Followers

Saturday, January 1, 2011

Matlamat???

Assalamualaikum dan selamat menyambut tahun baru. 2010 telah melabuhkan tirai dan kini kita berada di tahun 2011.  Kebiasaannya apabila tahun baru orang sibuk buat azam baru dan mempunyai matlamat baru.

Adakah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan matlamat? Matlamat boleh didefinisikan sebagai arah tujuan atau kompas kehidupan. Ia menentukan apa yang kita inginkan atau harapkan akan berlaku dan menjadi kenyataan kelak. Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan dalam diri kita.

Hidup tanpa sebarang matlamat tidak ubah seperti kapal tiada bernakhoda, terumbang-abing dipukul gelombang, hanyut ditengah lautan. Kalau bernasib baik maka terdamparlah ia di tepian dan jika sebaliknya hanyutlah ia dipukul ombak dan badai dan akhirnya akan tenggelam.

Begitu juga dengan keadaan diri kita dalam menjalani kehidupan ini. Sekiranya kita tidak mempunyai sebarang tujuan hidup atau cita-cita atau sekadar mengharapkan sesuatu yang baik berlaku ke atas diri kita atau sekurang-kurangnya tiada perkara yang buruk berlaku ke atas diri kita, peluang untuk gagal dan daif akan terbuka luas.

1 comment:

oRkEd PuTiH said...

salam...selamat menyambut tahun 2011 yg bakal menjanjikan cabaran hidup yg lebih mencabar=)