Followers

Saturday, January 8, 2011

semangat kembali...

Semangat aku  kembali untuk berceloteh di lamanku ini...hanya ingin berceloteh tentang apa yang terlintas difikiran...

semangat kembali?? kenapa ye??
hanya sekadar mengada-ngada nk publish tajuk ni..haha...
tapi kan bila aku tengok telatah budak-budak zaman sekarang asal tahun baru, semangat baru, azam baru, baju baru n macam2lah..termasuklah aku..haha...

tapi harap-harap semangat aku untuk menjalankan misi ini berkekalan sehingga mendapat keberkatan dan sekaligus mencapai kejayaan, matlamat dan tujuan yang aku rancangkan selama tak sampai sebulan aku di kampung semasa cuti semester baru-baru ini.

aku ingin tebus apa yang tidak sempat ku lakukan sebelum ini, dan aku harapkan ianya berjaya denan bantuan rakan-rakan seperjuangan..kerana setelah aku membuat kajian dan bermuhasabah aku takkan berjaya sekiranya menjalankan misi ini berseorangan, dan aku yakin sekiranya sesuatu misi itu dilakukan secara berjemaah hasilnya lebih nampak, dan ini yang sedang aku lakukan...

pasti pembaca tertanya-tanya misi apa kan..aku masih belum berkesempatan untuk menerangkan apakah misinya, kerana aku masih bertatih dan mencari jalan untuk menampakkan keberhasilan misi ini...semangat aku yang dulu kembali sejak menemui dua seorang sahabat yang secara tidak sedar telah membantu menaikkan semangatku..seorang sahabat yang telah lama bersamaku dalam misi ini tetapi menyepi buat seketika, kini kembali meneruskan misi dan seorang sahabat lagi yang lama juga telah ku kenali tetapi belum sampai sebulan beliau bersamaku dalam misi ini...

akan tetapi aku masih mencari kepastian mengapa aku bersemangat kembali..adakah kerana 2 org sahabatku ini atau untuk mencari redha Ilahi???
aku harapkan jawapan yang kedua yang ku pegang dan ku amati...

sedang aku dilanda semangat ini, aku juga diburu dengan rasa takut, takut ape?? aku takut amalku ini diterima atau tidak oleh Allah..aku selalu berdoa semoga amalku ini mendapat keberkatan dan diterima olehNYA...aku perlukan kekuatan, kesabaran, keazaman yang kuat dan kreativiti dalam mencapai keberhasilan misi ini...

semoga MISI ini BERJAYA..AMIN YA RABB...

No comments: