Followers

Tuesday, December 29, 2009

ESQ BASIC TRAINING

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia....tak lupa juga salam 165 buat semua pembaca ....

Cuti ni ana join ESQ BASIC TRAINING kat Dewan Jubli Intan Pontian. Alhamdulillah, ana merupakan antara org yang terpilih untuk mengikuti ESQ BASIC TRAINING, bagi ana bukan senang untuk mengikuti program ini kerana bayaran untuk mengikuti program ini amat mahal bagi sesiapa yang belum pernah join program ni iaitu RM 5OO lebih bagi mahasiswa dan RM 1000 lebih bagi peringkat dewasa.

Selepas mengikuti WEHDAH'09 di USIM, semasa ana mengikuti program khidmat komuniti anjuran KPIJ, ana mendapat panggilan dari ESQ untuk mengesahkan sama ada ana mahu mendaftar program yang dianjurkan untuk mahasiswa @ tidak, ana telah mengambil keputusan untuk tidak mengikutinya kerana pada tarikh tersebut ana perlu menghadiri majlis perkahwinan ustazah ana dan juga masalah kewangan.

Teringin juga ingin mengikuti program tersebut tetapi apakan daya duit takde:(... Ana memohon pada ALLAH supaya satu hari nanti ana dapat jugak join program tersebut dan ALHAMDULILLAH ana dapat juga join program ESQ pada 17-19/12/09, yang mana kami telah ditaja sepenuhnya. Kami telah ditawarkan untuk menjadi ahli alumni ESQ dengan bayaran RM35 dan kami boleh memasuki mana-mana training ESQ secara percuma.

Bagi ana ESQ TRAINING ini amat baik dan banyak memberi kesedaran dan mengajar kita supaya sentiasa dekat dengan ALLAH.... Kepada sesiapa yang ingin mengikuti program ini, kalau tak silap ana bulan 2 nanti akan diadakan di JOHOR. Datanglah beramai-ramai program ini amat baik untuk kita semua.

No comments: