Followers

Sunday, November 8, 2009

SaLam...


CARA MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM SERTA
GANJARANNYA

Cara salam yang disyariatkan pada awal pertemuan diucap dengan salam: ‘Selamat sejahtera atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatannya.’ Dan dijawab oleh saudaranya dengan berkata: ‘Dan ke atas kamu selamat sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatannya'. Memadai juga dengan kata bererti "kesejahteraan ke atas kamu" dan setiap jawapan ini akan mendapat ganjaran pahala, mengikut kadar ucapannya, iaitu sepuluh pahala atau kebaikan, jika ditambah "warahmatullah" akan digandakan lagi sepuluh pahala dan sekiranya ditambah "wabarakatuh" maka akan diberi tiga puluh pahala atau kebaikan kepadanya. Begitulah juga sebaliknya bagi yang menjawab. Ganjaran pahala memberi dan menjawab salam ini telah dinyatakan dalam. hadis yang diriwayatkan oleh A'mran bin Hussaini. Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata, ‘Assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk. Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi salam dengan berkata ‘Assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus berkata ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala. (Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan)
Sekiranya kita renung di sini, didapati amat besar ganjaran pahala yang diberi oleh Allah kepada pemberi dan penerima salam yang telah diajar melalui sunnah Rasulullah s.a.w. di samping mengerat siratulrahim sesama Islam.

No comments: