1 SYAWAL nanti genaplah 6 tahun aku beraya tanpamu disisiku, agak sedih di pagi raya bila terkenangkan dirimu BABA... tapi aku akur aku perlu tabah untuk meneruskan hidup dan mengharungi liku-liku kehidupan ini. Aku perlu kuat kerana jika aku tidak kuat pasti mak akan merasa kesedihan yang sama.
Tetiba aku merasa kehilangan, walaupun bukan kehilangan saudara maraku, tetapi oleh kerana ukhuwwah yang terjalin telah membuatkan diriku merasai kesedihan yang dialami oleh sahabatku. Malam tadi aku dapat panggilan dari sahabatku di UKM [zati ], dia bertanyakan tentang seorg sahabat kami, adakah benar ayah beliau telah kembali ke rahmatullah? aku tidak tahu kerana semalam sebelum berbuka aku berborak dengannya melalui ym, dia tidak mengatakan apa-apa mengenai ayahnya. Tadi baru ku tahu bahawa ayahnya telah kembali ke rahmatullah malam tadi...
Takziah ku ucapkan kepadamu RAHMAH...
tabahlah dengan ujian ini, kita senasib, pasti kau akan rasa sedih kerana pertama kali beraya tanpa orang tersayang disisi, tapi aku tahu kau seorang yang kuat semangat dan cekal. Jangan putus asa kuatkan semangatmu, kita semua adalah milik ALLAH, setiap yang hidup pasti akan kembali ke sisiNYA. Aku tahu ayahmu sumber kekuatanmu. Tapi kau harus tabah, kita masih memiliki ibu, adik beradik, saudara mara, dan sahabat. Teruskanlah perjuanganmu agar cita-cita seorang ayah ingin melihat anaknya berjaya tercapai...sama-sama kita berjuang...selamat berjuang sahabatku!
[ rahmah, zati, afni, jue,hawa,zida, nana, ain, aiza, dayah pono, dayah berori, mai, k.sa ]
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya
Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya
Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya
Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita
Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan
Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan
1 comment:
salam...tatik..orang sdey bace entry awk kali ni...bergenang air mate..
sabar ye tik..kuatkan semangat awk.. org tw awk seorang y kuat, setiap pertemuan pasti ade perpisahan, setiap permulaan akn ade pengakhirn..
awk masih ade org2 y sayang awk disekelilng awk..tabah ye..utk rahmah,same2lah kte doakan smge dy tabah n kuat utk hadapi ujian y berat ni..syukran 4 this song tik..sangat hargai..
Post a Comment