"Kau kenapa ni?"
" Entahlah ina, aku rasa macam kosongje."
"Kau ada masalah ke lin?"
"aku pun tak tahu, akhir-akhir ni aku rasa aku sunyi sangat, rasa kosong.. ramai je kawan-kawan yang sentiasa hiburkan aku, tapi ntahlah, Kau tak payah risaulah ye, mungkin sebab aku banyak fikir kot".
"Cuba kau cakap dengan aku apa masalah kau sebenarnya? "
"Aku pun tak tahu nak terangkan macam mana pada kau. Kau ingat tak Imran?"
"Hah kenapa dengan dia? Jangan kau cakap kau angau kat dia ea!"
"Kau nak aku jujur tak? Yup sebenarnye memang aku dah tersuka tanpa sengaja kat dia :(
"Lin, kau ni dah kenapa? kau tahu tak Imran tu dah lama ada hati pada Dian?"
"Aku tahu, tapi perasaan ni datang sendiri ina, puas aku tolak jauh-jauh, Tapi perasaan tu tetap datang, aku tak minta pun"
"Lin kita bertiga sahabat dari kita mula-mula masuk U, takkan kau nak kacau hubungan diorang"
"Tapi Ina, aku tahu Dian takde bagi harapan pun pada Imran tu, cuma yang aku tahu Imran tu jenis orangnya akan cuba dapatkan apa yang dia nak walau macam mana sekalipun"
"Macamni la lin, aku rasa baik kau doa banyak-banyak pada Allah, minta Allah beri ketenangan pada kau. Aku tak nak kerana kumbang seekor kita bunga-bunga di taman ni layu. Aku tak nak persahabatan kita rosak"
"Aku cuba Ina. Terima kasih Ina atas nasihat kau. Insyaallah aku cuba sebaiknya jaga hubungan ni".
BERSAMBUNG.....
Followers
Monday, December 21, 2015
Thursday, December 10, 2015
Ujian DAIE
Sabarlah duhai Daie
Kuatlah duhai Hati
Allah lebih mengerti
Pasti ada hikmah yang tersembunyi
Jangan biarkan kesedihan menyelubungi
Kerana pasti sinar mentari akan hadir nanti
Cuma waktu kita sendiri tidak pasti
Kerana Allah lebih mengetahui
Saat kita diuji
Positiflah duhai Daie
Insyaallah kebahagiaan menanti
Jika bukan di dunia, di akhirat pasti
Untuk mencapai sesuatu
Perlukan Kesabaran dan Pengorbanan
Andai hidupmu penuh liku
Jangan pernah menjauh dari Tuhan
Muhasabah dan mengadulah pada Yang Satu
Agar hidup penuh keberkatan
Positiflah selalu
Insyaallah akan mendapat keberkatan
Sunday, December 6, 2015
KISAH SEPOHON POKOK TUA
Pohon mereput dan mula bersedih. “wahai Tuhanku, ke mana
hilangnya segala nikmat yang telah Kau kurniakan? mengapa tidak ada lagi burung
yang yang sudi menemaniku dan mengapa tidak ada lagi manusia yang
menghampiriku?” begitulah antara ratapan pohon tua yang sakit sehingga
ratapannya kedengaran di seluruh puncak bukit. “Megapa tidak Kau tumbangkan sahaja tubuhku,
bunuh sahaj aku agar aku tidak perlu merasai semua seksaan ini? Pohon tua itu
terus menangis membasahi tubuhnya yang kering dan mereput.
Hari terus berganti hari dan pohon tua terus bersedih dan
menangis. Batangnya terus dibasahi air matanya yang tidak kunjung henti. Ratap
dan tangis terus kedengaran setiap malam sehingga menampakkan ketenatannya.
Sehinggalah suatu pagi, tiba-tiba pohon itu terdengar suatu suara yang biasa
didengarinya. Ada beberapa ekor burung yang baru menetas di celah ranting
dahannya yang reput. Lama-kelamaan, suasana di pohon itu semakin riuh. “Ah
doaku telah dimakbulkan olehNya” ujar pohon tua penuh sayu. Keesokan harinya semakin banyak burung yang
datang berterbangan menuju ke pohon itu.
Pohon tua tersenyum dan hatinya
berkata “syukur kerana teman-temanku semakin ramai dan mujur Tuhan tidak
mencabut nyawaku dulu”.
Sikap berputus asa tidak
akan sesekali membantu menyelesaikan masalah kita. Ketika Allah memberi ujian kepada pohon yang
sakit yang pada suatu masa dahulu subur merimbun, maka sesungguhnya Allah
sedang menunda untuk memberikan kemuliaan kepada pohon itu. Allah tidak
memilih untuk menumbangkannya keran tersimpan sejumlah rahsia Allah yang
manusia sendiri tidak tahu. Allah sedang
menguji kesabaran yang dimiliki oleh pohon yang sakit itu.
Di saat kita diuji, sebenarnya
Dia ingin mengurniakan kebaikan yang melimpah kepada kita. Janganlah kita meminta agar dicabut nyawa
kita dan sebagainya sedangkan Allah sengaja menunda permohonan kita untuk
memberi kemuliaan yang lebih pada masa akan datang.
Tuhan telah menyediakan pelbagai hikmah di
sebalik sesuatu yang menimpa manusia.
Apa yang berlaku tidak sebagaimana yang dijangkakan. Apabila kita mengharapkan Tuhan memberi
panas tetapi hujan ang kita perolehi, janganlah kita berputus asa dan berburuk
sangka kepadaNYa kerana mungkin Tuhan ingin memberi kita pelangi yang sungguh
indah.
Teruskan berbuat amal
kerana kerana amalan yang baik sahaja
yang akan menjadi penerus kehidupan yang
baik pada masa akan datang. Kebaikan
pohon yang tidak henti-henti menjadi penaung kepada burung dan manusia tidak
akan berhenti dan berputus asa di tengah jalan.
Walaupun pohon akan mati kelak akan lahir pucuk-pucuk barunya yang akan
meneruskan amal baktinya.
Rujukan
: Fuad Sam, Norazizah Abdul Rahman, Noor Ashikin Mohd Yusof. 2014 . 70 Motivasi Kehidupan. Selangor . Grup
Buku Karangkraf Sdn Bhd.
Saturday, December 5, 2015
Pengorbanan Seorang Ayah
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kisah ini berkaitan seorang mahasiswa dan ayahnya. Kejadian ini berlaku ketika mahasiswa ini ingin menyambung pengajian di tahun 3.
Bermulanya kisah...
Miftahul merupakan seorang mahasiswa di tahun 3 di salah
sebuah IPTA di Malaysia. Dia merupakan seorang anak yang sangat taat kepada ibu
bapa. Dia merupakan anak kedua daripada
6 orang adik beradik. Miftahul merupakan
anak kesayangan ibu dan ayahnya. Dia adalah harapan keluarga. Semasa
cuti semester Miftahul banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan
kawan-kawan. Hari berganti hari, tanpa sedar cuti
semester akan melabuhkan tirainya.
Miftahul mengemas barang-barang untuk menyambung pengajiannya. 2 hari sebelum pengajian bermula Miftahul
perlu mendaftar di asrama.
Pada pagi itu, seawal jam 5 pagi
Miftahul dihantar oleh keluarganya. Tanpa
diduga mereka satu keluarga diuji dengan ujian daripadaNya. Kereta yang dipandu ayahnya rosak dan mereka
terpaksa berhenti di tepi lebuhraya. Jam ditangan menunjukkan 6.30 pagi dan
mereka sekeluarga belum solat subuh.
Ayahnya nekad memandu kereta perlahan-lahan sehingga ke perhentian untuk
solat. Seusai solat subuh mereka merehatkan
diri di perhentian seketika. Beberapa panggilan
ayahnya telah lakukan. Banyak nasihat
yang diterima untuk tidak memanggil mekanik kerana ditakuti ditipu. Mereka meneruskan perjalanan dengan memandu
perlahan-lahan. Dan beberapa minit
sahaja kereta itu hangit lagi. Mereka terpaksa
berhenti di tepi lebuhraya lagi.
Mereka
mendapat panggilan daripada adik ibunya yang bertanyakan hal mereka. Alhamdulillah berkat mereka sentiasa positif mak
cik Miftahul sanggup datang ke sana dan menghantar Miftahul ke asrama. Oleh kerana sayangkan keluarga, ayahnya
meminta ibu dan 2 orang adiknya mengikut sekali menghantar Miftahul ke asrama
dan biarkan ayahnya sahaja yang menguruskan kereta dan terus pulang ke
rumah. Jam menunjukkan 3 petang, oleh
kerana kesesakan lalu lintas mereka lewat sampai di asrama. Ayah Miftahul juga belum sampai di
rumah. Ayah Miftahul terpaksa membawa
kereta perlahan-lahan dan selalu berhenti di tepi jalan kerana kipas kereta
tidak berfungsi. Selesai mengemas
barang, Miftahul menelefon ayahnya bertanya keadaan ayahnya, sayu dihati tatkala
mendengan luahan seorang ayah yang sanggup berkorban demi anak dan
keluarganya. “Abang, ayah minta maaf tak
dapat hantar abang sampai ke asrama”. Sayu hati seorang anak apabila mendengar
kata-kata itu ditambah dengan memikirkan ayahnya belum makan apa-apa sejak dari
pagi. Selepas maghrib, Miftahul
menelefon ibunya untuk bertanyakan keadaan ibunya, ternyata suara ibu sangat
keletihan, kerana ibu belum makan tengahari lagi kerana mak ciknya terpaksa
bergegas pulang kerana esoknya bertugas.
Sayu lagi hati anak mengenangkan ibu dan ayahnya yang sanggup berkorban
deminya. Selepas isyak, Miftahul
menelefon ayahnya lagi untuk bertanyakan di mana destinasi ayahnya, dan
alhamdulillah ayahnya memaklukan telah tiba di salah sebuah kedai makan yang
berhampiran dengan rumahnya. Lega dihati
seorang anak. Miftahul nekad untuk belajar
dengan lebih bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu dan ayahnya.
Pengajaran :
- Sentiasa positif dengan setiap perkara yang berlaku kerana setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.
- Allah tidak akan menguji seseorang melainkan dengan kemampuannya sendiri.
- Hargailah ibu dan ayah selagi mana mereka masih hidup. Seseorang tidak akan berjaya dalam hidupnya tanpa redha Allah dan juga redha kedua ibu bapanya.
- Ayah adalah seorang yang tidak peduli panas atau hujan, ia tetap akan jalan demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya.
- Seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk anaknya tidak kira apa jua yang perlu dikorbankan agar anaknya bahagia.
Subscribe to:
Posts (Atom)