Followers

Tuesday, November 17, 2009

Dakwah???

kenapa kita dijadikan?
kenapa kita diberi penglihatan?
kenapa kita diberikan kawan?
kenapa kita perlu hadapi peperiksaan?
kenapa kita perlu makan?
kenapa kita tertekan?

segala persoalan pasti ada jawapannya kan..
kerana Allah tak jadikan sesuatu jika tidak ada sebabnya...
tidak ada apa pun yang Allah takdirkan sia-sia...

begitulah kehidupan kita...
apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita pasti ada hikmah yang belum tersingkap nilainya...

namun...
setiap persoalan diatas bukanlah persoalan yang ingin ana timbulkan...

tetapi satu persoalan yang lain ialah...

Mengapa dakwah itu diperlukan?????

pernah kah anda terfikir?????

Mengapa dakwah diperlukan antaranya ialah:

1. Masyarakat yang rosak: masyarakat yang mengalami kesakitan, tetapi bukan kesakitan dari segi kesihatan tubuh badan tapi dari sudut agama:
  • Dewasa ini ini jika kita lihat masyarakat kita yang wanita mudah sahaja mendedahkan aurat, pakai tudung tapi baju ketat, seluar ketat sama je la dedahkan aurat tu namanya..
  • Kebebasan dan persamaan hak yang berdasarkan kebaratan..
  • Pertandingan ratu cantik..
  • Penagih dadah..
  • Unsur-unsur jahiliah semakin menebal seperti syirik, kurafat, prpecahan berpuak-puak, penyelewengan pemikiran, ajaran sesat dan sebagainya..
Punca permasalahan ini kerana umat Islam masih berjauhan dengan agama Islam, mereka jahil tentang agama, apa yang dapat diperkatakan mereka hanya Islam pada nama. Apabila mereka melakukan kemungkaran pada masa itu, mereka berada di satu pihak yang lain dan Islam berada di pihak yang lain.

Masyarakat bukan Islam pila perlu dibimbing kepada petunjuk Allah sebagaimana yang telah dilakukan oleh para rasul dan pendakwah-pendakwah terdahulu. Mereka juga memerlukan bimbingan-bimbingan untuk menyelesaikan berbagai kritis yang sedang dihadapi.

2. Kejahilan manusia:

Apabila dikaji perkataan manusia di dunia ini menunjukkan mereka ini seolah-olah tidak mampu membezakan kebenaran dan kepalsuan, dan antara keadilan dan kezaliman. Maka kerana itulah
dapat kita lihat sejarah dunia penuh dengan penyelewengan , penipuan , perampasan , kezaliman , penganiaan , pehambaan dan sebagainya. Terlalu ramai manusia yang menderita dan terrlalu banyak nyawa yang terkorban akibat keadaan tersebut.

Pembinaan persekitaran manusia adalah berdasarkan persekitaran iaitu apa yang dipelajari, didengari, dilihat, diberitahu, dialami dan sebagainya. Manusia masih jahil dengan apa yang ada di luar daripada tahap pemikiran mereka seperti hal-hal ketuhanan, apa yang akan berlaku seperti alam akhirat, dan apa yang lebih baik untuk kehidupan mereka.

Disebabkan hal ini, dakwah Islamiyyah diperlukan.

3. Amanah Allah :

Agama Islam merupakan amanah Allah yang mesti dipikul oleh seluruh umat manusia. Untuk sedarkan diri sendiri keluarga dan orang ramai supaya sama-sama memikul amanah dengan sempurna.Jadi setiap orang perlu untuk memikul amanah dengan sempurna. Jadi setiap orang perlu untuk mengatur langkah dan usaha kearah itu melalui cara sama-sama berusaha dalam dakwah.

3 comments:

oRkEd PuTiH said...

salam..timbul persoalan di sini..mcmne plak seseorg 2 yg menutup aurat,tp tgkah laku die x kne dgn cre die berpakaian n kdg lbh dasyat owg yg x sempurna menutup aurat?????2 dikatakn msyrkt yg rosk n jahil gk ker???????huhu...=)

Nabil Norhalim said...

salam..sedikit pandangan sisi dai insan yang jahil lagi dhaif..baiklah..ini prosesnya..dari aqidah..terbentuk satu tingkah laku..dari tingkah laku menjadi satu tabiat..dan dari tabiat yang berulang2(ibadah) dari tabiat menjadi keperibadian..atau kita panggil Akhlak..kata imam ghazali..akhlak ialah perlakuan yang dilakukan tanpa mendepani pemikiran terlebih dahulu..akibat kerana kebiasaan..

kenapa pakai tudung..kerana kita percaya ia jadi aturan..syariat dari Allah..kenapa tgkah laku buruk..kerana tidak menjadikan syariat Allah satu jalan dan kebiasaan..

yang benar itu pelik..perkara yang baik akan jadi luar biasa,..kerana sudah ramai yang melakukan yang bukan kebenaran..yang tidak baik itu lama2 menjadi biasa..

menilai dan bukan menghukum...mengasihilah saudara kita..berdakwahlah melalui tauladan tingkah tindakan dan amalan bukan lagi tulisan dan kata2..akhlak yang mulia..itulah cermin diri seorang muslim..

agusalgoruti said...

Benar sekali ukhtifillah......
mari bersama kita untuk berbenah dan perbaiki suasana ini dengan menggantikannya dengan suasana agama. jadilah agent of change sepanjang waktu.