Followers

Thursday, November 5, 2015

MEMBERI MANFAAT PADA ORANG LAIN

Amalan yang memberikan lebih banyak manfaat dan faedah bagi orang ramai adalah LEBIH UTAMA DI SISI ALLAH TA'ALA daripada amalan yang hanya memberikan manfaat kepada diri sendiri ataupun golongan yang lebih sedikit. Kerananya jenis amalan berjihad adalah lebih utama dan mulia daripada jenis amalan menunaikan fardhu haji ke tanah suci. Hal ini kerana manfaat amalan menunaikan fardhu haji hanyalah untuk orang yang menunaikannya sahaja, sedangkan manfaat berjihad adalah untuk seluruh umat Islam.
FIRMAN ALLAH TA'ALA:
..........Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan"(surah at-Taubah : 19-20)
☆Ayat tersebut menjelaskan bahawa berjihad di jalan Allah adalah lebih utama dan mulia darjatnya daripada menumpukan diri untuk ibadah sahaja.
~FIQH AWLAWIYAT~

Indahnya bila kita sentiasa POSITIF

APABILA.....
Kita terasa hati dengan orang kita positif
Kita marah dengan orang kita positif
Kita dianiaya kita positif
Kita dimaki kita positif
Kita didatangi musibah kita positif
Kita sakit kita positif
Kita rindu kita positif
Kita kecewa kita positif
Kita miskin kita positif
Kita susah kita positif
Segala yang kita hadapi kita positif

Indah sebenarnya bila kita selalu POSITIF DENGAN ALLAH. Jika kita sentiasa positif insyaallah ketenangan dan kebahagiaan sentiasa bersama kita walau kita menghadapi situasi-situasi yang telah disenaraikan. Ayuh para pembaca kita sama-sama audit dan sentiasa perbaiki diri untuk menjadi seorang yang positif agar kita mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Wednesday, November 4, 2015

Indahnya Ciptaan Tuhan


Indahnya Ciptaan Tuhan...
Air yang mengalir dapat menenangkan fikiran...
Pemandangan yang cantik dapat melupakan kenangan silam...
Batu-batu membuatkan si pencinta alam sentiasa berfikir berterusan....

Indahnya Ciptaan Tuhan...
Bunyi air mengalir kedengaran..
Membuatkan si pencinta alam lupakan segala masalah yang terpendam...
Melupakan segala kesakitan....

Indahnya percutian yang dirancang,
membuatkan semua ketawa riang,
semakin kuat kasih sayang,
semakin rindu kenangan dan datang...


Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri 9


Monday, November 2, 2015

NUR DAIE | MIFTAHUL QALBI

Nur Daie...
Seindah namamu...
Penguat semangatku...

Nur Daie...
Moga sinar penjuangan sentiasa bersamamu...
Moga impianmu tercapai ke akhirnya..
Moga jalan buntu dapat petunjukNya...

Nur Daie...
Teruskanlah perjuangamu...
Walau ujian hati datang bertamu...
Moga terus tabah dan sabar dari segala belenggu...
Aku tahu...kau sangat rindu..
rindu dengan perjuangan dahulu...
rindu dengan kenangan lalu....


Miftahul Qalbi...
Seindah namamu...
Penyejuk mataku...
Memberi sinar baru...

Miftahul Qalbi...
Kehadiranmu memberi inspirasi...
Kenakalanmu membuatkan orang ketawa hingga nampak gigi...
Kesopananmu membuatkan orang jatuh hati...

Miftahul Qalbi...
Pembuka Hatiku...
Saatku buntu mendapatkan restu...
Nasihatmu dapat menghilangkan belenggu...

Miftahul Qalbi...
Tanpamu, semangat ini belum tentu hadir...
Tanpamu, keyakinan ini belum tentu kuat...
Tanpamu, kebahagiaan ini belum tentu dapat dikecapi...
Moga semakin bertambah manfaat buat diri..

#bilamoodmenuliskembali
#sawangdiblogdibersihkan
#sodiqatulhasanah.blogspot.com

Sunday, November 1, 2015

Pemusafiran yang bermakna (Hari Kedua)

Sambungan....

~PEMUSAFIRAN YANG BERMAKNA~

31.10.2015

Akibat keletihan kami lena dibuai mimpi.

Ujian Tuhan kepada semua insan,
adalah kehidupan ini,
yang baik menjadi tuntutan,
yang buruk dijauhkan 🎶🎶🎶🎶

Telefon berdering. Mata yang berat dibuka, jam di skrin ditenung. Tepat jam 5.50pagi digigihkan diri untuk bangun bertemu Ilahi. Adik-adik lain juga turut bangun mengikut langkah kaki ini.

Ujian datang lagi...

Seusai solat fikiran menerawang memikirkan ujian dan nikmat yang diberikan Tuhan. Allahu teringat ayat al-quran "nikmat tuhanmu yang manakah engkau dustakan".  Sedang asyik berfikir tetiba terlintas untuk berkongsi cerita pemusafiran yang bermakna, lalu hp diambil, nota dibuka, fikiran cuba scan kembali segala yang berlaku sepanjang hari dan tangan menaip dengan semangat yang tinggi. Namun diuji dipagi hari. Baru nak send terdelete. Cuba positifkan diri pasti ada hikmahnya. Terus menaip lagi sekali dan berkongsi bersama sahabat-sahabat. Motif bukan untuk bercerita sesuka hati, tapi yang tersirat dan tersurat yang ingin dikongsi sebagai motivasi dan penguat diri.

Pasrah...

Tangan sibuk mencari lokasi yang baik untuk meneruskan percutian. Namun tidak ketemu. Setelah bertanya dengan adik2 hewi keputusan dibuat untuk berehat di pagi hari kerana perjalanan jauh akan kami telusuri, Kampung Bukit Laka ingin dijejaki, bertemu sahabat persatuan yang walimah hari ini, maps dan google terus beraksi, mencari jalan sebagai persediaan hewi memulakan perjalanan sehari.   Pasrah dengan ketentuan Ilahi. Pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Kampung Bukit Laka...Malu bertanya sesat jalan.

Perjalanan hari ini diteruskan ke Kampung bukit laka. Mengikut en. maps perjalanan memakan masa 1 jam 15 minit dari tempat penginapan. Namun, dek tak tahu jalan, dan en. maps membawa kami sehingga Kamoung Bukit Laka, tetapi sampai sahaja kami tidak nampak langsung singboard Kampung Bukit Laka. Kami teruskan perjalanan tanpa bantuan sesiapa. Taman ke taman kami masuk untuk mencari orang dan bertanya. Namun tidak ketemu. Taman-taman sunyi. Kami tanyak en maps lagi. lokasi kami di kampung satelite, dan dikatakan kampung bukit laka di sebelah. Kami teruskan perjalanan ke tempat yang ditunjukkan. Masih tidak ketemu apa2 hint Kampung Bukit Laka. Bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan. Kami pun bertanya orang. Malangnya dari org bangla, cina dan melayu tiada seorang pun yang pernah dengar Kampung Bukit Laka.  Pelik bin ajaib orang yang ada kat situ tidak pernah dengar kampung tu. Kami teruskan lagi perjalanan bertanya orang dan ketemu dengan seorang pakcik dan uncle di depan kedai membaiki kereta. Nyata pak cik itu bukan orang situ, tapi orang Jelebu. Dan dia juga berkata sepanjang hidup di situ tak pernah dengar kampung itu.  Bila melihat kami berempat memakai baju kurung ala2 gadis melayu terakhir (perasan), pak cik itu tanya " adik2 nak pergi kenduri kahwin ke?" "iye pak cik" jawab kami. "Cuba adik keluar jalan ni terus je nampak traffic light terus belok kanan. Jangan terus lagi tau confirm x jumpa. Sebab dekat sana tu ada kenduri kahwin".
Disebabkan en maps tidak dapat kesan jalan kami ikut kata pak cik. Sampai traffic light tengok kanan "eh tu macam jalan mati" adoi salah kot panduan yang diberi tapi terus positif, mungkin pak cik tersebut terlupa. Kami terus kan perjalanan ke hadapan sedikit. Nampak 1 lorong kami masuk dan berhenti tepi jalan. Mula putus asa sedikit. memohon padaNya untuk diberi petunjuk. Sekali toleh ke kiri "Tapak Perkuburan Kampung Bukit Laka". Alhamdulillah ketemu juga kampung. Perjalanan yang sepatutnya 1 jam lebih jadi 2 jam lebih. Ternampak pakcik dan makcik menaiki motor membawa berkat, kami ikut dan tanya abang yang jual air di tepi jalan, bahasa orang nogori den tak faham, tapi cuba fahamkanlah. Kami ikut petunjuk yang diberi sehingga kami nampak kereta banyak di tepi jalan. Kami terus berhenti dan parking. Walau belum tahu rumah tapi yakin itulah rumahnya. Nampak 2 orang adik kecil dan kami tanya siapa nama pengantin, mereka tersengih sesama sendiri sebab tidak tahu. Kami menunggu dalam kereta sehingga keluar 1 family dan mereka sasaran kami untuk bertanya.  "Assalamualaikum, tumpang tanya rumah ni rumah en hamdan ke? owh betullah kata seorang ayah. Lalu ku tanya lagi "pengantin namanya khalil ke?" tersenyum si ayah lalu berkata "maaf tak ingat pula nama sebab ada 3 pengantin". Aduh macam mana ni. Ala redah jela. Cakap dengan adik2 hewi kalau salah rumah macam mana. Senyum jela kami berempat. Masuk diperkarangan walau perut dah bergendang pengantin dulu yang dicari untuk pastikan tak salah rumah. Nampak pengantin pertama berkaca mata berbaju ungu dengan pasangannya, nyata bukan. Nampakpasangan pengantin kedua juga nyata bukan. Pengantin ketiga ada dalan rumah. Mata terus mencari banting @ banner yang tergantung dan akhirnye si adik yang mata tajam dapat melihat nama pengantin nyata betullah kot rumahnya. Kami terus ke meja makan dan menjamu selera bila terdengar pengumuman nama pengantin jetiga diseru untuk keluar berjumpa pak cik saudara mata terus melirik ke pintu utama. Bila pasangan mempelai keluar, nyata betullah rumahnya. Bermulah sesi sakat menyakat bersama pasangan pengantin dan pasangan junior yang turut hadir.

Pemusafiran yang bermakna

~Pemusafiran yang bermakna~

30.10.2015

Permusafiran yang bermakna... membuatkan kami tersedar dari lena...
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Kita perlu yakin dan bersedia untuk mengharunginya...

Jika kita selalu yakin dengan Tuhan, kita akan yakin setiap sesuatu pasti ada hikmahya. Ujian yang datang untuk menguji tahap keimanan dan siapakah yang kita cari untuk mengadu. Jika ujian didatangkan bermakna Allah rindu kita. Jadi mengadulah kepadaNya tanda kita juga rindu padaNya.

Pasti ada hikmahnya.....

Allahu, kisah bermula tatkala kami merancang untuk bermusafir bersama. Kami merancang untuk bermusafir seramai 7 orang, akan tetapi sehari sebelum kejadian 2 orang dari kami terpaksa menarik diri kerana ada urusan dan faktor kesihatan. Saat itu, semangat bermusafir berkurang sedikit. Namun setelah mendapat kekuatan menerusi kata-kata "pasti ada hikmahnya" semangat yang tadinya berkurangan sedikit semakin bertambah. Keesokan harinya saat memasukkan beg dalam bonet dapatku lihat hikmah yang diberikan olehNya. Jika kesemua turut serta pasti ada sebahagian beg yang kami perlu pangku dan kurang selesa dalam perjalanan. Allah nak beri keselesaan akal fikiranku berkata.

Yakin....

Kerana ingin melihat ciptaan Tuhan dan mencari ketenangan kami berhenti seketika di Melaka. Saat itu fikiran masih memikirkan soal kerja dan masalah hati. Teringat kata-kata motivasi, kalau kita fikirkan untuk dapatkan sesuatu itu memang kita akan dapat. Jadi niatlah untuk dapatkan kebaikan. Kerana inginkan ketenangan dan kebahagiaan ku lupakan seketika kerja dan lain-lain. Sempat berpesan juga pada adik yang lain untuk kosongkan fikiran dan nikmati ciptaan Tuhan. Alhamdulillah indahnya perjalanan tatkala Allah bersama. Terima kasih diucapkan kepada seorang sahabat yang menunjukkan jalan.

Mencuba sesuatu dengan keyakinan...

Teringat kata-kata, kalau kita nak tahu jalan, kita kene cuba jalan-jalan. Sebab kita akan tahu jalan yang kita cuba sahaja. Kalau nak dapatkan pengalaman jangan takut tapi pastikan keyakinan kepada Tuhan perlu disematkan. Perjalanan diteruskan ke seremban 3 bagi menghantar sahabat seperjuangan pulang ke kampus kerana amanah yang digalas. Saat itu, mula bimbang sebab kami yang tinggal hanya hewi2 yang tak tahu jalan.  Namun semangat ingin mencuba diteruskan dan bermulalah perjalanan kami hewi2. Dengan hanya berpandukan maps dan keyakinan kepada Tuhan, Alhamdulillah kami sampai ke tempat penginapan.

Positif....

Niat melihat ciptaan Tuhan dan mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, kami meneruskan perjalanan ke pantai port dickson. Walau penat tidak terkira, ruang dan peluang yang diberi oleh Allah tidak kami sia-siakan. Pantai port dickson kami telusi, walau penat belum henti, semangat terus bersemi, kami teruskan perjalanan dengan gembira dan senang hati. Namun kegembiraan kami diuji tatkala hujan turun membasahi bumi, doa dipohon pada Ilahi, moga kami dapat meneruskan perjalanan dengan senang hati. 20 minit kami menikmati cendol sementara menunggu hujan berhenti. Menunggu dan terus menunggu dengan keyakinan pasti Allah akan bantu. Doa dipanjatkan memohon restu dan alhamdulillah hujan berhenti selama 30minit. Dapatlah kami berjalan ke tepi pantai sambil menikmati keindahan alam.

Diuji lagi....

Kami meneruskan perjalanan pulang ke tempat penginapan. Perjalanan memakan masa 43minit namun bertambah menjadi 1 jam lebih kerana kami terlepas exit senawang. Masa itu, Tuhan sahaja yang tahu apa yang dirasakan. Berjalan di negeri orang tanpa tahu jalan. Namun keyakinan kepadaNya terus dikuatkan. Dalam perjalanan, fikiranku menerawang mengingat kembali apa yang berlaku dan pasti kami ada melakukan kesilapan. Dan akhirnya jawapan ditemui. Benar kata-kata itu doa. Semasa perjalanan terkeluar kata-kata "rutin kita hari ni keluar masuk highway je. takdeke jalan raya" dan Allah bagi kami lalu jalan raya yang gelap dan kurang kereta. Saat melalui jalan gelap, saaat kereta kami melalui sepohon pokok, tepat-tepat kami lalu, ranting pokok jatuh disebelah kereta kami dan membuatkan kami terkejut.  Kami teruskan perjalanan dengan keresahan dan ketakutan. Namun keyakinan perlu dikuatkan. Balik niat nak makan, kami diberi jalan melalui pedas linggi untuk berpatah balik ke senawang.Tak dapat makan lagi tapi dapat jalan pedas je.. Saat itu, kata-kata "besyukurlah dengan apa yang allah dah beri jangan mengeluh kerana Allah lebih mengetahui" bermain di fikiran.

Pengajaran bermusafir yang ingin dikongsi bersama :
1. Yakin dengan Allah
2. Sentiasa positif
3. Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya
4. Ujian yang datang bukan sebagai bebanan tetapi kerana kasih dan sayangNya pada kita.
5. Pengalaman tidak akan datang tanpa mencuba
6. Jangan terlalu gembira tetapi perlu sentiasa ingat Tuhan
7. Besyukur dengan apa yang diberi dan jangan mengeluh
8. Sentiasa memohon pada Tuhan
9. Perjalanan hidup kita adalah jalan kita untuk berjumpa denganNya.
10. Pengalaman akan diberi kepada orang yang berusaha mencarinya.

BERSAMBUNG....