bosan,
pening, penat dan letih sekali.

pulang ke rumah diberi tugasan,
tengok anak bulan dan matahari,
harus dicatit sebagai rujukan,
naik cuti due diberi.

Telah berlalu tirai ramadhan,
tibanya syawal kini dirasai,
datang ke Merang mencari bulan,
walaupun penat mendaki tapi puas hati.

pertama kali dapat tengok bulan,
guna pelbagai jenis teleskop yang canggih sekali,
terima kasih kami ucapkan,
kepada cikgu baha dan krew falak syarie.

No comments: