Followers

Thursday, September 17, 2009

SALAM LEBARAN



Salam lebaran buat semua pembaca, mak tersayang, kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara yang berada di kampung, adik beradik semua dan paling tak lupa juga buat insan yang tersayang ayahanda yang sentiasa dirindui walaupun jauh jarak memisahkan kita, tapi namamu, semangatmu, nasihatmu, jasa dan pengorbanan
terhadap anak-anakmu tetap berada dalam sanubariku hingga ke akhir hayat..AMIN...

Dikesempatan ini, seribu kemaafan dariku buat kalian semua, maaf dipinta sekiranya diri ini ada melakukan kesilapan sama ada secara zahir mahupun tidak, secara sengaja mahupun tidak, gurauan yang tidak disangka telah membuatkan kalian terasa hati, dan ketelanjuran dalam percakapan yang membuatkan kalian menjauhkan diri.

Di akhir ramadhan ini ingin ku ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir & batin, semoga ramadhan dan syawal kali ini membawa sejuta makna yang beerti dan kekal dalam sanubari

Wednesday, September 16, 2009

X sabar rasanya....






X sabar rasanya lagi 2 hari nak balik kampung, oh alangkah bahagianya hidup ni... Balik nanti dengan kengkawan UDM n UMT, naik bas sama-sama...hehehe seronoknya...
jom nyanyi sama-sama....

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

mak tunggu ye kepulangan anakmu yang jauh ini.....:)


Saturday, September 12, 2009

,:: DOA SEORANG KEKASIH ::.


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

huhuhu..x sangkanye....:)

Pejam celik - pejam celik sudah 22 hari kita berpuasa, sama ada sedar atau tidak lagi 8 hari kita akan didatangi dengan bulan syawal yang mulia, saat yang dinanti-nantikan oleh semua tidak kira peringkat usia, tua atau muda,dewasa atau remaja, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang pasti gembira bila syawal menjelma.

Perlu disedari bahawa perayaan merupakan sebahagian daripada ketentuan sesebuah agama yang telah ditetapkan oleh Allah. Selaras dengan maksud ini, Allah berfirman yang bermaksud: bagi tiap-tiap umat yang ada diantara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama( yang wajib diikuti oleh masing-masing ) .[ surah al-Maidah, ayat 48 ].

Mafhumnya menurut ayat suci di atas, bahawa umat islam mempunyai perayaannya yang tersendiri, yang telah ditentukan oleh Allah iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Oleh yang demikian demi memelihara akidah dan amalan umat Islam daripada perkara-perkara yang tidak diredhai Allah. Maka mereka dilarang sama sekali meraikan dan menyambut perayaan agama dan kaum lain supaya tidak terperangkap di dalam unsur-unsur syubhah yang terkandung dalam upacara perayaan mereka.

Tujuan utama pensyariatan hari raya dalam Islam ialah untuk menzahirkan kesyukuran tidak terhingga ke hadrat Allah di atas kesempurnaan perlaksanaan sesuatu ibadah, perolehan kenikmatan Ilahi, keberhasilan kemenangan dalam sesuatu peristiwa penting di smping untuk menyatakan kegembiraan, keceriaan dan kesukaan yang merupakan sebahagian daripada naluri semula jadi manusia.

Kepada semua diingatkan janganlah kita leka apabila syawal menjelma, jangan biarkan diri kita didorong oleh nafsu, janganlah hanya di bulan ramadhan ibadah kita dipertingkatkan, bila raya pelbagai hidangan yang enak kita hadapi, kawallah nafsu kita, jangan makan ikut nafsu, tapi makan untuk teruskan hidup dan beribadah kepada Allah berbalik kepada matlamat kita dihidupkan untuk “ ubudiyyah”.

Rujukan : Akidah&Isu Sosial Masyarakat Islam

oleh Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Friday, September 11, 2009

BERAYA TANPAMU DISISI



1 SYAWAL nanti genaplah 6 tahun aku beraya tanpamu disisiku, agak sedih di pagi raya bila terkenangkan dirimu BABA... tapi aku akur aku perlu tabah untuk meneruskan hidup dan mengharungi liku-liku kehidupan ini. Aku perlu kuat kerana jika aku tidak kuat pasti mak akan merasa kesedihan yang sama.

Tetiba aku merasa kehilangan, walaupun bukan kehilangan saudara maraku, tetapi oleh kerana ukhuwwah yang terjalin telah membuatkan diriku merasai kesedihan yang dialami oleh sahabatku. Malam tadi aku dapat panggilan dari sahabatku di UKM [zati ], dia bertanyakan tentang seorg sahabat kami, adakah benar ayah beliau telah kembali ke rahmatullah? aku tidak tahu kerana semalam sebelum berbuka aku berborak dengannya melalui ym, dia tidak mengatakan apa-apa mengenai ayahnya. Tadi baru ku tahu bahawa ayahnya telah kembali ke rahmatullah malam tadi...

Takziah ku ucapkan kepadamu RAHMAH...
tabahlah dengan ujian ini, kita senasib, pasti kau akan rasa sedih kerana pertama kali beraya tanpa orang tersayang disisi, tapi aku tahu kau seorang yang kuat semangat dan cekal. Jangan putus asa kuatkan semangatmu, kita semua adalah milik ALLAH, setiap yang hidup pasti akan kembali ke sisiNYA. Aku tahu ayahmu sumber kekuatanmu. Tapi kau harus tabah, kita masih memiliki ibu, adik beradik, saudara mara, dan sahabat. Teruskanlah perjuanganmu agar cita-cita seorang ayah ingin melihat anaknya berjaya tercapai...sama-sama kita berjuang...selamat berjuang sahabatku!

KU KHUSUSKAN LAGU INI BUAT SEMUA SAHABATKU

[ rahmah, zati, afni, jue,hawa,zida, nana, ain, aiza, dayah pono, dayah berori, mai, k.sa ]


Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan


Thursday, September 10, 2009

.::Jom Tambah Bahasa::.

Hari ni kita belajar Bahasa Hindu :)
Ahad yang lepas ana ada belajar tentang tamadun India dalam madah Titas, adalah ana dapat sedikit bahasa yang rasanya nak dikongsi bersama pembaca untuk tambahkan lagi bahasa kita...

jom praktis... mula-mula siap sedialah lidah tu nak terbelit ye kawan-kawan:)

satya : kejujuran
ahimsa : kesederhanaan
brahmacharya : tidak berzina
aparigraya : kesucian
shaucha : kebersihan
santosh : kepuasan
swadhyaya : mengaji kitab
tapas : penjimatan

kalau pembaca nak tahu ini merupakan disiplin Hindu, siapa yang dah belajar Titas mesti dah tahu kan...apapun ilmu yang kita ada janganlah lokek untuk disampaikan :)
senyum sokmo...

Tuesday, September 8, 2009

HAYYA MA'ANA :)

AHLAN WASAHLAN:) HAYYA MA'ANA TAKALLAM BILLUGHAH 'AMIAH

MUSYFAHIM

SAYA TAK FAHAM

BUKRAH

ESOK

QUAYYIS

BAGUS

AIWAH

YE

MASYI

OK

BA’DA SYUWAYYAH

SEKEJAP LAGI

BITI’MIL EH

BUAT APE TU

BIKAM?

BERAPA HARGANYA?

Betulke selawat syifa' bercanggah dengan akidah Islam???

Suasana pagi yang baik, tidak ku tahu mengapa selepas sahur tadi terdetik di hatiku untuk membuka friendsterku yang rasanya telah lama ku tidak membukanya. Terdapat ramai kaenalan yg add my fs, dan menghantr komen n mesej.
semasa m'update fs, seorg kenalan mghntr mesej di fs ku, kami berkenalan dan dy memulakan topik perbncgn mengenai selawat syifa'. Dy meminta pendapatku mengenai berkaitan selawat syifa yg telah di dakwa bercanggah dgn akidah Islam oleh Dr MAZA di youtube : http://www.youtube.com/watch?v=J0Qu0d76cp8.

ini kerana ianya tidak mempunyai sumber yang sohih...

bagiku ianya tidaklah bercanggah kerana selawat ini bila kita lihat terjemahannya ia merupakan satu doa.

Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

sebenarnya bila kita salah faham berkaitan makna sesuatu ia akan merosakkan ayat tersebut...jadi kepada sesiapa yang ngin menta'rifkan sesuatu mksd rujukla pd yang pakar ye...jgn main ta'rifje.. nak tw adakah selawat syifa' ni bercanggah dengan akidah cube buka web
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=18



Monday, September 7, 2009

المرءة الصالحة



بسم الله الرحمن الرحيم.
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهديه ونشكره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا، من يهد الله فلا مضلّ له ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أنْ لا إله إلا الله وحده لا شريك لـه وأشهد أنَّ محمّدًا عبده ورسوله

سأتكلم عن موضوع " المرءة الصالحة".

فإني أحبّكم في الله وأوصيكم ونفسي بتقوى الله العليِّ القدير، القائل في محكم كتابه ﴿إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيراً وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْراً عَظِيماً﴾ سورة الأحزاب/35 .

فوالله إنّ دين الإسلام دين عظيم وإنّ وعد الله حقّ لا يخلفه الله تعالى وإنّ الكيّس الفطن الذكيّ من تمسّك بتعاليم هذا الدين العظيم وتمسّك بالخصال الحميدة الطيبة وثبت عليها إلى الممات.
أيها الإخوة الايمان والإسلام

أريد أن أشنّف مسامعكم بذكر خصال للمرأة الصالحة التي تتقي ربّها في السرِّ والعلانية، ليخرج الزوج إلى زوجته فيُخبِرُها بهذه الخصال الطيبة، وليخرج الأب إلى ابنته بهذه الخصال الطيبة، وليخرج الأخ إلى أخته بهذه الخصال الطيبة، مبتدئًا بمن وصفها الله تعالى في القرءان الكريم بالصدّيقة التي عاشت عيشة الطهر والنّزاهة والتقوى وفضّلها الله على نساء العالمين. ﴿وَإِذْ قَالَتِ الْمَلاَئِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَاكِ وَطَهَّرَكِ وَاصْطَفَاكِ عَلَى نِسَاء الْعَالَمِينَ يَا مَرْيَمُ اقْنُتِي لِرَبِّكِ وَاسْجُدِي وَارْكَعِي مَعَ الرَّاكِعِينَ﴾ ءال عمران/ 42-43
كانت تعبد الله تعالى وتقوم بخدمة المسجد ولا تخرج منه إلا في زمن حيضها أو لحاجة ضرورية لا بدّ منها.
ولنأخذ العزيمة والثبات والعبرة من موقف ماشطة بنت فرعون التي تمسّكت بدين الإسلام وأبت أن ترجع عن الحقِّ فقتلها الظالم الطاغية فرعون فماتت هي وأولادها شهداء، وبعد مئات السنين لَمّا أسري برسول الله صلّى الله عليه وسلّم شمّ رسول الله من قبرها رائحةً طيبة عطرةً.

فبالله عليكم هذا أين يحصل في هذه الأيام؟ من النساء من يكفرن بالله عند نزول المصيبة، من يكفرن بالاعتراض على الله إذا مات لها ولد والعياذ بالله. وفي الماضي من النساء من كنّ يعملن مبرات فيها خدمة كبيرة للمسلمين مثل زبيدة رحمها الله وهي امرأة هارون الرشيد عملت عملاً كبيرًا أجرت الماء من أرضٍ بعيدة إلى عرفات، لولا هذا الماء لهلك كثير من الحجاج وهي عملت ذلك ابتغاء رضا الله سبحانه وتعالى.

وخلاصة القول ، ولو نظرنا إلى حال كثير من النسوة اليوم، النساء الغنيات لوجدنا تنافسًا بينهنّ في اللباس الفاخر والمركوبات النفيسة والبيوت الفخمة وغير ذلك.

وأخيرا أيها الحضرون الكرام ، وأرجو إلى نفسي وإياكم أن يفهم جيدا عن المرأة الصالحة حتي يجعل إيماننا إلى الله حق الإيمان وليس هنا تقليدا ولا زللا وهيا بنا تتعمق فيها أحسن تعمق. أقول قول هذا وأستغفر الله لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sunday, September 6, 2009

SALAH SIAPA?

























em hari ni ktorg berjaga malam coz siapkan 2 assignment yang nak kene hantar esok. Madah TITAS tajuknya kedudukan seni dalam tamadun India, n HUBUNGAN ETNIK tajuknya Pluralistik masyarakat India Muslim..


salah sape???
tulah sebelum mid sem lagi puan dah bagi tugasan, tapi biasalah ktorg ni selagi bukan esok nak kene hantar selagi tu la x mula2. Sape harus dipersalahkan? tentulah diri kami sendiri..huhuhu

ktorg kene wat dalam group, 1 group sepatotnya 10 org tapi group aku 7 org je, aku, awer, jue,zida, mai,k.zura n k.ha... malam ni semua kumpul kat bilik aku kecuali sorg je ahli. 3 Laptop digunakan untuk wat assgmnt, 2 laptop taip satu laptop cari maklumat. tula laptop awer yang dah menternak virus trojan sampai ktorg nak masukkan pendrive pun dia da x bagi... hehehe...tahniah ye awer da berjaya jd penternak virus :)

malam ni org pertama tido aku lah coz penat sgt, tp kejap2 tersedar coz sebersalah plak biarkan dyorg wat aku sedap tido..hehehe...

pas aku awer plak tdo diikuti mai, ju, zida n k.zura
, kira tido bergilir2 la coz asgment byk x siap lagi.. tu lah tangguh2 lg kan tido pun da x cukup! salah sapa? diri sendiri jugakkan:)

kepada sesiapa yang membaca, ambikla pengajaran dari kisah ini. Jangan ikut sikap ktorg tw...

Saturday, September 5, 2009

burasak

ALHAMDULILLAH...
tetibe je teringat kat kg...lama lg balik kg, tiket 18/9 pagi sampai umah mesti malam...huhuhu pertama kali balik dengan budak2 johor, macam tak caye plak... sampai umah nanti mesti daun pisang nak buat burasak n pakloi dah ada kan...x sabar plak rasanya..hehehe hari tu tye mak buat kuih raya x tahun ni? mak kata x buat beli je, almaklumlah anak dy yg sorg ni jaoh, 2 hari nak raye plak 2 baru balik...hehehe...raya ni aku dapat tolong buat burasak je la sebab aku sampai umah sehari lagi nak raya...pasang langsir, sapu tepi rumah adik2 aku la yang kene uruskan..hehehe sabor ye sukma, pipit n aman...


ni lah rupa burasak n pakloi
















ni la keadaan rumah aku raya lepas, raya ni x tw tema warne ape plak..ke masih kekal....

Friday, September 4, 2009

PESAN TERAKHIR

Wahai MUJAHID DAKWAH!
Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan
pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman. Engkau sekarang telah jadi. Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran, engkau telah turut menentukan jarum sejarah seperti orang lam. Engkau telah sampai pula ke batas sejarah, kini dan nanti. Engkau telah memenuhi hidupmu dengan tekun dan sungguh, ikut memikul yang berat menjinjing yang ringan, membawa batubata untuk membangun gedung Ummat ini. Engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan airmata, kesengsaraan dan penderitaan. Kawan hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka, telah tak ada lagi. Ia tak sempat menghantarmu sampai ke batas perhentian. Tengah jalan dia pulang, dan engkau ditingga]kannya di daerah kesepian. Di atas kuburnya telah tumbuh rumput, daunnya subur menghijau. Bunga suci aku lihat tumbuh pula di atas pusara sepi itu. Tangan siapa gerangan yang menanamnya, aku tak tahu. Biarkan dia tumbuh menjadi. Akan tiba juga masanya bunga suci itu mekar-mengumtum. Eva dan Sofia akan memetik dia kelak, akan mempersunting dia penghias sanggulnya. Sudikah engkau menulis nisan-kenangan di atas kuburnya, sebagai tanda pembalas jasa, kerana dialah tolan penolong engkau di medan bakti?





Thursday, September 3, 2009

SENYUM SOKMO :)




SENYUM adalah perhiasan dunia

SENYUM adalah bahasa dunia yang menunjukkan keceriaan
membawa maksud bagi umat manusia

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna..

SEWAKTU kita berhubung dengan orang lain, sewajarnya kita SENYUM

SENYUM adalah jalan pintas bagi anda mengatakan anda menyukai seseorang

SENYUM yang kamu berikan kepada sahabat kamu adalah satu sedekah..

SENYUM adalah jambatan perhubungan persahabatan

SENYUM adalah satu pelabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.

Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM

SENYUM harus ada ketulusan

SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak menyenangkan, sama sahaja dengan kening yang berkerut

Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan menggerakkan hanya 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja memerlukan pergerakan 40 otot untuk bekerja..BAYANGKANLAH!!

Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan

Bila kita SENYUM kat orang, orang itu akan SENYUM balik pada kita

Orang akan merasai dihargai apabila kita senyum padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita..Lantas, mengapa kita tidak muliakan? Muliakan dengan diri kita.

SENYUMlah dengan orang yang anda tidak kenali hari ini, insya-ALLAH dia akan membalas SENYUMan anda itu.

Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan..William Shakespear ada menyatakan..apa yang anda kehendaki adalah lebih cepat daripada memotong lidah dengan pedang adalah SENYUMan..

Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup anda

Bila berhadapan dengan keadaan susah, SENYUMlah..

Bukankah ketawa yang sopan itu sihat?

Pujangga menyebut.."SENYUMan itu kelopak" - tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya..

So..SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan tidak berpura - pura. Kerana yang bepura-pura itu hanyalah mendapat sakit sedangkan orang yang melihat SENYUManmu itu mendapat barakah..

Tapi AWAS!!! jangan menyalahgunakan SENYUMan..bahaya!

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....



As salam to all my fren

Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semalam sahabat ana dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah
Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi
wabarakatuh"

Beri salam - "Assalamualaikum"
Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata

"Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...

Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan "A'kum"

Untuk renungan bersama :

JANGAN lah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum"
dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
"A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan "AKUM" adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG'
dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan "Avde Kokhavim U Mazzalot" yang bermaksud
"HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT". Mulai sekarang jika ada orang
hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

SERIKANDI PILIHAN

Serikandi pilihan
Maryam binti `Imran
Kisah wanita cekal ini diabadikan al-Qur’an dalam beberapa surah seperti Surah `Ali Imran dan Surah Maryam. Ibu Maryam bernazar apabila beliau melahirkan anak kelak (yang diharapkannya seorang lelaki), anaknya itu akan berkhidmat di Baitul Maqdis iaitu Masjid Aqsa. Walau bagaimanapun, beliau akhirnya melahirkan seorang anak perempuan iaitu Maryam. Maryam dewasa dan menjadi seorang wanita yang sangat jujur. Seluruh hidupnya dihabiskan untuk melaksanakan perintah Allah dan Maryam sentiasa memperoleh bimbingan serta perlindungan Allah; sesuai dengan doa ibunya yang menyerahkan Maryam kepada Allah s.w.t. sebagai nazarnya.
Terjemahan : “… Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku melindungkannya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.”
(Surah Ali `Imran 3:36)
Maryam memperoleh kurniaan yang sangat besar ketika berusia tiga belas tahun. Jibril a.s. yang menjelma sebagai seorang lelaki membawa berita kepada Maryam bahawa beliau akan hamil dan melahirkan seorang putera yang diciptakan dengan kalimah yang datang daripada Allah. Berita kehamilan Maryam tersebar luas di kalangan Bani Isra’il dan ada di kalangan orang Yahudi yang menuduh Maryam melakukan perbuatan keji dengan Yusuf al-Najjar (yang dikatakan saudara sepupunya dan merupakan lelaki yang salih lagi tekun beribadah). Di samping itu, ada pula yang mengatakan bahawa Maryam melakukannya bersama Zakaria a.s., yang bertanggungjawab memelihara Maryam sesudah kematian bapanya, `Imran. Begitu hina dan zalimnya mereka yang melemparkan tuduhan sedemikian rupa kepada hamba-hamba Allah yang suci lagi bertaqwa kepada-Nya. Sesudah melahirkan `Isa, Maryam kembali kepada kaumnya. Kisah ini dirakamkan oleh al-Qur’an.
Terjemahan : “Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan mengendongnya. Kaumnya berkata, `Wahai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar.Wahai saudara perempuan Harun, bapamu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang penzina.’
(Surah Maryam 19:27-28)
Dengan mukjizat kurniaan Allah s.w.t., Nabi `Isa a.s. yang masih bayi itu dapat berkata-kata untuk mempertahankan bondanya yang sememangnya seorang wanita suci. Dalam satu ayat lain, al-Qur’an menegaskan lagi kesucian diri Maryam:
Terjemahan : “Dan (ingatlah) ketika malaikat (Jibril) berkata, “Wahai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, menyucikan kamu dan melebihkan kamu atas semua wanita di dunia (yang semasa dengan kamu).”
(Surah Ali `Imran 3:42)

SAHABATKU, KOME MOLEK BERBAJU BATIK :)

rajin kak awer ni baca buku:)



BARU HABIS PEMBENTANGAN....DI MAKTABAH CARI RUJUKAN

DALAM VAN NAK GI BAZAR RAMADHAN SEMPAT LAGI BERPOSING :)

Teman sejati
Selama ini kumencari-cari
Teman yang sejati
buat menemani perjuangan suci
bersyukur kini padaMu Illahi
teman yang dicari selama ini
telah kutemui..
dengannya disisi perjuangan ini
senang diharungi
bertambah murni kasih Illahi....
kepadaMu ALLAH
kupanjatkan doa
agar berkekalan kasih-sayang kita....
kepadaMu teman
kupohon sokongan
pengorbanan dan pengertian
telah kuungkapkan
segala-galanya..
kepadaMu ALLAH
kupohon restu
agar kita kekal bersatu...
kepadamu teman
teruskan perjuangan
pengorbanan dan
kesetiaan....
telah kungkapkan segala-galanya
itulah tandanya
kejujuran kita..

Tuesday, September 1, 2009

KHAS BUAT SAHABAT K.ABID

Setiap hari ku pasti mengingatimu...
saat kita bersama sentiasa bermain di fikiranku...
walaupun jauh beribu batu kau selalu hadir dalam benakku....
sekiranya sehari tidak ku ketahui khabarmu...
pasti diri ini akan tertanya-tanya...
dimanakah dirimu berada...
jika dulu dapat ku tatap wajahmu setiap hari,
tapi kini ianya menjadi memori...
kita dipisahkan bagi mengejar cita-cita yang telah sekian lama terpatri di hati...
walau bagaimanapun tidak mengapa,
kerna ku tahu sahabat sejati sentiasa di hati...aku pasrah dan redha dengan ketentuanNYA...
setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
moga perpisahan ini mengajar kita erti SAHABAT SEJATI...
semoga dirimu sentiasa diberkati dan diredhai...
ukhuwwah fillah ya ukhtie
bitaufiq wannajah!!