Followers

Thursday, February 24, 2011

GERAI KPIJ KAMPUS UNISZA'11



11,12 & 13 FEBRUARI 2011

Sempena Karnival Mahasiswa Islam 2011 (KAMI'11) anjuran Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam UniSZA 10-19 FEBRUARI 2011, KPIJ UniSZA telah membuka gerai makanan. Terdapat pelbagai menu yang disediakan seperti TAUHU SUMBAT JOHORR, TEMPE GORENG, ROJAK BUAH, AIR KOKTEL & MASAKAN PANAS.

Pembukaan gerai ini merupakan aktiviti kedua yang telah dijalankan oleh KPIJ KAMPUS UniSZA.. Ini merupakan pengalaman pertama MT & EXCO KPIJ UniSZA dalam membuka gerai. Matlamat pembukaan gerai ini adalah untuk merapatkan lagi ukhuwwah dalam sesebuah organisasi dan juga melatih adik2 dari aspek pengurusan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun mengalami ujian  namun dapat diatasi dengan kerjasama dari semua pihak.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa mengunjungi gerai kami dan tidak lupa kepada anak angkat KPIJ UniSZA yang sentiasa membantu...

~KPIJ DI HATI :) ~

Monday, February 7, 2011

alhamdulillah....

Alhamdulillah....
segala yang dirancangkan dapat direalisasikan biarpun terdapat sedikit kelompongan tapi bagiku itulah realiti dalam menjayakan sesuatu program..

TOF_KAFI 11
Pertama kali mendengar namamu aku yakin ini adalah medan ilmu, suatu perkongsian akan berlaku, di antara orang-orang yang berpengalaman dan berpengetahuan....
PKPIM, ABIM & WADAH turun bersama masyarakat....
bersama-sama menyebarkan ISLAM....

ISLAM ITU INDAH....

Agak berat tatkala mendapat taklifan dari PKPIM, 
pencarian mad'u harus dilaksanakan, 
aku tidak mampu menjayakannya berseorangan,
lalu aku mencari teman,
Alhamdulillah ALLAH memberi pertolongan,
DIA mendatangkan sahabat-sahabat dari Kesatuan, 
segalanya dapat dijalankan seperti yang direncanakan....
SYUKUR PADAMU YA ALLAH...
TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN....
di atas pertolongan yang dihulurkan...

PMGANU'11

CABARAN, DUGAAN, RINTANGAN & UJIAN diharungi bersama,
KESEDIHAN & KEGEMBIRAAN dinikmati bersama,
ILMU DAN PENGALAMAN dikongsi bersama,
SEGALANYA bersama,
kita ibarat satu keluarga.....

sepanjang program pemerhatian ku lakukan..
kenangan bersama semua sahabat seperjuangan ku amati,
tatkala aku duduk bersendirian, aku berfikir...
adakah aku masih lagi diberi peluang untuk bersama kalian di PMGANU akan datang....

aku bahagia melihat senyuman di wajah sahabat-sahabat...
kegembiraan tergambar di wajah mereka...
pengalaman pertama buat sebahagian urusetia...
tatkala bersalaman ucapan terima kasih ku terima...
tanda penghargaan kerana memberi peluang kepada mereka...
AKU yakin dan Percaya..
semuanya ketentuan ILAHI...
ALLAH yang memilih kalian untuk bersama-sama menabur bakti...

Kepada sahabat-sahabatku..teruskanlah perjuangan....
sampaikan DAKWAH....

ALHAMDULILLAH...
apa yang aku impikan telah tercapai walaupun tidak keseluruhannya...
aku yakin impianku yang seterusnya akan tercapai apabila sahabat2ku yang masih berada di UNISZA ini tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan...
diharapkan kepada "SAHABAT" yang aku percaya dapat menjalankan misiku yang seterusnya....
sepanjang ketiadaanku di sini, aku berharap segalanya diteruskan....
akhir kalam semoga kalian TERUS BERJUANG.....

Sunday, February 6, 2011

` PeMiMpin YanG aDIL...

Artist: Hijjaz
Album: Damai
Song Category: Nasyid


Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

Thursday, February 3, 2011

hari2 yang berlalu takkan ku lupakan..

Assalamualaikum..sekadar bercerita...

Seminggu berlalu... mengajar aku erti persahabatan, erti kesabaran, ketabahan dan kecekalan....kenangan terakhir bersama  kalian sebelum aku menamatkan pengajianku di sini.

30 januari 2011..pengalaman pertama bagiku....jaulah kuala terengganu menyebar flayers bg mempromosikan satu program PMGANU'11. Dari utara ke selatan aku bersama seorang adik yang juga sama sepertiku tidak pulang ke kampung cuti ini bagi membantu merealisasikan PMGANU'11. Hakikatnya, tahun akhir ini baru aku dapat jaulah kuala Terengganu, baru mengenal kawasan2 dan kampung2 yang berhampiran...Walaupun kami sebenarnya tidak mengenali jalan dan tempat yang hendak dituju, kami kuatkan semangat untuk teruskan misi ini...
12.30 hr, kami memulakan operasi, perumahan sekitar kuala terengganu kami jelajahi, menjadi posmen tak bergaji, bagi membantu promosi, PMGANU'11 yang bakal menjadi realiti....hujan dan panas kami harungi...
5.30 petang baru selesai, tatkala ingin memulangkan "bahtera" yang dipinjamkan oleh seorang sahabat kami diuji dengan satu lagi ujian...tatkala itu hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa gelisahnya hati, tatkala itu perasaan sebersalah menghantui, mahu memulangkan hati tidak mengizinkan, diberi dengan baik dipulangkan juga harus baik bagiku..aku berusaha mencari penyelesaian..akhirnya ALLAH membantu kami dengan mendatangkan 2 orang teman....
Malam hari kami diuji lagi..."penyakitku" datang kembali...aku syahid seketika di bilik sahabatku...sehinggakan tidak sedar masa berlalu..jam menunjukkan pukul 10.20mlm, badanku terasa lemah, aku menguatkan diri untuk kembali ke bilikku...
perjalanan malam itu aku tempuhi dengan bertemankan angin aku berjalan seorang diri...langkah demi langkah aku kuatkan kakiku...sampai di bilik aku membersihkan diri, kesakitan masih juga terasa...akhirnya aku ketiduran...
-pengalaman yang cukup bermakna bagiku-



Seminggu ini aku sibuk dengan tesis, assgmnt dan tugasan untuk menjayakan PMGANU'11...banyak urusan yang perlu dilakukan memandangkan seminggu sahaja masa untuk membuat persiapan...hatiku seakan ingin pulang ke kampung tatkala melihat sahabat-sahabat pulang..tapi apakan daya aku lebih diperlukan di sini...lagipun hanya 4 bulan lebih sahaja lagi aku di sini, jadi inilah masanya untuk aku bersama sahabat2 di Terengganu ini esp pelajar UNISZA...tidak tahu utk PMGANU'12 aku daat bersama kalian lagi atau tidak...huhuhu....

Sepanjang seminggu ini seorang sahabat yang selalu membantuku tatkala aku memerlukan bantuan, tidak kira dari segi idea atau perkongsian...terima kasih sahabat kenangan bersamamu sepanjang menjayakan prgrm ini dan perkongsian ilmu yang bermakna tidak akan ku lupakan..semoga ukhuwwah kita berkekalan...aku gembira mempunyai sahabat sepertimu...semoga kau terus sabit dijalaNYA...semoga segala urusanmu dipermudahkan.....AMIN....
~89~

Friday, January 28, 2011

DAIE

Pada umumnya, dalam menjalankan tugas dakwah tugas itu ditujukan kepada umat Islam seluruhnya tanpa ada yang terkecuali, tugas ini diturunkan setelah Allah s.w.t memberikan kehormatan kepada umat Islam dan rasulya untuk melaksanakan dakwah.  Terdapat banyak  ayat-ayat lain yang menerangkan tentang tugas dakwah.
Firman Allah s.w.t :

Maksudnya: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.[1]

Ayat diatas membawa dua maksud, pertamanya menerangkan tentang kebaikan umat dan yang keduanya kebaikan umat itu kerana tugasnya menyeru dan mengajak membuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, dan tugas ini adalah tugas rasulullah dan para rasul. Tugas utama menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran ialah berdakwah, berusaha mengikis kemusyrikan dalam pelbagai bentuk. Al-Quran juga telah menetapkan berdakwah itu adalah sifat orang yang beriman, bahkan sebenarnya orang yang munafik selalu berusaha menghalangi agama Allah dan menyeru kepada selain dari jalan Allah.

Allah berfirman :

Maksudnya: Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya[648]. mereka Telah lupa kepada Allah, Maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.[2]

Menerusi ayat ini al-Qurthubi mengatakan bahawa Allah s.w.t telah menjadikan amar ma’ruf  nahi munkar adalah pembeza antara golongan orang yang beriman dan golongan orang yang munafik.  Dan orang-orang yang beriman selalu menyeru kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar dan puncaknya ialah menyeru manusia ke jalan agama Allah.
Rentetan daripada ayat di atas, jelaslah kepada kita orang yang ditugaskan menyampaikan dakwah adalah setiap muslim samada lelaki mahupun perempuan dan setiap orang yang baligh dan berakal, ulama’ atau pun tidak, ini kerana telah diturunkan ayat kepada mereka  untuk  berdakwah. Hanya para alim ulama’ lebih ditekankan dalam menyampaikan perincian-perincian agama secara terperinci kerana luasnya pengetahuan mereka dalam hal ini.  Oleh itu, jelaslah di sini yang bertugas berdakwah adalah setiap muslim dan muslimah.


[1] Surah al-Imran : 110

[2] Surah at-Taubah : 67

-Abdul Kareem Zaidan. (1975). Usul Dakwah. Mansurah : Dar al-Wafa-

Thursday, January 27, 2011

PenGoRbANAn...

 Telah lama
Aku perhatikan segala
Ombak nafsu
Menghancurkan fitrah dunia

Pedih
Luka meresah jiwa
Memusnahi impian indah

Biarkan ku tempuhi
Segala halangan pasti mendatang
Dengan sepenuh jiwa

Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia

Sesungguhnya yang mulia di sisi-Nya
Hanya ketaqwaan diri kita

Iringilah sayangku
Semua pengorbanan dengan doa
Harapan yang bermakna
Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada

Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia

Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada

Tuesday, January 25, 2011

terima kasih semua...anda HEBAT!!!

lama tak update blog...maklumlah nama pun pelajar kan...sibuk dgn tugasan, tesis, program dan macam2la....khamis-sabtu yg lepas terlibat dgn progrm T.O.F (KAFI'11) anjuran PKPIM dan KEPITAR....banyak jugak ilmu yang aku dapat termasuklah ilmu duduk kat dapur :)..terima kasih kak izzah ajar kami....(aku. syikin n k.ainon)...x lupe juga pd k.ruqayyah yg bg ceramah kpd pembantu2 tukang masak tatkala makanan semua dah siap... kira dah xde keje la ni..hehe...bukak klinik kesihatan kat dapur :)..seronok bekerjasama dgn mereka walaupun baru pertama kali berjumpa... x lupe juga pd sahabat muslimin nazir, azwad n hadi yg membantu saat diperlukan...kepada semua peserta T.O.F yg muslimat ingt pesan ustazah masa tazkirah nisa', anda adalah yg terpilih dan anda HEBAT!!! Teruskan perjuangan.... pengalaman yg ustazah ceritakan 2 jdkan pembakar semangat kita dalam mengharungi liku2 kehidupan...kpd peserta muslimin kalian juga HEBAT..kerana dalam ramai2 bilangan pelajar di unisza kalian telah memilih jalan ini...dan kalian telah dipilih oleh ALLAH..jd jgn sia2kn apa yg kalian dapat..teruskan perjuangan..praktiklah apa yang telah kalian dapat...x semua orang mendapat sepertimana yg kalian dapat...