Followers

Friday, November 6, 2009

BAIK BURUK PERANAN HATI



Hati merupakan asas yang sangat penting dan tersembunyi dalam diri setiap insan. la memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w. menyatakan soal hati seperti berikut:
‘Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik
maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati.
Berdasarkan hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap rakan taulan mendekatinya dalam pergaulan. Andai hatinya buruk dan busuk, maka segala perbuatannya akan jahat dan keji, sentiasa cenderung ke arah maksiat mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pernikirannya ketika itu pula akan kalah dan sentiasa diketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota, manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini sering melakukan sesuatu mengikut kehendak hati. Andai baik hati maka baiklah dalam pergaulan. Andai sebaliknya, maka kawan dan rakan seringl kali menjadi mangsa. Dalam masalah ini Allah s.w.t sentiasa mengingatkan kepada hamba Nya melalui firman Nya dalam al Quran, surah al Syu'ara' 26, ayat 88-89 yang berbunyi:
‘Di hari yang tidak ada manfaat sama ada harta benda begitu juga anak-anak melainkan sesiapa yang menghadap Allah dengan hati yang suci murni (iaitu penuh keikhlasan) kerana Allah semata-mata.’
Hati yang amat dihargai di sisi Allah ialah hati yang suci bersih dari sebarang maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya perkara perkara yang makruh atau yang dibenci oleh Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa kepada Allah dengan sabdanya:
‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih’
Walaupun Rasulullah s.a.w seorang yang maksum, tetapi ia sentiasa berdoa supaya hatinya suci bersih. Hal ini adalah bertujuan sebagai pengajaran kepada umatnya. Dengan demikian hati yang suci bersih dari sebar ang kekejian itu ialah hati yang bersih dari segala penyakit yang dibenci oleh Allah seperti hasad, dengki, dendam, iri hati, cemburu di atas kejayaan orang lain atau merancang sesuatu yang tidak baik bertujuan menganiaya orang lain dan sebagainya. Seandainya tidak ada perkara perkara yang tersebut di atas, sudah tentu hati itu akan sentiasa kasih kepada Allah dengan melakulcan perkara perkara
yang diredai oleh Allah dengan rasa ikhlas. Rakan dan taulan juga menyenanginya dalam pergaulan dan Allah sentiasa mengasihinya. Situasi ini sangat dititikberatkan oleh syariat kerana hati memainkan peranan penting ke arah mengukuhkan keimanan dan memantapkan keyakinan akidah seseorang yang beriman kepada Allah berdasarkan sabda Rasulullah
s.a.w yang berbunyi:
‘Tidak tetap iman seseorang hamba sehinggalah tetap pendirian nya.’ Bagi menentukan ketetapan iman atau sebaliknya dengan herdasarkan segala amalan anggota lahiriah yang berlandaskan niat hati kerana kejujuran amalan itu tidak wujud melainkan terletak pada hati yang ikhlas.

Wednesday, November 4, 2009

Kenapa Lelaki Lebih Suka Berdiam Diri

Ana terbaca sebuah artikel mengenai lelaki yang lebih suka berdiam diri,tapi ana tidak pasti kesahihannya, adakah benar lelaki begini? JOM KITA BACA....

Sebenarnya walaupun kamu lebih suka berdiam diri dalam banyak situasi dan nampak baik, tindakan kamu ini sebenarnya tidak disukai oleh teman wanita kamu kerana mereka lebih suka kamu berterus terang dalam semua perkara. Malah mereka merasa lebih tertekan apabila kamu berdiam diri sekiranya berlaku sebarang perselisihan.

Sekiranya keadaan ini terjadi, perempuan perlu sedar bahawa lelaki memilih berdiam diri kerana sebab-sebab tertentu. Ketika itu, lelaki mungkin sukar untuk menyatakan hal sebenarnya kepada kamu yang disayanginya. Walaupun lelaki tersebut tahu kejujuran adalah hadiah paling berharga tetapi demi kebaikan bersama ada baiknya dia memilih berdiam diri terlebih dahulu daripada berterus- terang yang mungkin boleh melukakan kamu. Apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah jangan memaksanya untuk bersuara dan berterus-terang, kerana ia mungkin akan menimbulkan kemarahan dan boleh mencetuskan perselisihan faham.

Lelaki juga suka berbohong "sunat" terhadap teman wanitanya daripada mendedahkan perkara sebenar kerana biasanya apabila mereka menyatakan hal yang sebenar, teman wanitanya sukar untuk menerima hakikat tersebut. Biarpun mereka memilih untuk mendiamkan diri, ini bukanlah bermakna mereka takut terhadap perempuan, tetapi ia betujuan mengelakkan daripada berlakunya pertengkaran dan masam muka. Sebab perempuan biasanya lebih emosional dalam menangani sesetengah perkara.

Dalam soal ini, ramai lelaki merasakan tiada gunanya bertengkar dengan teman wanita kerana itu bukanlah jalan terbaik, malah lambat laun lelaki juga yang terpaksa memujuk. Jadi untuk mengelakkan berlaku pertengkaran atau bagi mengelakkan pertengkaran daripada berlarutan lebih baik dia berdiam diri.

Oleh itu, jika teman lelaki kamu bersikap demikian kamu janganlah pula beranggapan si dia degil atau sengaja tidak mahu melayan karenah kamu. Ini kerana dia berniat untuk menyelamatkan hubungan kamu. Kamu juga seharusnya perlu sama-sama berdiam diri dan fikirkan secara mendalam apakah yang menjadi punca perselisihan tersebut. Bagaimanapun kamu boleh meneka apakah yang terbuku di hatinya walaupun dia berdiam diri. Bagaimanakah caranya? Senang saja, kamu cuma perlu perhatikan apakah tindakannya selepas itu. Kerana dengan melihat apa yang mereka melakukan secara tidak lansung membolehkan kamu mengagak apakah yang diinginkan sebenarnya.

Tetapi ingat!!!.Jangan mendesaknya berterus terang. Kerana kalau didesak mereka akan terus berdiam diri dan kalau memberikan jawapan pun, jawapannya kurang tepat atau tak ikhlas....

Malah ahli psikologi pun mengakui bahawa cara terbaik untuk mengenali lelaki ialah memerhatikan perlakuannya. Ini bukan bermakna cakap lelaki tidak boleh dipercayai tetapi mereka lebih boleh dipercayai daripada perempuan. Tetapi dalam hal-hal untuk menyelamatkan sesuatu perhubungan lelaki memilih untuk berdiam diri.

* kepada wanita-wanita di luar sana cubalah fikirkan...
* kepada lelaki-lelaki di luar sana, ana mengalu-alukan komen dari anda mengenai artikel ini...

Tuesday, November 3, 2009

الصلاة وأثرها في بناء شخصية الإنسان



الصلاة في لغة هي الدعاء وفي اصطلاح هي أقوال وأفعال مفتتحة بالتكبير ومختتمة بالسليم بشروط مخصوصة . وهي ركن من أركان الإسلام . ومنزلتها من بين العبادات كالرأس من الجسد ومن الدين كالعماد . كما يقول الرسول ( ص ) الصلاة عماد الدين فمن أقامها أقام الدين ومن تركها فقد هدم الدين . وكذلك يقول الرسول الله ( ص ) أيضا أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة : الصلاة .إذا انصلحت صلح سائر الأعمال وإن فسدت فسد سائر الأعمال .

الصلاة تنهى عن الفخشاء والمنكر لأن المصلى يتذكر الله دائما لأنه يناجي فيها الله ويتذكر إليه فما دام الإنسان يتذكر الله يخشى أن يتحد حدود الله فينهى نفسه أن جميع أنواع المعاصى خشية من جزاء الله وعقابه. قال الله تعالى :
" إن الصلاة تنهى عن الفخشاء والمنكر "


الصلاة أيضا تجعل الإنسان منتظما لأنها الصلاة بمعنى الحفاظ على الوقت . لو كان تؤدى الصلاة فى كل الوقت ، لازما هم خفاظ الوقت . كما قال الله تعالى :
والعصر (1 ) إن الإنسان لفى خسر ( 2 ) إلا الذين ءامنوا وعملوا الصلحت وتواصوا بالحق وتوا صوبالصبر ( 3 )

في الواقع الصلاة تجعل الإنسان متوضعا . العبادة فى الإسلام هي دورة الإمتثال وفقا الإنسان خادما لله وسوف نرى أن شعور عظمة الله كمكان للعبادة . العبادة سلم أيضا الروابط بين الخالق والمخلوق . وكذلك لجعل عبادتنا ككل من أجل عبادة الله . ويجب أن نستمر فى احترام الله فى أي شئ نريد ان نفعله .

إلى جانب ذلك، الصلاة تجعل نفس الإنسان مطمئنة ، نحن دائما ربط قلوبنا مع الله كما في الحديث : " أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك . بهذا الحال نحن دائما يتقون بأن الله يرى ما تقوم به وتجعل الإنسان مطمئنة .

الصلاة تجعل الإنسان دائما في طهارة والصحة . الناس يجب ان يفعل دائما المناورات لأنه الصلاة تصبح اقوى عندما نستخدم بانتظام . دراسة تكتشف إن الصلاة التي تنطوي على حركات الجسم .

والخلاصة ، أن الصلاة هي عمود الدين وأهمية في المسلم والعديد من المزايا : اللهم الصلوة يجوز به الإخلاص لمرضات الله


esok paper arab, pasti mahasiswa-mahasiwi yang mengambil madah ni berjaga malam untuk memahamkan bab nahu dan saraf, bab solat ni adalah maqal yang hangat diperkatakan keluar dalam final esok hari, harap-harap ianya benar, kerana sebelum ni kami disuruh membuat karangan mengenai tajuk ni, pasti ada hikmahnye kan...
kepada pembaca maaf sekiranya terdapat nahu yang silap, maklum saya budak masih belajar, kalau salah tolonglah betulkan ye..
ini adalah hasil kerja yang ditugaskan oleh ustaz kami....
( bila dah pernah buat karangan sendiri senang sikit nak jawab esok hari..huhuhu )


teguran yang sinis.....



Kedinginan pagi membuatkan aku terasa ingin menulis.... terkenang aku akan seorang sahabat yang sentiasa bersamaku, walaupun jauh di sana dia selalu bertanya khabar tentang diriku....

ku biarkan kalam berbicara... saat manis bersamanya takkan ku lupakan, di hp ku penuh mesej kata-kata darinya dia selalu menghantar mesej kata-kata kepadaku walaupun jarang ku balas kerana kesibukanku, dia tidak kisah namun baginya itu adalah cara untuk meluahkan rasa sayang kepada sahabat...

kadang-kala ym menjadi penghubung bagi kami untuk berkomunikasi, cerita suka dan duka sentiasa dikongsi bersama, aku tidak tahu mengapa dengannya mudah ku kongsi masalah dan cerita, tapi bagiku mungkin kerana keakraban diantara kami....

suatu masa tatkala ber ym dengannya, aku pernah tersinggung dengan tegurannya, aku tidak tahu mengapa saat itu sindirannya terlalu sinis bagiku, sehinggakan aku terus offline... tetapi mungkin dia tidak perasan dengan keadaanku, kerana aku juga tidak tahu adakah baginya ianya teguran atau pun gurauan...

hari berganti hari, masa berlalu pergi membiarkanku melayan emosi, saatku terfikir kembali tegurannya, ku akur dengan kelemahan diri, tiada manusia yang dilahirkan hidupnya sempurna, setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan..

ku panjatkan kesyukuran kepada ALLAH
kerana dikurniakan sahabat sepertinya, aku akur dengan tegurannya, aku selami kata-katanya, memang benar apa yang dikatakan olehnya, lalu ku ubah diriku kerana keredhaan dari ALLAH yang ku cari,
dambaan kasih dari ALLAH yang ingin ku miliki....

terima kasih sahabat....

salam sayang dariku buatmu sahabat...


" Sahabat yang baik adalah yang berani memberi teguran demi kebaikan sahabatnya"


Monday, November 2, 2009

ku doakan kejayaan milik kita bersama.....


Jauh ku merenung di luar jendela,
rumput kehijauan membawa diriku ke kampung halaman,
saat itu terbayang aku akan ibuku di mesin jahit,
tergambar di wajah ibu kesungguhan dalam kepenatan,
mana tidaknya di waktu pagi hingga petang ibuku sibuk memasak di sekolah kerana itulah pekerjaan tetap ibuku, malam pula menjahit dan menyulam baju,
demi membesarkan 5 orang anak,
ibuku sanggup melakukan apa sahaja,
walaupun kesedihan selalu terasa,
mengingatkan suami yang telah tiada,
asalkan semua anaknya berjaya...

aku teringat seketika..
saat kakakku menerima anugerah di atas pentas, terpancar kegembiraan di wajah ibuku.. aku dapat melihat sedikit air mata ibu berlinangan, air mata yang berlinangan itu bukan kerana sedih tetapi kerana gembira....

tatkala itu aku memasang niat untuk menjadi seperti kakakku,
aku mahu ibuku sentiasa gembira,
aku tidak mahu melihat air mata ibu berlinangan kerana kegagalanku
tetapi biarlah kerana kejayaanku...
Ya Allah Kau bantulah hambamu ini...

Lamunanku terhenti tatkala azan maghrib berkumandang,
aku terus bersiap sedia ke bilik air untuk berwudhu' dan bersolat,
selepas solat aku memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana aku masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini, saat itu terlintas di benakku mengenai khayalanku sebentar tadi...

Aku harus kuat mengahadapi segala ujian dan cabaran yang datang melanda, aku harus tangkis sifat malas yang kadang-kadang menjelma,
untuk mencapai hasratku...demimu ibuku tersayang....
Insyaallah akanku cuba dan pastikan kejayaanku pada semester lepas akan ku capai lagi pada semester ini... dan ku harapkan biarlah natijahnya lebih cemerlang..
ku doakan juga buat sahabat-sahabatku agar sama-sama berjaya dengan cemerlang pada semester ini...dan semester akan datang...
Ya Allah Kau bantulah kami semua....

Kepada sahabat seperjuangan,
ampun maaf dipinta sekiranya sepanjang bersahabat diriku ada melakukan kesilapan sama ada secara sengaja mahupun tidak, secara zahir ataupun tidak...
semoga kejayaan milik kita bersama...

" Ya Allah sekiranya kegagalan kami membawa fitnah pada Islam dan perjuangan, maka Kau cemerlangkanlah kami dalam setiap perkara, dan sekiranya kejayaan kami membuat kami jauh dari Islam dan perjuangan, maka kau lebih berhak menentukan yang selayaknya buat kami, kerana kami mengimani tiada apa yang kau takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya...Amin..."


Kerana exam....

Apabila tiba saat-saat peperiksaan pasti semua pelajar-pelajar berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran, ada yang sampai tidak tidur kerana mentelaah.
Tetapi susah sangat bagi kita ingin bangun malam untuk bertahajjud dan beribadah kepada Allah...
wahai pembaca sekalian, marilah kita renungkan...
Adakah kita tergolong dalam golongan sebegini? sekiranya
ya marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, marilah kita merubah diri kita dari kurang baik kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik.
Insyaallah sekiranya kita meluangkan masa kita untuk bermunajat dan mendekatkan diri kepada Allah, pasti Allah sentiasa bersama kita...

"salam imtihan dan mahabbah dari penulis buat semua pembaca laman nur daie"

Dakwah....




Sedikit ilmu ingin ku kongsikan bersama pembaca. Disamping itu penulis juga ingin mengimbas kembali apa yang telah dipelajari pada semester lepas...
Adakah anda mengetahui konsep dakwah? Dakwah dari segi bahasa adalah menyeru/tuntutan. Dakwah dari segi istilah ialah menyeru manusia kepada Islam.

Dakwah terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
  1. Penyampaian ( tabligiyyah )
  2. Pembentukan ( takwiniyyah )
  3. Pelaksanaan ( tanfiziyyah )
Terdapat istilah-istilah yang penting dan perlu kita ketahui apabila kita mempelajari ilmu dakwah, antaranya ialah :
  1. Dakwah : Islam, menyampaikan Islam kepada manusia, mengajarkan dan melaksanakan Islam dalam realiti kehidupan
  2. Daie : Orang yang melaksanakan gerak kerja dakwah
  3. Mad'u : Orang yang ditujukan dakwah kepadanya
  4. Millah : Asas-asas agama ( Islam )
  5. Syariah : Terdiri daripada agama ( apa yang diperintahkan; cth solat dan puasa )
  6. Manhaj : Sistem yang telah ditetapkan
  7. Usul Dakwah : Asas dakwah; dalil yang disandarkan kepadanya
  8. Manhaj Dakwah : peraturan yang telah ditetapkan dari segi ibadah. aqidah, politik, akademik dan sebagainya.
  9. Uslub Dakwah : cara penulisan atau bahasa
  10. Wasail Dakwah : cara penyampaian
Rukun-rukun Dakwah
  1. Daie
  2. Mad'u
  3. Wasail
  4. Maudhu'
" dakwah itu indah "


sumber rujukan : المدخل إلى علم الدعوة : محمد أبو الفتح البيانوني