Followers

Showing posts with label [ renungan ]. Show all posts
Showing posts with label [ renungan ]. Show all posts

Sunday, March 29, 2015

Keliru.....Resah.....Gundah.....Sabar.....BAHAGIA

Aku yang masih keliru...
Banyak persoalan yang selalu bermain difikiranku....
Aku tidak mahu banyak berfikir benda yang belum masanya berada dimindaku...
Kerana ianya akan membuatkan aku buntu...
Dan menyebabkan aku tak menentu..


Aku yang masih resah....

Resah...aku semakin resah...
Tatkala memikirkan persoalan yang sentiasa bermain diminda...
Dan hakikatnya aku tidak menduga....
Dengan ujian dan cabaran yang melanda....


Aku yang masih gundah...

Penantian yang tidakku pasti membuatkan aku gundah...
Tiada penyelesaian yang ku jumpa...
Hanya persoalan demi persoalan setia diminda...
Sehingga akhirnya aku pasrah dan redha
Dengan ketentuan dariNYA...


Aku yang masih sabar....

Sabar dengan kerenah mereka...
Sabar dengan ujian yang melanda...
Sabar dengan ujian yang diterima....
Dan akhirnya Sabar membawa BAHAGIA...


Pertemuan yang tidak disangka....

Perancangan Allah yang tidak diduga....
Berkat kesabaran, Kebahagiaan yang sentiasa diterima....
Moga berkekalan selamanya....
Perlu sentiasa positif, jujur, ikhlas, yakin kerana itulah kunci Bahagia.....

Friday, May 6, 2011

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w.)

Allah merahmati ke atas Muhammad (s.a.w.)
Allah merahmati dan mensejahterakannya
Wahai nabi sejahtera ke atasmu
Wahai rasul sejahtera ke atasmu
Wahai kekasih sejahtera ke atasmu
Kerahmatan Allah ke atasmu

Terbit purnama menyinari kami
lenyapla segala cahaya daripada-Nya
Indah menawan tidak pernah kami melihat
Wajah gembira sepanjang hayat


Kaulah mentari kaulah purnama
Kaulah cahaya di atas cahaya
Engkaulah rahsia hidup mulia 
Kaulah penyuluh jiwa-jiwa

Wahai kekasihku wahai Muhammad
Wahai pengantin indah sejagat
Wahai nabi dijulang puja
Wahai imam 2 kiblat

Bahagia siapa pandang wajahmu
Wahai penghulu keturunan mulia
Air kolammu sejuk jernih
Penolong kami hari kebangkitan

Sepanjang malam unta berjalan 
Tanpa henti rindukan kepadamu
Engkau dipayungi awan putih
Malaikat mohon rahmat ke atasmu

Allah mengetahui rahsia tersembunyi
Dialah penyahut segala seruan
Wahai Tuhan rahmatilah kami semua
Dengan segala amalan soleh

Dan kerahmatan Allah ke atasmu Muhammad
Sebanyak baris kertas ditulis
Muhammad penunjuk jalan kebenaran
Empunya wajah berseri cahaya

Wednesday, December 1, 2010

Tahniah kepada yang berjaya....

Saat malam bertandang, 
saat manusia dibuai mimpi, 
terdapat seorang insan yang masih duduk di sebuah meja usang.....

Hanya bertemankan lampu kecil, 
insan itu tetap menumpukan perhatian, 
menjalankan kewajipan sebagai seorang mahasiswi.....

Masa tidak dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja,
insan itu terus berusaha dengan gigih sekali,
bagi mencapai impian yang diingini...

tatkala buku ditutup, 
dia bangun ke bilik mandi,
berwudhuk kemudiannya menghadap Ilahi....

Setelah berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal,
impiannya menjadi realiti....

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERJAYA.....




Monday, November 16, 2009

selayang pandang...

marilah kita hayati bersama...

Anakku...
tahukah kau betapa gembiranya hati ibu bila mendengar tangisan pertamamu
biarpun tempoh menanti jerit tangis itu.. bergelut dengan kudrat dan nyawa..
namun ibu bangga.. kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat...
yang sekian lama dinanti..

Anakku...
terasa baru semalam ibu mendodoimu..
meriba... dan menyusuimu...
bagaikan baru kelmarin kau berlari-lari anak...
belajar bercakap..merengek minta dibelai...
disuap nasi ke mulut...
hingga ibu lupa rupanya anak ibu dah besar panjang pun...
pejam celik-pejam celik...
dah tiba masanya kita berpisah buat seketika...

dan ingatlah anakku sayang...
pergimu.. bukan beerti engkau lepas bebas
tetapi anak ibu pergi dengan satu tujuan...
menunaikan impian semua...

ingat anakku...
kita bukan orang senang...
ibu takde harta untuk ditinggalkan...
kecuali ilmu yang kau ada...
ibu dah bekalkan kau dengan agama...
amalkanlah setiap masa...
buatlah apa yang disuruh...
tinggalkan apa yang ditegah...

pesan ibu...
jangan engkau bazirkan masa dengan perkara yang bukan-bukan...
jangan ikut keletah rakan-rakan...
gunakanlah peluang ini...
kerana ia datang hanya sekali...
dan ketika ia kembali...
ibu dapat bayangkan...
betapa bahagianya hidup ini...
betapa ringannya bebanan...
bila kau datang membantu adik-adik yang masih bersekolah...
dan pasti ketika itu...
kita dah tak tinggal lagi di rumah usang...
biarpun masanya masih panjang lagi...
tapi ibu sentiasa mendoakan...
ianya menjadi kenyataan...
biarpun ibu disini..
masih bermain dengan lumpur...
bermandikan getah...
untuk menyaramu...
tapi ibu berharap sangat...
kasihmu...



Friday, November 13, 2009

Si tukang fitnah dan si gadis...

Ada seorang tukang fitnah yang jatuh cinta kepada seorang gadis jirannya. Suatu hari, keluarga gadis itu mengutusnya ke kampung lain untuk suatu keperluan. Mengetahui hal itu si tukang fitnah pun mengikutinya, lalu melontarkan bujuk rayunya kepada wanita itu.

Gadis itu berkata, "Jangan kau lakukan ini! Sebenarnya cintaku padamu melebihi cintamu kepadaku, akan tetapi aku takut kepada Allah SWT."

Lelaki itu berkata, "Kau takut pada Allah, sementara aku tidak takut kepada-Nya?" Akhirnya lelaki itu pulang dengan perasaan penuh taubat kepada Allah SWT. Dalam perjalanannya ia didera rasa haus yang mencekik tenggorokannya. Dalam keadaan itu tiba-tiba dia bertemu dengan utusan dari seorang nabi Bani Israil dan ditanya, "Mengapa kau ini?"

"Haus," jawabnya.
Utusan itu berkata, "Ke sinilah, kita berdoa kepada Allah agar awan menaungi kita hingga sampai tujuan."

Lelaki tukang fitnah itu berkata, "Aku tidak mempunyai amal kebajikan."
Utusan nabi itu berkata, "Aku yang berdoa dan engkau tinggal mengaminkan."

Berdoalah utusan itu dan si tukang fitnah itu mengaminkannya.
Tidak lama kemudian datang awan menaungi mereka hingga mereka tiba di kampung . Setelah sampai, si tukang fitnah memasuki rumahnya, sedangkan awan itu mengikutinya. Sebelum utusan itu pulang dia berkata, "Engkau telah mengaku tidak mempunyai amal kebajikan, padahal ketika aku berdoa dan engkau mengaminkannya, serta merta awan itu menaungi kita, kemudian aku mengikutimu agar engkau memberitahuku apa sebenarnya yg telah terjadi denganmu."

Lalu tukang fitnah itu menceritakan kisahnya kepada utusan itu. Maka berkatalah utusan nabi itu, "Orang yg bertaubat kepada Allah mendapat kedudukan yang tidak seorang pun menyamai kedudukannya."

*renungan bersama*

Monday, November 2, 2009

Kerana exam....

Apabila tiba saat-saat peperiksaan pasti semua pelajar-pelajar berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran, ada yang sampai tidak tidur kerana mentelaah.
Tetapi susah sangat bagi kita ingin bangun malam untuk bertahajjud dan beribadah kepada Allah...
wahai pembaca sekalian, marilah kita renungkan...
Adakah kita tergolong dalam golongan sebegini? sekiranya
ya marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, marilah kita merubah diri kita dari kurang baik kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik.
Insyaallah sekiranya kita meluangkan masa kita untuk bermunajat dan mendekatkan diri kepada Allah, pasti Allah sentiasa bersama kita...

"salam imtihan dan mahabbah dari penulis buat semua pembaca laman nur daie"

Wednesday, October 21, 2009

RM 20

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak : Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah : Hmmm....nak tanya apa?

Anak : Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah

mula menengking.

Anak : Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah

sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah : 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak : Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.

Anak : Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit colour merah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit...”

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu.Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...Dengan rasa hiba..ayahnya terus memeluk Amin dengan seerat-eratnya...

The moral of this story...

Kongsilah cerita ni dengan sesiapa je yg anda suka tapi..yang penting skali, sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi.

Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk.

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita & yang sentiasa berada di hati kita.

Bayangkan, bila dah kerja nanti, kalau kita mati, pihak syarikat akan senang2 cari orang lain gantikan kita. Tapi, keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka.

Fikirlah, selama ni apa yang kita dah buat untuk keluarga kita? Untuk insan yang kita sayang?

Friday, September 4, 2009

PESAN TERAKHIR

Wahai MUJAHID DAKWAH!
Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan
pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman. Engkau sekarang telah jadi. Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran, engkau telah turut menentukan jarum sejarah seperti orang lam. Engkau telah sampai pula ke batas sejarah, kini dan nanti. Engkau telah memenuhi hidupmu dengan tekun dan sungguh, ikut memikul yang berat menjinjing yang ringan, membawa batubata untuk membangun gedung Ummat ini. Engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan airmata, kesengsaraan dan penderitaan. Kawan hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka, telah tak ada lagi. Ia tak sempat menghantarmu sampai ke batas perhentian. Tengah jalan dia pulang, dan engkau ditingga]kannya di daerah kesepian. Di atas kuburnya telah tumbuh rumput, daunnya subur menghijau. Bunga suci aku lihat tumbuh pula di atas pusara sepi itu. Tangan siapa gerangan yang menanamnya, aku tak tahu. Biarkan dia tumbuh menjadi. Akan tiba juga masanya bunga suci itu mekar-mengumtum. Eva dan Sofia akan memetik dia kelak, akan mempersunting dia penghias sanggulnya. Sudikah engkau menulis nisan-kenangan di atas kuburnya, sebagai tanda pembalas jasa, kerana dialah tolan penolong engkau di medan bakti?





Friday, July 31, 2009

KERANA AKTIF BERPERSATUAN....


Kerana aktif?? pasti pembaca tertanya-tanya mengapa saya memilih tajuk ini...
Ada sesetengah orang berpendapat kerana aktif berpersatuan pelajaran kita merosot, kerana aktif berpersatuan kita tak dapat fokus pada pelajaran, kerana aktif berpersatuan kita kadang kala di gelar orang busy sekolah @ universiti, adakah anda setuju dengan pendapat ini? saya percaya setiap orang ada pendapat yang tersendiri, tapi bagi saya orang yang berfikiran sebegini adalah orang yang cetek pemikirannya. Mengapa saya berkata sedemikian? Apabila kita melihat dari sudut positif dengan berpersatuanlah kita dapat mempelajari bagaimana cara untuk kita berkomunikasi dengan orang lain, mengajar kita bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan berkarisma,memberi kita peluang untuk mempelajari bagaimana kita hendak berhadapan dengan pelbagai situasi yang akan kita lalui pada masa hadapan, mengeratkan hubungan sesama manusia, menambah pengetahuan dengan bertukar-tukar pendapat sesama ahli, dan yang paling penting dengan berpersatuan kita dapat berdakwah. Apabila kita berpersatuan kita perlulah pandai membahagi dan menguruskan masa kita agar pelajaran kita tidak merosot, kerana bila kita fikirkan kerana aktif berpersatuan pelajaran kita terjejas itu sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri, sekiranya kita pandai memguruskannya INSYAALLAH kita berjaya . Saya teringat kata-kata seorang pensyarah semasa saya mengikuti program KONVENSYEN MAHASISWA ISLAM 09 di HOTEL PUTRA KUALA LUMPUR,mewakili UDM yang mana beliau menyatakan sebenarnya transkrip kita hanyalah tiket untuk kita layak ditemuduga dan sijil-sijil kita yang kita aktif berpersatuan, cara kita berkomunikasi, kemahiran yang kita ada inilah yang melayakkan kita untuk mendapat kerja. Realitinya, mahasiswa aktif berpersatuan motif pertamanya berdasarkan kepada niat mereka, tetapi motif utama mereka aktif berpersatuan adalah untuk memperolehi pekerjaan yang baik pada masa hadapan, tidakkah pembaca berfikiran seperti saya? saya akui setiap manusia ada pendapat yang tersendiri tetapi apapun marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, saling ingat mengingatkan antara satu sama lain bahawa kita hidup di dunia ini kita mempunyai tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang anak, sebagai seorang pelajar @ mahasiswa, sebagai seorang pemimpin yang mana kita mempunyai tanggungjawab yang apabila kita faham maksudnya pasti kita takut kerana tanggungjawab boleh kita bawa maksud tanggung di dunia dan jawab diakhirat.

senyum sokmo :)

Sunday, June 14, 2009

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Monday, March 2, 2009

WARKAH BUAT SEORANG ANAK

Kepada pembaca marilah kita renungkan warkah dari seorang ibu untuk anaknya

Assalamualaikum, anakanda yang dikasihi, segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya ibu dapat menulis surat ini untuk tatapan anakanda..Apa khabar ? semoga anakanda sihat walafiat.Anakanda masih ada test lagi? Ibu harap anakanda terus berusaha belajar. Di universiti tidak sama dengan belajar di sekolah. Di universiti selalu ada test untuk menggalakkan pelajar sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Begitulah untuk menjadi pelajar cemerlang.

Kita berusaha untuk cemerlang bukan atas dasar kepentingan diri saja, tapi untuk seluruh ummat Islam.ibu harap anakanda jelas dengan matlamat ini.keredhaan Allah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Biarlah setiap detik yang kita lalui ada keredhaanNya. Ibu tahu memang susah belajar di sana, …….tapi itulah jihad bagi kita . jagalah hati , fikiran dan tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya, seeloknya solatlah berjamaah,jangan tinggal zikir Al-Ma’thurat setiap pagi dan mentadabbur Al-Quran.Ingatlah ibadah yang sahih yang merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan yang sentiasa berzikir dan mengingatiNya, akan diberi rahmat dan keberkatanNya.jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan padaNya untuk memberikan kepada kita natijahnya.

Ingat tak seorang alim yang selalu sujud pada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mmeninggal dunia , Allah berkata kepada malaikat, masukkan dia ke syurga dengan rahmatKu lalu orang alim itu meminta dimasukkakn kedalam syurga berdasarkan amalannya, lalu malaikat mengira amalanya, tidak cukup untuk masuk ke syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah yang Allah eri pada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup u tuk membayar nilai sepasang mata untuk melihat.jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya dia dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatNya. Begitulah hakikat diri kita, terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada 2 sifat ini yang mengiring perjalanan hidupnya iaitu sifat raji’ dan sifat takwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada pada hatinya,barulah menjadi manusia yang sentiasa mengharap reda Allah dan takut amalan-amalannya tidak diterima. Sebenarnya Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa berpuas hati dengan prestasi kita walaupun kita telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka sehingga mereka muncul sebagai generasi unggul dengan keberkatan dan rahmatNya .

Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat, dan beristigfar kepadaNya. Itulah orang mukmin yang cerdik sebenarnya. Cukup disini dulu untuk anakanda… lain kali ibu akan utus surat lagi salam sayang dari ayah dan adik-adik. Ibu harap Allah nengurniakan kekuatan kesihatan kepada anakanda untuk berjuang. Ibu akan sentiasa mendoakan anakanda diberi rahmat oleh Allah SWT.

WASSALAM, ibu

Tuesday, February 24, 2009

WAHAI UMAT DAKWAH!!!


Amanat perjuangan kini jatuh ke tangan kaum yang lemah Dhu’afa’ dan Fuqara’;tenaga lemah dan dana tiada.
Di tangan kaum yang lemah itu tersimpan kekuatan umat ini. Rahsia kejayaan dan kemenangan ,bulat seluruhnya dalam genggaman mereka
Kamu akan mendapat kemenangan hanya dengan bantuan kaum yang lemah diantara kamu
Bimbinglah tangan umat ini kembali, bawa mereka ke jalan yang benar!
Jangan dibiarkan umat ini ditelan kesepian;jangan dibiarkan umat ini ditakuti oleh hantu kesangsian tanpa pimpinan
Denyutkanlah kembali jantung umat ini!
Wajarkan kembali aliran darah Tauhid mereka!
“Allah telah menjanjikan kurnia dan bantuan kepada kaum yang lemah iaitu kaum yang tertindas di bumi….”

Sunday, December 28, 2008

YA ALLAH, SUDILAH PANDANG KAMI...

Ya Allah, Sudilah pandang kami...
Bismillahirrahmanir rahim..Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMuIngin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati iniWalau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,Tanpa aku bicarakannya kepadaMuMalah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiriKerana Engkau yg memiliki sekeping hati iniKerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiriYa Rabbi, sudilah pandang akuYa Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.Aku tahu..Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseriAku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesahAku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMuAku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknyaNamun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMuBersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknyaDisebabkan kelalaianku menurut hawa nafsuDan tertipu dengan dunia dan syaitanAllah, pandanglah aku dengan kasih sayangMuPandanglah aku dengan keampunanMuAku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMuKerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMuTapi, layakkah aku Ya Allah?Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?Bagaimanakah keadaanku waktu itu??Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?Allah, aku bimbang..Aku gusar dan takut Ya Allah..Apabila memikirkan saat ituKerana banyaknya dosa aku terhadapMu.Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia iniIngin ku buang jauh duniaku yang melalaikan Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengajaAku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu? Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMuNamun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosaAku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMuKemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMuSemudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegituTapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMuEngkau sentiasa bersedia mengampuniku. ..Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMuAku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam nodaApakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?Allah, aku mohon dengan sangat..Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMuAgar tersenyum aku pulang mengadapMuAllah, terimalah taubatkuAgar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMuAllah, pimpinlah aku dengan hidayahMuAgar mudah jalanku ke JannahMu...Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMuAku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelakYa Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku iniHadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMuAmiin Ya Rabb..Aku mohon dengan sangat..Perkenankan lah. :: Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu ::