Followers

Monday, January 17, 2011

aku yang masih mencari...

aku...
masih mencari apakah status aku...
benarkah aku seorang mahasiswi???
apa yang aku faham tentang mahasiswi???
bila orang bertanya adakah aku mampu menjawab sebagai seorang mahasiswi???

aku masih mencari apakah status aku....
adakah layak aku digelar mahasiswi???
sedangkan aku masih mencari ilmu, masih bertatih mencari pengalaman dan pengetahuan...
layakkah aku???

aku masih teringat persoalan2 yang dikemukakan oleh sahabat-sahabat kepadaku...
adakalanya selepas menjawab aku memikirkan kembali adakah benar jawapanku???
adakah itu jawapan seorang mahasiswi???

tanpa ku sedar....
masa berlalu pergi...
matahari terbit dan terbenam setiap hari...
hari berganti hari...
bulan berganti bulan....
tahun 2010 melabuhkan tirai...
tahun 2011 datang tanpa disedari...
tidak lama lagi...
aku bakal menjadi graduan...
sekali lagi persoalan demi persoalan...

aku masih mencari jawapan...
benarkah aku seorang mahasiswi???
benarkah aku bakal memegang status sebagai graduan???
layakkah aku???

YA ALLAH...berilah aku jawapan...semoga segala yang aku pelajari selama 22 tahun mendapat keredhaan dan keberkatan dariMU..AMIN YA RABB....



Tuesday, January 11, 2011

KPIJ....

Alhamdulillah, buat pertama kali anak-anak JOHOR dikumpulkan pada 10/1/2011. Selama ini aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengadakannya kerana diriku yang keseorangan. Walaupun aku mempunyai sahabat2 lama KPIJ di sini, tapi mereka juga sama sepertiku, masih tiada keberanian untuk mengadakannya. Cuti semester lepas aku nekad, aku akan cuba untuk jalankan misi ini. Selama aku ditaklifkan sebagai exco perhubungan kampus, aku masih tidak nampak apa yang telah aku buat untuk membantu KPIJ. Hanya mengadakan MALAM BERSAMA PKPIM, KEPITAR DAN KPIJ sahaja. Tetapi selepas itu nyata aku sndiri tidak melakukan apa-apa.


Cuti semester lepas KPIJ mengadakan PMG di UTHM, aku telah mengajak beberapa orang sahabat dari UniSZA. Aku lihat kesungguhan mereka semasa PMG. YDP KPIJ juga mengatakan dia lihat KPIJ di UniSZA dah kuat. Tapi bagiku masih tidak kuat sebenarnya, kerana kami tidak pernah mengadakan apa2 program bersama. Kata-kata dari YDP membuatkan aku semakin kuat dengan keputusanku. Aku akan cuba yang terbaik.

Aku berbincang dengan seorang sahabat mengenai keputusanku, dia menyokongku. Akhirnya kami membuat mesyuarat kali pertama. Kami berbincang berkenaan KPIJ. Aku mencadangkan supaya diwujudkan organisasi di sini, supaya kita nampak hasilnya. Untuk pertama kali kami bercadang mengadakan MALAM SERASI BERSAMA untuk memperkenalkan KPIJ itu sendiri.

Aku juga telah memilih beberapa orang untuk berada dalam organisasi ini..antaranya ialah :

Ex-Officio : aku lah :) (tapi  kat dalam ni orang kata aku kapten..haha padahal aku mantan je)
Pengerusi : Nazir (degree Dakwah)
Timb. Pengerusi : Syakirah (degree Dakwah)
Setiausaha : Anwar (dip tesl)
Timb.Setiausaha : Zaleha (degree dakwah )
Bendahari : Reza
N. Bendahari : Fizah (degree dakwah)
Hewi : Julaiha (degree dakwah)
E.Perhubungan :
  1. Amirul Rauf (degree sains sosial)
  2. Fardianah (degree dakwah)
  3. Syarina (degree dakwah)

E. Kaderisasi :
  1. Rasyid
  2. Aisah ( degree dakwah)
  3. Atikah (degree dakwah)
E. Dakwah
  1. Fazlinah
E. Publisiti & Tgs2 Khas
  1. Azizul (dip pentadbiran Islam)
  2. Faraheen (degree dakwah)
  3. Alif (degree syariah)
  4. Syakila (degree sains sosial)
E.Ekonomi
  1. Azizi Aziz (degree pengurusan)
Tahniah kepada yang telah terpilih.

Aktiviti Malam serasi bersama 

  • Tayangan
  • Taaruf semua ahli
  • Pengenalan KPIJ
  • Cabutan bertuah
  • Pengenalan AJK
  • Sesi Soal Jawab
  • Cabutan bertuah
  • Jamuan
TAHNIAH  KEPADA SEMUA AJK PENAJA :)

Saturday, January 8, 2011

Mencari redha ILAHI...

lama menyepi...
tetapi kenapa tiba-tiba muncul kembali???
saat aku telah berjaya melupakanmu..
kau muncul kembali dalam hidupku....

sekali lagi aku tewas...
aku telah bersedia mencari pengganti...
aku redha dengan keputusanku...
untuk melupakanmu bukan mudah...
tapi aku cuba juga...
alhamdulillah aku berjaya...

tetapi...
semalam aku ternampak kelibatmu...
peristiwa lama bermain di benakku...
aku ingin melupakannya....
tetapi...
pasti peristiwa itu bermain2 dan wajahmu memandangku dengan senyuman....

DEMI MENCARI REDHA ILAHI...
kau harus ku lupakan...
aku harus tumpu kepada misi ku untuk kali ini...
tetapi sekiranya kau didatangkan untuk membantu misi ini...
aku buka pintu seluasnya...
masuklah tanda persahabatan dan menjalankan misi ini...
semoga amal ini tidak dicampuri dengan sesuatu yang tak diingini....

SAMA-SAMA MENCARI REDHA ILAHI...BANTULAH KAMI YA RABB...SEMOGA USAHA KAMI MENDAPAT KEJAYAAN DAN KEBERKATANMU...AMIN YA RABB...

semangat kembali...

Semangat aku  kembali untuk berceloteh di lamanku ini...hanya ingin berceloteh tentang apa yang terlintas difikiran...

semangat kembali?? kenapa ye??
hanya sekadar mengada-ngada nk publish tajuk ni..haha...
tapi kan bila aku tengok telatah budak-budak zaman sekarang asal tahun baru, semangat baru, azam baru, baju baru n macam2lah..termasuklah aku..haha...

tapi harap-harap semangat aku untuk menjalankan misi ini berkekalan sehingga mendapat keberkatan dan sekaligus mencapai kejayaan, matlamat dan tujuan yang aku rancangkan selama tak sampai sebulan aku di kampung semasa cuti semester baru-baru ini.

aku ingin tebus apa yang tidak sempat ku lakukan sebelum ini, dan aku harapkan ianya berjaya denan bantuan rakan-rakan seperjuangan..kerana setelah aku membuat kajian dan bermuhasabah aku takkan berjaya sekiranya menjalankan misi ini berseorangan, dan aku yakin sekiranya sesuatu misi itu dilakukan secara berjemaah hasilnya lebih nampak, dan ini yang sedang aku lakukan...

pasti pembaca tertanya-tanya misi apa kan..aku masih belum berkesempatan untuk menerangkan apakah misinya, kerana aku masih bertatih dan mencari jalan untuk menampakkan keberhasilan misi ini...semangat aku yang dulu kembali sejak menemui dua seorang sahabat yang secara tidak sedar telah membantu menaikkan semangatku..seorang sahabat yang telah lama bersamaku dalam misi ini tetapi menyepi buat seketika, kini kembali meneruskan misi dan seorang sahabat lagi yang lama juga telah ku kenali tetapi belum sampai sebulan beliau bersamaku dalam misi ini...

akan tetapi aku masih mencari kepastian mengapa aku bersemangat kembali..adakah kerana 2 org sahabatku ini atau untuk mencari redha Ilahi???
aku harapkan jawapan yang kedua yang ku pegang dan ku amati...

sedang aku dilanda semangat ini, aku juga diburu dengan rasa takut, takut ape?? aku takut amalku ini diterima atau tidak oleh Allah..aku selalu berdoa semoga amalku ini mendapat keberkatan dan diterima olehNYA...aku perlukan kekuatan, kesabaran, keazaman yang kuat dan kreativiti dalam mencapai keberhasilan misi ini...

semoga MISI ini BERJAYA..AMIN YA RABB...

Friday, January 7, 2011

Family Day'10 YWD, hOT..hOT..Hot...

ARTIS HOT YWD BERSAMA PENGERUSI YWD
AKSI MUMIA'10 YWD

ANTARA SI RAJIN MEMBACA SURAT KABOR

MODEL2 LIMAU YWD BERSAMA ARTIS HOT

MUMIA N DESIGNER
KREATIVITI AMAT DIPERLUKAN DI SINI...

SATE X DE BELON PUN JADI LER...

SI KECIK DALAM PERSEMBAHAN PAKAIAN SERAGAM

ADA KE DUIT DALAM NI???
inilah antara aktiviti2 Sepanjang FAMILY DAY YWD 2010...

Promosi...

KPIJ
salam mahabbah KPIJ, perhatian kpd anak johor yg berada di unisza, sesiapa yg berminat utk untuk menyertai KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ), boleh berhubung dengan saya.
TOF
Perhatian kpd pelajar unisza yg berminat utk mnyertai program TRAINING OF FASILITATOR (TOF) pd 20-22 januari 2011 di baitul hikmah tok jiring terengganu, byrn rm15, sijil dan penginapan disediakn boleh mklum sgera..penyertaan adalah terhad..siapa cepat dia dapat :) bg no hp nanti akn dihubungi utk perjumpaan semua peserta

Saturday, January 1, 2011

Matlamat???

Assalamualaikum dan selamat menyambut tahun baru. 2010 telah melabuhkan tirai dan kini kita berada di tahun 2011.  Kebiasaannya apabila tahun baru orang sibuk buat azam baru dan mempunyai matlamat baru.

Adakah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan matlamat? Matlamat boleh didefinisikan sebagai arah tujuan atau kompas kehidupan. Ia menentukan apa yang kita inginkan atau harapkan akan berlaku dan menjadi kenyataan kelak. Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan dalam diri kita.

Hidup tanpa sebarang matlamat tidak ubah seperti kapal tiada bernakhoda, terumbang-abing dipukul gelombang, hanyut ditengah lautan. Kalau bernasib baik maka terdamparlah ia di tepian dan jika sebaliknya hanyutlah ia dipukul ombak dan badai dan akhirnya akan tenggelam.

Begitu juga dengan keadaan diri kita dalam menjalani kehidupan ini. Sekiranya kita tidak mempunyai sebarang tujuan hidup atau cita-cita atau sekadar mengharapkan sesuatu yang baik berlaku ke atas diri kita atau sekurang-kurangnya tiada perkara yang buruk berlaku ke atas diri kita, peluang untuk gagal dan daif akan terbuka luas.