Followers

Showing posts with label [ halatii ]. Show all posts
Showing posts with label [ halatii ]. Show all posts

Monday, June 6, 2016

.::HIKMAH::.



Setiap orang pasti pernah rasa diuji
Setiap orang pasti pernah rasa tak kuat bila diuji
Setiap orang pasti pernah bersedih dengan apa yang menimpa dirinya tidak seperti yang diinginkan
Setiap orang pasti pernah merungut dengan ujian
Setiap orang pasti pernah putus asa dengan ujian
Setiap orang pasti pernah kecewa bila tiada harapan



Pembaca Nur Daie yang dicintai kerana Allah, 
Jika kita didatangkan dengan ujian, 
Yakin dan yakin dengan ALLAH
Yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan diri hambanya
Doa, Senyum, Yakin, Positif itu yang terbaik

Pembaca Nur Daie yang dikasihi kerana Allah, 

Belajarlah ambil pengalaman disebalik ujian
Pengalaman adalah kunci hidup
Pengalaman perlukan pengorbanan
Pengorbanan untuk harga yang perlu dibayar
Setiap harga ada hikmah
Setiap hikmah perlu dicari
Cari hikmah yang positif
Baru hidup sentiasa diberkati


Sunday, March 29, 2015

RINDU BERTAMU DI UniSZA


ALHAMDULILLAH.. syukur padaMu Ya Allah kerana beri peluang kepada penulis melepaskan rindu ke tempat pengajian dahulu.  Walaupun perasaan tidak seperti apabila pergi sendiri ke UniSZA, namun pengalaman dan kenangan yang cukup bermakna seminggu yang lalu seperti berada di UniSZA.



kenangan melawat booth UniSZA di UTHM  bersama ahli-ahli
 KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR CAWANGAN RENGIT

dari kiri : Syahreen, kak umi (staf UniSZA), Al-Fateh dan Aiman


Entah mengapa perasaan rindu zaman pengajian bermain diingatan, rindu dengan insan-insan yang pernah menjadi peneman dikala suka dan duka, kenangan 3 tahun bersama.

Kenangan bersama SMJ Sdn Bhd

Kenangan Pagar Utama Unisza

Kenangan semasa semester 1

Kenangan bersama rakan dakwah A & B

Kenangan bersama Kelas Dakwah B yang sangat  sporting dan ceria







#Berharap dapat ke sana suatu masa nanti....
#Rindu Bertamu di UniSZA

Monday, April 2, 2012

GAJI GURU NAIK 2012


Respon Orang yang TAK PUAS HATI :

1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !!

Friday, March 16, 2012

CIKGU OH CIKGU

Perkembangan mutakhir dalam masyarakat kita menggambarkan bahawa masalah dan cabaran  terus meningkat dari semasa ke semasa. Arus perubahan yang kuat melanda masyarakat menuntut satu pembaharuan yang bermisikan pembangunan kualiti insan dijanakan agar impian mewujudkan masyarakat murni dapat direalisasikan. Dalam hal ini penggemblengan tenaga dan fikiran dari setiap lapisan masyarakat adalah dituntut untuk tidak membiarkan agenda besar ini menjadi tatapan dan fantasi semata-mata. Pemantapan dan pembinaan generasi pelajar dari aspek kualiti jati diri, aqidah, intelektual, moral dan akhlak adalah satu tuntutan murni agar pelajar mempunyai idealisme perjuangan dalam tuntutan pembaharuan ketamadunan negara ini.

Dalam pengajaran di sekolah proses pengajaran dan pembelajaran haruslah di beri perhatian sepenuhnya. Proses pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan guru dan pelajar dan sememangnya memerlukan satu usaha yang berpanjangan ke arah menyediakan pendidikan yang komprehensif dan efektif terhadap segala isi pembelajaran yang disampaikan. Kejayaan seseorang biasanya akan dikaitkan dengan faktor pendidikannya. Bukan setakat siapakah gurunya yang akan dipersoalkan malah latar belakang keluarga, permakanan, pekerjaan penjaga, amalan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan kehidupan seseorang itu tadi. Sebenarnya faktor-faktor yang menyumbang kepada pengajaran yang berkesan tidak sahaja bergantung kepada kemampuan insan yang bergelar guru akan tetapi ianya memerlukan pemahaman, pengorbanan dan kerjasama daripada banyak pihak. Namun begitu guru memiliki peratusan yang sangat besar serta memainkan peranan yang sangat penting bagi membentuk kejayaan muridnya.

Globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini juga telah memberi kesan terhadap bidang pendidikan.  Kementerian Pelajaran Malaysia pula telah membuat beberapa perubahan terhadap kurikulum, pedagogi, penilaian dan pengurusan pendidikan bagi menghadapi cabaran pada abad ini. Penggunaan teknologi maklumat merupakan alat bagi membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik.  Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini seperti komputer akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Ia dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru dan mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

Literatur tentang gaya pembelajaran jelas menunjukkan bahawa sememangnya terdapat pelbagai gaya pembelajaran dan individu-individu mempamerkan gaya yang unik. Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah. Sesuatu teknik atau kaedah belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya. Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja.

Pada tahun 1979, sebuah akhbar terkemuka di London telah membuat satu kenyataan yang amat serius tentang profesion perguruan dengan memetik pendapat umum bahawa hendak menjadi seorang guru di kota London amatlah mudah, lebih mudah  daripada menaiki bas. Kenyataan ini dibuat kerana umum berpendapat bahawa tugas seorang guru adalah amat mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa latihan yang kompleks. Ia juga merupakan satu kemahiran yang boleh dikuasai oleh sebarangan manusia. Saya rasa keadaan dan pendapat ini berjangkit daripada sikap guru itu sendiri. Bilik darjah kini penuh dengan guru yang sehingga kini menyampaikan isi pelajaran tanpa mengira sama ada murid belajar ataupun tidak, dan seterusnya merasai bahawa beliau telah menjalankan tugasnya sebagai guru dengan memuaskan. Mereka tidak sedar ataupun sengaja melupai konsep asas pengajaran iaitu :

Guru mengajar = murid belajar

Kebanyakan guru di bilik darjah tidaklah boleh digolongkan ke dalam kumpulan ini.  Dalam hal ini satu aspek yang penting harus dikuasai iaitu kaedah dan teknik bagaimana caranya untuk menyampai isi pelajaran. Ini termasuk teknik bilik darjah dan pendekatan serta kaedah penyampaian sesuatu jenis ilmu pengetahuan.
Justeru kaedah perlu ada dalam setiap aspek pembelajaran. Perkataan "kaedah" pula bermaksud cara atau sistem dalam melakukan sesuatu perbuatan (Kamus Dewan, 2000:557). Mok Soon Sang (2002: 5 1-52) pula mendefinasikan kaedah sebagai cara atau peraturan untuk membuat sesuatu. Kaedah juga bermaksud satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang spesifik dalam jangka masa yang pendek. Tanpa kaedah yang terancang dan bersesuaian, sesuatu yang diusahakan itu tidak mungkin sempurna hasilnya. Untuk membaca  al-Quran, kaedah amat penting diketahui dan dipraktikkan. Ianya tidak boleh dibaca begitu sahaja secara membuta tuli kerana cara ini tidak berkesan, membosankan dan terdedah kepada kesalahan.

Jadi seorang pendidik harus memahami kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar supaya kaedah pengajaran yang sesuai boleh digunakan. Sedapat-dapatnya, kaedah padanan (matching) gaya pembelajaran dengan gaya  pengajaran harus dilakukan. Ini memandangkan dapatan kajian-kajian yang lepas Dunn, Dunn & Price, 1989; Orsak, 1990; Perrin, (1990) yang mendapati pencapaian yang signifikan dalam pembelajaran apabila padanan dilakukan. Seandainya keadaan tidak mengizinkan, usaha harus ke arah menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran agar tuntutan gaya pembelajaran yang berbagai-bagai dalam satu-satu kelas dapat dipenuhi.

Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendri mengubah paradigma, mengubah cara berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat.

(Rujukan : MOS- Rosmiyati Billak, lATIHAN iLMIAH -Khairiah Billak)

Tuesday, January 17, 2012

bErDebar RaSA dIhATi.....

Aku TeRjAGa Dari tIDUR taTkala alaMKU bERbUNyi...
tepaT Jam 12.30 PagI...aKu MelIhat Hp ku 2 MeSEj DItERima....


"salam tik, dah bersedia x?" mesej pertama
"jqof da leh tgk skrg" mesej kedua


tIbA2je BerDeBAr rAsa HatI..PeRASaan ttaKUT mULa menGHantuI...
KU kUAtkan SeMANGAT untuk banGUN..


TiBA-TIBA....


lau kunna musta'iddina limuwajahan.........
hehe... 1 Panggilan diterima dARI hawa.... 
deNgar sUARA jE DAH tw DAh hepy semaCAm...
alhamdulillah dy dapat...
seMakin BersEMANgat Kaki ni MelaNGKAh mENdapatKAN laptop KesayaNGan...
tAngaN seTia MenEKAN hUruf-huruf Di Laptop dan terus membuka PorTAl KPM....


dUP Dap duP dAB....


SEMAKIN bErDebar RaSA dIhATi.....


ALHAMDULILLAH SYUKUR PADAMU YA ALLAH.....


TatKalA mELIHAT sKRIN....



TAHNIAH !
Anda berjaya ditawarkan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR j-QAF) Ambilan Januari 2012.

Berikut adalah maklumat tawaran tersebut.| Maklumat Tawaran | Nama : ROSMIYATI BINTI HAJI BILLAKKursus : A210A0000L - BAHASA ARAB (KPLI j-QAF)Mod Program : LPBSTempat W03 - INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKJALAN YAACOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK56000 KUALA LUMPUR WP KUALA LUMPURTarikh Lapor Diri : 30-JANUARI-2012Masa : 8.30 PAGI HINGGA 11.00 PAGITempoh Pengajian : 18 BULAN (1 1/2 TAHUN) 


Lega Rasa DI hati..aLHamdulillah..akhirnya anggur Membuahkan Hasil.... PERjalANAN SETerusnya MeNghADAP iLAHI....TAHNIAH DIUCAPkan KEPaDA sEMUA kAWAN-kAwAN yang Dapat JQAF :)

Monday, January 16, 2012

al-KisAH PeNaNAm Anggur...

iNIlah kisah PenaNam AnggUR selepas meNGhabisKan PelAJAran di UniSZA....

Mei 2011

- TaMaT PeNGaJIaN di UniSZA daLam ISM DaKwAH

Mei - JuLaI 2011

- BeRkHidMat di SeKreTarIAt KeSAtuAN pELajar IslaM jOHor (VillA pEJuaNG)

tAwArAN jUlAI 2011

- DiTawarkan BeRKhiDmat Di YAPEIM sImpANG rENGGAM
- DitAwArkan BerkhiDmat di One StOP cENTre KPIJ (jIKa saYa Berminat Akan DitubuhkAN di Taman PerLIng Johor)
-DiTawarkan BerkhiDmat di .............................. (lupe ape namanye) di Taman PerLing JohOR...
- dItAWarkan BerkhidMat Di SekOlAH sRi ABIM jOHor (Bermula OGOS)

* SemUa tAWarAN tErpAKsa DitolAK keraNa Telah bErJanji untUK MEmbanTU keLUarga BerNiaga jUADAH bErbuka..huhuhu

OGos 2011

- bERnIAGA kECil-kECilan JuaDah BerBuka Puasa

SepTember 2011

- MenyAMBut HarI rAyA berSAmA kELuARGA TErsAYanG
- DiSahkaN sEbagaI Graduan UniSZA dAN mENDAPat SkRoll dARIPADA perMaisuri (Tuanku ZahIraH) MeraNGKap CanSElor UniSZA

 25 SePTemBeR - 7 dIsEmber 2011

- BeLajAR mEmANdu (B2 & D) Di BENTARA HARUNG poNTian

9 & 23 dIsemBER 2011

- tEst MotOR & KerEta

15 DisEMber 2011

- DitEMuduGA KPLI JQAF AmBIlaN jANUari 2012
- fAMily Day YaYASan WarIsAn DuMAng

31 DiSEMber 2011

- dAPat LeSen PerCubaaN mEMANDU....

dAN SEcARA tIDAK lANGSung sempena TahUN bARU 2012 DilanTIK secArA Tak RasMI

JaNUari 2012

- pEmanDu tAK bERbaYar (hANtar adik-adik Gi tuiSYen)
- MenUnggu kEPutusan piNangan Dari JQAF (17 JaNuari 2012) 

huhuhu...cepat je masa berlalu..tak SangKa dah 8 buLan BerGelar PeNanAM aNGGur...masih sETia menunggu HasIL tANamAN..... :)

Inilah kIsah PenANAM aNGGUR yANG Setia....



Wednesday, December 28, 2011

kAli KeDua.....Sambungan Pertama kali....

kALI kEdUA.....

26/12/2011
Kali kedua main bowling...
at BP MALL
kali ni celebrate bufday girl (Mariah)
bersama AD & AT YWD
(jiran2 Parit Betak)

Hot hOT Hot
TERBAEEKLA!!!
Group JLX 

tERbaik Jugak Group JNG...
pEPUN bOLEH Banyakkan Trainning LAGI...
Untuk Kali yang ketiga
Boleh sambung mAin Kat PontIAn Plak..hehe

Bersama Wali


 TQ kepada A.mAD. nOH coz Dari Melaka sanggup turun sertai ktorg..TERBAEEKKLA..hehe

Saturday, December 24, 2011

sedang aku lena dibuai mimpi....
tiba-tiba diriku tersedar...
aku teringat akan mereka...
rindu rasanya...
bilalah dapat bertemu kembali...
berkumpul dan berkongsi cerita...


perancangan ingin ke BUMI UniSZA pada 15/11/2011 terpaksa ditunda...
maaf kawan2 plan tak menjadi...
INSYAALLAH andai ada rezeki kita semua akan berjumpa juga kelak...

pERTama KaLi...


23/11/2011

hari GeMBIra n MeNYedIHkan...
 nak tahu kenapa???

hURmm...

gembira...
ALHAMDULILLAH...
penantian selama ini, berbaloi akhirnya...
lega sudah "TAHNIAH! awak LULUS"
itulah ungkapan dari JPJ...
seronoknye dah dapat lesen :)
boleh bawak kete MYVI JLX8711 :)

pertama kali??
hehe pertama kali jejakkan kaki n main bowling...
kira celebrate la konon..hehe
padahal nak celebrate anak sedara 
AFIQ...
tahniahlah pada dia coz dapat 8A dalam PMR..memang terbaeekkk...
tahniah jugak pada ARIF dapat 3A...cucu2 HJ bILLAK yang sulung-sulung ni memang the best :)


kenapa menyedihkan?

23/11/2003
merupakan hari BABA KEMBALI KERAHMATULLAH...
genap 8 tahun BABA PERGI TAK KEMBALI...
ALFATIHAH BUAT BABA yang DISAYANGI...


Monday, August 22, 2011

NUR DAIE KEMBALI...

Alhamdulillah..NUR dAIE masih diberi peluang dan kesempatan untuk kembali menulis lagi..agak lama meninggalkan rutin menulis di alam kampus menyebabkan NUR dAIE kekeringan idea untuk menulis..alhamdulillah peulis NUR DAIE telah pun selesai menamatkan pembelajaran di UniSZA hampir 3 bulan lebih..dan akan menerima anugerah pengijazahan pada 17 september 2011... 

Sekarang penulis NUR DAIE masih berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Selama 2 bulan penulis mengorbankan masa yang ada untuk berada di sekretariat KPIJ bagi mempelajari bagaimana ilmu yang  dipelajari di dewan kuliah dipraktikkan di lapangan..alhamdulillah 2 bulan berada di sekretariat banyak pengalaman yang diperolehi...

Kini selama sebulan lebih waktu berbaki sebelum konvo penulis menghabiiskan masa di rumah sambil membantu ibu dan keluarga menyediakan juadah berbuka puasa untuk di jual di hadapan rumah..alhamdulillah dapat mengisi masa lapang sepanjang ramadhan...

hati sedih tatkala melihat wall-wall di FB tentang sahabat-sahabat yang telah memperolehi pekerjaan walaupun tidak tetap...selalu tertanya2 kenapa diri ini tidak seperti mereka,, penulis yang dulunya aktif di kampus masih belum memperolehi pekerjaan berbanding sahabat-sahabat lain..tapi keyakinan diri tetap membantu dan berfikiran positif amat diperlukan.  

setakat 3 bulan terdapat beberapa tawaran pekerjaan yang diberikan oleh beberapa individu, namun setelah berfikir panjang dan berbincang dengan beberapa pihak tawaran ini terpaksa ditolak atas sebab-sebab yang munasabah..

akhir kalam, mohin sahabat-sahabat mendoakan penulis NUR DAIE mendapat pekerjaan yang sebaiknya untuk membantu keluarga dan jemaah...

~salam mahabbah dan RAMADHAN KAREEM dari NUR DAIE~

Friday, May 6, 2011

perpisahan..

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

tak tenang....

Saat ini aku pelukanmu sahabat...
satu panggilan ku lakukan..
nyata gagal dihubungi...
aku mencuba lagi...
kegagalan kali kedua...
aku tidak putus asa...
aku mencuba lagi...
tetap gagal...

aku berfikir dan terus berfikir...
dalam masa yang sama
hati nakal ku berkata...
dia dah lupakan aku...

tetapi hatiku silap...
hensetku berbunyi...
panggilan darinya...
tapi...
oleh kerana kecil hati panggilanku tak diangkat...
panggilannya tidak ku angkat..
aku membiarkan hensetku terus berbunyi...
nyata 4 kali panggilan darinya...

tapi masih tidak dapat menjwab..
aku takut perasaan marah yang keluar dulu tatkala menjawab panggilannya...
aku cuba bertahan..
mencari mood kembali...
aku tidak menyalahkanmu sahabat..
tapi aku tidak mahu perkara lain yang jadi..
maafkanku...

Saturday, April 23, 2011

Tesis OH Tesis...

KEM TESIS SIRI 1

KEM TESIS SIRI 1

KEM TESIS SIRI 1

KEM TESIS SIRI 1


Alhamdulillah selaut kesyukuran dipanjatkan kepada Rabbul Jalil atas nikmat yang tidak terhingga.  Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Muhammad (s.a.w.) para sahabat, tabi’ tabiin pelangsung dakwah agama Allah di muka bumi ini.  Alhamdulillah, akhirnya latihan ilmiah ini dapat disiapkan.

Saya dengan seikhlas hati ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada penyelia latihan ilmiah, Puan Nor Salimah Abu Mansor di atas segala bimbingan, teguran, tunjuk ajar, nasihat dan panduan yang telah dihulurkan sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.

Sekalung penghargaan juga kepada Ustaz Ab. Razak Aripin, Mohd Sidek Roslan, Mohd Salehuddin Ahmad Miskam, Zoolhilmi Ahmed dan semua Exco Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor atas maklumat dan kerjasama yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.  Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada setiausaha agung ABIM, saudara Muhd Raimi Abd Rahim yang juga turut memberikan maklumat di dalam penyelidikan ini. 

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Bahagian Dakwah dan Pendidikan Jabatan Agama Johor yang telah memberi kerjasama dan maklumbalas atas penyelidikan yang dijalankan.   Sekalung penghargaan juga kepada ibu yang tercinta Siti Zubaidah Ali  dan juga ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sehinggalah saya berjaya menyiapkan penyelidikan ini.

Akhir sekali tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat dan yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu memberikan pandangan dan idea kepada saya untuk  menyiapkan latihan ilmiah ini.

Sekian, wassalam.



.

Friday, March 4, 2011

~DARI HATI KE HATI~

AKU BUNTU....

Masih terngiang-ngiang luahan hati mereka...
aku tidak menyangka sebegitu yang mereka pendamkan selama ini...
banyak yang aku tidak tahu lagi hakikatnya...
aku cuba mencari jalan penyelesaian...
tapi AKU BUNTU....
sehingga kini aku masih belum menemui jawapan...
adakah wajar apa yang telah ku katakan kepada mereka aku realisasikan???
AKU BUNTU...
jalan mana yang harus aku pilih...
aku cuba mendekati mereka...
aku cuba memahami mereka...
setiap seorang aku dengar luahan hatinya...
aku cuba untuk mencari jalan yang terbaik...
tapi adakah sosusi yang ku berikan kepada mereka adalah yang terbaik???
aku dah usaha...
aku cuba jadi yang terbaik buat mereka semua..
tetapi seandainya aku gagal menjadi yang terbaik buat kalian
aku MOHON MAAF..
aku INSAN BIASA...
aku cuba memuaskan hati banyak pihak...
dengan memahami setiap luahan mereka...
aku fikir kembali apa yang telah diluahkan..
aku cuba jadi pendengar yang terbaik..
aku cuba fikirkan solusi....
aku tidak berharap solusiku di terima...
tapi aku harapkan mereka memikirkan SOLUSI ku itu..
seandainya ia dapat memberikan kebaikan IKUTLAH...
seandainya ia akan mendatangkan keburukan JAUHILAH...
Kembalilah kepadaNYA..
kerana DIA MAHA MENGETAHUI...

~DARI HATI KE HATI~

Thursday, February 3, 2011

hari2 yang berlalu takkan ku lupakan..

Assalamualaikum..sekadar bercerita...

Seminggu berlalu... mengajar aku erti persahabatan, erti kesabaran, ketabahan dan kecekalan....kenangan terakhir bersama  kalian sebelum aku menamatkan pengajianku di sini.

30 januari 2011..pengalaman pertama bagiku....jaulah kuala terengganu menyebar flayers bg mempromosikan satu program PMGANU'11. Dari utara ke selatan aku bersama seorang adik yang juga sama sepertiku tidak pulang ke kampung cuti ini bagi membantu merealisasikan PMGANU'11. Hakikatnya, tahun akhir ini baru aku dapat jaulah kuala Terengganu, baru mengenal kawasan2 dan kampung2 yang berhampiran...Walaupun kami sebenarnya tidak mengenali jalan dan tempat yang hendak dituju, kami kuatkan semangat untuk teruskan misi ini...
12.30 hr, kami memulakan operasi, perumahan sekitar kuala terengganu kami jelajahi, menjadi posmen tak bergaji, bagi membantu promosi, PMGANU'11 yang bakal menjadi realiti....hujan dan panas kami harungi...
5.30 petang baru selesai, tatkala ingin memulangkan "bahtera" yang dipinjamkan oleh seorang sahabat kami diuji dengan satu lagi ujian...tatkala itu hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa gelisahnya hati, tatkala itu perasaan sebersalah menghantui, mahu memulangkan hati tidak mengizinkan, diberi dengan baik dipulangkan juga harus baik bagiku..aku berusaha mencari penyelesaian..akhirnya ALLAH membantu kami dengan mendatangkan 2 orang teman....
Malam hari kami diuji lagi..."penyakitku" datang kembali...aku syahid seketika di bilik sahabatku...sehinggakan tidak sedar masa berlalu..jam menunjukkan pukul 10.20mlm, badanku terasa lemah, aku menguatkan diri untuk kembali ke bilikku...
perjalanan malam itu aku tempuhi dengan bertemankan angin aku berjalan seorang diri...langkah demi langkah aku kuatkan kakiku...sampai di bilik aku membersihkan diri, kesakitan masih juga terasa...akhirnya aku ketiduran...
-pengalaman yang cukup bermakna bagiku-



Seminggu ini aku sibuk dengan tesis, assgmnt dan tugasan untuk menjayakan PMGANU'11...banyak urusan yang perlu dilakukan memandangkan seminggu sahaja masa untuk membuat persiapan...hatiku seakan ingin pulang ke kampung tatkala melihat sahabat-sahabat pulang..tapi apakan daya aku lebih diperlukan di sini...lagipun hanya 4 bulan lebih sahaja lagi aku di sini, jadi inilah masanya untuk aku bersama sahabat2 di Terengganu ini esp pelajar UNISZA...tidak tahu utk PMGANU'12 aku daat bersama kalian lagi atau tidak...huhuhu....

Sepanjang seminggu ini seorang sahabat yang selalu membantuku tatkala aku memerlukan bantuan, tidak kira dari segi idea atau perkongsian...terima kasih sahabat kenangan bersamamu sepanjang menjayakan prgrm ini dan perkongsian ilmu yang bermakna tidak akan ku lupakan..semoga ukhuwwah kita berkekalan...aku gembira mempunyai sahabat sepertimu...semoga kau terus sabit dijalaNYA...semoga segala urusanmu dipermudahkan.....AMIN....
~89~

Tuesday, January 25, 2011

terima kasih semua...anda HEBAT!!!

lama tak update blog...maklumlah nama pun pelajar kan...sibuk dgn tugasan, tesis, program dan macam2la....khamis-sabtu yg lepas terlibat dgn progrm T.O.F (KAFI'11) anjuran PKPIM dan KEPITAR....banyak jugak ilmu yang aku dapat termasuklah ilmu duduk kat dapur :)..terima kasih kak izzah ajar kami....(aku. syikin n k.ainon)...x lupe juga pd k.ruqayyah yg bg ceramah kpd pembantu2 tukang masak tatkala makanan semua dah siap... kira dah xde keje la ni..hehe...bukak klinik kesihatan kat dapur :)..seronok bekerjasama dgn mereka walaupun baru pertama kali berjumpa... x lupe juga pd sahabat muslimin nazir, azwad n hadi yg membantu saat diperlukan...kepada semua peserta T.O.F yg muslimat ingt pesan ustazah masa tazkirah nisa', anda adalah yg terpilih dan anda HEBAT!!! Teruskan perjuangan.... pengalaman yg ustazah ceritakan 2 jdkan pembakar semangat kita dalam mengharungi liku2 kehidupan...kpd peserta muslimin kalian juga HEBAT..kerana dalam ramai2 bilangan pelajar di unisza kalian telah memilih jalan ini...dan kalian telah dipilih oleh ALLAH..jd jgn sia2kn apa yg kalian dapat..teruskan perjuangan..praktiklah apa yang telah kalian dapat...x semua orang mendapat sepertimana yg kalian dapat...

Monday, January 17, 2011

aku yang masih mencari...

aku...
masih mencari apakah status aku...
benarkah aku seorang mahasiswi???
apa yang aku faham tentang mahasiswi???
bila orang bertanya adakah aku mampu menjawab sebagai seorang mahasiswi???

aku masih mencari apakah status aku....
adakah layak aku digelar mahasiswi???
sedangkan aku masih mencari ilmu, masih bertatih mencari pengalaman dan pengetahuan...
layakkah aku???

aku masih teringat persoalan2 yang dikemukakan oleh sahabat-sahabat kepadaku...
adakalanya selepas menjawab aku memikirkan kembali adakah benar jawapanku???
adakah itu jawapan seorang mahasiswi???

tanpa ku sedar....
masa berlalu pergi...
matahari terbit dan terbenam setiap hari...
hari berganti hari...
bulan berganti bulan....
tahun 2010 melabuhkan tirai...
tahun 2011 datang tanpa disedari...
tidak lama lagi...
aku bakal menjadi graduan...
sekali lagi persoalan demi persoalan...

aku masih mencari jawapan...
benarkah aku seorang mahasiswi???
benarkah aku bakal memegang status sebagai graduan???
layakkah aku???

YA ALLAH...berilah aku jawapan...semoga segala yang aku pelajari selama 22 tahun mendapat keredhaan dan keberkatan dariMU..AMIN YA RABB....



Saturday, January 8, 2011

Mencari redha ILAHI...

lama menyepi...
tetapi kenapa tiba-tiba muncul kembali???
saat aku telah berjaya melupakanmu..
kau muncul kembali dalam hidupku....

sekali lagi aku tewas...
aku telah bersedia mencari pengganti...
aku redha dengan keputusanku...
untuk melupakanmu bukan mudah...
tapi aku cuba juga...
alhamdulillah aku berjaya...

tetapi...
semalam aku ternampak kelibatmu...
peristiwa lama bermain di benakku...
aku ingin melupakannya....
tetapi...
pasti peristiwa itu bermain2 dan wajahmu memandangku dengan senyuman....

DEMI MENCARI REDHA ILAHI...
kau harus ku lupakan...
aku harus tumpu kepada misi ku untuk kali ini...
tetapi sekiranya kau didatangkan untuk membantu misi ini...
aku buka pintu seluasnya...
masuklah tanda persahabatan dan menjalankan misi ini...
semoga amal ini tidak dicampuri dengan sesuatu yang tak diingini....

SAMA-SAMA MENCARI REDHA ILAHI...BANTULAH KAMI YA RABB...SEMOGA USAHA KAMI MENDAPAT KEJAYAAN DAN KEBERKATANMU...AMIN YA RABB...

Friday, January 7, 2011

Family Day'10 YWD, hOT..hOT..Hot...

ARTIS HOT YWD BERSAMA PENGERUSI YWD
AKSI MUMIA'10 YWD

ANTARA SI RAJIN MEMBACA SURAT KABOR

MODEL2 LIMAU YWD BERSAMA ARTIS HOT

MUMIA N DESIGNER
KREATIVITI AMAT DIPERLUKAN DI SINI...

SATE X DE BELON PUN JADI LER...

SI KECIK DALAM PERSEMBAHAN PAKAIAN SERAGAM

ADA KE DUIT DALAM NI???
inilah antara aktiviti2 Sepanjang FAMILY DAY YWD 2010...

Wednesday, December 8, 2010

bOrinG yaNG TeraMat...

Saat ini hanya tinggal aku, romateku, dan sahabat sekumpulanku "kita b'6, bukuku bukumu jua :)" yang  masih berada di asrama bersama-sama berjuang demi menyiapkan proposal tesis yang dirasakan kami agak ketinggalan jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat lain. Mana tidaknye mereka sudah pun melangkah ke bab ke-2, dan ada juga yang telah melangkah ke bab ke-3, tapi kami??? masih lagi berlari-lari anak cuba menyelesaikan proposal.  1/12/2010, jam menunjukkan 1.30 petang merupakan waktu paper terakhir bagi kami semester 5.

Seharian aku duduk di asrama, keboringan yang melanda telah ku lalui. Sudah puas ku lihat cerita berulang-ulang kali. Hendak keluar berjalan,  hujan menandakan aku perlu duduk diam di dalam bilik. huhuhu...waktu ini selimutlah yang menemaniku....

Saat keboringan melanda, terlintas difikiranku beberapa nama yang teramat ku kenali...di mana mereka sekarang ini? itulah persoalan yang timbul...aku merindui mereka...saat ini aku memerlukan mereka..sahabat yang dulunya selalu menasihatiku ketika aku terleka, sahabat yang bersamaku saat aku kesedihan, sahabat yang memahamiku dalam apa jua keadaanku, sahabat yang sentiasa berusaha membuatkanku tenang tatkala ku berada dalam keresahan, di mana kalian??? kenapa kalian menghilang? kenapa kalian menyepi??

tiba-tiba music memecahkan kesunyian...1 mesej diterima..dari seorang sahabat yang baru ku kenali tp tidak pernah bersua, hp adalah alat perhubungn kami...tatkala ini dia sahabat yang memahami keadaanku...w'pun aku tidak pernah mengatakan keadaanku tetapi dia seolah2 merasainya...mesej yang diberikan membuatku aku bersemangat kembali..terima kasih sahabat...